tekan jangan tak tekan!

Wednesday, August 25, 2010

Iftar @ Rumah Kak Na

15 Ramadhan 1431

Salam ramadhan. Semalam, 14 Ramadhan satu majlis berbuka puasa telah berlangsung di rumah Puan Maliana. Eceh, gila skema ayat. haha. Okeh, semalam kami beramai-ramai satu ofis berbuka puasa di kediaman kak na di Teluk Pasu. Sangat meriah! Sebenarnya, termasuk semalam, dah tiga hari berturut-turut saya berbuka di luar. Owhh, sangat rindukan rumah sendiri.haha:D. First, tiga hari lepas berbuka di rumah Tauke Besar Keropok Losong, Kak Yah. Second, kat Kolej sempena Majlis berbuka Puasa bersama Kelab-kelab. Dan semalam di rumah kak Na. Hari ini? InsyaAllah dirumah saja.hehe.

Buka Puasa semalam agak havoc. Gamat dengan gelak ketawa, sampai Si Kecik Rifqy terjaga di saat-saat nak berbuka. Dengan segerombolan rombongan cik kiah yang sampai lambat, sesat lah, apa lah, memeriahkan suasana. Itu tak termasuk timbunan makanan yang sangat banyak, sampai tak kehabisan. Iye lah, masing-masing bawak lauk sendiri. Ada yang bawa Ayam pusing ber-ekor2, Ikan bakar, Paprik, sup tulang, ikan keli berlada, daging kunyit, dll. saya sendiri bawa puding Trifle (betul ke ejaan ni?), dan onde-onde, serta Tomyam Ziana.See, banyak kan makanan. burppp..sangat kenyang.

makan. jangan tak makan..

testing..testing.
luv this pic..hehe

kemeriahan sebahagian makanan, lagi separuh belum sampai.

tuan rumah..kak na dan Iqy the cute boy!

berebut anak..hahaha


meriah...!


okeh, banyak lagi gambar sebenarnya, malas nak upload sebab beruk-band ini sangat lembab. haiihh. Semua pics kak Na dah upload kat FB. Sila lah tengok di situ.hehe.

Rasanya next program yang meriah-meriah cam ni lepas raya kot,Majlis sambutan Raya. Comfirm meriah gila. tunggu....

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati