tekan jangan tak tekan!

Sunday, May 4, 2014

Le Tour D' Langkawi part 2

Assalam..

Masuk part 2 pulak. Ewahh, macam panjang je kan. Padahal tak pun. kuikuikui. Hari ke 3 di Langkawi, kami berjalan2 melawat2 tempat yang wajib di pergi kalau ke Langkawi. First, pagi2 lagi dah terpacak depan kat Cable Car. tiket rm15 untuk dewasa. Orang cakap tempat tu memang ramai yang bersesak nak naik. So pergi awal2. Sampai2 je memang ramai manusia. Alhamdulillah, dipermudahkan. Tak lama pun beratur. Perasaan naik kereta kabel? Nak gugur jantung. Seram sejuk hoii. terbayang yang bukan2 dah. Tapi pemandangan dari atas tu, MasyaAllah SubhanAllah. Cantik yang amat! Nak2 lagi bila sampai kat atas tu. Dengan angin sejuknya, dengan pemandangan yang cantiknya. Allahuakbar!


 Amani yang cool.



Lepas tu, terus ke Makam Mahsuri, dan Beras Terbakar. Waktu ni dah tengahari. Panas yang amat. Nak ambil gambar pun dah macam malas. Amani pun dah mengantuk. So tidur aje dia. Alhamdulillah sepanjang 3 hari bercuti, dia langsung tak meragam. Memang kaki berjalan lah budak ni. Tak kisah panas ke hujan ke, asalkan dapat berjalan, Amani happy. hehe. Sempat mandikan dia kat Telaga Mahsuri tu. Sejuk gila! Nasib baik bapak dia tak ku mandikan sekali. kakakaka.



Lepas lunch, borong coklat lagi kat HIG pasal ada yang order last minit. nak tolak tak sampai hati. Sambil2 berdoa tak terlebih muatan. Naik AirAsia faham2 lah. Lagipun beli extra baggage 20 kg je. Kan terlebih kena tambah rm70 ye. Satu tips siapa2 yang first time dengan Air Asia, beli extra baggage siap2 secara online. Jauh lebih murah kalau beli kat kaunter. Macam kami, beli online 20 kg dalam rm35. Kalau kat kaunter rm70. Banyak tu kan.huhu

Lepas tu tak ke mana2 dah. Cari surau, solat dan berehat sebelum ke airport. 3 hari duk Langkawi, rasa kecik dan mudah je jalan2 kat Langkawi ni. Eh, bukan sempat bersesat2 ke. kekeke. Sepanjang di sini, kami bergantung kat peta je. Siapa yang first time datang Langkawi, jangan bimbang. Peta berlambak2 ada. Nak2 kalau sewa kereta, memang ada je yang tinggal kat dalam kereta tu. Ikut je peta, insyaAllah, anda di landasan yang betul. kikiki. 

Salah satu aktiviti wajib yang kami tak buat, Island Hopping dan jelajah Langkawi Geopark. Sebab tak berani nak bawak Amani. Biar pun orang kata selamat je bawak budak kecik, tetap tak berani. So, tak jejak lah Pulau Dayang Bunting. Tak apa lah, nanti dah besar sikit, mummy bawak naik bot pusing2 pulau ye. Kat Terengganu berlambak2 pulau dik. hehheheh. Nanti saya share tips bercuti dengan anak kecil. Mencabar? Sudah tentu. hehe.

Malam tu bertolak balik dari Langkawi. Alhamdulillah, timbang barang tepat 20kg. Tak kurang tak lebih. haha. AirAsia macam tu lah, Tambang murah tapi hidden charges sana sini. Apa pun terima kasih jugak kat AirAsia yang buat promo ni. Kalau tak, mungkin tak sampai jugak ni, kan. Atas izin Allah semua tu. nanti nak share jugak pengalaman naik AirAsia ni. kot2 ada yang macam saya juga. First time naik lah katakan, hari2 google tips dan pengalaman orang. So, biar kita share pengalaman kita pula. Untuk manfaat bersama katanya. :)

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati