tekan jangan tak tekan!

Tuesday, May 6, 2014

Tips : First Time naik Air Asia.

Assalam..

Hello..Nak bagi tips lagi ni. Ni khas untuk yang first time bakal nak naik kapal terbang. Tak kira lah ke mana2 pun. Sebab kita pun first time dulu, mengagau2 google apa yang nak kena buat. Kot2 lah ada yang macam kita, meh sini nak tolong. kuikuikui. Tapi untuk yang naik AirAsia je lah. Yang lain belum ada rezeki lagi..:)

1. Online Check-in
Lepas dah booking ticket, dalam 2 minggu sebelum tarikh boarding tu, sila print siap2 BOARDING PASS thru website AA tu. Nanti senang tak payah beratur kaunter dah untuk check in, terus ke gate. Tak payah lah kalut ribut ke LCCT 2 jam sebelum ke apa kan. Dan untuk elakkan korang kena bayar rm10 untuk perkhidmatan kaunter. Jangan lupa print yang return sekali. Tapi yang bawak infant macam kami dulu, tak boleh print siap2, kena ke kaunter jugak sebab kena beli tiket untuk Amani. Untuk tiket baby, rm50 ye. Plus bayaran kaunter rm 10.

2. Add On Baggage, makanan atau seat secara online.
Airasia ni nama je penerbangan murah, tapi banyak cas tersembunyinya. Paling penting, BARGGAGE. Kalau tak silap, 7kg ke bawah sahaja yang dibenarkan dibawa masuk dalam flight. Kalau extra, sila bayar extra. Boleh rujuk website AA untuk harga baggage. Contohnya harga untuk 20 kg adalah rm35. Dan beli online ye kawan2. Kalau beli kat kaunter, dua kali ganda mahal.Makanya, agak2 lah untuk beli berapa kg barggage, dan jangan overdose sangat kalau ber-shopping. Kan terlebih berat, tambah lah fulus di kaunter. Begitu jugak kalau nak order makanan ke, hot seat ke, insurans ke, semua online ye. mudah dan lebih murah. Kalau penerbangan dekat, tak payah lah nak order makan bagai. Mahal sangat kot. huhu.

3. Boleh ke bawa susu botol dalam flight?
Boleh, tak ada masalah. Even ada syarat2 tak boleh bawak cecair sebanyak sekian sekian, rasanya AA ni tak ketat sangat peraturannya kalau penerbangan domestik ni. Setakat nak bawak mandian dan susu anak, tak ada masalah. Bancuh susu siap2 masa tunggu boarding, supaya senang nak susukan anak kat atas langit nanti. kikiki. Kalau nak bawa air mineral dan jajan2 sikit pun tak ada hal. Ramai je yang bawak air mineral, termasuklah saya.:)

4. Kad Pengenalan dan surat beranak jangan lupa.
Ini tersangat penting. Kalau tertinggal, bye bye lah. Sila check betul2 sebelum ke LCCT. Untuk anak kecil, bawak Mykids atau surat beranak. Amani tak ada Mykid, gigih mak bawak surat beranak yang besar gabak tu. huhuhu

5. Alert no Pintu.
Tengok kat boarding pass, ada ditulis no pintu yang perlu kita lalui nanti. Tunggu panggilan untuk boarding, kalau tak dengar boleh baca ada kat pintu. Kalau tak tahu, nanti tengok orang beratur panjang, sila lah bertanya ke mana destinasi diaorang. Kot sekali, boleh beratur sama2. hehe.

Tu saja kot. Kalau rasa malu sangat nak bertanya, tak tahu nak buat apa, sila ikut orang2 kat situ. Jangan bimbang, semua nak terbang macam anda. Lagi baik ringan mulut tanya petugas2 LCCT tu. InsyaAllah, ada yang membantu. huhu. 

eksaited dapat naik kapatebang!

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Dulu ms nk terbang g bandung air mineral xlps akk bawak..mndian pun xlps..klu nk bawak kena msk luggage..huhu

mieyza said...

mayb sebab international kot.. kalu domestik dorang mcm tak kisah sgt.. sy bwk je air mineral aritu.. ada org siap bawak jajan dlm plastik lg..huhuhu

mieyza said...

hi, intan..tq..nnti kita follow awak..:)

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati