Tajuk entry yang panjang berjela, mengucap selamat pada yang sedang menghirup aroma bahagia. Sepertinya saya juga sedang berbunga2 bahagia. Tidak. Sebenarnya tidak lah. Cuma menumpang rasa bahagia orang2 yang sedang bahagia. Tak boleh nak bahagia sendiri, tumpang gembira sikit pun jadi lah. Haha. Ayat2 orang LOSER. Berbicara soal bahagia, rasanya itu lah matlamat dan kehendak semua manusia. Cuma beza pada penafsiran dan sudut mana bahagia itu dipandang. Ada yang mencapai tahap bahagia bila semua benda yang dihajati, selamat dalam genggaman. Ada yang sudah cukup bahagia bila dalam banyak2 perkara dia nak, satu je yang tercapai. Syukur lah. Yang penting syukur. Kerana bahagia itu milik Allah jua. Rasa bahagia itu kurniaan Allah.
Selalu saya gembira melihat bagaimana seseorang itu dipermudahkan jalan hidupnya. Contohnya kawan2 terdekat yang melalui perubahan fasa2 hidup dengan penuh gembira dan bahagia. Syukur. Betapa bertuahnya mereka. Saya pun sedang melalui perubahan itu. Bezanya, saya tidak segembira mereka, tidak sebahagia mereka. Jalan yang saya lalui tidak semudah mereka, lantas untuk berasa gembira itu saya cepat2 matikan. Teruk bukan? Takut untuk gembira pada sesuatu yang patut menggembirakan. Tidak mahu begitu gembira pada sesuatu yang tidak pasti menjanjikan bahagia. Terlalu berfikiran negatif? Entah, tapi sedaya upaya saya cuba berpijak di bumi yang nyata. Jangan terlalu tinggi berangan. Dan tak pernah tinggi pun angan2 tu. Sebab sedar, kat mana bumi yang sedang dipijak. Namun melihat betapa gembiranya ibu bapa menerima 'sesuatu yang berubah' itu, saya jadi serba salah. Mahu saja saya hentikan rasa teruja mereka. Kalau itu yang mampu saya lakukan, itulah yang saya akan buat. Kerana rasa teruja mereka itu sangat melukakan saya. Melihat mereka merangka itu ini, saya cuma terdiam. takut untuk berkongsi rasa teruja itu. Saya takut ibu bapa akhirnya nanti kecewa. Biar saya yang terluka, bukan mereka.
Tidak lah sekali2 saya menyalahkan takdir, menyalahkan tuhan. Malah saya tetap syukur, syukur dan syukur. Jalan berliku yang Allah sediakan adalah untuk menguji. Setiap manusia itu ada ujian masing2. Sudah saya sematkan dalam hati, ini bahagian saya, saya terima. Moga2 di kelak, tiada lagi derita, tiada lagi air mata. Namun untuk hal yang satu ini, biarlah masa yang tentukan.
No comments:
Post a Comment