tekan jangan tak tekan!

Tuesday, April 29, 2014

Resepi: Homemade Sosej Bun.

Assalam..

Hari ni baik hati sangat nak share resepi. hehe. Padahal resepi yang dah lama sangat kot dah buat. Baru teringat nak share. Resepi ni mudah dan sangat senang. Bun sosej ni kalau kat kedai bakeri ada kot dalam rm2.00 lebih kan. Nah, buat sendiri, lagi berbaloi2. huhu. Resepi amik kat buku JOM BERJIMAT MENYEDIAKAN ROTI by Norhayati Mohd Nor. Diubah suai oleh saya yang tak punya bread maker ni. Owhh, nak sangat Bread Maker barang sebijik. Boleh buat roti sendiri kan, lebih yakin dan bersih untuk di makan. Pitihh, meh kat mummy meh. hahaha. 




resipi:

1 biji telur
120 g air - air suam
300 g tepung high protein (beli kat kedai jual barang kuih)
30 g mentega
2 sb susu tepung
2 sb gula kastor
1 st pelembut roti (beli kat kedai jual barang kuih)
1 st yis kering
1/2 st garam
8 batang sosej
mayonis, sos cili n mozarella - unk hiasan.

cara2:

-satukan yis, air suam dan gula, tunggu sampai berbuih ( aktifkan yis)
- satukan tepung, telur mentega, susu tepung dalam satu bekas. Kemudian campurkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung.
- uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. ( Uli 30 minit) Memang penat hoii! Keluar segala muscle lengan. hahaha. Kena uli lama kalau nak roti lembut.
- biarkan sejam sampai doh naik sekali ganda. tutup dengan kain.
-after sejam, tumbuk2 doh kasi keluar angin. uli2 balik sekejap. bahagikan doh 8 bahagian.
- biar naik lagi dalam 10-15 minit.
- gentel doh biar panjang, pastu lilit2 kat sosej. agak2 lah panjang doh tu sampai tutup semua sosej.
- kasi rehat dalam dulang lagi 10 minit. hias mayonis, cili sos n mozarella atas doh, pastu bakar! 

resepi ni boleh dapat dalam 8 ketul sosej..Selamat mencuba! hasilnya sangat memuaskan. Lembut dan gebu. Walau dah sejuk, tetap gebu! 


Thursday, April 24, 2014

30 Tahun.

Assalam..

12 April 2014, genap 30 tahun mak dan ayah saya selamat melayari alam rumah tangga. 30 tahun tu, lama kot kan. hehe. Alhamdulillah, moga2 jodoh mak dan ayah terus dipanjangkan. Dan 13 April pulak, adik lelaki yang no 2 pulak sambut anniversary. Yang pertama. Dah nak jadi bapak budak dah tak lama lagi. Tengah tunggu nak meletup je tu. kikiki. Biasa2 sambut kecil2 dengan famili je. Tapi sebab yang ni special sikit, yang ke 30, kita pun buat makan2 sikit. Jemput semua keluarga terdekat dan jiran2 terdekat. Macam biasa lah, penuh satu rumah orang datang. Maklumlah, keluarga besar, tapi rumah tak berapa nak besar, macam mana tu? kikikiki.

Plan nak buat ni pun dah lama sebenarnya. Ayah lah yang bersunggguh sangat. Jadi kami anak2 pun cubalah merealisasikan permintaan mak ayah ni. Alhamdulillah, semua adik2 dapat balik waktu ni. Memang ku paksa balik pun. kekeke. Menu pun start dari awal planning sampai ke akhir asyik bertukar je. Fikir punya fikir, last2 buat nasi ayam, laksa penang dan spagheti bolognese. Semua buat sendiri dengan bantuan mak saudara and of course adik2 ku yang awesome. Kek, tentulah handmade by me. hehe. As requested dari ramai orang, bertungkus lumus kita buat Fresh Fruity Cake. Alhamdulillah, ramai cakap sedap. Siap ada yang order lagi. Syukur Allah bagi rezeki.:)


Owhh, cakap pasal kek, ramai sangat duk berkerumun kak kek malam tu. Pasal apa? Sebab ada gambar mak ayah masa bersanding zaman dolu-dolu. haha. Edible image namanya. Tempah kat SINI. Senang berurusan dan cepat. Memang puas hati. Siapa nak, boleh order kat situ ye. Email je gambar, senang. Tak tahu sebenarnya ada tak perkhidmatan edible image kat KT ni, tak survey pun. Online kan senang, tak keluar peluh. hahaha.Gigih tahu saya snap balik gambar mak ayah bersanding tu. Tu pun cari punya la susah nak cari gambar yang jelas. Yang lain semua gambar jauh2. Kecik tuek gambarnya. kikiki. Nasib baik lah gambar adik memang dah dalam simpanan, sonang kijo. 


Tapi sayangnya, gambar pengantin tak dapat nak ambil. Sebabnya ayahanda tengah tak sihat masa ni. Jadinya memang tak ada gambar lah. huhuhu. Apa2 pun, doa kami sebagai anak mengharapkan ayah bonda terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga terus dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Tahun ni InsyaAllah dapat lagi seorang cucu dan seorang lagi menantu. Moga2 keluarga kami terus dirahmati dan bahagia sampai bila2. Amin.

Monday, April 21, 2014

Bila Ayahanda masuk Hospital.

Assalam..

Last week, ayahanda saya warded, akibat bisul. Eh, bisul pun sampai warded? Haruslah sebab dah 2 minggu tak pecah2, and worst, he's a diabetic. Baru tahu beberapa minggu lalu yang dia ada diabetis. 

Yang nak ceritanya, ayahanda saya adalah antara manusia dalam muka bumi ni yang paling takutkan HOSPITAL dan JARUM. haha. Kalau ada orang sakit kat hospital, memang dia tak duduk lama. Sekejap je terus nak balik. Spesis mabuk darah. Jarum apatah lagi. Kalau kena pisau sikit pun memang melepek tak boleh bangun macam sakit berat. haha. Last sekali dia jumpa jarum, sebelum checkup diabetes baru2 ni, adalah masa checkup untuk pergi Haji tahun 2004. 10 tahun lepas kau! erkk, yang takut jarum ni, sama sebijik macam anak sulong dia ni hah. kikiki

Sekali Allah uji, orang paling takut ni lah kena warded, siap masuk OT lagi. huhuhu. Alhamdulillah, semua dah ok. Doktor jangka, 3 minggu ayah akan berkampung di wad, sebab nak cuci luka dan nak pastikan tiada jangkitan. Kencing manis lah katakan. Tapi tak sampai seminggu pun, dah boleh discharged wad. Dah 2 hari kat rumah, Alhamdulillah dah beransur sembuh.


Sedikit tips bagi orang2 yang ada diabetes dan mengalami luka akibat pembedahan atau sebarang kecederaan. Pastikan cuci tempat luka sekurang2 dua kali sehari. Jangan balut atau wrap tempat luka, takut luka jadi lembap dan boleh biakkan kuman. Amalkan pemakanan yang kaya vitamin C seperti buah oren, strawberi dan macam2 lagi buahan. 

Atau amalkan pengambilan suplemen Sustained Released Vitamin C SHAKLEE. Macam yang diamalkan ayah saya. huhu. Apa bezanya vitamin C ni dengan brand lain? pertama, setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya dan kedua, Ujian Klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Banyak lagi lah fungsi dan kebaikkannya. Jadi sangat baik untuk mengamalkan pengambilan vitamin C Shaklee ni. InsyaAllah, banyak manfaatnya untuk kita. Nanti kita certa lagi pasal Vitamin C SHAKLEE ni. Sekali cuba, terus jatuh cinta you!


Your SID:

Hamiza Roslan
SMS: 019-9989052
email: hamizaroslan@yahoo.com

Friday, April 18, 2014

MakeOver Blog!

Assalam..

Comel tak blog kita? haha. Berwajah baru sikit. Lama dah berhajat sebenarnya, tapi tak tahu nak tuju kat mana. Sampai lah satu hari tu, buka blog (stalk..haha) Aishah Rahim, tengok dah berwajah baru, terus selongkar entry yang cerita pasal make over ni. Apa lagi, terus ku contact cik adik yang buat kerja renovate blog ni. Jeles punya pasal. hahaha. 

Senang berurusan dengan beliau. Harga yang dia cas pun sangat berpatutan lah. Dah kita ni tak reti bab2 nak cantikkan blog, kena lah minta bantuan pakar, ye dok? huhu. Mula2 nak ubah suai keseluruhan, biar berwajah baru 100%. Tapi sayang pulak kat header katak comel tu. Pemberian dari Cik Puan Bunga tu. Bertahun dah guna. Last2 buat yang basic je. Nanti2 kalau rasa nak tukar jugak, boleh minta adik ni buat balik. hehe. 

Rasa berkenan sangat color pink-grey, so minta dia buat tema gitu lah. So siapa yang nak teringin nak make over blog tapi tak reti nak buat sendiri, boleh contact Maisarah ni di Blog Bingkisan Hati atau di Facebook Blog Bingkisan Hati. Cover facebook pun dia buat tau. Nanti nak tempah jugak cover facebook, sesuai untuk orang yang berbisnes gitu. huhu. Adios.







___________________________________________________________________________

Nak sihat? Nak cergas? Nak Jaga kesihatan? Nak hamil dengan sihat? Nak kurangkan berat badan? Nak tambah berat badan? Nak kulit cantik? Nak mata sihat? Nak tulang dan gigi yang kuat? Nak buang toksin? 

Jom PM saya (Mieyza Roslan) di FACEBOOK atau SMS di 019-9989052. Saya sedia membantu anda mencari supplement yang bersesuaian dengan keperluan anda. InsyaAllah berkesan dan berbaloi ambil supplement SHAKLEE ni. Jaga Kesihatan, Jaga Diri.  


Wednesday, April 9, 2014

SHAKLEE dan SAYA!

Assalam..

Seperti yang dijanjikan, nak kongsi cerita pasal Shaklee dan saya. hehe. Yes, saya adalah pengguna tegar SHAKLEE, so ini adalah testimoni dari saya sendiri. Alhamdulillah, SHAKLEE adalah supliment terbaik untuk saya setakat ini. Sepanjang mengandungkan Amani, memang saya guna produk shaklee. Set mengandung Shaklee. Ingat lagi masa awal2 pregnant, tak berani nak beli yang satu set tu sebab takut tak termakan. Lagipun, dah ambil pramilet untuk bekalan asid folic. So beli yang trial punya, untuk sebulan. Lepas tu, nahh. Terus order yang full set gitu. huhu. 

Alhamdulillah, sepanjang mengandung bila check up, tak pernah kena tegur dengan nurse sebab HB rendah ke apa. Hb alhamdulillah sentiasa tip top, 12 ke atas. Mungkin sebab pengambilan vitamin B complex secara konsisten. Jangan tak tahu, Vitamin b complex Shaklee mengandungi asid folic yang secukupnya untuk ibu hamil. Dan syukur juga, sepanjang hamil, memang tak pernah sekali pun sembelit dan kejang kaki. Orang terengganu panggil 'settok karung'. haha. Dulu2 masa zaman sekolah, selalu kena. Sakit oii! Orang kata, wanita hamil lagi lah kerap kena. alhamdulillah, diizinkan Allah untuk sihat dan kekal cergas sepanjang hamil. Berkat pengambilan OSTEOMATRIX! Owh, saya tak pernah makan segala vitamin dan ubat yang dibekalkan klinik tau. Sebutir pun tak pernah.

Pengambilan set lengkap kehamilan SHAKLEE juga menolong saya melalui post natal dengan cergas. Tak ada masalah letih2 dan penat waktu berpantang. Malah saya ditegur berkali2 sebab tak macam orang baru lepas pantang. Aktif semacam. Nak2 lagi, 3 hari lepas dilahirkan, Amani warded due to jaundice. Hari2 kot saya berulang alik ke hospital 2 kali sehari sebab nak jenguk baby. Dah la beranak Czer. Memang sangat mencabar, tapi Alhamdulillah Allah bagi sedikit kekuatan untuk bergerak ke sana sini. Susu juga syukur meriah semasa dalam pantang. Hasil pengambilan ALFALFA SHAKLEE. Walaupun Amani tak mahu menyusu badan, hasil pam sangat mengujakan. Cakap pasal breastfeed, memang sensitif sikit. Bukan rezeki saya untuk menyusukan anak seperti yang saya mahukan. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah tetap bagi saya peluang untuk mengenyangkan anak sendiri dengan susu badan, walaupun cuma untuk tempoh 3 bulan. Gigih tahu mak ni mengepam susu nak bagi anak minum. huhu.



So, itu testimoni saya berkenaan set kehamilan dan berpantang SHAKLEE. First hand experience ni. huhu. Tiada tipu2, tiada tambah2 cerita. Alhamdulillah, dengan cara inilah saya jatuh hati dengan SHAKLEE. Cuba, alami kehebatannya, dan kongsi dengan semua! Jadi apa kata ibu2 mengandung sekalian cuba berdampingan dengan suplimen SHAKLEE. InsyaAllah puas hati! Lepas tu, apa lagi, sebarkan kebaikannya.

 Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut, free consultation, dan order!

Hamiza bt Roslan (ID 1124488)
fb: Mieyza roslan
Sms: 019-9989052

psstt.. Harga ahli untuk ahli sahaja ye. Selain ahli, harga pasaran. Nak harga ahli, kena jadi ahli. Jom join, tak rugi sikit pun oii!

Tuesday, April 1, 2014

Ostematrix si Penguat Tulang!

Assalam..



Masuk bulan baru, Promosi dari Shaklee pun tiba! Bulan ni memang terbaik sebab OSTEMATRIX mengambil tempat. Beli 6 percuma 1!! Hebat tak hebat. Pada yang baru kenal yang belum tahu apa bendanya ni, okeh mari sini nak terang. OSTEMATRIX merupakan suplemen KALSIUM berbentuk tablet. Semua dah tahukan kepentingan kalsium. Untuk tulang kuat, untuk gigi yang sihat! Wahh, macam iklan gitu. kuikui. Tapi jangan tak tahu, selain tu, kalsium juga berfungsi untuk:


1. Mengekalkan tekanan darah yang normal. Siapa ada hypertension, angkat tangan!
2.Membantu pengecutan otot dan saraf
3.Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Haa, yang selalu jadi monster time2 nak period tu, ini untuk anda!

SubhanaAllah, hebat ciptaan Allah S.W.T pada yang satu ni. Dan tahukah anda, Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita. Giteww. Jangan risau, OSTEMATRIX memang dah lengkap dengan Vitamin D ni. Mudah bukan, telan saja.



#Tips: 
Setiap tablet OSTEMATRIX mengandungi 250mg Kalsium. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan. Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan. Bukannya ketika perut kosong.

Awak2 semua sangatlah digalakkan mengambil OSTEMATRIX ni jika tergolong dalam golongan di bawah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Lelaki atau Wanita bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. individu yang selalu mengalami kekejangan otot
6. Pembenci susu dan produk tenusu. :)

insyaAllah, dengan izinNya, boleh membantu kakak2, adik dan abang2 semua meningkatkan kesihatan diri. Pengalaman saya dengan OSTEMATRIX SHAKLEE? Kita cerita di lain entri. :)

Berminat nak dapatkan OSTEMATRIX yang hebat ini? Hubungi saya! 

Hamiza Roslan (ID 1124488)
SMS: 019-9989052
Fb: mieyza roslan
email: hamizaroslan@yahoo.com

Mulanya di sini..

Assalam..

i'm proud to announce that i'm officially a SHAKLEE Independent Distributor. Ewahh, speaking sikit. kikiki. Ye, akhirnya terbuka jua pintu hati setelah sekian lama berbolak balik berteka teki. hehe. Sebenarnya, dah lama kenal SHAKLEE, sejak zaman sekolah lagi. Ingat lagi, masa tu arwah nenek tengah tak sihat. memang dia consume SHAKLEE. Masa tu botol2 SHAKLEE besar2, ada Garlic tablet, Lechitin, vitamin B. Dan saya sendiri jadi pengguna tegar SHAKLEE, sejak belum mengandung kan Amani lagi. Lepas tu guna lagi masa pregnant, masa pantang, dan seterusnya. Nampak tak dah berapa kurun SHAKLEE bersama ku? hehehe. Bila dah beli banyak kali, mula fikir why not jadi ahli je, kan. Lepas tu terhasut juga bila baca macam2 cerita best dengan SHAKLEE ni. Nak2 bila baca cerita rakan blogger saya, Aishah Rahim. Nak jadi jutawan dah tu dengan hanya buat side income SHAKLEE ni.*Telan ayak liurrr*

Tapi seru lambat sampai. Punya la lama berfikir untuk join bisnes ni. hahaha. Ye lah, dulu tengah kerja lagi, rasa macam ada income tetap lagi, tunggu dulu la. Kononnya tunggu dah berhenti kerja nanti kita mula. Hampehh, sebab buka facebook, kiri kanan depan belakang orang duk jual SHAKLEE. Macam, eh dah tak ada tempat untuk aku ni. Dah la tak pandai nak promote, kan So, niat tu tertangguh lagi. Bab2 tangguh kerja, memang bagi kat aku lah. Bad habit!

Dan akhirnya, mungkin Allah S.W.T gerakkan hati, dengan seyakin mungkin, dengan bantuan dari kawan kita yang baik hati, Aishah Rahim, makanya bermula lah perjalanan saya dalam dunia SHAKLEE ni. Eh, belum melangkah pun lagi, baru daftar jadi ahli kot. InsyaAllah, ini lah bisnes yang akan saya bangunkan, InsyaAllah. Rezeki ada di mana2, walaupun SID merata2 berlambak2 berlonggok2 di muka bumi ni. huhuhu. 

Owhh, nak tahu, sangat excited gila bila beg kit SHAKLEE tu sampai. Harus lah excited pasal dah lama sangat abang posmen tak hantar barang kat kitew. hahahaha. Sejak2 jadi surirumah ni, memang tak online shopping langsung. So, rasa nak lompat bintang lah bila barang sampai. Dapat beg terus selongkar2 dengan muka bersinar2. Dua tiga hari jugak ambil masa nak study segala macam mak nenek kat dalam tu. Serius macam baca buku text masa belajar dulu. haha. Ye lah, semua pasal vitamin2 dan nutrisi yang pernah belajar zaman2 uni dulu. huhu

Makanya, dengan nama Allah S.W.T, dengan izin suami dan keluarga, saya mulakan bisnes SHAKLEE ni. InsyaAllah secara serius. Banyak sangat ilmu nak kena gali ni, harapnya saya cekal dan mampu. moga2 ada rezeki saya kat sini, sebabnya hati masih tertahan2 untuk kembali bekerja macam dulu2. Amin ya Rabb.

___________________________________________

Saya adalah pengedar rasmi SHAKLEE (ID 1124488).
Terdapat pelbagai supplement bagi tujuan IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT dan sebagainya.

PERTANYAAN & PEMBELIAN
1. PM Facebook : Mieyza Roslan
2. Email : hamizaroslan@yahoo.com
3. SMS : 019-9989052
4. Blog : http://hockmieyza85.blogspot.com


© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati