Assalam..
Setiap tahun, Hari Ibu merupakan salah satu acara tahunan dalam famili kami, selain hari jadi dan anniversary. Walaupun hari2 memang kena sayang dan kasih pada ibu, mengapa tidak kita special kan satu hari khas untuk meraikan hari ibu. Ye dak? So, semalam sempena hari ibu, kami buat sambutan kecil untuk meraikan ibu2 dalam rumah kami. Mak, saya sendiri yang sudah 1 setengah tahun bergelar mummy, dan adik ipar yang baru seminggu bersalin. Alhamdulillah, walaupun kecil, cukup buat hati mak gembira. Itu lah makna hari ibu kan, gembirakan hati seorang ibu. Nak balas budi mak, memang tak terbalas lah sampai kiamat. Jadi berusaha lah untuk gembirakan hati seorang mak.
Tapi tadi terbaca post seorang kawan yang bukan main ewah2 mengutuk dan mengeji orang2 yang sambut Hari Ibu ni. Konon macam tak ada agama lah gaya cakapnya. Alahai, ada jugak manusia macam ni. Agamawan pun satu, tiada kesepakatan. Ada yang jatuh hukum haram, yang terbaru, Harus pula. Bagi saya, kita ambil yang baik sahaja. Tiada salah pun sambut Hari Ibu. Kita raikan mak kita kan. Buat ibu gembira, bukan ke pahalanya berganda2? Saya sendiri sejak jadi mummy, sensitif bukan main. Si kecil Amani panggil 'ammi...ammi.." pun dah buat saya berbunga. Apatah lagi kalau dia sibuk nak cium2 pipi. MasyaAllah, tuhan saja yang tahu perasaan ni. Tak dapat bayang betapa kembang setamannya hati bila suatu hari nanti si kecil itu datang memeluk sambil ucap 'happy mother's day, mummy'. Allahuakbar! Saya percaya ibu2 kita juga punya rasa yang sebegitu kan?
Jadi, pedulikan manusia2 yang terlebih bijak pandai ni. Pandai setakat di keyboard. Dalam kepala sempit yang amat. Suka hati lah dek non.
Buat mak kesayangan, kecintaan hati, tiada baris ayat yang mampu terluah untuk menyatakan betapa bertuahnya saya memiliki mak sebagai ibu. Tiada apa pun benda di dunia ini yang mampu dijadikan galang ganti segala susah lelah pengorbanan mak sepanjang hidup ini. Hanya doa yang mampu aku tadahkan. Mohon Allah S.W.T mengampuni dosa2 mak dan ayah. Mohon agar sejahterakan mak ayah sampai ke akhir hayat. Mohon agar syurga itu milik mak dan ayah. Amin ya Allah.
Dan semua ibu2 di seluruh dunia, yang merasa jerit perih melahir dan membesarkan anak, yang sedang memboyot mengandung, yang bakal bergelar ibu, Selamat hari Ibu. Moga2 engkau melahir dan membesarkan anak2 yang Soleh dan Solehah. Yang berguna pada agama. Amin.
____________________________________________________________________________
Sempena hari Ibu, mengapa tidak hadiahkan ibu anda dengan supplemen yang bagus untuk kesihatan mereka. SHAKLEE mempunyai rangkaian supplemen yang sangat bersesuaian untuk ibu bapa kita. Bukan setakat kasih sayang yang mencukupi, kesihatan mereka juga harus kita jaga.
Dapatkan Produk-produk seperti Vitalea, Omega Guard, Ostematrix, Advanced Joint Health, ESP, Vitamin C dan sebagainya.
Hubungi saya untuk free consultation, pertanyaan dan pembelian.
Shaklee Distributor,
Hamiza Roslan
Fb : Mieyza Roslan
SMS : 019-9989052
email: hamizaroslan@yahoo.com
No comments:
Post a Comment