tekan jangan tak tekan!

Tuesday, March 22, 2011

Syukur Alhamdulillah..

Tak pasti haruskan di-post entry ini. Tapi tiada kata yang boleh terlafaz kecuali SYUKUR. Setelah segala dugaan rintangan cabaran yang sewaktu dengannya, akhirnya kami boleh melihat PERKAHWINAN itu dengan lebih jelas dan terang. 

Majlis yang tidak dirancang sebenarnya. Bukan tak dirancang, tapi lebih kepada tiba2. Sebab yang dirancang lebih seminggu lalu adalah datang untuk merisik saja. Dan rancangnya datang hanya 4 orang. Tiba2 yang datang segerombolan, siap bawak hantaran bagai. Dari merisik terus ke meminang. Saya ternganga lah di depan pintu. Sudahlah tak ready apa2, cuma berbaju kurung biasa. Itu pun nasib baik terfikir nak berbaju kurung. Asalnya mahu berbaju biasa2 saja. Famili saya lagi lah, tak ready pun nak berbalas apa2. Kalau lah tahu sebegini rupa, pasti lah saya ready pakai baju bling bling sikit. huhuhuhu..Sangatlah segan nak mati sampai main tolak2 dengan mak bila dipanggil untuk disarung cincin. Malu yang amat!!Dah la muka tak siap. Dah berbedak bercelak pun tak mampu nak tutup parut2 nan meriah di muka ni. Nak cover line, saya bisik kat makcik dia, saya baru kena chicken pox. Nasib baik semua dah maklum. Haiih, nasib badan lah, orang datang meminang time tengah2 ber-chicken pox begini. 

Bila fikir balik, macam sangat kelakar. Mak dan ayah siap gelak2 lagi. Ye lah, biasa orang bertunang habis beribu2 siap pelamin bagai. Saya pulak masyaAllah, ringkas yang amat! Sebenarnya, nak dikira bertunang pun tak, sebab buat tak rasmi begini. tapi makcik dia kata ikut hukum dah kira bertunang lah. Sebab kalu ikut perancangan pun, memang tak nak ada majlis tunang yang betul2. Siap beres semua dah, dengan tarikh2 sekali dah decide, cuma tak comfirm betul lagi, sebab tarikh yang ayah pilih tu jatuh pada hari yang sangat sibuk kat sini. So maybe kena tukar tarikh lagi. So sekarang cuma tinggal berapa bulan lagi. Cepat dan padat dan singkat ni.

haiihh, saya pun masih terkejut ni. Tengok cincin kat jari ni pun tergelak sorang2. Cuma kena prepare untuk majlis yang dah tak lama ni. Ya Allah, moga2 semua berjalan lancar lepas ni.  Amin.

6 comments:

MamaRifqy said...

biar betoiiiiiiiiiiii!!!!!!!

NaDia Tunku Khalid said...

selamat bertunang cik..
huhuhu..

NaDia Tunku Khalid said...

selamat bertunang cik..
huhuhu..

mieraaj said...

congratz miza...semoga dipermudahkan segala urusang ^_^

Izafiza said...

alamaK..terharu..nak menangis..Alhamdulillah sis.Tahniah yer.semoga semuanya selamat dan dipermudahkan Tuhan..Amin..=)

mieyza said...

thanks to all!

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati