tekan jangan tak tekan!

Tuesday, May 27, 2014

Mari Belajar Menjahit.

Assalam..

iolls dah belajar menjahit uolls. kiki. Minggu ni dah masuk minggu ke-3. Dream comes true orang putih kata. Dah bertahun tunggu peluang macam ni, sekarang baru dapat. Murah pulak tu, sebab bawah anjuran Yayasan terengganu. Alhamdulillah. Dulu zaman bekerja, selalu terlepas peluang nak belajar. Bila dah berhenti, tak ada pulak yang buka kelas. Try juga tanya2 kelas menjahit yang berbayar tu. Sekali yuran rm1k ++. Erkk, sabar dulu lah.huhu. Rezeki kali ni dapat masuk kelas ni. RM 60 je untuk 4 bulan. InsyaAllah akan belajar buat baju kurung, baju melayu, kebaya dan seluar. 

Sebenarnya dulu2 tak adalah minat pun bab2 jahit menjahit ni. Langsung tak minat. Masa zaman sekolah dulu, masa kelas Kemahiran Hidup ke ERT, lupa dah, bila kena menjahit, serah kat mak. wakakaka. mak yang tolong buatkan, okeh. Ingat lagi, masa form 1, buat apron. masa form 2 ke form 3, buat sarung kotak. memang menyampah habis nak siapkan benda tu. kikiki. Sekarang bukan main semangat nak belajar. hehe. Sekurang2 dapat buat baju kurung pun jadi lah.

Tapi kalau dah tak berbakat tu, memang kena struggled gila lah. Macam saya ni. Belum buat baju lagi, baru belajar jahitan asas dah rasa nak lingkupkan mesin jahit tu. hahaha. Stress rupanya kalau tak reti menjahit ni. Orang dah siap macam2 jenis jahitan, saya masih terkial2 betulkan mesin. First week, bukan main excited. Masuk minggu kedua, berkerut2 dahi tahan rasa geram sebab buat2 tak menjadi. kahkahkah.

Tapi dah namanya belajar, ye tak. Haruslah banyak bersabar mieyza oiii. Alhamdulillah, banyak benda dah belajar. jahitan mata lalat, tulang belut, jelujur, sembat, kelim. Daripada zero knowledge, dapat lah buat sikit2, walaupun jahitan bersimpul2 macam apa entah.Minggu ni dah start buat pola baju kurung. Kembali excited! Terus berangan2 nak buat baju kurung Amani. InsyaAllah kalau kuat semangat, siap lah sebelum raya ni. kiki. Doakan moga2 kuat semangat, dan moga2 hati mudah terima pelajaran baru ni. hehe. kot2 lah boleh buka bisnes baru. Verangannnn.

gambar curi..kikiki



2 comments:

Nana Liena said...

sama la cita2 kita..hehe.. tak mahu try amek giatmara ka kak..? seronok belajar jahit..sya pun insyaAllah satu hari nanti..boleh design dress sndiri ikut badan. tak payah risau dah lepas ni..

mieyza said...

hai nana..tua sgt kot nak masuk giat mara ni..kekekeke..takpe belajar slow2 ni..pelajar lembab la katakan. huhu

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati