tekan jangan tak tekan!

Friday, December 31, 2010

My 365 Days..2010

WAAaaaa..Esok sudah masuk tahun 2011. Lagi 1 jam 45 minit!! Biar betul?? Betul lah. Dah NAK MASUK 2011. Tak percaya, sila tampar diri sendiri. PANG!!

Eh, kenapa tahun ni saya rasa sangat cepat berterbangan??Time flies laju2. Baru lagi rasa sambut birthday awal Januari hari tu, esok dah jumpa Januari lagi. Uwaaa. Bertambah lagi umur satu angka. Sob sob sob.  

Memandangkan ini entri last untuk tahun 2011, makanya sangat panjang berjela2. hehehehehe.

Apa ye yang berlaku sepanjang tahun ni? Banyak sebenarnya. Terlalu banyak. Pahit dan Manis. Pahit dan Perit. Suka dan Duka. Tadi saya mencari semula notes yang pernah saya buat kat facebook on last December 2009. Nak tengok saya berjaya ke capai azam yang pernah saya. Haha. Ni azam saya tahun 2010:

1) Belajar Menjahit
HAHAHA. Ini memang mahu gelak kuat2. Kesimpulannya sangat tak berjaya. kihkihkih. Tahun lepas saya sasarkan untuk menjahit sehelai baju. Sehelai je tahu. Hasilnya? Habuk pun tak ada. kahkahkah. Bab yang satu ini sungguh di luar kemampuan. Tapi saya do something juga yang related dengan jahit menjahit ni. Saya buat FELT CRAFT. Jahit felt kiranya belajar menjahit juga kan??hehehe

2) Tukar status menjadi Puan
Sob sob sob. Yang ni tak boleh gelak HAHAHA. Sebab ini bab sedih. Bab yang meruntun jiwa. Bab ini lah yang paling banyak mewarnakan hidup saya sepanjang tahun ni. Kalau go thru' entri saya sepanjang tahun ni, memang banyak entri2 yang melankolik, sedih2, kecewa, marah dan sewaktu dengannya. So malas dah nak cerita. Yang pasti azam yang ini gagal. :D

3) Buat blog
Ha..Yang ini azam yang paling berjaya. Saya berjaya buat blog! Saya start blogging on 1st January 2010. Maknanya esok hockmieyza85.blogspot.com sudah berusia setahun! Bangganya. haha. Esok mahu wish Happy Birthday lah kat si blog. hehe. Blog ini lah yang setia menemani saya sepanjang tahun ni. Sudah banyak terluah di sini. Blog, saya sayang kamu!

Itu yang tahun lepas punya. Yang tahun 2011 apa cerita? Azam 2011 jap lagi kita tengok. hehehe. Sepanjang 365 hari pada 2010 ni, terlalu banyak peristiwa yang telah saya lalui. Dalam kerjaya sebagai Tutor, tahun ini saya telah handle beberapa program, termasuk lah Kuiz Sains, dan 2 Kempen Derma Darah. Dan tahun ni juga saya sudah di-comfirm kan jawatan. Gaji pun dah naik sikit, bonus pun dapat. Alhamdulillah murah rezeki. Dah setahun setengah bekerja, tak boleh lagi dipanggil Junior. hehe.Subjek untuk diajar juga sudah bertambah, dan semakin mencabar.T__T. Sepanjang tahun ni juga, rakan2 sekerja bersilih ganti. Ada yang dapat kerja baru, ada yang sambung study. Good luck untuk semua. 

Dalam kehidupan pula, tahun ni boleh saya katakan tahun TIBA2 belajar benda baru. Banyak perkara yang tak pernah saya terfikir nak buat, tiba2 saya terminat nak buat. Mula2 tu sangat teringin buat CUPCAKES. Sanggup ni pergi kelas Cupcakes kat jauh nun di Kemaman. Dapat tempahan lagi lepas tu. Alhamdulillah. Lepas tu tiba2 belajar JAHIT MANIK. Auuww, yang ni sangat mengujakan okeh. Sebabnya dulu saya sangat lah bermusuh dengan jarum. Tak dapat nak halang rasa kagum pada diri sendiri yang mampu jahit manik pada baju kurung raya. teeet.haha.  Lagi, saya tiba2 teruja nak buat FELT CRAFT. Aikk, main jarum lagi. Siap order online sebab nak buat makhluk2 comel ni. Lepas tu tiba2 nak buat HOMEMADE COKLAT pulak. Yang ni tak sempat nak pergi kelas, main hentam saja dengan teman persubahatan, ZIANA.hehe. Gara2 makan coklat kat rumah kak Ros masa raya. :D. Owhh, satu lagi benda yang tak sempat nak buat tahun ni. Ni kena forward ke tahun 2011 sebab tak sempat belajar dengan Kak Chik, MENGAIT. haha. Busy sangat, tak sempat nak berkursus. Macam rumit teramat je, tapi mesti cuba. Sebab hasilnya sangat mengkagum kan diri sendiri. gegegegege!

Dalam Percintunan pula, tahun ini saya anggap tahun yang agak suram muram durjana. Ini lah punca saya letakkan tahun 2010 sebagai paling mencabar, paling meruntun jiwa. Sebabnya, setelah 3 tahun berteman mesra, kemuncak segala duka merana berlaku tahun ini. Sepanjang tahun barangkali. Punca segala emosi dan ledakan kemarahan kebencian meletus. Semua ini sangat menduga saya dan dia. Mujur saat saya dah berhenti melangkah dan hampir tersembam ke bumi, dia masih kuat menarik tangan saya untuk melangkah seiring langkahnya. Tapi bukan lah semuanya mendukakan. Ada hari yang di lalui dengan cukup indah, terawang2 tak pijak ke bumi. Namun banyak hari yang mensedarkan diri yang bukan semua yang kita nak, akan tergenggam kemas dalam tangan. Tahun ini sangat2 mengajar diri untuk Redha dan Pasrah. Tahun yang paling banyak meruntuhkan empangan air mata. Owhh, tak nak cerita apa lagi. Kan tak pasal2 emo lagi. Cuma harapnya tahun 2011 akan ada sedikit sinar bahagia. Dengan dia, atau tanpa dia, saya harapkan kebahagiaan pada tahun depan.

Dalam kehidupan hari2, Alhamdulillah, segala dugaan dan cabaran membuatkan saya bertambah kuat. Imun sudah barangkali. Sudah resistance. Plus, ada kawan2 dan keluarga yang masih terlalu sayangkan saya, yang menceriakan hari gerhana saya. Tahun ni juga banyak berjalan ke sana sini. Bercuti dengan kawan2. Ke Pulau Kapas. Ke Kota Bharu. Ke Perak. Ke KL. Banyak lah. Yang satu ini memang menSeronokkan saya. Harap tahun depan boleh bercuti lagi dengan lebih kerap. Itu saje yang kau ingat ye. hahahaha. Owhh tak lupa, ramai juga teman2 rapat yang sudah bertukar status. Dah mendirikan rumah tangga. Rasanya tahun ni paling ramai kot, sampai ada yang tak sempat nak pergi. Tahniah untuk semua. Saya doakan yang terbaik untuk kamu semua.

Jadi untuk tahun 2011 ni, saya mendoakan kehidupan saya akan lebih baik. Lebih bahagia. Lebih indah. Kurang kontroversi. Ececece, cam artis pulak kau ni. Azam tahun ni apa cerita?? haha. Nak juga. Baik. Kita cuba azam baru ye.

1) BELAJAR MENJAHIT - Again? Mesti. Sebab dah gagal jahit baju sendiri tahun 2010, tahun baru ni kena lah buat juga. Biasa lah forward2 azam ni. hehe.

2) KURANGKAN PANAS BARAN - Owhh ini saya serius mahu buat. Sangat2 perlu buat sebab macam dah tak terkawal. Ada siapa2 yang ada petua nak kurangkan Hot Temper saya yang selalu sangat mencecah boiling point ni??

3) MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK-  Ok ini agak memalukan. Shame on me. Selalu berazam nak tambahkan amal ibadat. Selalu berazam nak puasa dan sembahyang sunat. Tapi selalu tertangguh2. Alih2 buat yang wajib saja. T_________T. Sampai bila ni Mieyza. Gelap sangat hati agaknya. Tu yang berat sangat nak buat ibadah sunat. Ya Allah, jadikan hambaMu ini hamba yang selalu ingat padaMu, dan selalu mensyukuri rahmatMu. Sesungguhnya hidupku, matiku, ibadahku hanya untukMu.

4) MENJALANI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DENGAN DIA. - Yang ini tak nak ulas banyak2. Saya kan dah redha dan pasrah. Yang tinggal cuma doa saja. Yang lain serah saja pada Allah.

Semoga kita menjadi lebih baik dan terus baik di tahun hadapan. Segala duka lara suka gembira tahun 2010 simpanlah dengan rapat dalam lipatan memori. Yang Indah dikenang, yang Buruk jadikan pengajaran.

SELAMAT TAHUN BARU 2011. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TELAH MELALUI SUKA DUKA BERSAMA SAYA SEPANJANG TAHUN INI.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati