Bersiaran kembali..ecececeh. Macam lah ada yang menunggu. :). Sibuk punya pasal, sampai dah masuk bulan Mac pun dah tak sedar. Sekarang baru boleh bernafas sebab students tengah final exam. Dah 2 minggu sebenarnya. Boleh lah nak streching sikit, mana2 bahu dan tengkuk yang dah keras boleh lah di lembutkan kembali. hehehe.
Many things happened within a few weeks back. Macam2 benda. Dari happy kepada sedih. Dari terawang2 sampai lah down to ground. Itu lah yang di kata sebagai Hidup PEnuh KEjutan. Kita tak boleh meramal, apatah lagi mahu semua benda terjadi mengikut apa yang kita mahu. Kita mahu kan ini, dapat yang itu. Kita tak nak yang itu, diberi yang ini. Maka, kena redha lah segala ketentuan itu. Macam saya ni lah. Macam2 hal. Sekejap gembira to the max. Sekejap sedih to the max juga. Pastu berani pulak ambik risiko buat kerja gila ke apa ntah. Lepas tu rasa ragu2 dan tak pasti pulak. Last2, sendiri yang tertekan. Sendiri yang sewel. pffttft.
Tapi hidup kan penuh risiko. Nak ke tak nak ke kena lalui juga. Ermm, bumi mana yang tak di timpa hujan kan. Kadang kita 'ditampar' untuk disedarkan yang kita sudah mula tersasar dari laluan yang betul. Makanya, sila kembali ke 'track'. Biasa lah, kita manusia ni memang mudah lupa dan alpa. Dah tuhan cuit sikit nak kita ingat kan Dia balik, mula lah rasa dunia nak kiamat. Padahal itu kan tanda Tuhan sayang. Tak nak kita terus lupa. Jadi, terima kasih Allah, sebab masih menyayangi saya. Masih memberi saya rasa perlunya Tuhan. Jangan lah saya ini dipinggirkan dari golongan orang2 yang bersyukur. Nauzubillah!
Allah SWT tidak menciptakan sesuatu tanpa sebab dan hikmah. Diturunkan hujan dan ribut petir, namun dihadiahkan selepas itu dengan pelangi indah. Macam sekarang ni, hujan lebat kat tempat saya. Syukur sebab 2,3 hari ni, MasyaAllah panas teramat cuaca kat sini. Sekarang sejuk je. Tapi itu lah, hujan ini mungkin membawa rahmat kepada orang lain, mungkin menjadi bencana pada orang lain yang sedang diuji Allah. Makanya, siapa pun kita, sama ada penerima rahmat Allah, atau pun penerima ujian Allah, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Ayat hikmah yang paling kerap saya guna untuk memujuk hati. Hati perlu di pujuk, perlu di sabarkan. Kalau diikutkan hati, binasa diri. Beruntungkan jadi Muslim. Bila susah, bila tertekan, redha dan sabar dan beristighfar. Terus teringat Allah. Tak perlu lah nak bunuh diri anggap dunia dah gelap gelita ke apa ke.
Okeh la. nak berenti melalut. Entri sedikit beremosi, sebab tuan empunya sekarang sikit2 nak emo. Semua benda pun nak emo. Nak share benda2 best pun tak ada mood. Hmmm.
No comments:
Post a Comment