Hari ini hari jadi Mak saya yang ke, erkk..jap ye. 2010 - 1963 = 47. Haa, yang ke 47 tahun. Math fail, nak buat macam mana..haha:D. Owhh, sudah 47 usia mak saya. sudah hampir 50. Cepatnya masa berlalu. 10 tahun dulu mak saya baru 37 tahun. Masa tu saya baru umur 15 Tahun. Kalu berjalan dengan mak dulu, mesti ramai yang tak percaya yang anak sulong dia dah 15 tahun. haha:D. Saya yang tua atau mak saya yang muda..??
Serba sedikit tentang bonda tercinta saya, dia wanita yang cukup istimewa. Super women bagi keluarga saya. Mak saya seorang yang sangat ceria dan peramah. Sense of humor person. Suka buat lawak. Dan seorang yang sangat berdikari. Mendengar kisah dia di zaman kanak-kanak sangat mengujakan. Di waktu kecil, mak saya seorang tomboi, panjat sana panjat sini. Walaupun hidup susah, kehidupannya di waktu itu begitu berwarna-warni. Kadang-kadang dia seperti merindui zaman riang itu. Bergelar anak yatim seawal usia 15 tahun menjadikan beliau begitu berdikari, apatah lagi hidup dalam keluarga yang ramai. Aktiviti wajib mak saya di kala itu adalah menjual kuih sekeliling kampung. Sampaikan setiap kali ada perhimpunan mingguan di sekolah, pasti mak saya akan di tahan di luar sekolah kerana lewat sampai. Namun di sebabkan itu juga, sampai sekarang mak saya sangat di kenali orang kampung, berbanding adik beradiknya yang lain. Kiranya beliau paling glamor lah.haha. mak sape tu?.Dan dalam ramai-ramai adik beradiknya yang berjumlah 11 orang tu, mak saya paling disayangi oleh nenek saya. :)
Mak saya menamatkan zaman anak dara sebaik sahaja habis sekolah. Umur 21 dah kahwin. Umur 22 dapat saya. dan umur 25 dapat adik saya yang bongsu. see, 25 dah beranak anak bongsu. Saya pula, umur 25 masih terkinja-kinja macam kera. haha:D. Membesarkan anak seramai 4 orang, dengan jarak setahun seorang amat lah mencabar, lebih-lebih lagi berjauhan dengan keluarga. Lepas je kahwin dengan ayah, mak saya duduk di Dungun sebab ayah saya bekerja di sana. Dulu mana ada kereta, cuma ada motor honda biru ayah saje. Nak berulang ke Kuala Terengganu sangat lah jauh pada waktu itu. Dan menurut mak, menjaga saya paling susah sebab suka melalak di waktu malam. Sawan tangis kata orang. Menjelang maghrib je, saya akan melalak sampai tengah malam. Saya juga yang paling susah nak cerai susu. haha:D. kesian mak saya kan. Saya sangat kagum dengan emak saya. Sangat tabah dan mampu menangani segala cabaran. Juga sangat sabar melayani karenah suami dan anak-anak. Bersuami kan seorang yang agak panas baran, dan juga mempunyai anak yang mewarisi sikap si suami, saya lah tu mudah saja emak mengatasi dengan penuh berhemah. Tak pernah emak meninggikan suara. Tak pernah emak marah dengan ekstrem. Bagi saya, emak dan ayah saya membina satu hubungan yang complimentary. Sangat saling melengkapi. Sayang, saya tak banyak mewarisi sikap emak. Saya banyak mewarisi sikap ayah. :)
Tapi sekarang kehidupan emak saya sudah jauh lebih baik. Anak-anak dah besar, semua dah habis sekolah. Tak perlu dah emak susah payah menjaga anak lagi. Tapi yang bestnya, sampai sekarang kami adik beradik masih lagi bermanja-manja dengan emak. Makan minum masih emak sedia kan. Dan kadang-kadang masih makan bersuap. Masih tidur di riba mak. Dah tak ada siapa yang boleh nak di manjakan kan. Ni je la yang ada. Nak main dengan cucu, entah bila lah ada agaknya. haha:D. owhh, sendiri terasa. Apa pun, Selamat Hari Jadi Mak. Kak ja sayang mak sampai bila-bila. Emak lah ratu hati kami. Love U so mUch Emak..

No comments:
Post a Comment