tekan jangan tak tekan!

Friday, May 30, 2014

Nikah Kahwin Adik

Assalam..

Minggu lepas, 23 hb, selamat dah adik lelaki yang ke 3 menikah. Yang ni sorang dengan orang jauh, orang Jengka. yang lain semua berjodoh dengan orang dekat. InsyaAllah, kalau jodoh masing2 panjang, ini merupakan majlis nikah terakhir adik beradik kami. Yang bongsu dah selamat januari lepas. Tak ada peluang lah anak2 saudara nak tengok mak saudara dan pak saudara kahwin. hehe. 



Jumaat lepas, berkonvoi ramai2 ke Jengka. seronok sekali sekala berjalan jauh ni. Walaupun sesat barat kena tinggal sebab masing2 drive macam tengah race kat Sepang. T___________T. First time saya drive sejauh tu. Selama ni, suami je yang bawa kalau travel jauh2. Tapi sebab tak cukup driver, kami suami isteri terpisah. Suami drive kereta lain, saya drive kereta kami.Alhamdulillah, selamat sampai selamat balik. Homestay yang pihak perempuan sediakan pun sangat selesa. Luas dan nyaman. Seronok berkumpul ramai2 macam ni. Bukan senang nak himpunkan saudara mara belah mak dan ayah dalam serumah macam ni. huhu. Meriah!

Kenduri sambut menantu belah kami pulak minggu depan, 7 hb ni. Macam kenduri adik bongsu lepas, yang ni pun mak ayah buat kecik2 je. Tak besar macam kenduri saya dulu. Pulak tu 7hb tu memang ramai sangat orang buat majlis kahwin. Dah nama pun cuti sekolah, memang kenduri sakan lah. Jemputan kenduri pada tarikh sama ada 7 jemputan yang mak saya terima. So, mak ayah buat kecik je, majlis kesyukuran je. ukur baju di badan sendiri, senang cakap. 

Alhamdulillah, tak banyak berhabis pun untuk majlis kali ni. banyak guna yang recycled je. muahaha. Tahun ni paling ramai sepupu sepapat kahwin dan tunang. Jadi guna je mana yang ada terutamanya untuk hiasan hantaran. banyak sangat jimatnya. hehehe. Pelamin pun nanti kan buat sendiri, tak tempah mana2. Pun guna yang cousin punya, kahwin bulan 3 baru2 ni. Adik saya ni pun bukan berduit sangat, baru bekerja. Duit tak sempat nak kumpul banyak lagi. So tak payah lah nak grand2 sangat. Ikut kemampuan sudah. Yang penting, utamakan yang wajib..:)

To my baby brother, selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Moga bahagia hingga ke syurga. Banyak2 bertolak ansur dengan isteri dan moga2 cepat bagi aku anak saudara lagi..kikiikiki.. aminnn.

Tuesday, May 27, 2014

Mari Belajar Menjahit.

Assalam..

iolls dah belajar menjahit uolls. kiki. Minggu ni dah masuk minggu ke-3. Dream comes true orang putih kata. Dah bertahun tunggu peluang macam ni, sekarang baru dapat. Murah pulak tu, sebab bawah anjuran Yayasan terengganu. Alhamdulillah. Dulu zaman bekerja, selalu terlepas peluang nak belajar. Bila dah berhenti, tak ada pulak yang buka kelas. Try juga tanya2 kelas menjahit yang berbayar tu. Sekali yuran rm1k ++. Erkk, sabar dulu lah.huhu. Rezeki kali ni dapat masuk kelas ni. RM 60 je untuk 4 bulan. InsyaAllah akan belajar buat baju kurung, baju melayu, kebaya dan seluar. 

Sebenarnya dulu2 tak adalah minat pun bab2 jahit menjahit ni. Langsung tak minat. Masa zaman sekolah dulu, masa kelas Kemahiran Hidup ke ERT, lupa dah, bila kena menjahit, serah kat mak. wakakaka. mak yang tolong buatkan, okeh. Ingat lagi, masa form 1, buat apron. masa form 2 ke form 3, buat sarung kotak. memang menyampah habis nak siapkan benda tu. kikiki. Sekarang bukan main semangat nak belajar. hehe. Sekurang2 dapat buat baju kurung pun jadi lah.

Tapi kalau dah tak berbakat tu, memang kena struggled gila lah. Macam saya ni. Belum buat baju lagi, baru belajar jahitan asas dah rasa nak lingkupkan mesin jahit tu. hahaha. Stress rupanya kalau tak reti menjahit ni. Orang dah siap macam2 jenis jahitan, saya masih terkial2 betulkan mesin. First week, bukan main excited. Masuk minggu kedua, berkerut2 dahi tahan rasa geram sebab buat2 tak menjadi. kahkahkah.

Tapi dah namanya belajar, ye tak. Haruslah banyak bersabar mieyza oiii. Alhamdulillah, banyak benda dah belajar. jahitan mata lalat, tulang belut, jelujur, sembat, kelim. Daripada zero knowledge, dapat lah buat sikit2, walaupun jahitan bersimpul2 macam apa entah.Minggu ni dah start buat pola baju kurung. Kembali excited! Terus berangan2 nak buat baju kurung Amani. InsyaAllah kalau kuat semangat, siap lah sebelum raya ni. kiki. Doakan moga2 kuat semangat, dan moga2 hati mudah terima pelajaran baru ni. hehe. kot2 lah boleh buka bisnes baru. Verangannnn.

gambar curi..kikiki



Saturday, May 17, 2014

I'm a Mak Long!

Assalam..

Alhamdulillah, sudah hampir 2 minggu bergelar MAK LONG. Happy dapat pangkat baru! Hehe. seminggu overdue, akhirnya selamatlah Ahmad Umar Irsyad menjenguk dunia. Tak nak keluar dari perut mama ye. huhu. Tapi sempat sehari je balik rumah, lepas tu kena warded, sebab suspect jangkitan kuman, seminggu lamanya. Sekarang Alhamdulillah dah balik ke rumah.

Baby Irsyad ni cucu ke dua Tok Wan dan Tokki. Dah sepasang dah cucu tokwan tokki. Si kak long Amani pun dapat terima je baby baru. Asyik panggil Baby baby. Tak adalah dengki menangis2 bila tokwan dukung baby. Kalau dengan orang lain, jangan lah. Mengamuk2 tak bagi tokwan dukung baby. Hai la kak long ni. 



Baby Irsyad dengan Mak Long


Dengan papa dan mama.

Semoga baby Irsyad membesar dengan sihat, jadi anak soleh. Dan moga2 kakak Amani tak buli Irsyad nanti ye. kikiki.




___________________________________________________________________________

Hamil dengan sihat, berpantang dengan selamat dengan SHAKLEE!

Dapatkan vitamin-vitamin yang semulajadi, terbaik dan diakui berkesan dari SHAKLEE untuk kehamilan anda. Hamil dengan sihat dengan SHAKLEE. Dan berpantang dengan tanpa rasa penat dan meletihkan dengan SHAKLEE. 


Hubungi saya:

fb: Mieyza Roslan
SMS: 019-9989052
email: hamizaroslan@yahoo.com

Monday, May 12, 2014

Hari Ibu Tak Boleh Disambut?

Assalam..

Setiap tahun, Hari Ibu merupakan salah satu acara tahunan dalam famili kami, selain hari jadi dan anniversary. Walaupun hari2 memang kena sayang dan kasih pada ibu, mengapa tidak kita special kan satu hari khas untuk meraikan hari ibu. Ye dak? So, semalam sempena hari ibu, kami buat sambutan kecil untuk meraikan ibu2 dalam rumah kami. Mak, saya sendiri yang sudah 1 setengah tahun bergelar mummy, dan adik ipar yang baru seminggu bersalin. Alhamdulillah, walaupun kecil, cukup buat hati mak gembira. Itu lah makna hari ibu kan, gembirakan hati seorang ibu. Nak balas budi mak, memang tak terbalas lah sampai kiamat. Jadi berusaha lah untuk gembirakan hati seorang mak.




Tapi tadi terbaca post seorang kawan yang bukan main ewah2 mengutuk dan mengeji orang2 yang sambut Hari Ibu ni. Konon macam tak ada agama lah gaya cakapnya. Alahai, ada jugak manusia macam ni. Agamawan pun satu, tiada kesepakatan. Ada yang jatuh hukum haram, yang terbaru, Harus pula. Bagi saya, kita ambil yang baik sahaja. Tiada salah pun sambut Hari Ibu. Kita raikan mak kita kan. Buat ibu gembira, bukan ke pahalanya berganda2? Saya sendiri sejak jadi mummy, sensitif bukan main. Si kecil Amani panggil 'ammi...ammi.." pun dah buat saya berbunga. Apatah lagi kalau dia sibuk nak cium2 pipi. MasyaAllah, tuhan saja yang tahu perasaan ni. Tak dapat bayang betapa kembang setamannya hati bila suatu hari nanti si kecil itu datang memeluk sambil ucap 'happy mother's day, mummy'. Allahuakbar! Saya percaya ibu2 kita juga punya rasa yang sebegitu kan?

Jadi, pedulikan manusia2 yang terlebih bijak pandai ni. Pandai setakat di keyboard. Dalam kepala sempit yang amat. Suka hati lah dek non. 

Buat mak kesayangan, kecintaan hati, tiada baris ayat yang mampu terluah untuk menyatakan betapa bertuahnya saya memiliki mak sebagai ibu. Tiada apa pun benda di dunia ini yang mampu dijadikan galang ganti segala susah lelah pengorbanan mak sepanjang hidup ini. Hanya doa yang mampu aku tadahkan. Mohon Allah S.W.T mengampuni dosa2 mak dan ayah. Mohon agar sejahterakan mak ayah sampai ke akhir hayat. Mohon agar syurga itu milik mak dan ayah. Amin ya Allah.  

Dan semua ibu2 di seluruh dunia, yang merasa jerit perih melahir dan membesarkan anak, yang sedang memboyot mengandung, yang bakal bergelar ibu, Selamat hari Ibu. Moga2 engkau melahir dan membesarkan anak2 yang Soleh dan Solehah. Yang berguna pada agama. Amin.

____________________________________________________________________________

Sempena hari Ibu, mengapa tidak hadiahkan ibu anda dengan supplemen yang bagus untuk kesihatan mereka. SHAKLEE mempunyai rangkaian supplemen yang sangat bersesuaian untuk ibu bapa kita. Bukan setakat kasih sayang yang mencukupi, kesihatan mereka juga harus kita jaga.

Dapatkan Produk-produk seperti Vitalea, Omega Guard, Ostematrix, Advanced Joint Health, ESP, Vitamin C dan sebagainya.

Hubungi saya untuk free consultation, pertanyaan dan pembelian.

Shaklee Distributor,
Hamiza Roslan
SMS : 019-9989052
email: hamizaroslan@yahoo.com

Saturday, May 10, 2014

Mummy's Little Kitchen in da house!

Assalam..

Akhirnya, ku published jugak page Mummy's Little Kitchen di Facebook. huhu. Lama dah buat kot, cuma belum ada kekuatan nak published. Ini lah periuk nasi saya sejak2 dah tak bekerja. Alhamdulillah, walaupun tak buat hari2, dalam seminggu ada lah jugak yang mengorder. Bila buat banyak kali, malas nak ambil gambar, malas nak shared kat fb. Itu yang slow sikit sekarang. Tapi ingat lepas ni nak rajin kan diri balik. Nak2 dah nak raya dah ni, banyak belanjanya. Ye tak. Kan nak harapkan cik abang yang seorang, kan botak kepala.kuikuikui.



Siapa yang sudi, boleh like page mummy's little kitchen ye. Yang sekitar Kuala Terengganu, boleh lah order kek ke, lasagna ke, spageti ke. Macam2 lah yang ada. huhu. InsyaAllah lepas ni nak buat biskut raya pulak. Tengok lah kalau sempat..:)

antara produk kami, dalam gambar kat bawah ni. Self pick up kat kampung Losong haji Su, Kuala Terengganu. :)




Thursday, May 8, 2014

7 Rejab 1435H - Di Tahun 3

Assalam..

7 Rejab 1435h, bermakna sudah 3 tahun berlalu sejak hari pertama suami melafazkan aku terima nikahnya.. Saya ni kalau teringat2 kisah kahwin kami, mesti bergenang2 air mata. Allah saja yang tahu macam mana peritnya kami nak hadapi badai dan rintangan sebelum kahwin. Ingat lagi pagi nak menikah tu, masih tak percaya je kami berjaya juga sampai ke situ. Itu lah yang orang kata, benda yang susah nak dapat, kalau dah dapat susah nak lupa, susah nak lepas, kan. Manisnya, MasyaAllah, lain macam. Sampai sekarang pun, rasa nak berterima kasih sangat pada orang2 yang memudahkan jalan kami untuk bina masjid. Rasa tak terbalas budi. Allah saja yang membalas budi baik mereka. Amin.



3 tahun, masih baru sangat. Kalau pokok durian tu, agak2 masih muda, belum matang lagi untuk berbunga. Sama lah macam rumahtangga kami. Muda lagi, anak pun baru seorang. Ada hari suka, ada ketika lain bermasam muka. Tapi berbanding 2 tahun lepas, saya kira sudah jauh lebih baik. Banyak sikap tak matang dulu sudah upgrade. Sebab Amani barangkali. Buat saya makin sabar, makin bertolak ansur. Sibuk urus anak mungkin buat saya tak pandang hal remeh temeh. Kalau merajuk pun, tak lama. Sejam dua dah boleh senyum gurau senda. Kalau dulu, mahu ku baling periuk belanga kalau time merajuk. Haha. Mungkin juga sebab usia dah makin banyak, buat saya lebih mengerti suami.



Sempena ulang tahun ini, sama macam tahun lepas, saya buat pulut kuning. Kali terakhir buat adalah waktu ulang tahun kedua. Jadi marilah namakan pulut kuning ini pulut kuning cinta kasih setahun sekali. kahkah. Panjang tak hengat. hehe. Gigih buat pulut kuning, dengan bantuan emak di sebelah. Siap rendang ayam lagi. Kalau boleh, mahu jadikan tradisi. Pulut kuning di setiap 7 Rejab setiap tahun. Kalau panjang umur lah. 9 Jun pulak kita sambut dengan kek. Mengada sangat kan nak sambut anniversary 2 kali setahun. kihkihkih.


Dear mr husband, i love u. Nah pulut kuning. Sila makan kenyang2.:)

Tuesday, May 6, 2014

Tips : First Time naik Air Asia.

Assalam..

Hello..Nak bagi tips lagi ni. Ni khas untuk yang first time bakal nak naik kapal terbang. Tak kira lah ke mana2 pun. Sebab kita pun first time dulu, mengagau2 google apa yang nak kena buat. Kot2 lah ada yang macam kita, meh sini nak tolong. kuikuikui. Tapi untuk yang naik AirAsia je lah. Yang lain belum ada rezeki lagi..:)

1. Online Check-in
Lepas dah booking ticket, dalam 2 minggu sebelum tarikh boarding tu, sila print siap2 BOARDING PASS thru website AA tu. Nanti senang tak payah beratur kaunter dah untuk check in, terus ke gate. Tak payah lah kalut ribut ke LCCT 2 jam sebelum ke apa kan. Dan untuk elakkan korang kena bayar rm10 untuk perkhidmatan kaunter. Jangan lupa print yang return sekali. Tapi yang bawak infant macam kami dulu, tak boleh print siap2, kena ke kaunter jugak sebab kena beli tiket untuk Amani. Untuk tiket baby, rm50 ye. Plus bayaran kaunter rm 10.

2. Add On Baggage, makanan atau seat secara online.
Airasia ni nama je penerbangan murah, tapi banyak cas tersembunyinya. Paling penting, BARGGAGE. Kalau tak silap, 7kg ke bawah sahaja yang dibenarkan dibawa masuk dalam flight. Kalau extra, sila bayar extra. Boleh rujuk website AA untuk harga baggage. Contohnya harga untuk 20 kg adalah rm35. Dan beli online ye kawan2. Kalau beli kat kaunter, dua kali ganda mahal.Makanya, agak2 lah untuk beli berapa kg barggage, dan jangan overdose sangat kalau ber-shopping. Kan terlebih berat, tambah lah fulus di kaunter. Begitu jugak kalau nak order makanan ke, hot seat ke, insurans ke, semua online ye. mudah dan lebih murah. Kalau penerbangan dekat, tak payah lah nak order makan bagai. Mahal sangat kot. huhu.

3. Boleh ke bawa susu botol dalam flight?
Boleh, tak ada masalah. Even ada syarat2 tak boleh bawak cecair sebanyak sekian sekian, rasanya AA ni tak ketat sangat peraturannya kalau penerbangan domestik ni. Setakat nak bawak mandian dan susu anak, tak ada masalah. Bancuh susu siap2 masa tunggu boarding, supaya senang nak susukan anak kat atas langit nanti. kikiki. Kalau nak bawa air mineral dan jajan2 sikit pun tak ada hal. Ramai je yang bawak air mineral, termasuklah saya.:)

4. Kad Pengenalan dan surat beranak jangan lupa.
Ini tersangat penting. Kalau tertinggal, bye bye lah. Sila check betul2 sebelum ke LCCT. Untuk anak kecil, bawak Mykids atau surat beranak. Amani tak ada Mykid, gigih mak bawak surat beranak yang besar gabak tu. huhuhu

5. Alert no Pintu.
Tengok kat boarding pass, ada ditulis no pintu yang perlu kita lalui nanti. Tunggu panggilan untuk boarding, kalau tak dengar boleh baca ada kat pintu. Kalau tak tahu, nanti tengok orang beratur panjang, sila lah bertanya ke mana destinasi diaorang. Kot sekali, boleh beratur sama2. hehe.

Tu saja kot. Kalau rasa malu sangat nak bertanya, tak tahu nak buat apa, sila ikut orang2 kat situ. Jangan bimbang, semua nak terbang macam anda. Lagi baik ringan mulut tanya petugas2 LCCT tu. InsyaAllah, ada yang membantu. huhu. 

eksaited dapat naik kapatebang!

Monday, May 5, 2014

Tips : Bercuti Dengan Anak Kecil

Assalam.

Bila dah jadi mak-mak ni, buat apa2 pun, mesti anak dulu yang difikirkan. Dulu single nak berjalan ke mana pun, bawa diri je sehelai sepinggang. Sekarang, kalau nak keluar jalan2 kat kawasan sekitar pun kena stand by macam2 untuk anak. Jadi nak share sikit macam mana saya handle anak kalau travel jauh. Ek eleh, baru anak sorang dah nak bagi tips bagaikan. huhu. Untuk mummy2 yang baru anak sorang bingung tak tahu nak bawa apa time berjalan dengan anak je entry ni. Yang dah expert, handle 5 anak sebelah tangan je tak payah baca. kikiki

1. Beg pakaian dan kelengkapan anak.
Kalau boleh jangan sumbat sekali baju anak dengan baju mak bapak dalam satu beg. Baju anak kan kecik comel, kan letak sekali nanti berterabur. Asingkan beg anak, letak pampers, barang mandian dia, ubat-ubatan. Dan sediakan satu beg sandang standby untuk jalan2, isikan 2,3 keping pampers, baju sepasang dan sehelai tuala kecil. In case kalau anak muntah, atau senang nak mandikan dia kalau kepanasan. 

2. Termos air panas, susu jangan lupa.
Ni bagi yang tak bf anak, macam saya. Memang remeh sikit, tak macam bf mummy. Kalau melancong, senang jika bawa termos kecik macam dalam gambar. Boleh isi dalam 500ml air panas. Susu pulak isi siap2 dalam milk container. Air mineral sebotol jangan lupa. Kan nak bancuh susu takkan nak guna air panas terus kan. Isikan dalam beg sandang yang kita bawak. 

Spot the termos? Daddy galas beg yang ada susu, termos dan kelengkapan Amani.


sumber: google

3. Topi atau Payung kecil
Kalau berjalan outdoor, pastikan ada topi untuk lindung kepala anak. Macam kami ke Langkawi dulu, cuaca memang panas. Awal2 lagi beli topi comel yang lebar kat tepi bagi Amani pakai. Atau pun kalau rajin, guna payung. Cuma remeh lah sikit kot kan.

4. Ubat-ubatan
Sediakan satu beg kecil, isi ubat-ubatan macam balm, minyak angin, nappy cream. Atau mana2 yang bersesuaian lah. Macam saya, tak pernah bagi anak makan ubat2 sintetik, so memang tak bawa lah. Yang sapu2 je bawa, in case kalau dia selsema or demam.

5. Kudapan untuk anak
Sediakan biskut, atau buah-buahan potong siap letak dalam bekas. ini penting kalau2 anak lapar, tapi kedai makan tak jumpa sebab sesat. kihkihkih. Boleh mak bapak tumpang makan sekali. Air mineral jangan lupa ye. Banyakkan minum air musim2 panas ni. 

6. Mainan/ buku
Kalau travel guna kereta, pastikan bawa mainan untuk anak hilangkan bosan dalam kenderaan. Mainan jangan pulak yang kecik macam lego tu. kan berterabur dalam kereta, payah nak mengutipnya. Bawa lah bears ke, cloth book ke, mainan2 yang anak boleh pegang dan kalau boleh yang ada bunyi. Senang nak entertained anak kalau ada benda2 yang menjadi kesukaan anak ni.

Apa lagi ye? Panjang lebar dah tu. Siapa2 yang nak tambah, dipersilakan komen di bawah. kot2 mana tahu ada mak2 yang tengah cari idea apa nak bawa time bercuti, kan dah mudahkan kerja dia.huhu. 

Last but not least, anak dara ku yang sangat behaved kalau di bawak berjalan. Alhamdulillah, langsung tidak memberi masalah kat mummy daddy. cool je dia ni. Mak cakap, sebab time mengandung dulu, suka sangat ukur jalan menapak sana sini, dapat anak pun kaki berjalan. hahaha.









_______________________________________________________________________

Perlukan makanan tambahan untuk anak tersayang??
Anak mudah demam dan tak sihat?
Anak cepat hilang focus?
Anak susah nak makan? hilang selera makan?

Cuba MEALSHAKE dari Shaklee, insyaAllah anak2 anda terpelihara kesihatannya. Klik SINI untuk mengetahui Khasiatnya.


hubungi saya:

SMS: 019-9989052
PM fb: mieyza roslan
email: hamizaroslan@yahoo.com

Sunday, May 4, 2014

Promo SHAKLEE Mei 2014 : Mealshakes


Assalam..

Bulan ni SHAKLEE offer Mealshakes, beli 6 percuma 1! Jom baca fakta dan kebaikan Mealshake.

6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 



  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti



Nak dapatkan MEALSHAKE? hubungi saya untuk pertanyaan, free consultation dan pembelian.

SMS : 019-9989052
PM fb : mieyza roslan
email: hamizaroslan@yahoo.com

Le Tour D' Langkawi part 2

Assalam..

Masuk part 2 pulak. Ewahh, macam panjang je kan. Padahal tak pun. kuikuikui. Hari ke 3 di Langkawi, kami berjalan2 melawat2 tempat yang wajib di pergi kalau ke Langkawi. First, pagi2 lagi dah terpacak depan kat Cable Car. tiket rm15 untuk dewasa. Orang cakap tempat tu memang ramai yang bersesak nak naik. So pergi awal2. Sampai2 je memang ramai manusia. Alhamdulillah, dipermudahkan. Tak lama pun beratur. Perasaan naik kereta kabel? Nak gugur jantung. Seram sejuk hoii. terbayang yang bukan2 dah. Tapi pemandangan dari atas tu, MasyaAllah SubhanAllah. Cantik yang amat! Nak2 lagi bila sampai kat atas tu. Dengan angin sejuknya, dengan pemandangan yang cantiknya. Allahuakbar!


 Amani yang cool.



Lepas tu, terus ke Makam Mahsuri, dan Beras Terbakar. Waktu ni dah tengahari. Panas yang amat. Nak ambil gambar pun dah macam malas. Amani pun dah mengantuk. So tidur aje dia. Alhamdulillah sepanjang 3 hari bercuti, dia langsung tak meragam. Memang kaki berjalan lah budak ni. Tak kisah panas ke hujan ke, asalkan dapat berjalan, Amani happy. hehe. Sempat mandikan dia kat Telaga Mahsuri tu. Sejuk gila! Nasib baik bapak dia tak ku mandikan sekali. kakakaka.



Lepas lunch, borong coklat lagi kat HIG pasal ada yang order last minit. nak tolak tak sampai hati. Sambil2 berdoa tak terlebih muatan. Naik AirAsia faham2 lah. Lagipun beli extra baggage 20 kg je. Kan terlebih kena tambah rm70 ye. Satu tips siapa2 yang first time dengan Air Asia, beli extra baggage siap2 secara online. Jauh lebih murah kalau beli kat kaunter. Macam kami, beli online 20 kg dalam rm35. Kalau kat kaunter rm70. Banyak tu kan.huhu

Lepas tu tak ke mana2 dah. Cari surau, solat dan berehat sebelum ke airport. 3 hari duk Langkawi, rasa kecik dan mudah je jalan2 kat Langkawi ni. Eh, bukan sempat bersesat2 ke. kekeke. Sepanjang di sini, kami bergantung kat peta je. Siapa yang first time datang Langkawi, jangan bimbang. Peta berlambak2 ada. Nak2 kalau sewa kereta, memang ada je yang tinggal kat dalam kereta tu. Ikut je peta, insyaAllah, anda di landasan yang betul. kikiki. 

Salah satu aktiviti wajib yang kami tak buat, Island Hopping dan jelajah Langkawi Geopark. Sebab tak berani nak bawak Amani. Biar pun orang kata selamat je bawak budak kecik, tetap tak berani. So, tak jejak lah Pulau Dayang Bunting. Tak apa lah, nanti dah besar sikit, mummy bawak naik bot pusing2 pulau ye. Kat Terengganu berlambak2 pulau dik. hehheheh. Nanti saya share tips bercuti dengan anak kecil. Mencabar? Sudah tentu. hehe.

Malam tu bertolak balik dari Langkawi. Alhamdulillah, timbang barang tepat 20kg. Tak kurang tak lebih. haha. AirAsia macam tu lah, Tambang murah tapi hidden charges sana sini. Apa pun terima kasih jugak kat AirAsia yang buat promo ni. Kalau tak, mungkin tak sampai jugak ni, kan. Atas izin Allah semua tu. nanti nak share jugak pengalaman naik AirAsia ni. kot2 ada yang macam saya juga. First time naik lah katakan, hari2 google tips dan pengalaman orang. So, biar kita share pengalaman kita pula. Untuk manfaat bersama katanya. :)

Saturday, May 3, 2014

Vitamin Hati: Tanda-Tanda Rezeki Yang Berkat

 Assalam..


sumber : google

Check dan muhasabah diri. Apakah rezeki yang kita peroleh setiap hari atau setiap bulan berkat dan halal? Tepuk dada tanya iman..:)

Sama2 lah doakan moga2 setiap rezeki yang dikurniakan pada kita adalah yang diberkati Allah S.W.T. Rezeki yang halal yang akan menjadi darah daging sekeluarga. Moga2 rezeki itu bukan penyebab kita ke nerakaNya. naud'zubillah.

Friday, May 2, 2014

1st Mini GA by Nanie Dean

Assalam..



Waaa.. Jarang benar nak layan giveaway2 ni. Tapi yang ni wajib lah join sebab tuan empunya blog ni, kak Nanie adalah ex-boss saya time kerja dulu. Dulu2 tak ada lah dia rajin sangat update blog. Busy dengan banyak benda. Tapi dah naik pangkat ni, tiba2 kebaabooom blog dia. Hari2 update gitu. Guane tu kak nanie? kikiki. Lagi satu hadiah dia best, dapat buku sebutir. Sukeeeeeee! Jom join.

Kak Nanie, nok buku sutir! kekekeke.

Le Tour D Langkawi part 1

assalam

Hamboi tajuk over sangat kan. Kehkeh. Sebelum basi dan ingat2 lupa, mari lah mengabadikan kisah percutian ini dalam blog. Dah lama sangat tertangguh. Dah lebih sebulan. Baru ada mood, nak buat macam mana. Ni pun lepas baca kak Sha post pasal percutian dia. Baru teringat entry kat draf belum update. hehe. 

Okeh, macam mana kami 3 beranak ni boleh tercampak ke Langkawi? Pasal mummy la berangan tak sudah2. Bahana kahwin dulu tak gi honeymoon. Lantas terus tergedik2 nak ke Langkawi bila tengok ada tiket murah AirAsia bagi. kahkahkah. Masa tu AirAsia buat promosi 5 sen, kalau tak silap dalam bulan 7 tahun lepas. Lepas mummy berhenti kerja. So kira macam meraikan sempena mummy resign lah. :). Ye lah, dulu time kerja nak bercuti memang mimpi lah. Nak minta cuti pun seram sejuk oii. Kan dah lulus cuti, tiba2 dapat email cuti dibekukan atas sebab2 yang macam2. Alahaii. So, dah ada peluang baik ni, apa lagi, jom bercuti. Berani mati ni, pasal ber-holiday dengan pitih yang belum tentu ada lantaran aku bukan lagi kuli orang yang dapat duit bulan2. Tapi tawakkal aje masa tu, pasal fikir tiket  5 sen. Campur tiket pergi balik, hotel 3 hari 2 malam, baru rm 3xx. Murah kan.


Flight kami 27hb Feb, malam. Bincang2, kami bertolak dari Terengganu lepas subuh hari yang sama. Ke Shah Alam sebab nak bagi kereta kat adik dan minta dia hantarkan ke LCCT. Dah settle semua, terbang lah kami buat pertama kalinya ke Langkawi. First time naik kapal terbang. Jakun campur excited. Ni kali kedua dah ke Langkawi. Masa first dulu ikut rombongan sekolah, masa tingkatan 3 kalu tak silap. Lama gila dah kan. huhu. Sampai sana, tunggu kereta sewa yang memang dah booking 2 minggu sebelum lagi. Padahal banyak je kot agen kereta sewa kat situ. Sebab masa tu bukan cuti sekolah, berlambak lah. Kalau time cuti sekolah, better booking awal2. kan tak pasal2 kau berjalan kaki menapak ukur jalan Langkawi. huhu.

Lepas dapat kereta sewa, bersesat2 sejam pasal dah malam buta tak tahu jalan nak ke hotel, sampai jugak masuk hotel ni. Landcons Hotel, kat Pantai Cenang. Berdepan dengan underwater world. Orang kata hotel ni, orang kaya melayu yang punya. Cantik dan selesa. Berbaloi lah dengan harga. Tapi kalau dah kat Pantai Cenang, faham2 lah. Bersepah2 minah saleh togel2 tak cukup kain. hahaha. Kat ruang rehat tingkat atas tu, tiap2 malam orang2 putih ni duk togok arak, macam togok air mineral dah aku tengok. Maklumlah, arak murah.Tssskk.



Hari pertama ni, tak buat apa pun. Dah nama pun sampai malam, sempat ronda2 kat bawah cari makan je. Jumpa macam2 orang. Seram pulak kadangnya. hehe. Tapi kat sini memang meriah. Dalam pukul 1, 2 pagi tu, masih ramai yang duk jalan2. Kedai makan pun banyak kat tepi2 jalan. Sebab dah penat dan mengantuk, jom lah kita masuk tidur. 

Hari ke2, masuk Underwater World, dah depan je dengan hotel. Saya tak minat sangat nak masuk, sebab dah pernah masuk zaman dulu2. Pulak tu tengok ikan je pun. Suami ku tergedik2 nak masuk. Bukan selalu katanya. Maka turutkan saja. Tiket agak mahal, rm30 seorang. Rasa macam tak berbaloi, tapi bak kata suami, tak apa lah, bukan selalu. Baik lah bang. hehe. Berjam-jam jugak duk dalam ni. Keluar dari sini, saudara suami yang menetap kat sini datang ambil bawak ke rumah dia. Lepas makan rehat2, dia bawak ke HIG ( Haji Ismail Group). Yeay! memborong coklat lah, apa lagi. Borong untuk orang sebenarnya. Ramai yang kirim sampai perpuluh2 kotak. Pepero lah, Daim lah, macam2 lah. Lupa nak bagitahu yang kita gi naik flight. Tergaru2 juga kepala takut terlebih berat, naya mau tambah rm70 sekilo nanti. kekeke.



Settle shopping, singgah ke Dataran Lang, ambik2 gambar sekeping 2. Waktu dah nak maghrib, orang pulak ramai bukan main. Berpeluh sampai ketiak. haha. Nak snap gambar pun tak best sebab ramai sangat model tambahan dalam gambar. haha.  


Ok, sambung part 2 pulak. Kemain siap ada part2 bagai. malas punya pasal. hehe. adios.

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati