tekan jangan tak tekan!

Saturday, August 21, 2010

Cuppies and Accident.

11 Ramadhan 1431

Menerima tempahan cup cakes lagi. Kali ini dari Syarifah Rahimah, bekas rakan sekerja yang baru sahaja bergelar pengantin baru, baru-baru ini. Tempahan ini untuk birthday suami, ibu mentua dan Sil nya. Jadi macam biasa, semalam, bertungkus lumus lah kami menyiapkan tempahan sya. Sedikit mencabar kerana beliau me-request choc cuppies. Belum pernah lagi buat Choc cuppies before, jadinya harap Sya berpuas hati dengan choc cuppies tersebut.




But ada cerita di sebalik pembikinan cuppies ini. Tak ada kena mengena dengan cuppies pun sebenarnya. Tempahan ini sepatutnya dah di buat pada Jumaat pagi, as Sya sepatutnya nak ambil petang jumaat. Then dia call tak jadi ambil Jumaat, nak ambil Sabtu pulak. So, tukar plan, buat Jumaat malam, lepas buka. Jadinya petang jumaat semalam, beronggeng lah saya dengan jayanya. Plan ajak si dia berbuka di rumah sebab mak buat bubur lambut pada hari tersebut, favorite dia. Dalam pukul 6 lebih, kami ke Bazar Ramadhan Chabang 3. Baru je jejak kaki, Tak sempat round sebaris pun gerai kat situ, mak call. Kenapa? Pergi hospital, adik accident. HaaaHH!!Makanya bergegaslah kami ke Hospital. Sangat berdebar masa tu, Tawakal saja pergi sambil berdoa tak ada apa yang berlaku. Sampai di sana tengok adik perempuan saya tu duduk kat kerusi dekat bahagian kecemasan. Syukur tak cedera teruk. Cuma rabak lah kat bahagian mulut. Lari sikit 'aligment' gigi depan. hehe:D. Ada lah luka-luka sikit kat tangan dan kaki. Mujur accident ni tak melibatkan kenderaan lain, cuma dia seorang diri terbalik motor sebab brek emergency kat sorang pakcik yang tiba-tiba melintas. Entah jatuh macam mana sampai boleh 'tercium' jalan sampai macam tu.



Jadinya saya hampir-hampir juga nak cancel kan saja tempahan si Sya ni. Tapi bila fikir dah janji dengan dia, saya pun teruskan juga lah. Lepas buka kat hospital, tunggu mak datang dan saya terus pulang untuk siapkan bahan buat cuppies ni. Apa pun belum prepared sebab tunggu lama sangat kat hospital. Biasa lah Hospital Besar, kat emergency pun punya lah tak efisyen perkhidmatan diaorang. huh, bila lah nak berubah. Jadinya, sampai saja kat rumah, terus kak yana sampai. Sangat lah tak sempat duduk apa pun. Terus prepared barang dan buat lepas Ziana datang. Kesimpulannya sangat kelam kabut. huh, penat dohh.

Apa pun kami tetap berjaya menyiapkan tempahan. Walau pun ia menjadi cabaran besar pada saya pada hari tersebut, Alhamdulillah i can go thru' it.Sekian.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati