Assalam..
7 Rejab 1435h, bermakna sudah 3 tahun berlalu sejak hari pertama suami melafazkan aku terima nikahnya.. Saya ni kalau teringat2 kisah kahwin kami, mesti bergenang2 air mata. Allah saja yang tahu macam mana peritnya kami nak hadapi badai dan rintangan sebelum kahwin. Ingat lagi pagi nak menikah tu, masih tak percaya je kami berjaya juga sampai ke situ. Itu lah yang orang kata, benda yang susah nak dapat, kalau dah dapat susah nak lupa, susah nak lepas, kan. Manisnya, MasyaAllah, lain macam. Sampai sekarang pun, rasa nak berterima kasih sangat pada orang2 yang memudahkan jalan kami untuk bina masjid. Rasa tak terbalas budi. Allah saja yang membalas budi baik mereka. Amin.
3 tahun, masih baru sangat. Kalau pokok durian tu, agak2 masih muda, belum matang lagi untuk berbunga. Sama lah macam rumahtangga kami. Muda lagi, anak pun baru seorang. Ada hari suka, ada ketika lain bermasam muka. Tapi berbanding 2 tahun lepas, saya kira sudah jauh lebih baik. Banyak sikap tak matang dulu sudah upgrade. Sebab Amani barangkali. Buat saya makin sabar, makin bertolak ansur. Sibuk urus anak mungkin buat saya tak pandang hal remeh temeh. Kalau merajuk pun, tak lama. Sejam dua dah boleh senyum gurau senda. Kalau dulu, mahu ku baling periuk belanga kalau time merajuk. Haha. Mungkin juga sebab usia dah makin banyak, buat saya lebih mengerti suami.
Sempena ulang tahun ini, sama macam tahun lepas, saya buat pulut kuning. Kali terakhir buat adalah waktu ulang tahun kedua. Jadi marilah namakan pulut kuning ini pulut kuning cinta kasih setahun sekali. kahkah. Panjang tak hengat. hehe. Gigih buat pulut kuning, dengan bantuan emak di sebelah. Siap rendang ayam lagi. Kalau boleh, mahu jadikan tradisi. Pulut kuning di setiap 7 Rejab setiap tahun. Kalau panjang umur lah. 9 Jun pulak kita sambut dengan kek. Mengada sangat kan nak sambut anniversary 2 kali setahun. kihkihkih.
Dear mr husband, i love u. Nah pulut kuning. Sila makan kenyang2.:)
2 comments:
wahhh bestnya... pandai buat pulut kuning..
huhu..tak susah pun, senang aje nak buat.. dengan emak disebelah, masak apa pun boleh..kikikiki
Post a Comment