tekan jangan tak tekan!

Friday, August 27, 2010

Pantasnya Masa Berlalu


17 Ramadhan 1431 - Nuzhul Al - Quran. Jumaat yang indah.

Haah..Dah 17 Ramadhan? Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah lebih 2 minggu kita berpuasa. Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu untuk menyambut kedatangan Syawal. Maknanya lagi 2 minggu Ramadhan Al-Mubarak akan meninggalkan kita semua.:(

Entah kenapa, masa bagaikan terlalu pantas berlalu. Terlalu pantas, sampaikan pada satu tahap saya seperti tak mampu nak mengejar masa. Tak sempat nak "absorped" recently moment. Macam semua berlalu seperti angin. Sekadar singgah di depan mata, tak melekat di memori. Lantas, banyak moment yang saya sekadar ingat-ingat lupa. Tanda-tanda nyanyuk kah?? haiiiH. Ngeri sungguh!

Dan hambatan waktu juga membuat saya seperti 'berlari tak cukup tanah' bila memikirkan lambakan kerja yang perlu di bereskan sebelum cuti raya. Dengan amali yang belum habis, ujian amali yang belum beres, assesstment yang belum habis ditanda. Owh, stress-nya. Persiapan raya dah tak ada dalam fikiran dah. Kuih raya entah ke mana, keterujaan nak menjahit manik di baju raya dah terbang ke mana. huh. Semua dah tolak ketepi. Sebelum puasa hari tu, macam-macam plan nak buat. Dalam kepala otak dah rancang tahun ini nak buat 2,3 jenis kuih, nak jahit manik kat baju, nak buat itu, nak buat ini. Sampai masa, satu habuk pun tak buat.

Yang menambahkan stress? Cari baju raya yang matching tapi Tak JUmPA. Itu pun aku stress?? haha:D. Betullah stress, dah siap baju raya saya cantik-cantik. Alih-alih bila cari baju melayu dia yang sedondon, tak jumpa pula exactly color yang sama. Dalam beratus-ratus baju melayu yang dah siap, boleh tak ada satu pun yang matching dengan baju dark purple saya tu. Haiih. Nak tempah baju lain dah tak sempat. Pasti lah tak ada siapa yang nak ambil. Last2 ambil je baju melayu yang color dia sipi2 pun. Sangat sedih. Tak apa lah, bukan penting pun.hukhukhuk..:(

Apa pun, dah semakin menghampiri 10 terakhir ramadhan ni, saya harap Allah Taala memberi saya peluang untuk menunaikan sebanyak mungkin ibadat yang patut saya rebut di bulan yang mulia ini. Saya mohon Allah Taala membuka pintu selebar-lebarnya untuk saya bertaubat, mohon ampun dan peluang mengumpul pahala. Dan saya berharap, walaupun macam mustahil, saya mohon agar dapat dipertemukan dengan LAILATUL QADAR pada Ramadhan tahun ini. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

guess what..kononla bwk balik 1beg besar asgment stdent.alih2 smp ke hr ni duk dlm bonet kete lagi.kihkihkih..aku jua sptmu!

mieyza said...

hahaha..kak chik..kita serupa..

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati