tekan jangan tak tekan!

Friday, July 30, 2010

Stresskah?


Diri di landa ke-stress-an. Banyak benda yang menyesakkan otak minggu ni. Macam datang bertimpa-timpa. Ditambah dengan kondisi diri yang tak stabil, hampir meraung dibuatnya. ehh, tak ada lah sampai meraung. Tapi yang pasti tetap tertekan. Kerja macam tak pernah habis. Ada saja yang bertambah. Dari marking exam paper, key-in markah, Ujian amali untuk Students L.I, membantu students dalam thesis, buat pathway yang latest untuk students, report akaun, survey lagi. Ya ampun, semua kena beres minggu ini. stress okey. sangat stress. Stress secara berjemaah. Semua tekun di laptop masing-masing buat kerja. haha. Sungguh B.E. Ini baru lah staf yang berdedikasi. Ini lah antara kebaikan stress, semua tiba-tiba tekun membuat kerja. Biasa lah, manusia ini kadang-kadang perlu ditekan untuk menghasilkan kerja yang lebih bagus. hehe.

Owhh, minggu ni juga saya buat satu benda yang di luar kotak otak biol saya. Tekanan yang melanda buat saya rasa ini cara terakhir. Lelah dan penat mencari konklusi, akhirnya saya bertindak. Tindakan yang diambil selepas berfikir berhari-hari. Nekad dan tekad, saya mengambil keputusan untuk menghubungi seseorang yang cukup dekat dengannya. Seseorang yang menjadi tunggak utama terhalangnya segala perangcangan kami. Sangka saya, pasti saya di maki dan dimarahi. Jadi, saya cuba menstabilkan emosi dan menyediakan mental untuk apa pun yang bakal saya hadapi. Ironiknya, panggilan saya di layan dengan cukup baik. Cukup mesra. Cuak yang tadi begitu kuat dirasa, hilang serta merta. Saya mengambil kesempatan memohon maaf atas apa pun kesilapan saya. Saya merayu agar ada penyelesaian segera dapat diberikan. Saya mohon, jika benar saya ini bukan 'insan terpilih' itu, lakukan sesuatu agar saya tidak lagi dalam ingatannya. Namun jawapan yang saya terima agak mengejutkan. Selain di layan mesra, saya juga diberitahu yang diri ini tak pernah di benci. hah??apakah? Selama ini saya di beritahu yang saya ini tak sudi dipandang pun. Ala-ala spesis hina yang tak patut wujud. Saya diperlaku seperti seorang yang tak patut dibuat kawan. Aneh bila saya dengar sendiri dari mulut tuan empunya badan yang dia tak pernah benci saya, dan tak kisah pun dengan kekhilafan diri ini. Sangat lah un-sangka-rable bila orang itu tidak menyalahkan saya, malah cuba bermesra dengan saya. Entah. Saya percaya dia cuba untuk bersangka baik dengan saya, setelah pelbagai tuduhan yang pernah dilempar ke muka saya. Walaupun dia menafikan, saya tau dia pernah menyimpan sedikit kebencian terhadap saya. hmmm. Apa perbualan saya dengan dia, biarlah rahsia. Yang pasti, tiada penyelesaian yang diberi. Saya masih terkontang kanting di sini. Alasan yang di beri bagi saya cukup tak munasabah. Namun biarlah, diberi peluang untuk berbicara dengan orang itu dalam keadaan yang sempurna sudah cukup membuatkan saya bersyukur. sekurang-kurangnya saya dah meluahkan apa yang saya rasa, terhadap orang yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya saya mendengar sendiri apa pandangan nya terhadap saya, walaupun mungkin itu bukan dari hati sebenarnya.


owhh, saya memang gila. Bertindak dalam keadaan diri penuh dengan ke-stress-an. Dalam keadaan kerja yang bertimbun melambung. Walau pun bagai hilang sebahagian beban di bahu, hati tetap tak keruan. Tetap gelisah. Tetap berperang dengan perasaan sendiri. sobsobsob. Namun saya yakin, saya akan keluar dari masalah ini tak lama lagi. InsyaAllah, semoga saya mendapat petunjuk dariNya.

Saturday, July 24, 2010

Happy Birthday Mak

bonda saya yang jelita..:D

Hari ini hari jadi Mak saya yang ke, erkk..jap ye. 2010 - 1963 = 47. Haa, yang ke 47 tahun. Math fail, nak buat macam mana..haha:D. Owhh, sudah 47 usia mak saya. sudah hampir 50. Cepatnya masa berlalu. 10 tahun dulu mak saya baru 37 tahun. Masa tu saya baru umur 15 Tahun. Kalu berjalan dengan mak dulu, mesti ramai yang tak percaya yang anak sulong dia dah 15 tahun. haha:D. Saya yang tua atau mak saya yang muda..??

Serba sedikit tentang bonda tercinta saya, dia wanita yang cukup istimewa. Super women bagi keluarga saya. Mak saya seorang yang sangat ceria dan peramah. Sense of humor person. Suka buat lawak. Dan seorang yang sangat berdikari. Mendengar kisah dia di zaman kanak-kanak sangat mengujakan. Di waktu kecil, mak saya seorang tomboi, panjat sana panjat sini. Walaupun hidup susah, kehidupannya di waktu itu begitu berwarna-warni. Kadang-kadang dia seperti merindui zaman riang itu. Bergelar anak yatim seawal usia 15 tahun menjadikan beliau begitu berdikari, apatah lagi hidup dalam keluarga yang ramai. Aktiviti wajib mak saya di kala itu adalah menjual kuih sekeliling kampung. Sampaikan setiap kali ada perhimpunan mingguan di sekolah, pasti mak saya akan di tahan di luar sekolah kerana lewat sampai. Namun di sebabkan itu juga, sampai sekarang mak saya sangat di kenali orang kampung, berbanding adik beradiknya yang lain. Kiranya beliau paling glamor lah.haha. mak sape tu?.Dan dalam ramai-ramai adik beradiknya yang berjumlah 11 orang tu, mak saya paling disayangi oleh nenek saya. :)


Mak saya menamatkan zaman anak dara sebaik sahaja habis sekolah. Umur 21 dah kahwin. Umur 22 dapat saya. dan umur 25 dapat adik saya yang bongsu. see, 25 dah beranak anak bongsu. Saya pula, umur 25 masih terkinja-kinja macam kera. haha:D. Membesarkan anak seramai 4 orang, dengan jarak setahun seorang amat lah mencabar, lebih-lebih lagi berjauhan dengan keluarga. Lepas je kahwin dengan ayah, mak saya duduk di Dungun sebab ayah saya bekerja di sana. Dulu mana ada kereta, cuma ada motor honda biru ayah saje. Nak berulang ke Kuala Terengganu sangat lah jauh pada waktu itu. Dan menurut mak, menjaga saya paling susah sebab suka melalak di waktu malam. Sawan tangis kata orang. Menjelang maghrib je, saya akan melalak sampai tengah malam. Saya juga yang paling susah nak cerai susu. haha:D. kesian mak saya kan.
Saya sangat kagum dengan emak saya. Sangat tabah dan mampu menangani segala cabaran. Juga sangat sabar melayani karenah suami dan anak-anak. Bersuami kan seorang yang agak panas baran, dan juga mempunyai anak yang mewarisi sikap si suami, saya lah tu mudah saja emak mengatasi dengan penuh berhemah. Tak pernah emak meninggikan suara. Tak pernah emak marah dengan ekstrem. Bagi saya, emak dan ayah saya membina satu hubungan yang complimentary. Sangat saling melengkapi. Sayang, saya tak banyak mewarisi sikap emak. Saya banyak mewarisi sikap ayah. :)

Tapi sekarang kehidupan emak saya sudah jauh lebih baik. Anak-anak dah besar, semua dah habis sekolah. Tak perlu dah emak susah payah menjaga anak lagi. Tapi yang bestnya, sampai sekarang kami adik beradik masih lagi bermanja-manja dengan emak. Makan minum masih emak sedia kan. Dan kadang-kadang masih makan bersuap. Masih tidur di riba mak. Dah tak ada siapa yang boleh nak di manjakan kan. Ni je la yang ada. Nak main dengan cucu, entah bila lah ada agaknya. haha:D. owhh, sendiri terasa. Apa pun, Selamat Hari Jadi Mak. Kak ja sayang mak sampai bila-bila. Emak lah ratu hati kami. Love U so mUch Emak..

ni gambar lama..my emak and me

Emak posing depan bas.

K.E.C.E.W.A

Entry berunsur kuciwa lagi. dan lagi. dan lagi. Macam tak pernah berhenti. Pasti lah, selagi bernafas, selagi masih berurusan dengan manusia, selagi itu lah kita diuji. selagi itu lah rasa kecewa tak boleh lari.

Semalam saya masih berhadapan dengan perasaan yang sama. Entah berapa ribu kali dah rasa ini bertenggek di hati. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan dia. Dan semalam, menangis lagi untuk kali ke 4589 kali. ok tipu. Tapi banyak kali lah, tak terkira dah. Semalam mungkin terlalu emosional, sampaikan menepis segala rasional. Kegagalan saya menghubungi dia dari petang sampai ke tengah malam membuahkan kerungsingan yang bukan kepalang. Sangatlah bimbang sampai tak boleh buat apa kerja. Dengan hujan yang maha lebat, bermacam perkara terlintas di fikiran. Takut. Resah. Bimbang. Bercampur baur. Sudahnya, saya menangis seorang diri di atas sejadah, bersungguh memohon tiada apa yang buruk berlaku. Kebetulan, atau mungkin doa di makbulkan, sedang saya dalam esak tangisan, deringan telefon berbunyi. Setelah berpuluh call yang gagal dihubungi, berpuluh SMS yang fail to deliver, akhirnya dia menghubungi saya. Hampir pukul 12 malam. Dengan teresak-esak, saya menjawap panggilan. Saya diam saja. Hanya esakan tangisan yang berbicara. Dalam hati saya memanjat kesyukuran. Dia selamat sampai di rumah. Mendengar saya menangis, dia memohon maaf. Cuba memujuk, hentikan tangisan. Sedaya upaya dia cuba menerangkan keadaan. Memberi alasan telefon mati tak bercas, kerja banyak, tersekat dalam hujan. Tiba-tiba saya menjadi sangat marah. Dari petang sampai ke tengah malam, tak terasa sedikitkah kebimbangan saya? Tak boleh kah pinjam telefon sesiapa SMS saya di mana kamu? Memang saya benar-benar marah. Serta merta saya berhenti menangis. Bagi saya alasan itu tak boleh diterima, walaupun saya tahu dia dalam kesusahan. Saya dengar helaan nafasnya yang keletihan. Penat bekerja sampai malam. Tapi kemarahan saya membuatkan saya menutup telinga dari mendengar keluhannya. Biar lah, lantak lah. Saya sakit hati. Di mana dia masa saya resah tak keruan selama 6 jam semalam? Perasaan benci menyelinap di segenap ruang hati. Lantang saya menyoal ketidak puasan hati saya. Lantas saya mematikan perbualan, memutuskan panggilan. Saya membiarkan panggilan tak di jawap, sampai 30 missed called. Berlarutan sampai ke pukul 2 pagi. Langsung tak mempedulikan dia yang kepenatan pulang dari kerja, mahu tidur dan berehat. Akhirnya, saya matikan telefon. Saya mahu dia rasa apa yang saya rasa. Sampai ke saat ini, telefon saya masih di matikan.

Kejam kah saya? Jahat kah saya? Entah. saya tak peduli. Saya nak dia rasa macam mana resahnya saya tak dapat hubungi dia semalam. Di tambah dengan satu janji yang dia belum tunaikan. Janji yang tak pernah tertunai. Janji yang sangat meninggalkan rasa kecewa yang cukup mendalam dalam diri saya. Semua perkara ini membuat saya kecewa. Ye, saya menempuhi hari kecewa saya lagi. Pedih dan perit bila menanti mengharap sesuatu yang mungkin tak akan kunjung tiba. Kalau lah saya ada kekuatan untuk meninggalkan semua ni. Kalaulah saya boleh putar waktu, pasti saya tak akan buka pintu hati saya untuk dia tiga tahun yang lalu. Tapi itu lah, semua sudah di takdirkan. Apa yang boleh saya lakukan sekarang cuma redha, redha dan redha. Sebagai hamba, saya terima ketentuan ini.


Okey. Habis sudah cerpen di pagi jumaat yang indah. Nanti saya mau buat entry G.E.M.B.I.R.A pula. tunggu...

Wednesday, July 21, 2010

20 Julai 2010

Hari ini cuti. Horray. Clap clap clap! Cuti sempena Keputeraan Sultan Terengganu. Penduduk yang di luar Terengganu tak perlu lah cemburu akan ke-Cuti-an kami. Tunggu lah hari keputeraan Sultan Negeri masing-masing, pasti anda juga menikmati cuti free ini, macam kami. ngehhh.

After a few hectic weeks, haruslah saya menikmati cuti ini dengan sepenuh hati. Bukan senang okey mendapat cuti sebegini. Hari yang indah bermula dengan bangun pagi yang lambat. haha:D. Akhirnya berjaya meng-extend tidur sampai pukul 9.30 pagi. Sangat lah heaven bagi manusia yang susah tidur lepas bangun pagi macam saya ni. Tapi macam biasa lah, bila terlajak tidur je, bangun pun dengan kepala yang sedikit pusing. Then, mandi and had the best breakfast ever, yummy chezzy macaroni buatan sendiri. haha. Tengok, saya memuji masakan sendiri. satu perbuatan keju, ehh, keji.

Semua bermula dengan indah dan nyaman. Sehingga lah di kala saya mula menanda kertas peperiksaan midsem. Aduss, tiba-tiba rasa macam dunia gelap seketika. Apakah?? OMG, They were not performed well. Sangat lah hilang mood. Sedih sangat. Macam penat lelah mengajar sia-sia saja. ermm, tak apa lah, mungkin salah saya yang tak reti mengajar. Mati lah saya kena bambu lepas ni. Okey, get ready. Tebal kan telinga. Lepas ini haruslah struggle for final exam. Nasib baik paper lagi satu menyenangkan hati. sejuk hati tengok ramai yang A. Congrats ye my dear students. Yang kurang berjaya itu, siap kamu saya kerja kan nanti. haha:D. Gurau okey, siap kamu saya bagi berganda-ganda assignment. Faham!

owhh midsem, kenapakah???

So, untuk menghilangkan tension di kepala, saya pun buat satu aktiviti yang super best. Nak tau apakah??haha. suspen saje. Okey sebelum tu, aktiviti saya tu sangatlah berkaitan dengan keber-cuti-an mak,ayah dan adik saya ke Cameron Highland. Mereka bertiga saja yang pergi. Diulangi, bertiga sahaja. okey, sedikit berbaur cemburu statement itu. Meh tangok gambar mereka seketul dua.

mak saya yang jelita tengah posing dengan bunga. haha

mereka bertiga..sobsobsob.

my lovely parents

Dah ke sana, of course la kena bawa balik benda wajib ni.


jadi, untuk menghilangkan ke-stress-an, saya telah mentransform si buah itu menjadi begini..

xxxx

xxxx




xxxx


walaupun rupa mu buruk, rasamu sedap tak terkata..muahahhaha

strawberi celup cokelat..yummy yummy yummy!!!

Walla.. Tiba-tiba mendapat aura Siti Nurhaliza, teringin nak makan strawberi celup coklat. Sangat sedap okeh. Biarpun bukan coklat bermutu tinggi yang sedap gila tu, tapi coklat murah saya ni pun sudah melampau lampau sedap ye. haha. Sangat melampau saya dalam hal-hal men-terliur-kan orang.See, hilang dah stress dapat makan stawberi dipped chocolate. yummy!!
jom nyanyi..nini cokolat celup..celup celup!! nini cokolat celup..celup celup!! Sepatutnya buah-buah cantik itu saya blend buat eskrem yang pernah saya makan di sana, tapi blender rosak lah pula. Jadinya daku celup saja dikau dalam sos coklat suam-suam. Tetap dapat menghilangkan rasa mengidam eskrem tersedap di dunia itu muahahaha. Maaf, terhiperbola bila berbicara tentang makanan. i'm a food lover..:)


P/s: Kak Yana, Ziana dan Kak Chik, bila mau ke Cameron Highland lagi. Sangat teringin mau makan itu eskrem Strawberi pure..:)

Friday, July 16, 2010

Saya yang Demam



Saya suka demam. Hari-hari saya demam.

Ok,sila abaikan kemerengan orang demam.

Hari ini masuk hari yang ke berapa ntah ke-demam-an menempel dalam diri. Sangat lah hidup dalam sengsara, dikau tiba disaat daku kesibukan. haiiih. Demam saya tidak lah teruk. Simptom yang muncul pun sikit-sikit saja. Macam segan je mau menonjolkan diri. Tapi yang sikit-sikit ini lah yang bikin derita. Demam macam tak demam. Panas tapi sejuk. Umpamanya nak bersin tapi tak jadi bersin. Ada faham tahap derita itu? Ada faham? Tak faham? Ok, abaikan juga ini statement.

Selepas beberapa hari hold nak MC, sebab fikir budak-budak nak midsem dah minggu depan, ecehh baiknya diri ini, akhirnya saya berjaya meng-MC-kan diri. Itu pun selepas fikir hari ni memang tak ada kelas, lepas tu si demam ini makin berani menonjol diri. Asyik bersin saja sepanjang hari, suara pun sudah seksi-seksi gitu..ngehhhhhh.

Jadi pagi tadi telah membawa diri melangkah kaki ke klinik untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Menambah koleksi ubat sebenarnya. Sebelum ni, sangat lah saya ni membenci aktiviti melawat doktor ni. Tak pernah lah sakit-sakit demam sikit-sikit nak pergi mengadap doktor. Tapi sebab nak MC punye pasal, terpaksa lah saya pergi juga. Jadinya sepanjang saya bekerja ni, banyak lah juga koleksi ubat yang terkumpul, sebab dapat ubat tak pernah makan pun. Dengan antibiotik segala. Takde maknanya nak makan. Yang penting, MC. Si Demam? Let it heal naturally. Muahahahahha.

Aktiviti selepas itu? Macam biasa lah saya ni. Walaupun Demam, walaupun selsema, walaupun kerongkong gatal-gatal, kaki saya tetap panjang melangkah. Sempat menapak ke kedai kain mencari kain pasang untuk buat baju raya.:D. Tapi tak jumpa juga yang berkenan. Sempat pulak ke PC Fair. Owhh,sangat terliur meleleh saliva menengok NIKON DSLR di sana sini, dengan harga cam best je. Tapi still juga kecewa sebab tak dapat beli pun. Orang itu marah, suruh simpan dulu Ringgit Malaysia itu. Ada benda lagi penting untuk di gunakan dengan RM itu nanti, katanya. Kecewa tau. Faham saya punya kecewa? Tak faham, sudah.

Esok saya nak buat apa? Plan nak ke Kuantan bersama Kak Yana dan Ziana baru sahaja ditunda. Mak dan Ayah pula ke Cameron Highland, rombongan dengan persatuan apa ntah. Orang itu juga bekerja sampai petang. Makanya haruslah saya melanguk depan TV sepanjang hari esok. Ke-boring-an lah esok. Tak apa lah. Saya kan demam. Harus di layan demam ini baik-baik, agar dia cepat berambus. hehe.

eh, air apakah yang menitik ni. Owhh, saya harus berhenti sekarang. ada cecair yang sedang galak mengalir keluar dari hidung. Kena cari tisu sekarang. bye!

Tuesday, July 13, 2010

The Truth About Adolf Hilter?

Edisi : Copy & Paste

Siapa Adolf Hitler? Saya pasti ramai yang pernah mendengar nama pemimpin Nazi ini. Beliau di gambar kan antara manusia paling kejam di dunia, lantaran tindakannya melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas Yahudi, dalam usaha menghapuskan bangsa Yahudi di dunia. Betapa selama ini kita di sogokkan dengan kekejaman pihak Nazi oleh barat, sehingga lah saya menjumpai notes ini di FB. Tidak pasti kebenaran di sebalik notes tersebut, namun jika di fikir kembali, ada benarnya kenapa pihak Nazi begitu buruk dan busuk pada pandangan Barat. Dan bagaikan tersedar yang rupanya segala kekejaman dan keburukan Nazi cumalah propaganda Barat yang dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi Laknatullah, sehinggakan di Barat, sesiapa pun yang menggunakan simbol Nazi walaupun hanya bertujuan untuk gurauan dianggap seperti melakukan dosa besar dan berniat buruk.

Baca dan fikirkan sendiri kebenaran di sebalik segala kekejaman pihak Nazi.
_____________________________________________________________________

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Saturday, July 10, 2010

Mengejar Rahmat Allah S.W.T

Edisi : Tazkirah

Esok Isra' Mikraj. Satu peristiwa penting dalam bulan Islam. Esok juga bermakna sudah 27 hari di bulan Rejab. Saya terkesima sendiri. Benar-benar terasa di hambat waktu. Masa berlalu terlalu laju. Terkilan sebenarnya. Bulan Rejab hampir ke penghujung, namun betapa saya mensia-sia kan bulan penuh rahmat ini. Sering tersemat dalam hati, ingin berpuasa sunat sebanyak mungkin di bulan ini, namun hakikatnya, sehingga hari ini, hanya 2 hari saya mampu buat. Benar-benar terkilan. Terkadang tertanya sendiri, kenapa semakin dewasa, semakin saya jauh untuk berbuat amalan yang pernah menjadi kebiasaan di waktu persekolahan itu? Macam hati makin gelap. Mungkin banyak buat dosa. Mungkin.

Tapi saya mohon Allah S.W.T masih memberi saya peluang mengejar rahmat-Nya di bulan Syaaban dan Ramadan kelak. Juga berharap mampu menyelak dan membaca helaian Al-Quran lebih dari hari biasa di bulan-bulan ini. Owhh, sungguh tak sabar untuk menikmati Ramadan. Macam baru sahaja Ramadan yang lepas di sambut. Baju raya tahun lepas juga masih baru, sebab hanya beberapa kali di pakai. Ok. Jangan cakap pasal raya. Lambat lagi. Sila berpuasa dulu.:D

Untuk renungan bersama, saya bingkiskan sedikit info tentang kebaikan Bulan yang Mulia penuh rahmat, Rejab-Syaaban-Ramadhan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-Nya yang di beri rahmat dengan mengejar sebanyak mungkin amalan di bulan-bulan ini.

REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Sunday, July 4, 2010

Edisi Merapu Merabang

Saya mahu merapu. Sebab nak bercerita secara rawak sahaja. tiba-tiba datang mood nak update blog busuk ni.hehe.

Hari ini sedikit ceria. Tadi sepetang beronggeng dengan Ziana dan Kak Yana ber-window shopping. Sempat menyambar sehelai tudung baru dan Sepasang kain baju kurung, hadiahkan kepada Emak, agar emak jelita di hari raya. haha:D. Niat di hati mahu beli lagi tudung 2,3 helai, tapi tak ada pula yang berkenan. Aikk, punya lah banyak kali tawaf atas Bus Station tu, satu je yang kau berkenan?. Sedikit kecewa juga sebab tak jumpa kain pasang yang berkenan untuk di buat baju raya utama. ecehh, ada pulak baju raya utama tu. Pada hal dah hantar 2 pasang baju raya kat tukang jahit. Tamak haloba betul diri ini. hehe:D..Apa pun, hati jadi sedikit tenang. Semacam hormon endorfin dirembeskan dengan jayanya. Menempiaskan sedikit perasaan girang di hati. Benarlah, shopping adalah sebahagian terapi diri. hahaha. Tengok, walau pun duit terbang pergi, hati girang menyanyi. Mungkin juga sebab hari ini di-comfirm-kan jawatan. Syukur Alhamdulillah, selepas setahun berstatus pekerja berkontrak, hari ini dah disahkan jawatan. Bak kata Ziana, lepas ni kalu nak resign, sila bagi notis 3 bulan. ngehngehngeh! Itu pun penyumbang utama juga mungkin pada kegembiraan di hati.

Owhh. saya banyak kerja sebenarnya. Kuiz belum bertanda. Assignment pun. Midsem Question belum di siapkan. Apa lagi? apa lagi? Tengok, kerja berlambak, ada hati nak bertenang dan ber-riang gembira? haiihh. Hah, ada lagi satu yang belum tertunai. Hajat nak melihat seorang kawan yang baru bergelar mama belum kesampaian. Asyik tertangguh dah masuk minggu ke-3. Tunda ke minggu depan. Mungkin baby dah besar dah masa tu. Dah boleh merangkak. muahahha! apa saya merepek ni?

Owhh..ada lagi satu tragedi yang tak harus di cerita, tapi mau juga disentuh sedikit. see, saya merepek lagi. Betapa saya di duga lagi. Dalam keadaan marah, akal selalu menjadi pendek. Perbuatan akan bertindak lebih laju dari fikiran. Dalam keadaan yang meruncing, keadaan kadang-kadang memaksa kita bertindak di luar dugaan. pada hari itu, mungkin kerana kedegilan saya, kebiadapan saya, keras hati saya telah membuatkan kesabarannya melewati batasan. Kesabaran itu sudah hilang menyebabkan dia menyalurkan seluruh tenaga negatif tersebut menumbuk cermin kereta sampai pecah berkecai. Hancur lebur tak bersisa. Sangat lah saya tergamam tidak terkata bermandi kaca. Betapa saya bagai ditampar sekuat mungkin, melihat reaksi dia melepaskan kemarahan. Betapa saya bagaikan tersedar yang perbuatan saya tidak menghiraukan dia telah meluluhkan hati lelakinya itu. Dan betapa saya tak mampu berkata-kata dikala dia meluahkan rasa bersalah sambil membersihkan kaca yang terlekat di baju saya, sehingga luka di jari sendiri. Sungguh saya tidak menyangka dia boleh bertindak sejauh itu. Sungguh di kala itu dia benar-benar tertekan, buntu dengan apa yang sedang kami lalui. Yang pasti, kami sama-sama melalui bara berliku. Saya takut andai apa yang dia cuba pertahankan membawa kami ke jalan yang tiada penghujung, tiada nokhtah. Walaupun hari ini, saat ini kami sudah kembali normal, seperti tak pernah berlaku apa-apa, namun saya pasti keresahan ini belum berakhir. Tapi ini lah kami, bila berperang, betul-betul menumpahkan darah ke titisan akhir, lepas tu beberapa minit, hilang marah, berlagak macam nothing happened just now. Bila mahu sudah daa..LAntak lah, yang penting saya tak simpan dalam hati. Yang penting hari ini happy..happy!

Okey, cukup lah saya merapu merabang. entri kali ini tidak disertakan gambar. Kita tak perlukan gambar untuk merapu, hanya kata-kata sudah cukup memadai. hehe:D..

erkk..bila mahu siap kerja yang terbengkalai ini.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati