tekan jangan tak tekan!

Tuesday, January 25, 2011

....

Mohon aku diberi petunjuk. Bila rasa sudah tak kuat lagi untuk berpaut. 

Mohon aku diberi petunjuk. Bila ruang kiri kanan semakin menghimpit.

Mohon aku diberi petunjuk. Bila jalan itu semakin sempit. 

Mohon aku diberi petunjuk.Bila lautan itu umpama tak bertepi.

Mohon aku diberi petunjuk. Bila rusuh melanda hati.

Mohon aku diberi petunjuk. Bila jiwa membungakan keraguan.

Mohon aku diberi petunjuk. Kerana aku hambaMu yang hina, penuh debu dosa dan nista. Gelap hati dan mata, mentafsir isyarat dariMu yang Maha Bijaksana. Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa, aku serah hidup mati untung nasib baik buruk padaMu. Kerana aku hamba, aku mohon takdirkan aku pada tempat selayaknya aku berada. Kerana aku hamba, aku terima apa pun yang selayaknya aku terima. Yakin aku tetap padaMu, kerana Kau tak pernah menzalimi hamba.




Thursday, January 20, 2011

Mimpi yang Tak Sudah

Bila sesuatu yang kita usahakan, tak nampak hasil, semakin payah, semakin susah, haruslah rasa give up itu muncul dengan tak semena2 nya. Umpamanya, jalan beronak duri, dah penat membanting tulang menebas duri2 tajam tu, dah bersih, dah boleh lalu tanpa susah payah, tiba2 duri2 itu tumbuh balik. Kali ini lebih tajam dan lebih beronak. Sanggup nak redah lagi? Sanggup ke nak berkorban lagi itu terus tertikam duri, demi mencapai sesuatu yang kelihatannya dekat tapi terlalu sukar untuk digapai? Yang ingin di capai itu bagaikan terlihat2 di depan mata. Bagaikan terngiang2 di telinga. Bagai sudah dalam dakapan hati. Realiti? Tiada apa pun mampu di capai. Perjalanan yang jauh itu sudah menjadi makin jauh. Semakin di kejar, semakin di hampiri, semakin jauh untuk sampai. Yang tinggal hanya penat dan lelah.

Sayang, kita ini manusia biasa. Tiada sempurna di mana2. Kerana tak sempurnalah, aku bertanya berapa kuatkah sisa kekuatan ini mampu dipertahankan? Sedang kesakitan itu bagaikan tiada lagi hujung pangkal. Bagaikan tiada kesudahan. Bila mana kesenangan dan kebahagiaan itu perlahan2 bertukar menjadi kesedihan yang panjang, harus bagaimana lagi kita nak teruskan? Perlu kah kita masih utuh menggenggam impian itu, sedangkan mereka tiada jemu membina tembok menghalang perjalanan kita? Aku takut. Sungguh aku takut. Aku takut untuk merempuh tembok itu. Kalau pun tak runtuh, tembok itu bisa memberi kita kesakitan yang teramat sangat. Aku takut, kesakitan itu buat aku bangkit memuntahkan lahar api yang mungkin tidak padam. Bangkit aku nanti mungkin menambah cela yang sudah sedia diludah ke muka.

Makanya, tegar lagi kah bertahan, sayang? Bertahan aku selama ini atas nama ikhlasnya sayang aku pada mu. Aku butakan mata, aku pekak kan telinga, aku tebalkan muka, semata2 mendukung mulia sifatmu yang penuh sabar menahan baran aku. Aku mencari dari mana datangnya kekuatan mu, tanpa jemu masih kuat menggenggam tangan aku mencari jalan keluar dari sesatnya kita dalam kebencian mereka yang menghina. Sedang aku terlalu lelah, terlalu lemah untuk menerus langkah. Masih berteman tangis hiba. Masih berteman duka. 

Bila sesekali yang dilaknat itu bertandang di hati, mudah saja aku persoalkan, dosa apakah aku sampai sebegini susah jalan yang harus aku lalui? Lalu bila tersedar, mahu saja menampar diri. Kenapa harus dipersoalkan sebegitu, sedang ujian itu diberi tanda cinta Maha Pencipta pada hamba yang hina ini. Hamba yang sering lupa pada janji, pada cinta yang hakiki. Menagih cinta pada yang belum tentu membawa ke syurga. Maka kekasih, jika susah payah kita ini tidak membawa kita ke mana2, longgarkan lah genggaman tangan mu, agar aku bisa meloloskan diri. Jika Yang Esa tunjukkan bukan kau yang membawa aku ke syurgaNya, maka aku mohon letakkan lah nokhtah dalam perjalanan ini. Impian kita mungkin sekadar mimpi yang tak pernah berkesudahan.

Monday, January 17, 2011

Mata ku Bak Burung Hantu.

Ini kisah sadis yang meruntun jiwa. T_________T. Pasal bab mekap2. Sape suka mekap, sila angkat ketiak!! huhuhu. Saya ni spesis2 yang tak bersolek. Tak reti nak bersolek. Sebab rasa kulit tak cukup cantik. Sudah lah tak berapa nak cerah, ala2 legam gitu, pastu tak berapa nak gebu pulak. Walaupun tak ada masalah jerawat, tapi sangat kusam. Kiranya lengkap lah satu pakej kulit tak berapa nak cantik tulus mulus. Makanya untuk bersolek2 ni bukan satu keutamaan. Sebab kalau bermekap adalah sangat pelik muka haku. Cam jerangkung gamaknya. kuikuikui. Tapi masa zaman belajar dulu pernah lah beli satu set mekap yang banyak kaler tu. Sekali tu je beli. Ada hari buang tebiat, bermekaplah. Kalu tak ada perasaan, pakai bedak pun malas. Pergi kelas macam tu saja. huhuhu. Sekejap saja zaman buang tebiat tu, akhirnya set mekap tersebut tumbuh segala mak nenek kulat. Apa lagi, masuk tong sampah lah. 

Dan bila masuk zaman bekerja ni, saya masih lagi macam ni. Selamba badak berendam pergi kerja muka kosong polos tulus murni suci. ecececcece..Dan tak memiliki set alat solek langsung. Hanya bedak semata2. Tu pun pakai setengah tahun tak habis2. Lipstik? Sangat lah langsung tak pernah memiliki. Loser sungguh. Bukan tak minat bersolek, sebenarnya suka je. Tapi bahagian nak mengoles, menjaga dan membuang mekap sangatlah saya tak suka. Selalu terfikir2, kan mekap cantik2, time nak sembahyang, kena susah2 buang pulak. Nak2 kalau bahagian mata, selalu was-was takut tak bersih dengan betul. Pastu fikir pulak masa yang di ambil untuk mekap. Pastu satu lagi saya ni jenis ganas tak bertempat, tangan ni selalu lah aktif menggosok2 hidung dan mata. Kan tak pasal2 maskara yang melentik terpatah dua. kan haru tu. huhuhu.  

Satu lagi bahagian nak buang mekap ni. Sungguh fail jugak. selalu lupa nak buang mekap. ye lah, jarang guna, sekali guna tak ingat dah muka penuh berwarna. Terus mandi, sembahyang. Lepas tu baru sedar, eh apasal mata aku dah macam beruang panda ni? owhh, mekap tak buang lagi. Dah kena sembahyang balik. Penat tau. Saya ni memang sangat fail kalau tang nak jaga2 wajah ni..hehe

Tapi Sabtu lepas, ada program grooming kat kolej. Wahh, sangat teruja! Belajar2 mekap, cara bersih muka dan sebagainya. Guna produk Mary Kay. Walla!! Sangat best ini produk, tapi harga ya ampun....Sebatang lip liner pun dah mencecah RM 40. Mahal ke murah?? Bagi saya lah, tersedak juga tengok katalog tu. huhu. Tapi mungkin berbaloi kot dengan kualiti sebab barang2 memang best lah. Nak di jadi kan cerita, dah lepas grooming ni, semangat nak bermekap tu agak menggunung lah. Dah belajar kan, mesti lah mahu praktis. Tapi memandangkan kelas saya awal pagi, makanya tak ada lah beria2 mekap. Guna EyeLiner saja, dengan sedikit blusher. Namun disebabkan students saya ni tak pernah tengok Cik Mieyza dorang ni bermekap bagai, time saya ke kelas tu ada yang tersengih2 tengok saya. saya tanya, why?? Kenapa cik nampak lain hari ni.??Grrulpp. Ada tu yang tak segan silu sound saya depan2 ramai, ehh cik, kenapa cantik sangat hari ni? nampak lain lah. Adooiiii. ai baru letak eyeliner je pun. Tebal sungguh muka rasanya. 

Then hari ini pun sama. Masuk kelas je semua tersengih2. Ada lah seorang budak bertuah ni, dari tadi duk sengih2, bisik dengan kawan dia. saya tanya lah, kenapa ni? apa yang pelik sangat. Nak tahu dia jawap apa? " Cik letak apa kat mata? Comel sangat. Besar betul mata cik, macam BURUNG HANTU".... Apakah?????? Saya di samakan dengan burung hantu! Kurang asam jawa betul. Terus berikrar tak nak bermekap dah lepas ni. T_____________T

Wednesday, January 12, 2011

Hari Gembira Saya. Terima Kasih Semua.

11 Januari 2011 benar2 menggembirakan saya. Pasti lah gembira, ada ke orang sambut birthday bermuram durja. Mula2 saya sangka, saya akan lalui hari ini seperti biasa. Sambut seperti biasa seperti tahun2 sebelum ni. Maklumlah, meningkatnya usia bukan lah sesuatu yang menggembirakan saya. Kalau sesetengah orang tak sabar untuk dewasa, saya pula sangat takut di kejar masa. Haha.Gila paranoid. Benar lah, engkau memang tak sedar diri.

Namun rupanya hari ini sangat menggembirakan. Setengah jam sebelum pukul 12.00 am, 11 jan, Mohd called sambil menyanyi2 lagu Happy Birthday. Eh, awalnya. Belum lagi lah. haha. Lantak lah. Nak jadi yang pertama wish birthday kononnya. Start 12.00am sampai lah 12.00am 12 Jan, status fb saya masih dihujani ucapan dan doa untuk hari tua saya dari pelajar2 dan kawan2. Terima kasih semua! Saya sangat terharu. Belum lagi surprised dari students yang menKejutkan saya dengan sebiji kek dan apa-benda-ntah-spray2 yang selalu guna untuk birthday party tu. haha. Loser betul tak tahu nak panggil apa. Dah tua2 macam ni baru di-spray2 dengan benda alah tu. Sumpah tak pernah guna, sebab tu jakun semacam je. haha. Sweet je students saya ni. I sayang u all lebih lah!

Semalam juga boleh di kira sebagai Hari Makan Sedunia lah. Tengahari Kak Yana belanja lunch, pukul 2 makan kek dengan students, pukul 6 makan Nasi Ayam Chicken Rice Shop, en Mohd belanja. Malam mak buat makan2 sikit, kecil2lan saja. Ada Satey, Koktel yang wajib, Kek yang wajib juga, dan roti kek. Simple saja. tapi sangat menggembirakan saya. Selain family, turut menJoinkan diri adalah bakal2 menantu mak ayah saya yang tak jadi. haha. Banyak sungguh makan hari ni. Elehh, padahal hari2 pun makan banyak. Saje je kau ni. haha.






Millions thanks to all friends, family and students untuk segala doa dan ucapan. Saya hargai segala dan sangat terharu okey. Dapat 2 kek. Sukee. hehe. Love u all so Much!

Tuesday, January 11, 2011

Students saya sangat Sweet. Dah lah comel, baik hati pula.

To all students yang sanggup bersusah payah buat surprised petang tadi, thanks a lot! Hari ini sangat membahagiakan. Sayang korang semua. Sangat Sweet okeh!! Love u all!







110111...And now i'm 26.


Akhirnya tiba jua. Punya lah berharap biarlah lambat lagi, akhirnya detik ini tiba juga. HAHA. Okeh, serius. Hari ini dah 11 January 2011. Maknanya hari ini genap lah saya berusia 26 tahun. auwwccchhh, saya sudah tua! Happy Birthday to me!!

Pertama2nya haruslah saya sujud mensyukuri 26 tahun rahmat dan limpahan kasih sayang dari Yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T yang tak putus2 dicurahkan kepada saya, semenjak mula2 saya menghirup udara di bumi ini sehingga lah saat ini. Syukur yang teramat. Alhamdulillah, selama 26 tahun saya hidup dalam kebahagiaan dan penuh kecintaan dari manusia sekeliling. Alhamdulillah diberi peluang untuk hidup 26 tahun dalam jagaan Ibu Bapa tercinta. Dan syukur juga di atas semua ujian dan dugaan yang di percikkan sepanjang liku2 hidup selama 26 tahun ini. Kerana percikan yang sedikit itu cukup untuk mematangkan jiwa saya, dan menguatkan semangat untuk terus bertahan menelan perit jerih hidup pada masa akan datang. 

Jujurnya, semakin meningkat usia ni, semakin tak seronok nak tunggu 11 Januari. Selalu berharap detik itu lambat lagi, sedangkan masa berlalu terlalu pantas. Sangat tak percaya saya sudah berusia 26. Rasa mahu tampar pipi kuat2. Haha. Tak tahu lah, kes tak sedar diri ke atau memang tak bersedia lagi menginjak usia. 26 beerti 4 tahun lagi saya bakal berusia 30. gegegegegegeggege!! Takut! Eh, apa pasal kau takut?? Entah, rasa sangat belum bersedia nak bergelar WANITA. I kan not-a-girl-but-not-yet-a-women. Haha. Namun yang pasti, memang saya tak rasa pun saya dah 26 tahun. Sangat2 tak sangka sudah sebegini tua. Owhh, masih teringat dengan jelas sejelasnya hari pertama melangkah ke sekolah, 21 tahun yang lalu. Masih terasa manisnya dunia persekolahan. Dan tiba2 je kau dah besar gedabak macam ni?? haha. Tak. Tak. Bukan membesar secara tiba2. Cumanya, di usia sebegini, saya belum mampu melepaskan zaman tak matured saya ni sepenuh hati. Kalaulah dapat jadi 18 sampai bila2. huhuhuhu.

Di kala menginjak 26, saya masih belum mempunyai apa2 pun yang boleh di banggakan. Belum punya aset yang boleh menampung hidup di hari tua. Masih belum mempunyai kenderaan sendiri, yang dibeli dengan duit sendiri. Masih belum mempunyai suami. Masih belum berkeluarga sendiri. Masih belum mempunyai anak. T__T. Sedikit emo di sini, sebab mak saya masa umur 25 dah beranak bongsu. Saya??Harammm tak ada apa. Tapi Tapi Tapi..Apalah sangat dengan apa yang saya TAK ADA tu dengan semua nikmat dan rahmat Allah yang telah beri kepada saya selama ini. Jadi, saya ada seribu sebab untuk bersyukur, daripada memikirkan apa yang saya belum miliki hingga ke saat ini. Syukran Ya Allah!

Di hari lahir ini, tak ada apa yang saya mahukan selain berharap agar kehidupan saya akan bertambah baik dan sentiasa di limpahi rahmat Allah. Saya berharap moga2 doa saya diperkenankan. Moga2 saya terus hidup dalam kecintaan. Moga2 saya menjadi lebih bertanggungjawap. Moga2 semua impian menjadi nyata. Dan semoga pengakhiran hidup, Husnul Khatimah.

Sunday, January 9, 2011

Happy 1st Birthday Myiesha!!


Myiesha dah Setahun..Hooyeaaaa!!!!

Myiesha ni anak blogger hot, Hannah Johary. hehehe. Okeh kak, u memang hot. Anak pun sangat hot. Comel kan ini budak. Mata bulat, rambut kembang. Sooo adorable!! This little girl sangat special bagi saya sebab saya ikuti perkembangan dia sejak dia dalam perut Mummy dia. Tak pernah jumpa, tak pernah kenal, tapi saya sangat suka tengok dia.

Ingat lagi masa mula2 saya terserempak dengan blog Hannah Johary, entry pasal how she craving for burger McD yang tak ada kat Malaysia ni. Burger apa ntah. Kalau tak silap lah. Masa tu the little girl baru berapa bulan dalam perut. And since then, saya memang saya hari2 akan jenguk blog mummy hot ni. Masih ingat lagi nama manja Myiesha before she was born, LITTLE MAIMUNAH. haha. Comel sungguh!! Dan sampailah di akhir2 saat kelahiran dia pun, saya memang tertunggu2. Masa tu siap berharap moga2 budak ni lahir 11 Jan, sama dengan birthday dengan saya. kihkihkih. Tapi terlahir awal pulak, 9 Jan 2010.:D

Sekejap je kan dah setahun. Macam baru lagi tengok Myiesha berbalut dalam kain batik baru balik hospital. Eceeh, macam saya ada kat tempat kejadian pulak. Tengok pics yang mummy dia upload kat blog la. hehe. Tapi serius saya sangat happy tengok perkembangan ini Maimunah. Nak2 tang rambut kembang tu. Haha.

Apa pun, Happy Birthday FARIMYIESHA. Semoga membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang baik untuk Mummy dan Abi. Walau tak pernah jumpa, kakak auntie mieyza sangat sayang kamu. owhh, how i wish to gomol2 your pipi yang gebu itu..:D

Secara Tiba2, I Termengidam yang ini...

Makanan apa yang engkau mengidam sangat ni?? Aikk, asal mengidam je, makanan. Asal mengidam je, makanan?

Bukan bukan bukan. Ini bukan makanan. Tapi ini..

XXX
XXX
XXX
XXX
XX
XX
XX
XX
XX
XXX
XXX
XXX
XXX
XX
XXX
XX
XX
XX
XXX
XXX
XXX
XXX
XXX
XXX
XX
XX
XX
XX
XXX
XX
XX
XX
XX




Canteeekk tak??????

Sebenarnya, kalau ikutkan, saya tak pernah ambil tahu pun pasal automobil2 ni. Tak pernah rasa pun nak beli kereta baru ke hape ke. Hanya bergantung pada My Little Kancil je. Harus lah menyayangi MLK lebih sebab dari zaman sekolah lagi, si kancil itu lah yang berjasa bawa saya ke sana ke mari. Sampai lah zaman bekerja ni, masih lagi setia dengan MLK. Kawan2 semua dah berkereta baru, saya masih lagi dengan kancil purple ni.

Tapi akhir2 ni, MLK buat perangai. Banyak kali buat perangai. Biasalah, dah tua. Banyak penyakit. Banyak ragam. Iya lah, dah tuan nya tak reti jaga. Tak pernah check dan ambil tahu pasal kesihatan MLK ni. Air kering ke, minyak hitam tak tukar ke, tak pernah peduli. Tahu bawak je. Sekarang dah tak sihat macam ni, baru padan muko ekau. hehe. Saya pun mula berkira2 mahu berkereta baru. Owhh, sorry MLK. Mak saya pun sebenarnya dah lama tanya, tak nak beli kereta baru ke. Saya cakap tak nak sebab ayah kata tak payah, pakai je kancil tu. kihkihkih. Semalam sembang2 dengan officemate, pasal kereta. Dia cakap, Proton Saga baru keluar, Saga Facelift. Sungguh lah tercengang sebab tak pernah ambil tahu pun pasal ni. Jangan tak tahu, 2,3 tahun lepas, MYVI dengan VIVA pun saya tak boleh beza. What The Fun. haha. Teruk tahap gaban ni. Tanya punya tanya, google punya google, akhirnya saya akui saya jatuh cinta sama itu Proton Saga FL. Nak2 yang kaler blue rock tu. Sumpah cantik kat mata saya! Tapi tanya2 semua, ramai yang tak berkenan pulak dia punya bontot. Depan dah cantik, belakang pulak out. Tapi saya tengok ok je, tak ada masalah. Saya tak kisah pun dia punya bontot yang tak mantap tu. hehe. Yang penting cantik di mata ku sudah. Mula2 terfikirkan Myvi, tapi tengok ramai sangat yang pakai. Tapi best juga Myvi ni. Mohd pulak mahukan Persona. Eh, cantik juga Persona. Owhhh. mahu pilih yang mana ni.....

Tapi kan.......





Macam tak ada harapan je. Tanya ayah tadi, dia kata..."Nanti dulu lah. Kita baiki kancil dulu. Jangan beli lagi lah." uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Friday, January 7, 2011

Kami Sukeee Makang!!

Siapa tak suka makan sila jangan baca. Anda tak di alu2kan. Muahahahha. Baik lah. Tak ada rasanya makhluk yang tak suka makan. Apatah lagi di beri peluang makan macam2 tanpa henti secara berjemaah. Makan lah sampai lebam. gegegegege! Selasa lepas, kami puak2 SHS dan DFS, berpakat2 makan ramai2 kat Hotel Permai Inn, untuk staff activity sebenarnya. Bukan semua staff lah, hanya kami2 dari level 1. Kami sebenarnya sangat lah suka bab2 makan ni. Dulu selalu juga buat pot luck. Asyik makannn je kerja, sampai ada yang kata sejak kerja, berat badan dia mencanak naik tak turun2. Siapakah individu berkenaan? Sila teka. hehehe. Tapi semenjak dua menjak ni, sangat lah jarang buat pot luck. Rasanya yang last, masa jamuan raya hari tu. So, untuk staff activity kali ni, kita makan je kat hotel. Boleh bawak famili dan sesiapa je yang rasa nak di bawa. huhu.

 

Untuk aktiviti kali ni, saya ditugaskan untuk mengutip duit dan menempah tempat. Sebab dah pernah makan kat sini, jadinya mudahlah tugasnya. Malam tu, dengan harga RM20 sekepala, kami seramai 19 orang telah berjaya melahap makanan yang bertimbun2 dengan hebatnya. Dah nama pun buffet, apa lagi, makan lah sampai muntah. muahahahhahahahahah!! Makanan kat situ tak ada lah super duper sedap nak mati ke apa, biasa2 je. Tapi variety dan buat kami berulang2 sepuluh kali pergi angkut makanan. hehe.






 haa..Ini penyeri majlis. Budak2 comel yang meriuhkan acara makan2 yang memang dah riuh, walaupun malam tu cuma kami2 je yang duk melantak kat situ..Hadif anak Kak Ros dan Iqy anak Kak Na. Hadif sangat malu meow2, sampai tak boleh nak cuit pun. huhu. Tapi sempat di culik oleh Wani dan Ita sampai tersenyum simpul2. hehe. Iqy pulak memang lah menjadi tumpuan, sampai berebut2 nak dukung. Memang berebut lah aunties and uncle2 nak gomol budak Iqy ni..

hai..saya Hadif. Bulatkan mata saya..:D

Saya pulak Iqy yang suka sengih2..hehe

eh2. Terselit ini gambar. Motif?? Ambil aura nak jadi mummy daddy. hahahahhakktuiiiii!

Sunday, January 2, 2011

Urinary Tract Infection (UTI)..Apa penyakit ni?

Wahwah. Title berunsur pertanyaan yang berbaur medical gitu. UTI atau dalam melayu nya Jangkitan Salur Kencing merupakan jangkitan ini boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing. Ini termasuk ginjal, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan). Biasanya bahagian yang terlibat ialah lapisan pengalas pundi kencing. Keadaan ini dikenali sebagai sistisis.

Eh eh. Kenapa tiba2 berbicara ala2 doktor ni? haha. Sebab 2,3 hari lepas saya mula tunjuk simptom2 UTI ni. Tak pernah lagi kena macam ni. Patutlah demam 2,3 hari lepas. Lepas tu sakit sangat kat bahagian pinggang dan ari2. Then masa urinate, rasa sakit dan rasa urged to urinate dengan kerap. Yang paling teruk, pagi tadi dah mula tunjuk simptom hematuria (blood in urine). Wahh, seram kau. Tiba2 macam benda terbayang dalam kepala. Kidney rosak ke? Bladder kena infection ke? Terus pergi cakap kat kak Chik. Kak Chik suruh pergi klinik. Ni yang haku lemah. huhuhu. Bimbang punya pasal, ku gagahi jua. Tapi menghala ke petang, dia punya simptom dah berkurangan. Dah tak sakit masa urinate. Jadi terfikir2 macam tak nak pergi. hehehe. alasan. Tapi mak suruh pergi juga, takut ada penyakit lain. So tadi pukul 8, pergi Klinik Perubatan Intan. Doktor check urin. Alhamdulillah, UTI biasa je. Bakteria pun dah kurang dalam urin. Macam biasa, dapat lah setempek Antibiotik. Hambik kau. Sila telan secara berhemah.

UTI ni sebenarnya comman di kalangan wanita. Sebab kita punya urinary tract pendek, so senang bacteria nak menyelinap masuk bertandang berumah tangga di situ. Setiap wanita sekurang2nya akan dapat sekali jangkitan ini seumur hidup. Owhh, harapnya ini lah yang sekali itu dalam hidup saya. Sakit tau time weewee, ibaratnya sampai kena pejam2 mata menahan perit. gegeggegegege! Nak tahu lebih lanjut pasal UTI ni, google lah sendiri. Lebih jelas dan terang info nya. 

:::Tadi saya kultur sendiri urine kat Mikrobiologi Lab. Tengok ada tak bacteria yang saya duk ajar selama ni kat students. See, i guna sample sendiri. huhuhuhu. Nak tengok, ada tak e.coli. Owhh, scary-nya ada e.coli dalam urine! 

Saturday, January 1, 2011

1 Januari 2011..Happy 1st Birthday blog!


Welcome 2011. Hari ini sudah masuk 1 Januari 2011. Masih ingat lagi waktu semua kecoh excited nak sambut tahun 2000, 11 tahun yang lalu. Waktu tu saya berumur 15 tahun. Hari ini, dah 11 tahun peristiwa itu berlaku. Cepat sangat kan. 

Semalam tepat pukul 12 malam, bunga api mula meletup2 kat langit. Kat tempat saya, banyak tempat juga duk meletup, tapi malas nak keluar tengok. Malam tahun baru saya hanya lah depan lappy. Haha. Tak kuasa mak nak keluar bersesak2 tengok bunga api. Membazir karen je. gegegege. Tapi encik Mohd pergi mencari nahas bersesak2 kat Shah Bandar nak tengok bunga api. Darat! haha. Akibatnya, pukul 2 baru sampai ke rumah. Mengakibatkan lagi, tak pergi kerja hari ni. erkk.T________T. Sebab tak pergi kerja, maka keluar lah bersama saya untuk menapak mengukur tanah sampai ke Dungun. Jauh gila engkau berdating. Tapi sangat boring lah kesimpulannya. Hujan lebat. Makan kat kedai yang langsung tak best tapi mahal nak mampus. Dan macam biasa, dihiasi dengan acara bertegang urat sampai mulut muncung sedepa. gegegegege! Dan ada satu perkara yang mengundang sesal di hati. sob sob sob. Maafkan saya.

Owhh, hari ini juga merupakan Ulang Tahun Pertama hockmieyza85.blogspot.com. Happy Birthday Blog!! Masih ingat lagi masa mula2 bikin blog ni, 1 Januari 2010. Semua atas bantuan Kak Chik. Thanks Kak Chik!!Setahun sudah blog ini wujud. Walau pun ramai yang tak tahu kewujudan blog ni, tak kisah lah. Blog tak glamour kan. hehe. Saya buat blog pun untuk personal. Nak luah suka duka cerita lara. Tak kisah lah tak ada yang singgah baca pun. Yang penting saya dapat catatkan sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup saya. :D. Tak ada lah saya meroyan sorang2 bengkak hati kalau ada benda yang menggegarkan jiwa. haha. Sudah banyak benda bodoh dan sengal yang terluah di sini. Biar lah. Saya biarkan. Sekurang2nya saya dapat lihat kembali betapa bodoh dan kejinya saya pada waktu2 tertentu. Tak lah rasa baik dan hebat je setiap masa. Apa pun,  i love my blog so much!


Dan hari ini juga kita dikejutkan berita kematian aktor Faizal Yusof, bekas suami penyanyi Siti Nordiana, sebab serangan jantung. Terkejut! Baru je tengok lakonan beliau dalam Adamaya sebagai Dani. Muda lagi, baru 32 tahun. Anak baru nak masuk 2 orang. Tapi itu lah, ajal tak mengira usia. Dah sampai masa, tak kira apa pun keadaan kita, pasti tetap dipanggil mengadap Ilahi, tanpa lewat sesaat. Al-Fatihah.
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati