Hari ini dah 4 Ramadhan, dah 4 hari berpuasa. Alhamdulillah syukur dapat berpuasa dan berterawih dengan sempurna. Sehingga lah semalam.... jeng jeng jeng.
Jumaat yang indah, yang tenang, yang damai. Teringin nak buat popia goreng. Makanya di petang itu, selepas solat Jumaat dengan gigihnya meredah lautan manusia di Mydin Mall untuk cari bahan buat popia ni. Cuaca yang agak panas menyumbang kekeringan tekak yang agak kronik juga. Tapi sabar lah, puasa kan. Memang macam tu.
Balik dari Mydin Mall dah dalam pukul 4.30 petang. Sampai je terus siap-siap buat inti popia. Sagat-sagat carrot dengan sengkuang. Siang udang lagi. Tumis-tumis, goreng-goreng, sejukkan inti jap. Lepas tu acara menggulung lagi.huh, gila gigih buat popia goreng. Padahal kalu pergi beli je kat Bazar, tak ada lah perlu berusaha keras seperti ini.ahaks.
Tengah-tengah syok menggulung, tengok jam dah 6.10 petang. Alamak, belum solat asar. berenti kejap, nak solat. lewat dah ni. Terus bergegas ke bilik air untuk solat. Tapi.........

MAKKKKKKKK
isk..isk..iskk..Masanya sudah tiba. Ku sangka minggu depan, tapi dikau sampai lebih awal. Bermula saat itu, saya secara rasminya dibenarkan syarak untuk 'berbuka' lebih awal. Alahai cepatnya. Kejam betul, lagi sejam nak berbuka pulak tu. Kenapa tak datang masa tengahari yang panas terik tadi? kenapa tak datang awal-awal pagi tadi? ishh, macam tak redha pula saya ni. Ok lah tu. Harusnya bersyukur. Setelah bertahun-tahun tak merasai nikmat berpuasa di awal Ramadhan, tahun ni Tuhan bagi peluang, biarpun hanya sempat 2 hari. Maknanya ada peluang lah solat hari raya tahun ini, InsyaAllah.hehe:D
Kesimpulannya, sempat lah saya berpuasa 2 hari setengah. erkk, kalau lah setengah tu boleh di kira. haha:D. Lepas tujuh hari ni, gigih lah saya menyambung kembali ibadat yang satu ini. Apa pun kaum-kaum wanita di luar sana, walaupun kita tak mampu nak puasa cukup 30 hari penuh, hargai lah peluang yang di beri itu. Dah sampai waktu nanti, jangan lah pulak melantak seperti tak pernah jumpa makanan. Hormati mereka yang menahan makan minum sehari suntuk tu. hehe. Ok, nak pergi minum jap. bye.hehehehehehehe.

No comments:
Post a Comment