tekan jangan tak tekan!

Monday, March 21, 2011

lagi 2 Hari....!

Baru balik dari klinik, sebab MC yang lima hari sudah hari ni last. Dah lah hujan tak berenti, kan tunggu reda, tak reda pulak. Lalu ku redah jua lah hujan, berlindung di sebalik payung nan besar gedabak, dengan harapan setitis hujan pun tak singgah ke tubuh ini. Haha. Ayah pesan, tak apa lah kena sikit2 pun, asal jangan kena muka. Tak pasti lah betapa bahayanya hujan pada parut2 chicken pox ni, tapi boleh kata setiap orang akan pesan kat saya, JANGAN KENA HUJAN! NANTI PARUT TAKKAN HILANG SELAMANYA!! Takut tak? takut tak? Harus lah daku seram sampai buat hujan macam musuh. Asal hujan saja terus tutup semua tingkap, punya lah paranoid. gegegeggegeege!

Kat klinik tadi request kat doktor, boleh tak kalau tak sambung MC, sebab saya dah lama tak kerja. Tengok kat badan macam dah kering semua. Tapi bile doktor check kat belakang badan dia kata ada lagi yang tak kering sepenuhnya. Takut berjangkit nanti. Alamak, kena sambung MC juga ke? hukhukhuk.. Jangan lah bagi lama2. Last2 doktor bagi 2 hari lagi, sampai rabu. So, hari khamis dah boleh masuk kerja. Harap2 sempatlah settle apa yang tertinggal. Nak2 mentee2 hari2 SMS tanya bila boleh register. Sungguh lah daku blurr. Maafkan saya anak2. Nanti saya datang kita bereskan apa2 yang patut ye..

ehh, balik dari klinik hujan reda sereda redanya..apakah..??

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati