Okey, entry ini khas di buat atas request Kak Na. So lepas ni harapnya tiada lagi entry berunsur berahi yang bisa mencetus pengaktifan kelenjar air liur macam ni..muahaha. Okey puan-puan, resipi kita hari ini adalah PUDING TRIFLE yummy yummy..Yummy-yummy tu bukan nama puding ye, cuma penambahan nak bagi tambah lelehan saliva anda.kahkahkah!
Ini Bahan-bahan puding.
1. Swiss roll cake - segulung. (nak banyak sila tambah lagi 14 gulung)
2. Buah dalam Tin - Setin dah cukup. Asingkan buah dan air
3.tepung kastad - 2 @ 3 sudu besar
4. 3@ 4 cawan air
5. susu cair- setin
6. Gula - Satu senduk ..Nak manis lagi, tambah ikut suka hati
7. Jelly jenama nona - sekotak (macam perisa, pilih yang mana suke)
8. Air panas mendidih - 400 ml (2 cwn)
Prosedure: (aikk, macam nak buat amali je..:D)
1. Memula, potong itu kek. Potong cantik-cantik. Ketebalan sila agak sendiri. kalu mahu yang tinggi tak payah potong. Susun je segulung-segulung dalam baldi.muahahaha.
2. Lepas potong susun rapat2 dalam bekas yang agak tinggi. Lepas tu basahkan kek dengan air buah yang di asing tadi. kasi siram gitu..letak ke tepi.
3. Larutkan tepung kastad dalam air. Masukkan dalam periuk, campur kan susu cair, gula dan air lebihan buah dalam tin. Panaskan. Api jangan besar, kacau sentiasa dengan whisk sampai pekat, likat, berkilat. Tutup api.
4. Hidangkan. ehh belom2....sekarang tuangkan kastad tadi atas kek yang disusun tadi. Tuang sampai melitupi semua kek. kasi tutup semua lobang ye.
5. Then taburkan buah-buah atas kastad tu. Tabur sama rata, jangan berat sebelah. berdosa.
6. sekarang larutkan jelly Nona dalam air panas. kacau sampai larut. Biarkan sekejap sampai agak-agak suam, tuang atas kastad berbuah tadi. Tuang sampai cover semua buah.
7. Masukkan dalm peti sejuk selama beberapa bulan, ehh salah. Beberapa jam. Pastu boleh NGAPP. Okey sekian.
Kesimpulan: Pastikan puding anda ada 3 lapisan yang berwarna cantik. Kalau tiba2 ada 2 lapis atau 5 lapis, sila buat lagi sekali. hehehe.
Sekarang Kak Na, KAk Di, Kak Wan dan Shila boleh salin resipi dan cuba sendiri. Suka diingatkan kepada yang berminat nak mencuba harus lah memahami polisi berikut:
1. Sila agak-agak sendiri masa nak buat kastad tersebut. Kalau terlebih tepung kastad, makanya kastad anda akan mengental dan mengeras. Kita nak yang pekat saja, bukan keras ye puan2.
2. Dilarang sama sekali menyalahkan penulis resipi kalau tak jadi kerana Penulis resipi ini sejenis manusia yang kalau masak main campak-campak sahaja. Tak pernah ikut sukatan. Makanya method untuk kastad di atas hanyalah berdasarkan gerak hati penulis sahaja. ecehh.
3. Kepada yang akan mencuba, sila lah bawa sedikit ke office, agar kami dapat merasa hasil puding anda..hehehehe.
4. Sesiapa yang dah cuba, tapi tak jadi, jangan putus asa. Cuba lagi sampai jadi. Usaha tangga Kejayaan..ngehhhhh
1 comment:
seb baek miza tak senaraikan kcik sbg penama penyalin resepi.kalo x,mst kene buat n htr kt opis jugek.hihihi
Post a Comment