sambungan dari entri sebelum ni...
Mak saya selamat sampai dalam pukul 2 pagi, Ahad. Terus lah jenguk anak dia yang sakit tenat ni. Tehheee... Sebab dah tak larat nak cakap banyak dah, terus tidur. Hari kedua keesokkan, memang hari paling kronik di alam semester lah. Si ayam pox ni tumbuh melata dengan meriahnya kat dalam mulut. kat lidah, lelangit sampailah kat anak tekak. Nak telan air liur pun macam telan kaca! Ya Allah, sakitnya memang tak tahan lah. Memang kena ingat tuhan banyak2. Nak makan ubat apatah lagi, sampai mak terpaksa hancurkan jadi serbuk, larut dalam air, then telan lah dengan penuh kesakitan. Bercakap pun dah tak boleh, semua kena pakai isyarat. Makan? Owhh, itu satu penyeksaan. Langsung tak boleh sentuh. Hebat tak? Seharian hidup tanpa makanan. hehehe. Macam tak percaya pulak. Selama ini kalau tak jumpa makanan dalam 2 jam macam orang kebulur. Time2 sakit ni boleh pulak tak makan langsung sampai 2 hari. Tapi kuasa tuhan lah, langsung tak lapar apa. 2 hari juga lah tak makan, tapi bukan setakat kebulur, lapar pun tak. Terus hairan dengan diri sendiri. Nasib baik hari ke-4 hari ini dah hilang sakit mulut, dah boleh lah makan. tapi makan nasi bubur je lah. Kalau tak, kurus lah nanti. Balik office orang dah tak kenal. erkk. T___T. Terus tanam azam, sihat nanti nak makan banyak2!!
Ayah saya pagi2 ahad tu terus start motor pergi kedai india cari batu kawi. Pernah tengok tak?? ni rupa dia..
sumber: google |
Yang kaler oren tu, pastu kena gosok2 kat bontot periuk tanak, campur sikit air. Then kena sapu kat tempat chicken pox. So 2,3 hari ni memang berceloreng oren keemasan lah kat tubuh ni. Kalau orang tengok dah macam Langsuir pun ada ni. Losyen yang klinik bagi pakai masa hari first je. Alhamdulillah, dah nampak ada yang kecut. Tapi still tak berani nak pandang cermin lagi. Macam mana nak pandang, kalau time amik wuduk pun, boleh rasa betapa menggerutunya muka. Dah rasa macam katak pun ada. T___T. Dah lah hari2 hujan, orang duk bising jangan kena hujan, nanti parut tak hilang. Lagi lah rasa seriau semacam. Duk fikir boleh baik ke parut ni? Macam mana kalu parut tu kekal sampai bila2?? SEDIH.
Apa pun, masuk hari ke-4 ni, demam dah ok. Macam dah sihat. Kepala pun dah tak berapa pening. Sempat lah siap tanda 1 paper. Tinggal lagi satu paper. Gigih tak?? Tengah bergelumang dengan chicken pox, sempat jugak ni tanda paper. hehehehe. Kesian pulak terpaksa susahkan officemate untuk tolong key-in kan markah. Kalau lah boleh ke sana ke mari, saya pergi je office ni settle kan semua. Tapi dah main penyakit berjangkit macam ni, payah jugak.
sumber: google
No comments:
Post a Comment