tekan jangan tak tekan!

Friday, April 2, 2010

Hilangnya Pencetus Gelak Di Pagi Hari.

AL-FATIHAH



Hari ni dapat satu berita mengejutkan. Mengejutkan satu Malaysia mungkin. Buktinya, kebanyakan shout out kat Facebook menyatakan salam takziah kepada Allahyarham. Malah ada profile baru diwujudkan untuk menyatakan takziah untuk Allahyarham. Ye. Kembalinya Allahyarham Din Beramboi memberi sedikit impak kepada Malaysia. Macam tak percaya. Betul ke ni? lebih menyedihkan bila mengetahui punca kematian adalah disebabkan denggi. Kelewatan mendapat rawatan menjadi penyebab utama. Kesilapan yang terlalu kecil namun memberi kesan yang cukup besar.

Tak tahu kenapa saya sedikit terasa kehilangan, sekembalinya beliau ke Rahmatullah. Saya bukan lah peminat setia beliau. Malah tidak pernah mengambil tahu pasal Allahyarham. Yang pasti Allahyarham tidak pernah gagal membuatkan saya tergelak sorang-sorang dalam kereta, dalam perjalanan pergi kerja di pagi hari, mahu pun waktu pulang pada petang hari. Masih terngiang-ngiang kali terakhir mendengar celoteh Allahyarham dalam Drama Sebabak dan Sawancara di Radio Era minggu lepas. Walaupun lawaknya bodoh. Walaupun lawaknya kasar, tapi setiap itu lah saya pasti gelak besar mendengar lawak bodoh dan kasarnya tu. Dan minggu ni, pasti pagi saya sepi. Tiada lagi Drama Sebabak. Tiada lagi Sawancara. T_______T


Ini lah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. Sudah tertulis Allahyarham kembali ke sisi-Nya pada waktu itu. Tidak mungkin sesaat terlewat atau tercepat. Ajal maut di tangan Allah S.W.T. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dari-Nya.

1 comment:

Anonymous said...

yg plg xphm ape kaitan virus air kencing tikus dengan denggi berdarah?nasib baik ms tu xde student PTPL trg praktikal kat Hosp Selayang.kalo x mesti staff situ condemn budak kite...

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati