Ramadhan yang di rindui, yang di nanti, yang tunggu-tunggu akhirnya tiba. Tiba dengan membawa seribu rahmat dariNya. Hari ini, bermulanya ramadhan dengan cukup indah dan tenang. Pagi ramadhan yang cukup mengujakan. Alhamdulillah, lafaz syukur yang tak terhingga terlafaz kerana masih diberi peluang olehNya untuk menikmati kerahmatan ini. Syukur kerana Allah Taala masih memberi peluang kepada saya menikmati terawih pertama semalam. Moment yang cukup bermakna apabila bacaan solat terawih yang telah setahun di rindui mula kedengaran kembali.
Syukur juga terlafaz kerana dapat bangun bersahur bersama keluarga dining hari tadi. Menjamah sedikit hidangan ibu, sebagai pengalas perut. Seribu pengharapan saya pohon agar ibadat tahun ini akan lebih konsisten dan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Semoga lebih banyak helaian Al-Quran mampu di baca. Semoga banyak perkara-perkara lagha dapat di hindari. Dan yang paling utama semoga segala ibadat saya di bulan berkat ini di terima olehNYA. Amin.
Walaupun hati saya masih dalam keributan, kekacauan, saya yakin Ramadhan ini akan mengubat segalanya. Nah, hari pertama saja sudah memberi saya ketenangan yang cukup luar biasa. Tiada lagi sekelumit marah, dendam dan sakit hati. Tiada lagi rasa kesal yang tak berkesudahan. Semoga perasaan ini berkekalan ke akhirnya.
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan 1431H ini akan membawa seribu kerahmatan untuk semua umat Islam seluruh dunia. Dan semoga Allah Taala memberi kita peluang untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan ketaatan kepadaNya.
Ahlan ya Ramadhan..

No comments:
Post a Comment