tekan jangan tak tekan!

Tuesday, November 2, 2010

Felt Craft

Wahh, bila engkau berkecimpung dalam arena pengkreatifan ni? Sejak bilakah? 
Ok, this might be count as one of my new hobby. New lah sangat. hehe. Dah lama sebenarnya suka tengok benda aneh kecik comel yang sweet gile tu. Dan saya ada seorang kawan lama yang ber-business jual2 barang felt yang comel ni. Nak tengok sila lah cari di facebook, JariTercucukJarum. Sangat hebat beliau. Saya pun macam biasa lah, ada je benda2 pelik yang menarik hati, mula lah gatal tangan nak buat sendiri. Sungguh lah tak sedar diri. hehe. Mula lah berangan nak jahit sendiri 'menatang' comel tu. Saya pun terfikir2 lah, kat mana benda ni di jual? beli online je la, senang. So, saya pun dengan bersemangat online cari benda tu. Rupanya, banyak blog yang berurus niaga dengan benda alah ni. Seronoknye. Bagi mak budak yang gatal tangan a.k.a amatuer macam saya ni, kena lah beli sikit2 dulu. Cobaan lah katakan. Kan haku beli bermeter2, terus berniaga buke table kat pasar malam. gegegege!


Kisah ni lama dah berlaku. Apasal macam nak bercerita kisah duka je ni? confuse. Sebenarnya saya beli segala macam benda ni masa bulan puasa lagi. malu nak letak dalam blog. Sebab hasilnya agak boleh dikategorikan TAK CHANTEK. hehe:D. Beli kat satu blog ni, dia jual dalam bentuk pakej. Kalu tak silap dia bagi 10 helai felt yang colorful, butang2 comel, loceng2, tali2 dan sebagainya. Okey la tu. harga pun murah je. Tapi sedikit kecewa sebab color felt tu tak striking sangat. Semua agak lembut2 je color dia. Then,  sampai je barang tu kat rumah, dengan excited-nya saya mula menjahanamkan mengerjakan felt tu. Eh, TAK TAK. Kena fikir design dulu. Ni bahagian yang sangat ku kelemahan. Jenuh lah saya merenung sampai tembus felt tersebut. Lepas tang tung tang tung fikir dengan perut yang brum bram brum bram, puasa lah katakan, dapat lah satu design. bentuk LOVE. Caisss, itu kan design paling popular. Kenapa engkau berfikir sampai berjam2. huhu.

Memandang di kala itu birhday KAK DIRA hampir tiba, saya pun dengan confident tahap gapan nak buat sesuatu untuk dia. Berani sungguh haku. Dah la tak reti menjahit, ada hati nak bagi hadiah kat orang. kahkahkah! Nasib lah Kak Dira, sebab itu hasil tangan pertama saya. Senget Benget dan buruk sungguh. gegegege. Tapi sebab dah buat dengan bersungguh, harus lah Kak Dira terima dengan hati terbuka. Pink color lagi. Jangan main2. Harapnya, tidak lah tercampak ke dalam tong sampah benda aneh itu. haha:D



Lepas tu, dah confident level masih tinggi, saya jahitkan broadband case untuk diri sendiri. Color hijau. Ermm, boleh lah letak budak broadband tu, tak ada lah telanjang je di usung ke hulu ke hilir. hehe. Lepas tu jahit lagi pendrive case untuk Kak Yana, pun sempena Birthday. Dan sangat lah mengambil masa yang begitu lama nak jahit benda tu. Salahkan kelembaban sendiri. Sungguh tak reti nak buat laju2 pastu cantik. Masalahnya buat lambat2 pun hasilnya tetap senget benget. Owhh, kuciwa lagi. Tapi nasib baik kak Yana terima juga. Hooyea! Dan atas dasar kelembaban itu juga, Ziana belum lagi menerima sesuatu yang saya jahit khas untuk dia, seperti yang di janjikan. hehe. Sorry dear. Tunggu. Pasti ada untuk kamu, saya buat LIPAS BEREKOR, okeh? hahahahahahaha


Owhh, macam dibagitau kat entry lepas, saya jumpa kain felt ni kat PSI. Sungguh seronok sebab tak tahu pun kat sini rupanya benda ni di jual. Dah la warna cantik2. Terus ku beli yang merah menyala tu. Nak buat apa? Nanti kan....

Ceh, macam lah ada yang tunggu menanti.

4 comments:

a.R.e.I.d said...

Yer... hadiah yang menarik... sebab effort kamu yang sangat tinggi benda itu jadi berharga.. tenkiu so of da much...

Unknown said...

wosssssssss...sapa atiiiiiiiii!!!!

meo said...

buat utk saye satu...

nk bg kat gadis pujaan ati

mieyza said...

meo..berani ke nak bg awek hasil tgn saya??karang terus dia buang..sgt buruk okeh jahitan saya..muahahaha

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati