tekan jangan tak tekan!

Tuesday, March 30, 2010

piZZa MiZZa

Hari yang Indah. Indahnya Hari ini. Indah sebab dapat makan Pizza. Lebih indah bila dibelanja. Lebih indah bila menikmatinya bersama yang tersayang.:D

Tiba-tiba hari ini saya rasa seronok. Seronok menikmati hari ini. Pasti lah seronok sebab semalam sudah ribut. Ribut taufan yang di'join' oleh panahan petir.haha:D. Jangan bimbang. Tiada kena mengena dengan anda semua. Hanya saya dan dia saja yang merasai gegaran itu. Begitu lah cara kami. Kalau ribut, bukan sikit-sikit. Bukan ala-ala angin monsun barat daya. Sekali ribut memang tiada upaya nak halang. kalau ikut perkiraan skala ritcher, pasti lebih tinggi dari tsunami dia punye gegaran. haha:D. Tapi biasanya tak lama. Dalam sejam berikutnya dah boleh manja-manja balik. Dah boleh menari-nari di taman bunga, tukar-tukar baju 16 kali macam cite hindustan. :D..Jangan ikut cara kami kalau tiada kekuatan jiwa. Nanti jadi sasau. Sebab kami dulu pun sasau. Dah lama tidak lagi sasau. Dah biasa menempuh badai onak berduri, ribut taufan itu kami masih gagah redahi. kata bidalan: alah membeli, menang memakai..ehh bukan bukan..alah biasa, tegal biasa. Betul kah? Saya kurang pasti. Sudah ingat-ingat lupa. Kalu salah anggap saja bidalan itu saya yang reka.hahaha:D

Sejujurnya sepanjang perKawanan kami, inilah kali pertama kami ke Pizza Hut. haha:D. Darat kan kami. Benar dan betul, Mohd Fauzi saya kurang memandang Pizza. Walaupun saya suka pizza tahap gaban, sampai kalu boleh mahu hari-hari santap, dia pandang Pizza sebelah mata. Kurang gemar pada western food. tapi KFC boleh pulak kau melantak hari-hari pun..:). Kalau saya masakkan spegheti, dia makan. Tapi lepas tu pasti komen itu ini. tak kena dengan selera dia. Kalau buat macaroni goreng lagi lah dia tak makan. Tengok pun cam pelik benda alah tu. haha:D. mohd Fauzi saya sangat comel..kahkahkah.

Tapi malam ni saya berjaya membawa dia ke Restoran Pizza Hut. Tak banyak soal. Dia ikut saja kehendak saya. penangan ribut semalam buat dia sangat menjaga hati saya. moralnya, lancar lah perang selalu untuk terus di sayangi..hahaha:D. Back to the story, kami ke Pizza hut Giant. Ini part yang agak tak seronok. Pizza Hut Giant sangat terkenal dengan keLembab'an, kesengalan dan kebentatan yang nyata lagi ketara. dari dulu sampai sekarang. tapi memandangkan kami dah ke situ, tiada lagi pilihan. Hadapi lah kesengalan itu dengan sabar. tak apa. ada hikmah yang tersembunyi. hikmahnya, dapat bergambar sakan. Sudah lama tidak mengada-ngada, bergatalan bergambar berdua. haha:D





hey..sila pandang camera..jangan pandang saya.



Yang pasti, 'tangki' Mohd Fauzi saya tidak lah sebesar mana. Tengok pun tahu. Berdasarkan betapa flatnya his tummy, sudah boleh agak kapasiti makanan yang dapat diisi. haha:D. Baru dua keping pizza kecik dah tak dapat dihabiskan. Saya juga sudah kenyang, biar pun bertangki lori minyak. :)..akhirnya tak habis tergolek-golek.ehh bukan. Terkeping-keping. Pizza kan berkeping-keping, mana mungkin boleh tergolek.

pizza yang tergolek-golek

apa pun, lain kali saya boleh makan Pizza lagi sambil ditemani sang arjuna ini. Boleh tambah koleksi teman Pizza saya. hehehehe..

adios..

Sunday, March 28, 2010

Penjaga Booth yang Berjaya

Jom rapat-rapat!!Mari-mari ke booth saya!!Cepat-cepat! Siapa tak datang rugi!!

Hari ni kena jaga Booth MSU kat TTC (Terengganu Trade Centre). Sempena Karnival Pendidikan Mara. Seperti biasa nama saya yang bertuah ni akan naik untuk ditugaskan membuat tugas-tugas khas macam ni. Saya kan bertuah. Saya kan kononnya tiada kerja untuk di buat. T______T.

Sepatutnya kena mula bertugas pukul 1 petang. Tapi diwaktu dan dikala jam menunjukkan pukul 1, saya dan mereka yang berkenaan masih di ofis. Baru nak bertolak. haha:D. tang tung tang tung dekat-dekat pukul 1.30 petang sampai lah ke tempat yang dimaksudkan. Oleh kerana belum solat, oleh kerana belum makan, maka kami menunaikan lah tuntutan perut, juga tuntutan agama. tang tung tang tung lagi, dalam pukul 2.30 petang baru lah mula bekerja dalam erti kata sebenar.haha:D

Kena jaga Booth MSU sebab tiada staff dari MSU yang datang. Tak tahu kenapa dan sebab apa. Malas nak tanya. Buat je apa yang disuruh. Ikhlaskan hati. haiih..kan kamu ex-student MSU. berbaktilah sedikit.. Sedikit informasi yang saya ada sebagai pelajar MSU dulu dapat lah sikit saya kongsi dengan pengunjung yang macam berminat tanya itu ini. Ramai lah juga anak-anak remaja baru lepas sekolah, yang masih hijau, masih berhingusan datang singgah ke booth kami. Biasa lah. Budak baru lepas SPM. Tengah mencari tempat terbaik untuk sambung pelajaran. Teringat zaman saya tengah cari tempat belajar dulu. Ramai yang datang dengan result yang gempak. Alhamdulillah. Tengok budak melayu yang cerdik lagi bijak sangat membanggakan. Semoga mereka mendapat tempat yang baik di IPTA. Jangan sekadar dapat course yang tidak membantu. Yang hanya nampak santeek kat sekeping sijil. Lepas tu kekal sebagai sijil yang tiada harga. Menganggur selepas penat-penat perah kepala otak belajar.

Dalam sibuk-sibuk kalut ribut, saya tetap mencari masa untuk buat kerja-kerja 'haram' seperti merayau-rayau ke booth lain. Lepak-lepak kat booth sebelah yang tiada orang. hahahha:D. Penat wehhh. Dan yang best, snap-snap the pictures.
x

x

x

x
.............




ermm..demam saya macam tak mahu pergi lagi. asal malam je dia muncul.T______T
sekian. terima kasih.

Saturday, March 27, 2010

Nak Demam=Mahu Demam=Suka Demam??

Simptom-simptom demam dah mula menonjolkan diri. Perlahan-lahan muncul.Tak segan-segan dia dah mula galak nak tunjuk terror. Mula la hidung dah berair. Tekak dah sakit. Dah gatal-gatal perit. Hidung dah jadi sensitif, sikit-sikit mau bersin.Kepala dah berat. Saya dah demam ke? Mungkin kot. ishhhh. saya tak suka demam. ada ke yang suka demam. memang tak ada yang suka. Walaupun tiap kali munculnya tanda-tanda nak demam, saya merengek mengada-mengada mengadu NAK demam, bukan bererti saya MAHU demam. Apatah lagi SUKA pada demam. Term NAK demam itu lebih menjurus kepada MACAM NAK demam. Demam buat saya tak selesa. Nak minum pun susah sebab sakit tekak. Dah la cuaca panas macam ni. Pasti memburukkan keadaan saya yang dah nak jadi buruk ni. Owhhh..Tak mahu demam. Shuuhhh. Demam sila pergi jauh-jauh. Kerja banyak ni. Kan demam susah nak buat kije. Tambah pulak saya sangat culas makan ubat. Sungguh tak suka makan ubat. Kalu kena makan pun selalu lupa. ehemm. Buat-buat lupa sebenarnya. haha:D

Tapi saya menghadapi simptom pra-demam dengan senyuman. haha:D. mieyza sudah gila kah??. Sebabnya? Sebabnya saya melalui hari yang indah semalam. ciss..indah lah sangat. Tak adalah indah sangat, tapi cukup lah buat saya tersenyum kambing yang busuk tak mau mandi. Tak tau kenapa saya rasa happy semalam. Rasa cam best. Rasa cam puas hati. Wal hal itu lah hari yang saya lalui setiap minggu. Keluar berjalan di petang jumaat. Dah tu apa yang kau happy sangat..? Mungkin sebab dapat lunaskan hajat mohd fauzi nak makan makanan favorite dia. Gulai Lemak Ketam. haha:D. dah seminggu belikan ketam. Tapi tak sempat nak masak. Banyak sangat halangan. Akhirnya Jumaat je yang ada masa. Masa yang memang terluang. Maka masaklah saya dengan bersungguh. Lepas sembahyang Jumaat datang lah budak kurus tu mahu makan. Makan lah dia dengan bersungguh. Makan sampai kenyang. Sampai licin, walau pun kuah AGAK MASIN. Bruupppp...Lepas dah hajat awak ye. Lupa snap gambar Budak Kurus menggonggong ketam. Haha:D. Mesti comel gambar awak makan ketam masak lemak kuning yang MASIN..

Pas habis sesi makan-makan, kami keluar berjalan. Dengan izin mak ayah ye. Keluar lah kami mengukur jalan ke Ekspo yang tak pernah habis kat Shah Bandar. Tak de apa pun. Biasa saja. Pastu jalan ke tempat lain. Kami memang suka berjalan. Bukan berjalan kaki. Tapi berkereta. Kalu berjalan kaki pasti lah tidak. Bodoh jugak rasa keluar berjalan dalam keadaan cuaca panas tak ingat macam ni. Sungguh lah panas. Kan tak pasal-pasal membuahkan demam. Ye. Demam yang berbuah. haha:D..Dating punya pasal, redah jugak berjalan-jalan dalam cuaca panas ni. Tak apa, tengah sayang, tengah suka. Makanya, suka lah berjalan. suka lah menapak sampai demam berbuah. Tengok lah nanti, kalu anak dah empat, sanggup lagi ke nak heret aku mengukur jalan sambil mendukung anak berderet..haha:)

Kesimpulannya. Saya Macam Nak demam dengan hati yang gembira. Itu saja kisahnya yang buat saya gembira. Tak apa lah. Hal sekecil itu pun mampu buat saya tersenyum simpul sipu-sipu gulung rambut tepi tingkap. kihkihkih..Pendek saja entri ini. Saya kan demam. Harus tidur awal. Esok kan Kerja. Harus berhenti sekarang. Kepala Pening.

Wednesday, March 24, 2010

KELAS SUDAH BERMULA

Title yang maha skema......................

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa kelas bagi sesi semester pendek 2010 telah bermula hari ini. Dan untuk semester ini saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek PSIKOLOGI.

Diulang...PSIKOLOGI..

Apakah???Apakah???Psikologi la. Apa lagi. Yeah Yeah. Saya mengajar Psikologi sem ni. Tiba-tiba saya gumbira. Saya gumbira hati riang melonjak suka ria. Diakui ikhlas dari hati mula-mula memang riang gembira. Seronoknya dapat mengajar subjek baru. Mesti best. Tak payah buat Lab. Mesti boleh relax2. Boleh Psiko budak-budak.
Yeah yeah!! Seronok! Seronok! Seronok!


Dengan semangatnya buat file assestment. Ambik nota dan segala. Punya lah semangat sampai nota buat balik rumah. Konon-konon mahu study. Kan semangat nak mengajar Psikologi. Mesti kena study dulu. Tengok skop subjek ni. Buku rujukan boleh tahan tebal. Tak pe, semangat kan.

Namun..jeng jeng jeng..the first page of the notes sudah bikin dahi saya berkerut seribu..Apakah yang sedang saya baca ni??pemikir Greek silam? Rene Descartes? Empirisisme Inggeris? Fungsionalisme Amerika? Psikologi Gestalt?Behaviurisme?Apakah?Apakah?

Tiba-tiba mau pitam. kepala pusing. Mata berpinar. Nafas jadi sesak.haha:D. Ni ke yang saya kena ajar? ni subjek yang bikin hati saya onar. Terus saya tutup notes. Terus tarik nafas panjang-panjang. Hilang sudah semangat yang membara berapi-api tadi. Yang tinggal hanya debaran cinta. ehh bukan bukan. Debaran hati yang tak keruan. Haruslah saya berdebar karena sangatlah saya tidak fasih dan tidak pernah belajar segala macam yang di atas. Dan sekarang saya di tugaskan untuk men'lecture' subjek ni. Hebat benar cabaran ni. Tertanya-tanya sendiri. mampu kah saya menjalankan tanggungjawap ni? Belum apa-apa sudah terasa berat. Bertambah-tambah berat bila terfikir kan students saya yang 'ramai teramat' tu..5 ORANG..ye..5 ORANG. ramaikan. hahahaha:D. First kelas tadi pun hanya SEORANG sahaja yang attended. Dengan subjek yang BEST macam ni, mampukah saya menarik mereka supaya datang kelas?Remain unknown..

Tak apa Mieyza. Cabaran ini harus di sahut. macam menyahut panggilan telefon. bukan. saya mengarut lagi. Hadapi dengan senyuman. Boleh ke? Boleh. Yakin Boleh. Kuatkan mental. Ye. Itu semestinya. Semenjak bekerja ni, memang perlu kuat kan mental yang tak berapa kuat ni. kalau tak mesti sudah mereng. tak pasal-pasal retarded. kahkahkah. ok mental ku. sila kuatkan diri anda. perlu bekerja kuat ni..:)

Friday, March 19, 2010

S.A.Y.A D.A.N. C.E.R.I.T.A K.A.H.W.I.N

Musim kahwin kembali. Macam biasa lah, tiba je cuti sekolah, makanya berduyun-duyun lah hamba Allah Taala sampai seru menyahut sunnah Rasulullah S.A.W, berumah tangga. Musim cuti ini, adalah 2,3 orang kawan saya yang dah selamat menjadi suami atau isteri orang. Itu belum campur jiran tetangga, kawan-kawan mak dan tak tahu lah siapa-siapa yang saya tak kenal yang hantar kad kahwin kat rumah. berlambak-lambak. sampai pening mak saya nak atur masa yang mana patut pergi dulu. haha:D.

kenduri sana sini, hari-hari makan daging. sampai dah nak muntah tengok daging gulai nasi minyak. sampai dah pening. Darah tinggi kah??haha:D..yang penting seronok tengok ramai member dah tukar status. dah tak boleh panggil 'CIK'. Nanti apa-apa urusan sila jangan panggil CIK ye. nak isi borang pun jangan isi kat ruangan CIK lagi. sila sedar diri. biasakan diri dipanggil PUAN. haha:D..kan dah rasa tua. siapa suruh kahwin awal-awal.

Apapun tahniah untuk semua kawan-kawan yang dah jadi bini orang ni. Selamat hidup berumah tangga. kalau dulu gila naif hidung beringus main kejar-kejar, sekarang sudah anggun ber'heel' 4 inch. Dah ber'eye shadow', ber'blusher', ber'lipstic'. Satu transformasi yang berjaya. Yang sepatutnya berlaku dikala usia menginjak 25 ni. Bukan seperti saya. yang masih gagal untuk transform secara total. Belum berjaya menjadi anggun. Belum pandai mekap-mekap. Belum berjaya untuk mengubah diri menjadi wanita-ayu-sopan-santun-cakap-tunduk-kuis2-kaki. Saya masih lagi belum mampu mengAnggunkan diri. belum bersedia sebenarnya untuk bergelar wanita. Masih terperangkap dalam dunia muda belia. hahaha. Oleh itu, wajarlah saya belum jadi bini orang lagi. Belum layak. Kan nanti ada drama di funfair suami pujuk bini yang menangis merengek-rengek minta dibelikan belon. Aku lah tu wanita itu. kahkahkah!

Owhh. Bercakap tentang saya. seperti biasa juga, tiba musim mengawan macam ni, maka adalah makhluk-makhluk yang ringan mulut bertanya saya dan mak, bila lagi mau dilangsungkan majlis saya. alahai. tak ada soalan lain kah. Mau saja saya jawap "bertenang lah wahai makcik. saya muda lagi. diulangi, MUDA lagi. Belum puas lagi hidup berfoya-foya, clubbing-clubbing, mabuk-mabuk balik subuh. nanti dah settle down, dah insaf baru saya cari laki ye makcik'..hahaha. Tak ke haru kalu saya jawap macam tu. Sibuk je tanya-tanya. Macam lah saya ni dah sampai tahap gersang kering kontang cari jantan tak jumpa-jumpa. Rileks lah mak-mak sedara, pak-pak sedara, kakak-kakak dan adik-adik sekalian. bukan tak mahu kahwin lagi. Tapi banyak masalah yang belum settle. Kalau lah kahwin tu semudah LOGIN Facebook, sudah lama saya berumah bertangga. Selain umur saya yang saya perasan muda ni, banyak perkara lagi yang perlu saya settlekan. Duit lagi satu hal. Buat apa kahwin kalau tak ada duit. kena kumpul dulu. bukan ke makan masa tu. Lagi satu, kan hubungan cinta cintun saya kan ada sedikit cabaran halangan berliku yang perlu saya lalui. Ada yang sedang menanti untuk bertepuk tangan kalau-kalau 'love story' ntah hape-hape ini tamat tanpa happy ending. Susah tau makcik saya nak tempuh. kalau nak saya kahwin cepat-cepat, doakan saya masih kuat meredah laluan semak samun berduri tu. sakit tau kena duri. terguris sana sini. Ikut hati saya dah tak larat. Nak mengalah je. Tak payah lagi sakit-sakit tercalar terguris sana-sini. Makanya, jangan lagi ditanya tentang hal itu. Kan saya menangis melalak depan makcik, haru biru lah makcik nanti kena pujuk saya. haha :D

Woi..! ni dah keluar topik ni. tengah cerita happy orang kahwin, kau buka cerita sedih sedu sedan..!haha..

Owhh. semenjak dua menjak ni saya sangat rajin baking cup cakes. tiba-tiba ada new hobby. buat cup cakes. buat banyak-banyak. hias cantik-cantik. erkk, tak cantik pun sebenarnya. bawa gi ofis, bagi orang makan. tapi aku satu pun tak makan. haha..yang penting rasa puas hati buat sesuatu dengan usaha sendiri. penat dowh tunggu cupcake ni masak..kihkihkih..sungguh lah menyesal tak beli buku cara decorate cupcake time Pesta Buku hari tu. Sungguh menyesal. Tak apa, Mahu cari jugak nanti itu buku. Biar puas hati. Hilang rasa menyesal. hehe:D.
And one more thing yang saya sangat mahu terlampau teringin overdose nak beli:

DSLR NIKON D3000..

sangat teringin. mahu memiliki gadget itu. Tapi tengok harga tak tertelan air liur. gluppp. mahal siot. bukan tak ada duit nak beli. setakat seribu dua tu boleh sangat. tapi bila ingat balik, duit tu kan untuk tujuan lain. tujuan yang tak tau tertunai atau tidak. tapi simpan juga. jangan usik. sekadar meletakkan harapan. jadi sila delay kan dulu impian nan satu ini. dah selesai semua, kumpul balik duit dan beli lah gadget yang diaku teringin tak hengat itu..hahaha:D



Thursday, March 4, 2010

Hakikat Hidup Seorang Manusia..

Hidup ini terkadang sungguh aneh. pelik. Di luar kawalan.Di luar jangkaan. Katakan apa saja, yang pasti hidup manusia memang sangat 'complicated'. Bukan mudah menjadi manusia. Beratnya beban memikul tanggungjawap menjadi khalifah. Proses kehidupan manusia dari sebesar dua jari hinggalah ke liang lahad telah menemukan seseorang dengan pelbagai keanehan dalam hidup.Setiap manusia yang berjaya berjuang meneruskan kehidupan, pasti melalui pelbagai pengalaman hidup yang bukan sedikit kesannya. Dan pastinya pada setiap peringkat kehidupan itu mempunyai cabaran tersendiri yang harus ditempuhi, sebelum benar-benar layak di panggil manusia. Semasa kecil, ada cabarannya. Semasa remaja, ada dugaannya. Semasa dewasa ada rintangannya. Dan masa tua, tetap ada dugaannya. Itu lumrah bagi seorang manusia.Kerana itu lah yang di janji tuhan, sebagai menguji ketabahan dan ketaatan hamba. Maka berbahagialah manusia yang sedang dalam ujian ALLAH S.W.T kerana sesungguhnya manusia itu dalam rahmat-NYA.

Namun kadang kala keanehan hidup manusia itu terlalu sukar untuk dimengerti. terlalu sulit untuk difahami. Susahnya membaca hati manusia. Payah untuk mentelaah setiap karektor manusia disekeliling lantaran setiap manusia itu sudah pastinya melalui sistem kehidupan yang berbeza untuk membentuk siapa dia pada hari ini. Hati sering tertanya wujud kah manusia yang sikapnya macam itu? macam ini?. Benar wujud. semakin dewasa, semakin luas pergaulan, semakin terbuka peluang bertemu dan berinteraksi dengan manusia yang karenahnya bukan sedikit. Jika dulu fikiran masih suci, hingga begitu yakin tiada manusia yang dilahirkan untuk menjadi 'jahat', kini perspektif itu harus diubah. harus menerima hakikat bahawa ada manusia yang hatinya tidak dikurniakan ALLAH S.W.T dengan secebis kebaikan. Busuk. Kotor. Iri hati. Dengki. Tiba-tiba hidup ini rasa seperti tercemar dengan fikiran seperti ini. tiba-tiba terasa belum bersedia untuk menghadapi manusia seperti ini. Belum cukup kuat untuk menangkis perilaku golongan manusia seperti ini.

Lebih aneh apabila terdapat segolongan manusia tegar menjadi hamba cinta. Benar cinta itu indah. Cinta ini membahagiakan. Cinta itu mengasyikkan. Tiada yang salah tentang cinta. Tiada yang kotor tentang cinta. Bahkan cinta merupakan anugerah dari ALLAH, yang ditiupkan dalam hati setiap manusia, agar seluruh umat manusia hidup dalam kasih sayang. Cinta wujud sebagai tunggak menyambung kesinambungan manusia. Jadi, dimana salahnya CInTa?? Salahnya cinta hanya pada manusia yang menilai cinta tiada harga. Yang menjadikan cinta satu alasan untuk membenarkan segalanya berlaku tanpa batasan dan tanpa sempadan. Cinta tiada harga ini kemuncaknya mengundang derita yang tak sudah. Mengundang tangisan penyesalan. mengundang rasa yang ingin dilupa sampai ke akhir hayat. Dan akhirnya cinta yang tidak bernilai ini akhirnya berada ditempat selayaknya. Di neraka ciptaan tuhan.

Penulisan ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri. Yang sentiasa gagal melunaskan tanggungjawap sebagai seorang manusia. Yang sentiasa terbabas dan tergelincir dari landasan kehidupan yang sebenar. Namun tegar mencari dan memburu jalan yang lurus. Biar pun penuh ranjau, biarpun penuh duri, jalan yang lurus itu harus dicari. Redhalah jika ALLAH menyediakan jalan yang bengkang bengkok dalam meniti kehidupan, sebelum benar-benar bertemu jalan nan lurus itu. Itu hadiah dari ALLAH, yang menyayangi hambaNya. Kerana sudah dijanjikan, setiap kesusahan itu, disebaliknya akan ada kesenangan. Janji ALLAH S.W.T itu pasti.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati