Assalam..
12 April 2014, genap 30 tahun mak dan ayah saya selamat melayari alam rumah tangga. 30 tahun tu, lama kot kan. hehe. Alhamdulillah, moga2 jodoh mak dan ayah terus dipanjangkan. Dan 13 April pulak, adik lelaki yang no 2 pulak sambut anniversary. Yang pertama. Dah nak jadi bapak budak dah tak lama lagi. Tengah tunggu nak meletup je tu. kikiki. Biasa2 sambut kecil2 dengan famili je. Tapi sebab yang ni special sikit, yang ke 30, kita pun buat makan2 sikit. Jemput semua keluarga terdekat dan jiran2 terdekat. Macam biasa lah, penuh satu rumah orang datang. Maklumlah, keluarga besar, tapi rumah tak berapa nak besar, macam mana tu? kikikiki.
Plan nak buat ni pun dah lama sebenarnya. Ayah lah yang bersunggguh sangat. Jadi kami anak2 pun cubalah merealisasikan permintaan mak ayah ni. Alhamdulillah, semua adik2 dapat balik waktu ni. Memang ku paksa balik pun. kekeke. Menu pun start dari awal planning sampai ke akhir asyik bertukar je. Fikir punya fikir, last2 buat nasi ayam, laksa penang dan spagheti bolognese. Semua buat sendiri dengan bantuan mak saudara and of course adik2 ku yang awesome. Kek, tentulah handmade by me. hehe. As requested dari ramai orang, bertungkus lumus kita buat Fresh Fruity Cake. Alhamdulillah, ramai cakap sedap. Siap ada yang order lagi. Syukur Allah bagi rezeki.:)
Owhh, cakap pasal kek, ramai sangat duk berkerumun kak kek malam tu. Pasal apa? Sebab ada gambar mak ayah masa bersanding zaman dolu-dolu. haha. Edible image namanya. Tempah kat SINI. Senang berurusan dan cepat. Memang puas hati. Siapa nak, boleh order kat situ ye. Email je gambar, senang. Tak tahu sebenarnya ada tak perkhidmatan edible image kat KT ni, tak survey pun. Online kan senang, tak keluar peluh. hahaha.Gigih tahu saya snap balik gambar mak ayah bersanding tu. Tu pun cari punya la susah nak cari gambar yang jelas. Yang lain semua gambar jauh2. Kecik tuek gambarnya. kikiki. Nasib baik lah gambar adik memang dah dalam simpanan, sonang kijo.
Tapi sayangnya, gambar pengantin tak dapat nak ambil. Sebabnya ayahanda tengah tak sihat masa ni. Jadinya memang tak ada gambar lah. huhuhu. Apa2 pun, doa kami sebagai anak mengharapkan ayah bonda terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga terus dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Tahun ni InsyaAllah dapat lagi seorang cucu dan seorang lagi menantu. Moga2 keluarga kami terus dirahmati dan bahagia sampai bila2. Amin.
No comments:
Post a Comment