tekan jangan tak tekan!

Tuesday, September 25, 2012

Ikhtiar Untuk Hamil.. Sekadar Perkongsian

Assalam..

Setelah sekian lama, akhirnya berjaya juga buat entry ni. Lama sangat dah nak post-kan pasal ni, tapi banyak benar pulak halangannya. Sekadar perkongsian kisah benar kami suami isteri dalam usaha TTC ( Try To Conceive). Saya pernah post pasal hal2 kehamilan ni dulu, sebelum tahu diri sendiri pregnant. Entry luahan perasaan sebenarnya. huhu. Dan dapat beberapa respond yang berkongsi kisah yang sama. Sebenarnya, kami tak sampai setahun pun berusaha. We got the good news masa usia perkahwinan masuk 8 bulan kalau tak silap. Tapi masa bulan ke-6 kahwin, 'panic button' saya tiba2 menyala. Tertanya2 apa kena ni tak pregnant2 lagi. Even redha dan pasrah, dah sedia maklum rezeki di tangan Allah, tapi pertanyaan manusia sekeliling kadang2 meruntun jiwa. T_____T. So, masa tu gigih saya online cari cara dan petua untuk bagi cepat 'lekat'. Saya kongsikan sikit apa yang kami usahakan sepanjang 2 bulan berTTC. Harap2 tak ada yang salah faham. Sekadar perkongsian untuk kawan2 yang masih lagi belum di beri rezeki. Memang faham sangat perasaan mereka. Suka lah nak ingatkan, ini sekadar perkongsian kisah benar saya dan suami. Tak bermaksud apa2. Yakin dan kena pegang, rezeki itu dari Allah. Yang baik itu dari Dia. Kalau memang belum ada, yakin lah perancangan Allah itu jauh lebih baik dari rancangan kita. Cuba lah ubat terbaik turun dari langit pun, kalau Allah tak izinkan, memang tak adalah. Yang penting ikhtiar dan usaha. Kami suami isteri memang cuba macam2 juga, sekadar ikhtiar, beserta doa yang tak putus2. Cuma tak tahu lah kaedah mana yang betul2 berjaya, atau memang tiada satu pun sebenarnya yang membantu, cuma memang dah sampai masa Allah bagi rezeki kat kami kan. Harap dapat membantu, sebab apa yang saya kongsikan ni pun hasil google juga. huhu.

1. Minum campuran Susu Kambing dan Kurma

Yang ni memang saranan paling banyak kot. Untuk kesuburan kalau tak silap. Cara dia, blend beberapa biji kurma dengan air panas sikit. Then campur dengan susu kambing. Saya guna susu kambing serbuk je. Tak tahu nak dapat kat mana yang asli. Rasa? Erkk, ok kot. Siapa yang tak boleh telan susu tu, mungkin bermasalah lah kot. huhu. Minum pagi2. Yang ni saya amalkan 2,3 kali je. Lepas tu macam malas dah. Jangan ikut perangai yang ni ya!

2. Minum Air Buah Zuriat dan Serbuk Debunga Kurma


Serbuk Debunga Kurma (sumber: google)


Buah Zuriat (sumber: google)

Ni saya jumpa time BW ke blog2 TTC yang lain. Tak pernah tahu sebenarnya. Once dah tahu pun, buat dek je. Then lepas tu baru beria2 cari buah ni. Buah ni asal dari Mekah. Memang murah kalau beli kat sana. Kat sini pun boleh beli, thru online. Tapi mahalnya of course lah berganda2. Hasil pencarian, saya jumpa satu blog yang jual buah ni, dengan Serbuk Debunga sekali. Pun untuk kesuburan. So saya beli sebab harga pun tak ada lah mahal. Tak sampai RM50 pun. Tapi dah ingat2 lupa blog mana. Cara makan, buah tu potong dua, rebus sekali dengan kulit. Masa mula2 rebus, color dia macam teh pekat, then lama2 jadi jernih. Boleh guna lebih kurang sampai sebulan lah sebutir tu. Yang ni kami minum 2 bulan je, start bulan 12 dan bulan 1. Sebab memang ada 2 biji je pun. huhuhu. Serbuk tu pulak makan dengan madu. Campurkan setengah sudu serbuk dalam sesudu besar madu, kacau2 then telan. Yang ni suami je makan. Saya tak berapa nak sanggup sebab rasa dia ada yang cakap macam ___________. Sila google sendiri. kihkihkih. Owhh, mind you, suami saya sangat lah culas nak makan2 benda macam ni. Kalau tak disediakan, memang dia tak sentuh pun. So, memang beberapa kali je dia makan ni. Macam tak luak pun serbuk tu. 

3. Sapu LUMIGLOW


Pun hasil peng-google-lan. Kalau tak silap, krim ni sangat serba guna. Untuk macam2 penyakit. Tapi ada yang mengkhususkan untuk kehamilan. Sebabnya krim ni mampu balancekan hormon. So beli juga. Harga agaklah mahal, RM 150. Tapi sebab boleh guna untuk benda lain juga, tak apa lah. Pejam mata je lah. Lagi pun krim ni banyak. Tak terjejas pun even dah guna banyak kali. Guna untuk sapu2 je ye, bukan untuk makan. Sapu dekat ari2. Siapa yang berminat boleh google untuk tahu lebih lanjut. Yang ni pun guna sekejap je, 2 bulan je sebelum tahu dah pregnant. :) Orang mengandung tak boleh guna krim ni kalau tak silap.

4. Doa


Ni yang terpenting. Ehh, terpenting tapi jatuh no.4?? Huhu. Tak kisah lah, tapi memang penting. Doa yang tak putus2 dan kena serah bulat2 pada yang maha Esa. Ni sepotong doa yang memang hari2 diamalkan. Termasuklah masa minum susu kambing ke, masa minum air buah zuriat ke or masa sapu segala mala krim. Doa sungguh2 dan bertawakkal. Banyak sangat sebenarnya contoh2 doa ni. Doa nabi Zakaria, doa dari surah Al-Imran. Banyak lah pendek kata. So, rajin2 lah mencari dan amalkan. Yang lain serahkan pada Allah.


5. Makan Asid Folik



Asid folic ni bukan untuk kesuburan, tapi Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Disarankan untuk mengambil asid folic 3 bulan sebelum planning untuk mengandung. So siapa2 yang nak baby cepat, before kahwin dah boleh start ambil. Fungsi asid folic ni untuk lindungi baby dari kecacatan tulang dan nak bagi tubuh kita lebih ready untuk terima baby. Saya start makan 3 months after kahwin. hehe. Terlambat sebab asyik tangguh2. Ada macam2 brand kalau kat farmasi tu, saya guna brand Pramilet. Sebab color pink dan bau pun best. hehehe.  Dah pregnant pun hospital akan bagi lagi asid folic ni. Sangat penting untuk bayi anda..:)

Terlalu banyak sebenarnya ikhtiar dan cara, cuma kena tetapkan dalam hati, REZEKI ITU DARI ALLAH. Ada yang mendapat rawatan ke hospital, ada yang laburkan ribuan ringgit untuk dapatkan rawatan moden, or makan macam2 ubat. Ikut kemampuan lah senang cerita. Kami mampu yang ini sahaja. Yang penting usaha dan tawakkal. Tak salah untuk ikhtiar. InsyaAllah, ada jalannya. InsyaAllah, bila sampai masanya, rezeki itu akan sampai. So, TTCians out there, jangan putus asa. Doa dan usaha!

6 comments:

Unknown said...

salam,
nak komen psl lumiglow. saya pun ader try bende alah tu utk stabilkan period. Alhamdulillah berkesan dgn izin allah walopon bru guna stgh botol. so sy teruskan guna sampai la saya pregnant. pregnant dgn penggunaan clomid jgk lps period dh stabil 3 bln. org yg jual lumiglow ni ckp, kalo kita guna lumiglow sblm pregnant, kita blh trskan guna utk kuatkan rahim. saya trskan guna sampai kandungan 3 bln. stok habis saya x beli dh.
bg org yg pregnant tnpa guna lumiglow sblmnya, x digalakkan pakai..
tu je nak share..;)

FarawayShoppe said...

salam..
kami ada menjual barangan dari madinah dgn harga yg sgt2 berpatutan... buah zuriat dan serbuk debunga kurma pun ade..pakej 10biji zuriat dgn 1 serbuk debunga kurma,hanya rm60 sahaja...insyaAllah hrga murah berbanding pasaran krn kami niat ingin membantu dan krn kami poskan terus dari madinah... search fb page kami, Faraway Shoppe, atau blog, farawayshoppe.blogspot.com...
terima kasih. =)

Mrs.A'azlan said...

Pernah rasa sgt stress n feelin down dgn ptnyaan org sekeliling. Last week oder lumiglow. Doakan lumiglow ini bkl bwa brta gmbra utk sya juga ya.. Ya Allah...

Unknown said...

SAlam....1001 pyakit .1001 masalah..dgn keizinan allah swt..insyallah..guna la garam mandian as syiffa'..

Unknown said...

salam owner post, mana nak dpt lumiglow original? sbb ksg ramai cakap ada yg tiruan. mohon bantuan..

mieyza said...

wsalam Fasriana..

Sy beli online 2 thn lepas..mmg lupa dah beli ngn sape. tapi beli online..

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati