tekan jangan tak tekan!

Monday, August 16, 2010

Biru Rumah Baru ku.

Okeh, sesiapa yang mahu amik title entri saya sebagai tajuk lagu, dipersilakan.:)

Salam Ramadhan. Hari ini sudah masuk 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, walaupun saya tidak 'mampu' nak meneruskan ibadat ini dengan sempurna. Tak sabar nak menyambung kembali rasa nikmat puasa ni. Sedih juga tak dapat pergi terawih bersama keluarga. Tak apa, lagi 2,3 hari insyaAllah saya akan kembali gigih berpuasa.huhuhu

Okeh, memandangkan Lebaran bakal menjelang lebih kurang tiga minggu lagi, makanya harus lah persiapan raya itu sudah mula berjalan. Tahun ini, untuk kesekian kali nya kami mengambil keputusan untuk memperbaharui wajah teratak comel kami. hehe:D. Tahun ini kiranya dah tahun ketiga kami menyewa di sini. Menyewa di kampung Losong ni kerana kedai tempat mak dan ayah saya berniaga terletak di sini. Rumah sewa ni pun sebenarnya kepunyaan keluarga mak saya. Rumah pusaka sebenarnya. Memandangkan segan nak duduk saje-saje, mak saya pun 'menyewa' lah rumah ni dengan atuk saudara saya. Rumah kami yang sebenar terletak di Bukit Payong. Jarak yang agak jauh membuatkan mak ayah saya mengambil keputusan untuk menetap saja di Kampung Losong. Tapi kalau ikutkan tak adalah jauh sangat, adalah dalam 20 minit saja. Tapi rasanya lebih seronok menetap di kampung ini. Dekat dengan rumah atuk dan nenek belah mak dan ayah. Di kampung ni juga saya di besarkan dan di lahirkan. Ye, mak dan ayah saya sekampung. Jadi seumur hidup, kami sekeluarga tak pernah ada masalah 'nak balik kampung mana tahun ni?'huhuhu

So, masuk tahun ini dah 2 kali kami beraya di sini secara total. Langsung tak balik ke rumah sana. Dah lama sebenarnya rumah sana kami tinggalkan. Ayah agak keberatan nak bagi sewa pada orang,takut rosak rumah dah barang. Maklum saja, rumah dah fully furnished. Kan tak pasal-pasal rosak semua barang. Agaknya entah apa makhluk dah yang menghuni kat rumah saya tu. Kuntilanak?Toyol?Pocong?hahaha:D. Gila cabul mulut.

Jadi tahun ni, mak menyuarakan hasrat nak bagi wajah baru sikit kat rumah yang dah agak uzur ni. Nak cat baru katanya. Makanya, sebagai anak yang sudah berkerjaya, haruslah saya melunaskan hasrat si ibu. Dengan sukarelanya, saya menawarkan diri untuk men-sponsor cat rumah ni. Lepas bincang punya bincang, kaler biru yang jadi pilihan. Saya ikut saja. Kalau suruh saya pilih, pasti lah Pink yang jadi pilihan. ngehhh..Maka, 3 hari lalu bermula lah acara cat mengecat ni. Memandangkan tiada bakat dalam bidang pengecatan ni, kecuali ayah, terpaksa lah mengupah sepupu untuk mengerjakan dinding rumah ni..Hasilnya?

Dari ini..

kepada...


pintu-pintu rumahku..




erkk. Anda nampak tak apa yang saya nampak?? Macam pernah tengok kan??Ye betul! Tepat sekali.! Macam BALAI POLIS kan??HAHAHAHA! Sangatlah kelakar bila tengok karya indah ini. Sebijik macam balai polis. Alahai, kalau pilih Color PINK pasti cantik lawa tertarik menarik. haha:D. Tak apa lah, yang penting bonda ku suka dan happy. Nanti kena sponsor beli Langsir baru pulak. Hai mak, sakan betul beraya tahun ini. Persis mau sambut menantu saja. Haha:D. Okeh mak, sila berenti berangan sebab pelamin angan anakmu ini sudah musnah..gegeggege.

Kesimpulannya, untuk musim raya tahun ini, rambut mengalami keguguran yang agak hebat, sebab duit begitu gigih mengalir mengikut arus pembelian tanpa henti. muahahahaha! Okey, list barang yang hendak di beli macam makin bertambah. Kasut? Baju? Tudung?Kuih raya?Beg? See, banyakkan. Owh, belum di kira lagi My Little Kancil yang sudah "warded" sejak 2 hari lalu. Siap servis semua bernilai hampir sebulan gaji okeh. Uwaaaa!!Berkerut juga dahi saya. Aduss. Nasib baik saya sudah menyimpan dengan hebat sejak mula bekerja. Jadinya tak lah terasa sangat pengaliran matawang itu. Apa pun, nasib baik bertudung, kalau tak jelas kenampakan lah keBOTAKan saya. KahKahKah!

1 comment:

Anonymous said...

guane biru semacam jew umh cik??haha^^..lucu,sme tol dgn balai polis..^^

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati