tekan jangan tak tekan!

Tuesday, April 1, 2014

Mulanya di sini..

Assalam..

i'm proud to announce that i'm officially a SHAKLEE Independent Distributor. Ewahh, speaking sikit. kikiki. Ye, akhirnya terbuka jua pintu hati setelah sekian lama berbolak balik berteka teki. hehe. Sebenarnya, dah lama kenal SHAKLEE, sejak zaman sekolah lagi. Ingat lagi, masa tu arwah nenek tengah tak sihat. memang dia consume SHAKLEE. Masa tu botol2 SHAKLEE besar2, ada Garlic tablet, Lechitin, vitamin B. Dan saya sendiri jadi pengguna tegar SHAKLEE, sejak belum mengandung kan Amani lagi. Lepas tu guna lagi masa pregnant, masa pantang, dan seterusnya. Nampak tak dah berapa kurun SHAKLEE bersama ku? hehehe. Bila dah beli banyak kali, mula fikir why not jadi ahli je, kan. Lepas tu terhasut juga bila baca macam2 cerita best dengan SHAKLEE ni. Nak2 bila baca cerita rakan blogger saya, Aishah Rahim. Nak jadi jutawan dah tu dengan hanya buat side income SHAKLEE ni.*Telan ayak liurrr*

Tapi seru lambat sampai. Punya la lama berfikir untuk join bisnes ni. hahaha. Ye lah, dulu tengah kerja lagi, rasa macam ada income tetap lagi, tunggu dulu la. Kononnya tunggu dah berhenti kerja nanti kita mula. Hampehh, sebab buka facebook, kiri kanan depan belakang orang duk jual SHAKLEE. Macam, eh dah tak ada tempat untuk aku ni. Dah la tak pandai nak promote, kan So, niat tu tertangguh lagi. Bab2 tangguh kerja, memang bagi kat aku lah. Bad habit!

Dan akhirnya, mungkin Allah S.W.T gerakkan hati, dengan seyakin mungkin, dengan bantuan dari kawan kita yang baik hati, Aishah Rahim, makanya bermula lah perjalanan saya dalam dunia SHAKLEE ni. Eh, belum melangkah pun lagi, baru daftar jadi ahli kot. InsyaAllah, ini lah bisnes yang akan saya bangunkan, InsyaAllah. Rezeki ada di mana2, walaupun SID merata2 berlambak2 berlonggok2 di muka bumi ni. huhuhu. 

Owhh, nak tahu, sangat excited gila bila beg kit SHAKLEE tu sampai. Harus lah excited pasal dah lama sangat abang posmen tak hantar barang kat kitew. hahahaha. Sejak2 jadi surirumah ni, memang tak online shopping langsung. So, rasa nak lompat bintang lah bila barang sampai. Dapat beg terus selongkar2 dengan muka bersinar2. Dua tiga hari jugak ambil masa nak study segala macam mak nenek kat dalam tu. Serius macam baca buku text masa belajar dulu. haha. Ye lah, semua pasal vitamin2 dan nutrisi yang pernah belajar zaman2 uni dulu. huhu

Makanya, dengan nama Allah S.W.T, dengan izin suami dan keluarga, saya mulakan bisnes SHAKLEE ni. InsyaAllah secara serius. Banyak sangat ilmu nak kena gali ni, harapnya saya cekal dan mampu. moga2 ada rezeki saya kat sini, sebabnya hati masih tertahan2 untuk kembali bekerja macam dulu2. Amin ya Rabb.

___________________________________________

Saya adalah pengedar rasmi SHAKLEE (ID 1124488).
Terdapat pelbagai supplement bagi tujuan IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT dan sebagainya.

PERTANYAAN & PEMBELIAN
1. PM Facebook : Mieyza Roslan
2. Email : hamizaroslan@yahoo.com
3. SMS : 019-9989052
4. Blog : http://hockmieyza85.blogspot.com


No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati