assalam
Hamboi tajuk over sangat kan. Kehkeh. Sebelum basi dan ingat2 lupa, mari lah mengabadikan kisah percutian ini dalam blog. Dah lama sangat tertangguh. Dah lebih sebulan. Baru ada mood, nak buat macam mana. Ni pun lepas baca kak Sha post pasal percutian dia. Baru teringat entry kat draf belum update. hehe.
Okeh, macam mana kami 3 beranak ni boleh tercampak ke Langkawi? Pasal mummy la berangan tak sudah2. Bahana kahwin dulu tak gi honeymoon. Lantas terus tergedik2 nak ke Langkawi bila tengok ada tiket murah AirAsia bagi. kahkahkah. Masa tu AirAsia buat promosi 5 sen, kalau tak silap dalam bulan 7 tahun lepas. Lepas mummy berhenti kerja. So kira macam meraikan sempena mummy resign lah. :). Ye lah, dulu time kerja nak bercuti memang mimpi lah. Nak minta cuti pun seram sejuk oii. Kan dah lulus cuti, tiba2 dapat email cuti dibekukan atas sebab2 yang macam2. Alahaii. So, dah ada peluang baik ni, apa lagi, jom bercuti. Berani mati ni, pasal ber-holiday dengan pitih yang belum tentu ada lantaran aku bukan lagi kuli orang yang dapat duit bulan2. Tapi tawakkal aje masa tu, pasal fikir tiket 5 sen. Campur tiket pergi balik, hotel 3 hari 2 malam, baru rm 3xx. Murah kan.

Flight kami 27hb Feb, malam. Bincang2, kami bertolak dari Terengganu lepas subuh hari yang sama. Ke Shah Alam sebab nak bagi kereta kat adik dan minta dia hantarkan ke LCCT. Dah settle semua, terbang lah kami buat pertama kalinya ke Langkawi. First time naik kapal terbang. Jakun campur excited. Ni kali kedua dah ke Langkawi. Masa first dulu ikut rombongan sekolah, masa tingkatan 3 kalu tak silap. Lama gila dah kan. huhu. Sampai sana, tunggu kereta sewa yang memang dah booking 2 minggu sebelum lagi. Padahal banyak je kot agen kereta sewa kat situ. Sebab masa tu bukan cuti sekolah, berlambak lah. Kalau time cuti sekolah, better booking awal2. kan tak pasal2 kau berjalan kaki menapak ukur jalan Langkawi. huhu.
Lepas dapat kereta sewa, bersesat2 sejam pasal dah malam buta tak tahu jalan nak ke hotel, sampai jugak masuk hotel ni. Landcons Hotel, kat Pantai Cenang. Berdepan dengan underwater world. Orang kata hotel ni, orang kaya melayu yang punya. Cantik dan selesa. Berbaloi lah dengan harga. Tapi kalau dah kat Pantai Cenang, faham2 lah. Bersepah2 minah saleh togel2 tak cukup kain. hahaha. Kat ruang rehat tingkat atas tu, tiap2 malam orang2 putih ni duk togok arak, macam togok air mineral dah aku tengok. Maklumlah, arak murah.Tssskk.
Hari pertama ni, tak buat apa pun. Dah nama pun sampai malam, sempat ronda2 kat bawah cari makan je. Jumpa macam2 orang. Seram pulak kadangnya. hehe. Tapi kat sini memang meriah. Dalam pukul 1, 2 pagi tu, masih ramai yang duk jalan2. Kedai makan pun banyak kat tepi2 jalan. Sebab dah penat dan mengantuk, jom lah kita masuk tidur.
Hari ke2, masuk Underwater World, dah depan je dengan hotel. Saya tak minat sangat nak masuk, sebab dah pernah masuk zaman dulu2. Pulak tu tengok ikan je pun. Suami ku tergedik2 nak masuk. Bukan selalu katanya. Maka turutkan saja. Tiket agak mahal, rm30 seorang. Rasa macam tak berbaloi, tapi bak kata suami, tak apa lah, bukan selalu. Baik lah bang. hehe. Berjam-jam jugak duk dalam ni. Keluar dari sini, saudara suami yang menetap kat sini datang ambil bawak ke rumah dia. Lepas makan rehat2, dia bawak ke HIG ( Haji Ismail Group). Yeay! memborong coklat lah, apa lagi. Borong untuk orang sebenarnya. Ramai yang kirim sampai perpuluh2 kotak. Pepero lah, Daim lah, macam2 lah. Lupa nak bagitahu yang kita gi naik flight. Tergaru2 juga kepala takut terlebih berat, naya mau tambah rm70 sekilo nanti. kekeke.
Settle shopping, singgah ke Dataran Lang, ambik2 gambar sekeping 2. Waktu dah nak maghrib, orang pulak ramai bukan main. Berpeluh sampai ketiak. haha. Nak snap gambar pun tak best sebab ramai sangat model tambahan dalam gambar. haha.

No comments:
Post a Comment