tekan jangan tak tekan!

Saturday, July 24, 2010

K.E.C.E.W.A

Entry berunsur kuciwa lagi. dan lagi. dan lagi. Macam tak pernah berhenti. Pasti lah, selagi bernafas, selagi masih berurusan dengan manusia, selagi itu lah kita diuji. selagi itu lah rasa kecewa tak boleh lari.

Semalam saya masih berhadapan dengan perasaan yang sama. Entah berapa ribu kali dah rasa ini bertenggek di hati. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan dia. Dan semalam, menangis lagi untuk kali ke 4589 kali. ok tipu. Tapi banyak kali lah, tak terkira dah. Semalam mungkin terlalu emosional, sampaikan menepis segala rasional. Kegagalan saya menghubungi dia dari petang sampai ke tengah malam membuahkan kerungsingan yang bukan kepalang. Sangatlah bimbang sampai tak boleh buat apa kerja. Dengan hujan yang maha lebat, bermacam perkara terlintas di fikiran. Takut. Resah. Bimbang. Bercampur baur. Sudahnya, saya menangis seorang diri di atas sejadah, bersungguh memohon tiada apa yang buruk berlaku. Kebetulan, atau mungkin doa di makbulkan, sedang saya dalam esak tangisan, deringan telefon berbunyi. Setelah berpuluh call yang gagal dihubungi, berpuluh SMS yang fail to deliver, akhirnya dia menghubungi saya. Hampir pukul 12 malam. Dengan teresak-esak, saya menjawap panggilan. Saya diam saja. Hanya esakan tangisan yang berbicara. Dalam hati saya memanjat kesyukuran. Dia selamat sampai di rumah. Mendengar saya menangis, dia memohon maaf. Cuba memujuk, hentikan tangisan. Sedaya upaya dia cuba menerangkan keadaan. Memberi alasan telefon mati tak bercas, kerja banyak, tersekat dalam hujan. Tiba-tiba saya menjadi sangat marah. Dari petang sampai ke tengah malam, tak terasa sedikitkah kebimbangan saya? Tak boleh kah pinjam telefon sesiapa SMS saya di mana kamu? Memang saya benar-benar marah. Serta merta saya berhenti menangis. Bagi saya alasan itu tak boleh diterima, walaupun saya tahu dia dalam kesusahan. Saya dengar helaan nafasnya yang keletihan. Penat bekerja sampai malam. Tapi kemarahan saya membuatkan saya menutup telinga dari mendengar keluhannya. Biar lah, lantak lah. Saya sakit hati. Di mana dia masa saya resah tak keruan selama 6 jam semalam? Perasaan benci menyelinap di segenap ruang hati. Lantang saya menyoal ketidak puasan hati saya. Lantas saya mematikan perbualan, memutuskan panggilan. Saya membiarkan panggilan tak di jawap, sampai 30 missed called. Berlarutan sampai ke pukul 2 pagi. Langsung tak mempedulikan dia yang kepenatan pulang dari kerja, mahu tidur dan berehat. Akhirnya, saya matikan telefon. Saya mahu dia rasa apa yang saya rasa. Sampai ke saat ini, telefon saya masih di matikan.

Kejam kah saya? Jahat kah saya? Entah. saya tak peduli. Saya nak dia rasa macam mana resahnya saya tak dapat hubungi dia semalam. Di tambah dengan satu janji yang dia belum tunaikan. Janji yang tak pernah tertunai. Janji yang sangat meninggalkan rasa kecewa yang cukup mendalam dalam diri saya. Semua perkara ini membuat saya kecewa. Ye, saya menempuhi hari kecewa saya lagi. Pedih dan perit bila menanti mengharap sesuatu yang mungkin tak akan kunjung tiba. Kalau lah saya ada kekuatan untuk meninggalkan semua ni. Kalaulah saya boleh putar waktu, pasti saya tak akan buka pintu hati saya untuk dia tiga tahun yang lalu. Tapi itu lah, semua sudah di takdirkan. Apa yang boleh saya lakukan sekarang cuma redha, redha dan redha. Sebagai hamba, saya terima ketentuan ini.


Okey. Habis sudah cerpen di pagi jumaat yang indah. Nanti saya mau buat entry G.E.M.B.I.R.A pula. tunggu...

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati