tekan jangan tak tekan!

Saturday, November 13, 2010

Saat Terindah

Belum habis cerita gumbira pada 11 November. Sebagai hadiah untuk diri kami, saya atur kan satu sesi fotografi suka suke ntah hape. Haha. Atas bantuan adik junior merangkap kawan adik saya, HAZA dan AIN yang suka giler dengan fotografi ni, maka kejadian indah ini terjadi jua. Kredit for you both. Seminggu juga berdoa agar pada hari tersebut cuaca baek hati tak hujan. Bayang lah, 2,3 hari sebelum tu memang hujan saja pagi petang. Dan sehari sebelum pun hujan sangat lebat pada petangnya. Sampai saya dah terus tak berharap sangat, takut panas di sangka ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kan rosak program. huhu. Alhamdulillah, Cuaca sangat baik hati! Malah, panas teramat, sampai sepet2 mata menahan panas. haha:D  Tak mahu cerita panjang lebar. Just let the Pictures do the talk..Hanya sebahagian saja yang dipertontonkan, yang lain simpan sebagai kenangan saja. For those yang rasa meluat a.k.a nak muntah hijau dengan segala aksi dot dot dot, mohon ampun. Eh eh, ku mohon ampun untuk pengisian blog sendiri? Okeh, tukar2. For those yang tak suka dengan segala aksi terlarang, kindly leave this page immediately. Kan muntah hijau atas keyboard saya tak nak bertanggungjawap. hehe. Okeh, Enjoy! Macam lah ada yang enjoy..hahaha.













Thursday, November 11, 2010

11 November 2010

11 November 2007- 11 November 2010


3 Tahun yang terlalu Indah
3 Tahun yang terlalu Mengujakan 
3 Tahun yang penuh Kecintaan
3 Tahun yang penuh Perbalahan
3 Tahun yang penuh Kesakitan
3 Tahun yang sarat dengan Tangisan
3 Tahun yang sarat dengan Dugaan

Sayang, 3 tahun yang telah kita lalui dengan penuh suka duka pahit manis, sebenarnya sangat membahagiakan saya. Saya nak awak tahu, betapa berliku pun jalan yang telah kita lalui, atau mungkin perlu kita lalui selepas ini, awak tetap terbaik di hati saya. Terima kasih sayang atas semua rasa cinta, bahagia, duka, sakit, marah, dendam dan rindu yang pernah di beri. Semua rasa itu menjadi kan saya seperti hari ini. Dan semoga awak sentiasa tahu, menjadi cinta hati awak adalah antara perkara terbaik dalam hidup saya. Biar pun mungkin tidak memiliki secara mutlak, atau mungkin tiada lagi yang ke empat, setiap inci kenangan kita selama 3 tahun ini akan kekal sebagai yang TERINDAH dalam hidup saya. 

Selamat Ulang Tahun Yang ke 3 Sayang.

Wednesday, November 10, 2010

Berakhir Sudah Musim Beronggeng

Hari ini dah bermula semester baru. Sesi Oktober 2010. Berbondong2 lah students berlari2 memburu lecturers untuk register dan ambil jadual dan sign add drop form dan nak Tp tak nak belajar dulu dan 'ehh cik, kenapa jadual saya clashing' dan 'cik, jadual saya pelik ni'. Huh, baca dengan senafas ye, tanpa titik dan tanda koma.  Kami pula sepanjang minggu ni kepala pusing siapkan fail buat jadual rombak jadual buat jadual balik pastu eh-eh-clashing-ni-tolong-buat-balik tagging fail turun naik urus registration students baru nak makan students panggil baru nak duduk students panggil. huh. juga di baca senafas. Makanya anda akan faham betapa hectic-nya keadaan sepanjang minggu ini. Sesak nafas, okeh!

Jujurnya saya berdebar2 bergetar di dalam dada ewahhh nak memulakan semester baru. Berdebar sebab kena tambah lagi satu subjek semester ni, Mikrobiologi III. Wahh, seram ko. Akak tak pernah ajar lagi subjek ni. Students sem akhir pulak tu. Harus lah saya rasa nak pengsan. hehe:D. Tapi tengok jadual macam tak pack sangat. Boleh lagi bernafas, cuma kena kerja kuat sikit. Cabaran sudah mula melebar. Takut tak mampu nak berhadapan dengan karenah pelajar yang bermacam. Harapnya saya kuat semangat, yang penting harus ikhlas. Chayyokk Mieyza!!!
Esok saya bercuti. Tengok, tengah kalut ribut dengan smua benda saya senang lenang bercuti. haha. sungguh keji. Cuti sebab terpaksa lah, bukan sengaja2 cuti. Tapi bukan terpaksa sangat pun, tapi lebih kepada nak membahagiakan diri sendiri. ok, dah start nak merepek ni. Merepek macam makan kerepek. Berenti merepek Mieyza. Ok saya berenti di sini. Doakan saya baik2 saja esok, dan selamat dengan jayanya meng-happy kan diri. Can't wait for tomorrow. Moga tiada incident yang meng-spoil kan mood..Daaaaaa!

Friday, November 5, 2010

Sauna Bidan Terjun.

hoh? Apakah tajuk entri pelik sebegitu?

Dalam hidup ni, banyak perkara yang berlaku tanpa perancangan. Lain yang kita rancang, lain pula yang berlaku. Maka, harus lah kita redha. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Contohnya seperti yang berlaku pada saya hari ini. Erkk, sabar. Entri kali ini bukan kisah syahdu sedu sedan.

Setelah berminggu2 merancang untuk ber-gym bersama Cik Puan Sharifah Norziana, untuk membina otot2 tubuh supaya 'katang bodi mampu ke pusingan akhir peringkat kelayakan pertandingan Angkat Berat (gurauan semata2, jangan ingat betul2 pula..haha) , akhirnya pergi lah kami pagi tadi ke tempat yang di maksud kan. Memandangkan saya tak pernah jejak pun tempat tu, dan hanya bergantung pada ingatan nyanyuk2 manja Ziana, kami pun mengagak2 la, adakah tempat itu masih wujud. Sebabnya, sudah berkurun nan lalu dia ke sana. Tapi tak apa lah, kalu tutup pun, kita buat lah aktiviti biasa, MAKAN. Caiss, begitu lah tabiatnya. Jogging bagai nak rak, bersenam sampai bergegar tanah, akhirnya ke kedai makan juga destinasi pilihan. KAHKAHKAH.

Akhirnya apa yang di bayangkan terjadi jua. Rupa2nya Gym tersebut memang sudah tak wujud. Owhh, sedikit frust di situ. Yang tinggal hanya lah SPA yang sangat cantik. Spa? Menarik ni. Jom masuk lah tengok pakej2 dia. Kata ku padanya. Menurut lah dia kehendak ku, lalu masuk ber-interview dengan orang dalam spa tu. Tengok2 pakej yang agak menarik hati jantung dan sukma, kami pun TIBA2 mahu mencuba sauna di sini. Haa, sebab itu lah entri ini bertajuk Sauna Bidan Terjun, pasal kami TIBA2 bersauna tanpa di rancang.HAHA. Kan ke itu di luar perancangan. Tak di rancang langsung, tapi terjadi juga. :D

suasana dalam Spa
Pasal Spa ni, boleh tahan lah. Tapi kalau tengok dari luar tak sedar pun ada spa kat sini. Orchid SPA nama nya. Cantik dan selesa. Dan harga pun standard lah, tak lah mahal gabak. Sauna tadi RM25 seorang. Kami pilih 2 jenis sauna. Ziana sauna berempah, dan saya FIR sauna. Menatang apa kah? Bolehlah haku feeling mak datin jap ber-spa bagai. muahaha. Berbalik kepada cerita, lepas dah comfirm nak ber-sauna, dah siap panas2 air segala, kami pun di beri sehelai tuala seorang. Buka segala, only u and tuala. Owhh, sadis nya. Tiba2 (okeh, tiba2 lagi.) sauna FIR tak berfungsi pulak. So, pekerja spa tu gantikan dengan Hot Blanket. gegegege. Tak apa lah, cuba saja. Nak menambah kesadisan, sila tanggalkan towel. Haa, hambik kau, kena naked. muahaha. Sungguh tak sanggup. Tapi alang2 menyeluk pekasam, biar naked dalam blanket. haiip, ada kena mengena kah itu peribahasa??gegege. Oleh sebab saya berbungkus dalam Hot Blanket yang memang hot sampai peluh melimpah ruah sambil 'circle naked' translate sendiri kot BM, makanya tak boleh lah nak ambik gambar sana sini. Karang ku hambik juga, tak pasal2 blog ini di-ban, sebab siar gambar p***o.hehe. Lepas setengah jam berpeluh sakan bermandi peluh dalam blanket tebal nan super hot, selesailah upacara sauna bidan terjun ini. Ziana apa cerita? Tak boleh lah saya mengendap dia sebab di bungkus tadi dalam selimut PVC tebal itu. rugi rugi..haha

Ziana yang teruja..kihkihkih
Kesimpulannya, memang best lah sekali sekala memanjakan diri di spa. erkk, macam karangan tahun 6 pulak ada kesimpulan. Pakej2 yang di tawarkan macam sangat menarik. Rasanya boleh try lagi lepas ni. So, kawan2 saya suggest kan ORCHID SPA ini. Sekali sekala, bukan hari2 pun..:D

Tuesday, November 2, 2010

Felt Craft

Wahh, bila engkau berkecimpung dalam arena pengkreatifan ni? Sejak bilakah? 
Ok, this might be count as one of my new hobby. New lah sangat. hehe. Dah lama sebenarnya suka tengok benda aneh kecik comel yang sweet gile tu. Dan saya ada seorang kawan lama yang ber-business jual2 barang felt yang comel ni. Nak tengok sila lah cari di facebook, JariTercucukJarum. Sangat hebat beliau. Saya pun macam biasa lah, ada je benda2 pelik yang menarik hati, mula lah gatal tangan nak buat sendiri. Sungguh lah tak sedar diri. hehe. Mula lah berangan nak jahit sendiri 'menatang' comel tu. Saya pun terfikir2 lah, kat mana benda ni di jual? beli online je la, senang. So, saya pun dengan bersemangat online cari benda tu. Rupanya, banyak blog yang berurus niaga dengan benda alah ni. Seronoknye. Bagi mak budak yang gatal tangan a.k.a amatuer macam saya ni, kena lah beli sikit2 dulu. Cobaan lah katakan. Kan haku beli bermeter2, terus berniaga buke table kat pasar malam. gegegege!


Kisah ni lama dah berlaku. Apasal macam nak bercerita kisah duka je ni? confuse. Sebenarnya saya beli segala macam benda ni masa bulan puasa lagi. malu nak letak dalam blog. Sebab hasilnya agak boleh dikategorikan TAK CHANTEK. hehe:D. Beli kat satu blog ni, dia jual dalam bentuk pakej. Kalu tak silap dia bagi 10 helai felt yang colorful, butang2 comel, loceng2, tali2 dan sebagainya. Okey la tu. harga pun murah je. Tapi sedikit kecewa sebab color felt tu tak striking sangat. Semua agak lembut2 je color dia. Then,  sampai je barang tu kat rumah, dengan excited-nya saya mula menjahanamkan mengerjakan felt tu. Eh, TAK TAK. Kena fikir design dulu. Ni bahagian yang sangat ku kelemahan. Jenuh lah saya merenung sampai tembus felt tersebut. Lepas tang tung tang tung fikir dengan perut yang brum bram brum bram, puasa lah katakan, dapat lah satu design. bentuk LOVE. Caisss, itu kan design paling popular. Kenapa engkau berfikir sampai berjam2. huhu.

Memandang di kala itu birhday KAK DIRA hampir tiba, saya pun dengan confident tahap gapan nak buat sesuatu untuk dia. Berani sungguh haku. Dah la tak reti menjahit, ada hati nak bagi hadiah kat orang. kahkahkah! Nasib lah Kak Dira, sebab itu hasil tangan pertama saya. Senget Benget dan buruk sungguh. gegegege. Tapi sebab dah buat dengan bersungguh, harus lah Kak Dira terima dengan hati terbuka. Pink color lagi. Jangan main2. Harapnya, tidak lah tercampak ke dalam tong sampah benda aneh itu. haha:D



Lepas tu, dah confident level masih tinggi, saya jahitkan broadband case untuk diri sendiri. Color hijau. Ermm, boleh lah letak budak broadband tu, tak ada lah telanjang je di usung ke hulu ke hilir. hehe. Lepas tu jahit lagi pendrive case untuk Kak Yana, pun sempena Birthday. Dan sangat lah mengambil masa yang begitu lama nak jahit benda tu. Salahkan kelembaban sendiri. Sungguh tak reti nak buat laju2 pastu cantik. Masalahnya buat lambat2 pun hasilnya tetap senget benget. Owhh, kuciwa lagi. Tapi nasib baik kak Yana terima juga. Hooyea! Dan atas dasar kelembaban itu juga, Ziana belum lagi menerima sesuatu yang saya jahit khas untuk dia, seperti yang di janjikan. hehe. Sorry dear. Tunggu. Pasti ada untuk kamu, saya buat LIPAS BEREKOR, okeh? hahahahahahaha


Owhh, macam dibagitau kat entry lepas, saya jumpa kain felt ni kat PSI. Sungguh seronok sebab tak tahu pun kat sini rupanya benda ni di jual. Dah la warna cantik2. Terus ku beli yang merah menyala tu. Nak buat apa? Nanti kan....

Ceh, macam lah ada yang tunggu menanti.

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati