tekan jangan tak tekan!

Tuesday, July 23, 2013

Kembalinya dia ke pangkuan Illahi

Assalam..

Semalam, 22 hb Julai 2013, bersaman 13 Ramadhan 1434H, pulangnya seorang sahabat yang saya kasihi ke pangkuan Pencipta yang maha Kuasa.Allah, sedih dan sebak usah dicerita. Mendapat perkhabaran di awal pagi, terus berkocak jiwa sepanjang hari. Malah, hingga ke hari ini. Sahabat ini, teman sekolah ketika menuntut di SMA Khairiah, Kuala Terengganu. Tidak lama persahabatan di jalin, 3 tahun cuma. Berpisah ketika di tingkatan 4 kerana bertukar sekolah. Namun sahabat tetap sahabat. Takdir Allah, selepas 13 tahun terputus hubungan, senyap tanpa berita, bertemu kembali kami, atas sebab yang satu. Sebab di khabarkan beliau sakit tenat akibat kanser payudara, stage 4. Allahurabbi. Terus memori 13 tahun lalu kembali bagai di tayang2 dalam kepala. Terimbas betapa sahabat saya yang kecil molek itu begitu lincah, nakal, banyak mulut dan sangat baik hati. Zaman budak2 baru nak naik. Zaman baru nak jadi remaja. Sungguh, itu lah dalam kepala, lantaran 13 tahun yang terpisah tidak pernah terisi dengan sebarang pertemuan. Makanya, ketika sempat melawat sahabat ini di hospital, 2 Ramadhan lalu, sekilas pandang sukar untuk mata mengecam kawan yang satu ini. Di tambah keadaan fizikal yang semakin mengecil, akibat sakit di tanggung. Namun, MasyaAllah, dalam keadaan begitu, sahabat yang 13 tahun lalu itu lah di depan mata. Sikapnya, gelaknya, tawanya, suaranya masih seperti dulu. Sedikit pun tak berubah. Dalam kita menahan sebak, dia mampu melantun gelak ketawa bergurau senda. Allah, tabahnya sahabat. Mulut sentiasa berzikir. Sayunya hati bila mendapat tahu, dia punya anak kecil berusia 3 tahun. Untungnya, dia punya suami yang begitu setia disisi membantu, punya ibu bapa yang begitu positif mententeramkan jiwa. 

13 tahun tidak berjumpa, rancak kami merungkai memori. Ditanya pada saya " masih minat pada Ziana Zain?" hahaha. Dulu2, itulah yang jadi pujaan. Dan dia masih menyimpan memori itu. *senyum*. Diceritakan juga bagaimana penyakit itu mula di kesan. Bermula dengan sakit belakang yang kerap, sampai banyak kali berurut, tapi sakitnya tidak kurang. Dengan pengetahuan tentang breast cancer yang sering dikait dengan sakit belakang, sahabat ini mula buat pemeriksaan sendiri pada payudara. Dan benar, ada ketulan di rasai. Pemeriksaan di hospital menemukan dia dengan suatu yang sangat menakutkan. Kanser payudara stage 4. Di usia baru menjengah 28 tahun, ibu muda ini di uji dengan begitu hebat. Allahurabbi. Sudah di stage 4. Dan dalam masa 2 bulan, terlantar dia di hospital kerana sel barah mula menyerang organ dalaman dan tulang belakang. Hanya 2 bulan. Terlalu cepat.T_________T. Tapi, tabahnya dia pada dugaan itu, sikit pun tidak menunjukkan riak sakit pada wajah. Hanya zikir dan zikir.

Semalam, lebih kurang pukul 10 pagi, dia di panggil kembali mengadap Tuhan yang Esa. Tenang tinggalkan dunia yang fana di sisi suami, ketika menerima rawatan susulan di HUSM Kubang Kerian. Menurut ibunya, perginya dengan cukup mudah dan tak di sangka2. Usai bersarapan, masih bercakap dengan suami seperti biasa. Namun sempat menegur jiran katil berselahan dengan kata-kata "saya nak mati dah ni". Tak lama, mula nampak lain, dan suaminya terus mengucap syahadah. Alhamdulillah, Allah maha besar, sahabat ini sempat mengucap dan terus pergi dengan tenang. Alhamdulillah, rezeki yang tak ternilai. Meninggal dalam keredhaan suami, di bulan yang mulia lagi. Moga syurga lah tempat dia. Jenazahnya sampai di sini dalam pukul 3 petang. Kehendak tuhan, saya dan kawan2 tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir. Sampai kami ke rumahnya, van jenazah baru berlalu pergi. Hanya cerita dari ibunya yang sempat kami dengari. Sayunya hati melihat si kecil dalam dukungan bapa, mencari "mana ummi? mana Ummi?". Apalah yang mampu di fahami anak sekecil itu? Moga anak kecil itu suatu hari nanti berbangga punyai ibu yang begitu hebat peribadi dan perginya dengan penuh keredhaan.

Buat mu sahabat, Noor Liyana Nadiah binti mohd Noor, semoga dicucuri rahmat buat mu di sana. Allah lebih menyayangi mu. Jumpa lagi kita di sana kelak, jika di izin Allah. Hanya doa yang mampu ku kirim.

" Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah.."

2 comments:

Feed by Ummi Najla said...

Sebaknya baca.. Semoga saya dan para isteri lain jika diizinkan pergi dahulu, dapat pergi dalam redha suami jua.. Amin..

idaakmal said...

xtahan..menitik air mate ku..

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati