tekan jangan tak tekan!

Friday, November 5, 2010

Sauna Bidan Terjun.

hoh? Apakah tajuk entri pelik sebegitu?

Dalam hidup ni, banyak perkara yang berlaku tanpa perancangan. Lain yang kita rancang, lain pula yang berlaku. Maka, harus lah kita redha. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Contohnya seperti yang berlaku pada saya hari ini. Erkk, sabar. Entri kali ini bukan kisah syahdu sedu sedan.

Setelah berminggu2 merancang untuk ber-gym bersama Cik Puan Sharifah Norziana, untuk membina otot2 tubuh supaya 'katang bodi mampu ke pusingan akhir peringkat kelayakan pertandingan Angkat Berat (gurauan semata2, jangan ingat betul2 pula..haha) , akhirnya pergi lah kami pagi tadi ke tempat yang di maksud kan. Memandangkan saya tak pernah jejak pun tempat tu, dan hanya bergantung pada ingatan nyanyuk2 manja Ziana, kami pun mengagak2 la, adakah tempat itu masih wujud. Sebabnya, sudah berkurun nan lalu dia ke sana. Tapi tak apa lah, kalu tutup pun, kita buat lah aktiviti biasa, MAKAN. Caiss, begitu lah tabiatnya. Jogging bagai nak rak, bersenam sampai bergegar tanah, akhirnya ke kedai makan juga destinasi pilihan. KAHKAHKAH.

Akhirnya apa yang di bayangkan terjadi jua. Rupa2nya Gym tersebut memang sudah tak wujud. Owhh, sedikit frust di situ. Yang tinggal hanya lah SPA yang sangat cantik. Spa? Menarik ni. Jom masuk lah tengok pakej2 dia. Kata ku padanya. Menurut lah dia kehendak ku, lalu masuk ber-interview dengan orang dalam spa tu. Tengok2 pakej yang agak menarik hati jantung dan sukma, kami pun TIBA2 mahu mencuba sauna di sini. Haa, sebab itu lah entri ini bertajuk Sauna Bidan Terjun, pasal kami TIBA2 bersauna tanpa di rancang.HAHA. Kan ke itu di luar perancangan. Tak di rancang langsung, tapi terjadi juga. :D

suasana dalam Spa
Pasal Spa ni, boleh tahan lah. Tapi kalau tengok dari luar tak sedar pun ada spa kat sini. Orchid SPA nama nya. Cantik dan selesa. Dan harga pun standard lah, tak lah mahal gabak. Sauna tadi RM25 seorang. Kami pilih 2 jenis sauna. Ziana sauna berempah, dan saya FIR sauna. Menatang apa kah? Bolehlah haku feeling mak datin jap ber-spa bagai. muahaha. Berbalik kepada cerita, lepas dah comfirm nak ber-sauna, dah siap panas2 air segala, kami pun di beri sehelai tuala seorang. Buka segala, only u and tuala. Owhh, sadis nya. Tiba2 (okeh, tiba2 lagi.) sauna FIR tak berfungsi pulak. So, pekerja spa tu gantikan dengan Hot Blanket. gegegege. Tak apa lah, cuba saja. Nak menambah kesadisan, sila tanggalkan towel. Haa, hambik kau, kena naked. muahaha. Sungguh tak sanggup. Tapi alang2 menyeluk pekasam, biar naked dalam blanket. haiip, ada kena mengena kah itu peribahasa??gegege. Oleh sebab saya berbungkus dalam Hot Blanket yang memang hot sampai peluh melimpah ruah sambil 'circle naked' translate sendiri kot BM, makanya tak boleh lah nak ambik gambar sana sini. Karang ku hambik juga, tak pasal2 blog ini di-ban, sebab siar gambar p***o.hehe. Lepas setengah jam berpeluh sakan bermandi peluh dalam blanket tebal nan super hot, selesailah upacara sauna bidan terjun ini. Ziana apa cerita? Tak boleh lah saya mengendap dia sebab di bungkus tadi dalam selimut PVC tebal itu. rugi rugi..haha

Ziana yang teruja..kihkihkih
Kesimpulannya, memang best lah sekali sekala memanjakan diri di spa. erkk, macam karangan tahun 6 pulak ada kesimpulan. Pakej2 yang di tawarkan macam sangat menarik. Rasanya boleh try lagi lepas ni. So, kawan2 saya suggest kan ORCHID SPA ini. Sekali sekala, bukan hari2 pun..:D

2 comments:

a.R.e.I.d said...

Adakah spa itu di gong badak?? Ngehhh... Macam kenal aje itu spa... Kalau spa yang sama la... FIR tu adalah short form untuk far infra red. Biasanya digunakan untuk mempercepatkan pemecahan lemak. If im not mistaken laa..

gocke said...

akhirnya kamu ziana pegi juge sauna di situ ye..ye mizami..sy dh pegi.ms tgh diet2 nk kawen dlu.hehe.sy buat sauna mcm kamu itu juge.tp segan sbb sorg diri..salahkan ziana dgn kak dira kerana membiarkan sy pegi seorg diri ketika ituu...ishhh.....

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati