tekan jangan tak tekan!

Monday, March 28, 2011

Cousin's wedding

Last saturday, saya ke Dungun untuk majlis sambut menantu sepupu saya. Saya tak berkesempatan untuk ke majlis persandingan dia kat Melaka 12 March lepas sebab masa tu students tengah final exam, dan masa tu juga lah saya diserang chicken pox. Haha. Mana boleh lupa tu. So untuk majlis sambut menantu ni, harus lah saya pergi. Sepupu saya adalah si pengantin lelaki. Kami membesar bersama sebab dia hanya tua setahun dari saya. Even dia adik beradik di Dungun dan kami adik beradik di Kuala Terengganu, tiap2 cuti sekolah pasti datang rumah kami. Itu cerita dulu2 lah, zaman kanak2 rebina. Sekarang dah jadi laki orang pun..hehe..


 masa ni sungguh langkah kanan sebab dapat jadi pengganti mak pengantin yang sibuk layan tetamu, makan kat meja pengantin. Huhu. Dapat makan udang saiz double XXL. Sedap! Habis semua sepupu sepapat jeles terliur tengok saya dapat makan. muahahaha. Lepas je pengantin masuk ke dalam rumah, terus budak2 tu serbu meja cari udang besar. Apa punya buruk perangai..hahaha.

 
ini lah pengantinnya. Selamat Pengantin baru untuk Along dan Isteri. Majlis sambut menantu je, so tak adalah grand sangat. Buat biasa2 saja. Tapi quite nice lah, simple and yet meriah.

Owhh tak dilupa, haruslah ditempek gediks tuan empunya blog yang baru pulih dari chicken pox. Kalau anda terer, cer cari parut2 chicken pox kat muka gediks i ni..muahahahahaha!

Saturday, March 26, 2011

Senyum...

2 Hari lepas saya berjalan-jalan blog. Singgah dari satu blog ke satu blog. Tapi biasa lah orang malas macam saya ni mana lah rajin nak tinggal jejak ke hai2 ke hoi2 ke. T_T. Walau pun malas tahap gaban, tapi sangat rajin dan gigih menerjah ke blog2 B2B. Erkk, bukan Body2Body ye. Kontroversi betul kalau sebut B2B ni, nak2 selalu keluar kat Harian Metro yang pempuan2 asing kena cekup sebab buat urutan B2B ni..eeeuuuwwww. B2B kat sini adalah Bride2Be. Lewat kebelakangan ini suka berjalan2 di sana, menerjah persiapan orang nak kahwin. *ehheeem*. Seronok tengok kekreatifan sesetengah dari mereka yang DIY sendiri barang2 doorgift, baju, veil, dan macam2 lah. Haii, kalu mak, mak tak sanggup. harharhar! Then ada yang tarikh kahwin lagi setahun, tapi sekarang dah gigih buat persiapan. Kagum kagum. Haku nan hado! Tengok tarikh cam kecut habis pankrease tapi apa pun tak buat lagi..T__T

Berbalik pada kisah Blog Walk tadi, saya terrrjumpa satu blog ex-B2B yang buat saya tersenyum tersengih2. Si empunya blog dah selamat jadi isteri orang. Yang menariknya pada saya adalah kat sini..Jeng jeng jeng.


































OOwhh..suka tengok signage ni..Sila lah kagum dengan Puan Meeya ini.

nampak tak? nampak tak? Nama dia dan saya lebih kurang sama, cuma dia ada H kat belakang. And surprisingly, nama suami dia punnn sama dengan saya punya *ehemm ehemm*, Mohd Fauzi. Hahahaha. Suke benor haku ni..Ini ada lah blog Meeya, ex-B2B yang sangat cantik dan ya ampun, amat kreatif! Banyak dia punya DIY yang saya kagum nak mati. Bantal tempat dulang hantaran pun dia DIY, doorgift tag, wedding signage yang gambar kat atas pun dia DIY. Memang jadi sumber inspirasi lah. Boleh lah ye saya ambil sikit idea2 ye Meeya..Ehehehehehe.

Dah. Bye.

Wednesday, March 23, 2011

Wordless Wednesday.



ecececehh..nak buat juga Wordless Wednesday

Tuesday, March 22, 2011

Syukur Alhamdulillah..

Tak pasti haruskan di-post entry ini. Tapi tiada kata yang boleh terlafaz kecuali SYUKUR. Setelah segala dugaan rintangan cabaran yang sewaktu dengannya, akhirnya kami boleh melihat PERKAHWINAN itu dengan lebih jelas dan terang. 

Majlis yang tidak dirancang sebenarnya. Bukan tak dirancang, tapi lebih kepada tiba2. Sebab yang dirancang lebih seminggu lalu adalah datang untuk merisik saja. Dan rancangnya datang hanya 4 orang. Tiba2 yang datang segerombolan, siap bawak hantaran bagai. Dari merisik terus ke meminang. Saya ternganga lah di depan pintu. Sudahlah tak ready apa2, cuma berbaju kurung biasa. Itu pun nasib baik terfikir nak berbaju kurung. Asalnya mahu berbaju biasa2 saja. Famili saya lagi lah, tak ready pun nak berbalas apa2. Kalau lah tahu sebegini rupa, pasti lah saya ready pakai baju bling bling sikit. huhuhuhu..Sangatlah segan nak mati sampai main tolak2 dengan mak bila dipanggil untuk disarung cincin. Malu yang amat!!Dah la muka tak siap. Dah berbedak bercelak pun tak mampu nak tutup parut2 nan meriah di muka ni. Nak cover line, saya bisik kat makcik dia, saya baru kena chicken pox. Nasib baik semua dah maklum. Haiih, nasib badan lah, orang datang meminang time tengah2 ber-chicken pox begini. 

Bila fikir balik, macam sangat kelakar. Mak dan ayah siap gelak2 lagi. Ye lah, biasa orang bertunang habis beribu2 siap pelamin bagai. Saya pulak masyaAllah, ringkas yang amat! Sebenarnya, nak dikira bertunang pun tak, sebab buat tak rasmi begini. tapi makcik dia kata ikut hukum dah kira bertunang lah. Sebab kalu ikut perancangan pun, memang tak nak ada majlis tunang yang betul2. Siap beres semua dah, dengan tarikh2 sekali dah decide, cuma tak comfirm betul lagi, sebab tarikh yang ayah pilih tu jatuh pada hari yang sangat sibuk kat sini. So maybe kena tukar tarikh lagi. So sekarang cuma tinggal berapa bulan lagi. Cepat dan padat dan singkat ni.

haiihh, saya pun masih terkejut ni. Tengok cincin kat jari ni pun tergelak sorang2. Cuma kena prepare untuk majlis yang dah tak lama ni. Ya Allah, moga2 semua berjalan lancar lepas ni.  Amin.

Monday, March 21, 2011

lagi 2 Hari....!

Baru balik dari klinik, sebab MC yang lima hari sudah hari ni last. Dah lah hujan tak berenti, kan tunggu reda, tak reda pulak. Lalu ku redah jua lah hujan, berlindung di sebalik payung nan besar gedabak, dengan harapan setitis hujan pun tak singgah ke tubuh ini. Haha. Ayah pesan, tak apa lah kena sikit2 pun, asal jangan kena muka. Tak pasti lah betapa bahayanya hujan pada parut2 chicken pox ni, tapi boleh kata setiap orang akan pesan kat saya, JANGAN KENA HUJAN! NANTI PARUT TAKKAN HILANG SELAMANYA!! Takut tak? takut tak? Harus lah daku seram sampai buat hujan macam musuh. Asal hujan saja terus tutup semua tingkap, punya lah paranoid. gegegeggegeege!

Kat klinik tadi request kat doktor, boleh tak kalau tak sambung MC, sebab saya dah lama tak kerja. Tengok kat badan macam dah kering semua. Tapi bile doktor check kat belakang badan dia kata ada lagi yang tak kering sepenuhnya. Takut berjangkit nanti. Alamak, kena sambung MC juga ke? hukhukhuk.. Jangan lah bagi lama2. Last2 doktor bagi 2 hari lagi, sampai rabu. So, hari khamis dah boleh masuk kerja. Harap2 sempatlah settle apa yang tertinggal. Nak2 mentee2 hari2 SMS tanya bila boleh register. Sungguh lah daku blurr. Maafkan saya anak2. Nanti saya datang kita bereskan apa2 yang patut ye..

ehh, balik dari klinik hujan reda sereda redanya..apakah..??

Sunday, March 20, 2011

Hukhukhuk...T_________T

Hari ni genap sudah 9 hari terdampar terperuk di rumah. Ikut doktor, tinggal lagi 5 hari saya harus bercuti sakit. Sibet juga rasa sebab dah sihat segar bugar, tapi masih kena cuti sakit. Tak ada maknanya nak bergumbira suka hati bercuti, bila otak mula dah berserabut fikir apa lah yang berlaku kat office. Tadi Kak Yana called, ada sedikit masalah dengan kerja saya. Terus serabut perut. Harap2 dah settle. Ye lah, nak pergi office pun tak boleh, nak tolong dari jauh pun tak boleh. Kan dah terpaksa susahkan kawan2 office. Owhh, kalau boleh esok pun saya dah nak masuk kerja. Cuti lama2 menambahkan beban orang saja. Kan tak pasal2 jadi bahan umpat keji pulak. Ye lah, dah menyusahkan orang, bukan orang lain tak ada kerja nak siapkan kerja kau pulak. Tapi kalau pergi kerja kan nanti ada yang berjangkit pulak. Mana lah tahu ada yang antibodi lemah macam daku ini, karang kena kesian pulak. Haiiih. Serba salah betul. Tak pun, kalau pergi juga, tak ada pun yang sudi nak duk dekat, takut kena jangkit. Kan tak pasal2 sendiri pulak rasa tersisih diperlaku seperti pesakit AIDS. erkkk..

Esok kena g klinik lagi, untuk sambung MC. Rasanya boleh tak kalau minta kat doktor tak nak sambung MC ni?? Ke ni semua atas kita je ek...??Adoii....Tulungi aku!

Saturday, March 19, 2011

Selamat Berbahagia pada yang sedang Bahagia...

Tajuk entry yang panjang berjela, mengucap selamat pada yang sedang menghirup aroma bahagia. Sepertinya saya juga sedang berbunga2 bahagia. Tidak. Sebenarnya tidak lah. Cuma menumpang rasa bahagia orang2 yang sedang bahagia. Tak boleh nak bahagia sendiri, tumpang gembira sikit pun jadi lah. Haha. Ayat2 orang LOSER. Berbicara soal bahagia, rasanya itu lah matlamat dan kehendak semua manusia. Cuma beza pada penafsiran dan sudut mana bahagia itu dipandang. Ada yang mencapai tahap bahagia bila semua benda yang dihajati, selamat dalam genggaman. Ada yang sudah cukup bahagia bila dalam banyak2 perkara dia nak, satu je yang tercapai. Syukur lah. Yang penting syukur. Kerana bahagia itu milik Allah jua. Rasa bahagia itu kurniaan Allah. 

Selalu saya gembira melihat bagaimana seseorang itu dipermudahkan jalan hidupnya. Contohnya kawan2 terdekat yang melalui perubahan fasa2 hidup dengan penuh gembira dan bahagia. Syukur. Betapa bertuahnya mereka. Saya pun sedang melalui perubahan itu. Bezanya, saya tidak segembira mereka, tidak sebahagia mereka. Jalan yang saya lalui tidak semudah mereka, lantas untuk berasa gembira itu saya cepat2 matikan.  Teruk bukan? Takut untuk gembira pada sesuatu yang patut menggembirakan. Tidak mahu begitu gembira pada sesuatu yang tidak pasti menjanjikan bahagia. Terlalu berfikiran negatif? Entah, tapi sedaya upaya saya cuba berpijak di bumi yang nyata. Jangan terlalu tinggi berangan. Dan tak pernah tinggi pun angan2 tu. Sebab sedar, kat mana bumi yang sedang dipijak. Namun melihat betapa gembiranya ibu bapa menerima 'sesuatu yang berubah' itu, saya jadi serba salah. Mahu saja saya hentikan rasa teruja mereka. Kalau itu yang mampu saya lakukan, itulah yang saya akan buat. Kerana rasa teruja mereka itu sangat melukakan saya. Melihat mereka merangka itu ini, saya cuma terdiam. takut untuk berkongsi rasa teruja itu. Saya takut ibu bapa akhirnya nanti kecewa. Biar saya yang terluka, bukan mereka.

Tidak lah sekali2 saya menyalahkan takdir, menyalahkan tuhan. Malah saya tetap syukur, syukur dan syukur. Jalan berliku yang Allah sediakan adalah untuk menguji. Setiap manusia itu ada ujian masing2. Sudah saya sematkan dalam hati, ini bahagian saya, saya terima. Moga2 di kelak, tiada lagi derita, tiada lagi air mata. Namun untuk hal yang satu ini, biarlah masa yang tentukan.

Sedih dalam Suka


Eh..apa kes nak bersedih2 di pagi sabtu nan syahdu ni? Kes chicken pox tak baik lagi? Hehe. Betul lah tu. Dah hari ke-8 ni, Alhamdulillah, dah beransur2 baik, dah surut semua cuma tinggal lagi 2,3 biji yang masih mekar dan degil tak nak kecut2 lagi. Tapi walaupun dah beransur2 baik, dah boleh berlari, dah boleh melompat, still juga dalam tempoh 'tahanan'. Sebab kata orang, masa nak sembuh ni lah time paling effective dia nak menjangkiti orang lain. Erkkk. So sangat sangat sedih sebab semalam adalah kenduri kawan saya. Saat orang lain bersuka ria bertemu sahabat2 lama yang payah nak jumpa, kecuali time2 kahwin macam ni, saya pula terperap kat rumah meratap hiba menilik parut-parut yang di tinggalkan sang Chicken Pox.T___________________T. Sedih tau sebab hadiah kahwin untuk si pengantin dan si adik pengantin yang kahwin pada hari sama dah lamaaaaaa saya beli. Dah la tak boleh pergi, boleh pulak lupa nak kirim kat member2 yang pergi. T_________________T. Apa ke bahlul benor diri ini. Tak apa lah, InsyaAllah ada jodoh jumpa lah saya dengan si pengantin baru ni, Asiah Ahmah dan Fiey Ahmad.

MC lagi tinggal beberapa hari. Dah cuti lama2 ni macam malas pulak nak balik kerja. hehehe. Boleh gitu?? Meh sini nak bagi penampar. Dah dapat cuti punya lah lama, ada hati tak nak masuk kerja. Kan diberi cuti selamanya baru padan muka kau! Tapi seriuslah, sekejap sangat rasanya. Tak rasa lama pun. Tak rindu office pun. erkkkk. Kasi lagi satu penampar kat muka budak ni. PANG!!! ehh, kat office tak rindu, kat officemate saya rindu, walaupun saya tahu semua happy je saya tak ada. gegeggegegegege!

Tuesday, March 15, 2011

Chicken Pox!! Bahagian II

sambungan dari entri sebelum ni...

Mak saya selamat sampai dalam pukul 2 pagi, Ahad. Terus lah jenguk anak dia yang sakit tenat ni. Tehheee... Sebab dah tak larat nak cakap banyak dah, terus tidur. Hari kedua keesokkan, memang hari paling kronik di alam semester lah. Si ayam pox ni tumbuh melata dengan meriahnya kat dalam mulut. kat lidah, lelangit sampailah kat anak tekak. Nak telan air liur pun macam telan kaca! Ya Allah, sakitnya memang tak tahan lah. Memang kena ingat tuhan banyak2. Nak makan ubat apatah lagi, sampai mak terpaksa hancurkan jadi serbuk, larut dalam air, then telan lah dengan penuh kesakitan. Bercakap pun dah tak boleh, semua kena pakai isyarat. Makan? Owhh, itu satu penyeksaan. Langsung tak boleh sentuh. Hebat tak? Seharian hidup tanpa makanan. hehehe. Macam tak percaya pulak. Selama ini kalau tak jumpa makanan dalam 2 jam macam orang kebulur. Time2 sakit ni boleh pulak tak makan langsung sampai 2 hari. Tapi kuasa tuhan lah, langsung tak lapar apa. 2 hari juga lah tak makan, tapi bukan setakat kebulur, lapar pun tak. Terus hairan dengan diri sendiri. Nasib baik hari ke-4 hari ini dah hilang sakit mulut, dah boleh lah makan. tapi makan nasi bubur je lah. Kalau tak, kurus lah nanti. Balik office orang dah tak kenal. erkk. T___T. Terus tanam azam, sihat nanti nak makan banyak2!!

Ayah saya pagi2 ahad tu terus start motor pergi kedai india cari batu kawi. Pernah tengok tak?? ni rupa dia..
sumber: google
 Yang kaler oren tu, pastu kena gosok2 kat bontot periuk tanak, campur sikit air. Then kena sapu kat tempat chicken pox. So 2,3 hari ni memang berceloreng oren keemasan lah kat tubuh ni. Kalau orang tengok dah macam Langsuir pun ada ni. Losyen yang klinik bagi pakai masa hari first je. Alhamdulillah, dah nampak ada yang kecut. Tapi still tak berani nak pandang cermin lagi. Macam mana nak pandang, kalau time amik wuduk pun, boleh rasa betapa menggerutunya muka. Dah rasa macam katak pun ada. T___T. Dah lah hari2 hujan, orang duk bising jangan kena hujan, nanti parut tak hilang. Lagi lah rasa seriau semacam. Duk fikir boleh baik ke parut ni? Macam mana kalu parut tu kekal sampai bila2?? SEDIH.

Apa pun, masuk hari ke-4 ni, demam dah ok. Macam dah sihat. Kepala pun dah tak berapa pening. Sempat lah siap tanda 1 paper. Tinggal lagi satu paper. Gigih tak?? Tengah bergelumang dengan chicken pox, sempat jugak ni tanda paper. hehehehe. Kesian pulak terpaksa susahkan officemate untuk tolong key-in kan markah. Kalau lah boleh ke sana ke mari, saya pergi je office ni settle kan semua. Tapi dah main penyakit berjangkit macam ni, payah jugak.

sumber: google

Monday, March 14, 2011

Chicken Pox!!

Hukhukhuk..Dengan rasminya diumumkan, saya kini dijangkiti CHICKEN POX. Sudah masuk hari ketiga sebenarnya. Kelakar pulak bila fikir2, biasanya budak2 yang kena penyakit ni. Alih2 si tua bangka macam saya pun terkena juga. Bahana masa kecik2 dulu tak terkena. 

2,3 hari sebelum comfirm kena ni, memang ada tanda2 demam. Sekejap sejuk, sekejap panas. Pastu ada la keluar satu bintil besar kat leher kanan. Dengan selamba badak saya pecahkan bintil tu. Ye lah, mana tahu itu chicken pox. Dah la keluar sebutir je. Ingat takde lah bahaya. Then perasan bintil tu ada lagi sebijik kat perut dan kat belakang. Masa tu terfikir dalam kepala, kena penyakit kulit ke apa ni? 

Pada masa yang sama, famili saya ke Melaka untuk menghadiri majlis kahwin sepupu. Saya tak ikut sebab kena jaga final exam. So malam2 tumpang tidur rumah officemate, Ita. 1st day tidur dah tak berapa nak lena. Panas semacam. Ingatkan sebab tidur kat rumah orang kan, so tak berapa lena lah. Bangun keesokkannya, leher sebelah kanan sakit yang teramat. Salah tidur barangkali. Sakit menangkap sampai ke bahu dan kepala. Biarkan dulu, urut2 kasi lega bahu. Tapi sakit tak hilang. Bila tekan2 masih sakit dan ada macam bengkak kat dalam tu, ni dah bukan kes salah tidur. Ni bengkak kelenjar Limfa. Nak demam lah ni. Ok, saya biarkan lagi. Malam kedua tidur rumah Ita, demam macam makin kuat. Bayanglah, lepas wuduk nak solat Isyak, saya menggigil2 kesejukan, padahal badan panas je. Masa tu terfikir dah, nak mati ke apa ni? Tak pernah pun kena macam ni. Terus tidur awal, dan nasib baik elok je lena. Pagi tu bangun mulut rasa lain macam je. Rupanya keluar bintik putih halus kat mulut. Biarkan dulu, saya sempat pergi jaga exam pagi tu. Balik dari jaga exam, saya tunjuk kat officemate lidah saya, terus saya disuruh ke klinik. Saya cakap taknak. Sebab rasa macam tak bahaya pun. Masa tu tak tunjuk pun lagi bintil sebutir dua kat badan ni. Bila saya tunjuk bintil kat leher tu, terus diaorang cakap ini chicken pox!! Alahai, saya ni nama je mengajar Mikrobiologi. Bila kena sendiri tak boleh nak agak pun apa penyakit ni. Dah di sebut chicken pox, terus kelam kabut cari klinik. Yang bestnya, dah lah musim hujan. Saya pulak 2,3 hari ni selamber yaya duk redah hujan. Kalau lah ku tahu...

Misi mencari klinik pun satu hal. Asyik2 doktor takde. Apa punya klinik. Dah takde doktor, tak payah la OPEN. Nasib baik pergi ke Klinik Perubatan Intan, 24 jam. So, memang doktor comfirmkan ini chicken pox. hukhukhuk. Apa lagi, terus dapat MC 14 hari..Hooreeyy!! Banyak lah kau hooreeyy!! Bil klinik?? RM111.00. Hambik kau. Nasib baik ada duit. Call mak, bagitahu hal ni. Masa ni cool lagi. Balik dari klinik, sempat pergi makan then balik office kemas barang dan balik rumah terus. Sampai rumah, cabut tudung, baru perasan betapa banyaknya bintil2 mula tumbuh kat dahi dan kat leher. Sangat banyak sampai sendiri pun seriau. Masa ni dah mula sebak. Tiba2 mak call, terus menangis melalak kat situ juga. Sedih sungguh sebab dah lah kena macam ni, sorang2 pulak tu. Mak dah panik, minta rehat dan sabar sebab dah on the way balik ke Terengganu. Tengah Malam mungkin baru sampai. Tengah malam??? UWAAAAAA!!!

to be continue...

Tuesday, March 8, 2011

Hidup Penuh Kejutan

Bersiaran kembali..ecececeh. Macam lah ada yang menunggu. :). Sibuk punya pasal, sampai dah masuk bulan Mac pun dah tak sedar. Sekarang baru boleh bernafas sebab students tengah final exam. Dah 2 minggu sebenarnya. Boleh lah nak streching sikit, mana2 bahu dan tengkuk yang dah keras boleh lah di lembutkan kembali. hehehe. 

Many things happened within a few weeks back. Macam2 benda. Dari happy kepada sedih. Dari terawang2 sampai lah down to ground. Itu lah yang di kata sebagai Hidup PEnuh KEjutan. Kita tak boleh meramal, apatah lagi mahu semua benda terjadi mengikut apa yang kita mahu. Kita mahu kan ini, dapat yang itu. Kita tak nak yang itu, diberi yang ini. Maka, kena redha lah segala ketentuan itu. Macam saya ni lah. Macam2 hal. Sekejap gembira to the max. Sekejap sedih to the max juga. Pastu berani pulak ambik risiko buat kerja gila ke apa ntah. Lepas tu rasa ragu2 dan tak pasti pulak. Last2, sendiri yang tertekan. Sendiri yang sewel. pffttft.

Tapi hidup kan penuh risiko. Nak ke tak nak ke kena lalui juga. Ermm, bumi mana yang tak di timpa hujan kan. Kadang kita 'ditampar' untuk disedarkan yang kita sudah mula tersasar dari laluan yang betul. Makanya, sila kembali ke 'track'. Biasa lah, kita manusia ni memang mudah lupa dan alpa. Dah tuhan cuit sikit nak kita ingat kan Dia balik, mula lah rasa dunia nak kiamat. Padahal itu kan tanda Tuhan sayang. Tak nak kita terus lupa. Jadi, terima kasih Allah, sebab masih menyayangi saya. Masih memberi saya rasa perlunya Tuhan. Jangan lah saya ini dipinggirkan dari golongan orang2 yang bersyukur. Nauzubillah!

Allah SWT tidak menciptakan sesuatu tanpa sebab dan hikmah. Diturunkan hujan dan ribut petir, namun dihadiahkan selepas itu dengan pelangi indah. Macam sekarang ni, hujan lebat kat tempat saya. Syukur sebab 2,3 hari ni, MasyaAllah panas teramat cuaca kat sini. Sekarang sejuk je. Tapi itu lah, hujan ini mungkin membawa rahmat kepada orang lain, mungkin menjadi bencana pada orang lain yang sedang diuji Allah. Makanya, siapa pun kita, sama ada penerima rahmat Allah, atau pun penerima ujian Allah, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Ayat hikmah yang paling kerap saya guna untuk memujuk hati. Hati perlu di pujuk, perlu di sabarkan. Kalau diikutkan hati, binasa diri. Beruntungkan jadi Muslim. Bila susah, bila tertekan, redha dan sabar dan beristighfar. Terus teringat Allah. Tak perlu lah nak bunuh diri anggap dunia dah gelap gelita ke apa ke.

Okeh la. nak berenti melalut. Entri sedikit beremosi, sebab tuan empunya sekarang sikit2 nak emo. Semua benda pun nak emo. Nak share benda2 best pun tak ada mood. Hmmm.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati