tekan jangan tak tekan!

Saturday, July 10, 2010

Mengejar Rahmat Allah S.W.T

Edisi : Tazkirah

Esok Isra' Mikraj. Satu peristiwa penting dalam bulan Islam. Esok juga bermakna sudah 27 hari di bulan Rejab. Saya terkesima sendiri. Benar-benar terasa di hambat waktu. Masa berlalu terlalu laju. Terkilan sebenarnya. Bulan Rejab hampir ke penghujung, namun betapa saya mensia-sia kan bulan penuh rahmat ini. Sering tersemat dalam hati, ingin berpuasa sunat sebanyak mungkin di bulan ini, namun hakikatnya, sehingga hari ini, hanya 2 hari saya mampu buat. Benar-benar terkilan. Terkadang tertanya sendiri, kenapa semakin dewasa, semakin saya jauh untuk berbuat amalan yang pernah menjadi kebiasaan di waktu persekolahan itu? Macam hati makin gelap. Mungkin banyak buat dosa. Mungkin.

Tapi saya mohon Allah S.W.T masih memberi saya peluang mengejar rahmat-Nya di bulan Syaaban dan Ramadan kelak. Juga berharap mampu menyelak dan membaca helaian Al-Quran lebih dari hari biasa di bulan-bulan ini. Owhh, sungguh tak sabar untuk menikmati Ramadan. Macam baru sahaja Ramadan yang lepas di sambut. Baju raya tahun lepas juga masih baru, sebab hanya beberapa kali di pakai. Ok. Jangan cakap pasal raya. Lambat lagi. Sila berpuasa dulu.:D

Untuk renungan bersama, saya bingkiskan sedikit info tentang kebaikan Bulan yang Mulia penuh rahmat, Rejab-Syaaban-Ramadhan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-Nya yang di beri rahmat dengan mengejar sebanyak mungkin amalan di bulan-bulan ini.

REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati