tekan jangan tak tekan!

Friday, January 7, 2011

Kami Sukeee Makang!!

Siapa tak suka makan sila jangan baca. Anda tak di alu2kan. Muahahahha. Baik lah. Tak ada rasanya makhluk yang tak suka makan. Apatah lagi di beri peluang makan macam2 tanpa henti secara berjemaah. Makan lah sampai lebam. gegegegege! Selasa lepas, kami puak2 SHS dan DFS, berpakat2 makan ramai2 kat Hotel Permai Inn, untuk staff activity sebenarnya. Bukan semua staff lah, hanya kami2 dari level 1. Kami sebenarnya sangat lah suka bab2 makan ni. Dulu selalu juga buat pot luck. Asyik makannn je kerja, sampai ada yang kata sejak kerja, berat badan dia mencanak naik tak turun2. Siapakah individu berkenaan? Sila teka. hehehe. Tapi semenjak dua menjak ni, sangat lah jarang buat pot luck. Rasanya yang last, masa jamuan raya hari tu. So, untuk staff activity kali ni, kita makan je kat hotel. Boleh bawak famili dan sesiapa je yang rasa nak di bawa. huhu.

 

Untuk aktiviti kali ni, saya ditugaskan untuk mengutip duit dan menempah tempat. Sebab dah pernah makan kat sini, jadinya mudahlah tugasnya. Malam tu, dengan harga RM20 sekepala, kami seramai 19 orang telah berjaya melahap makanan yang bertimbun2 dengan hebatnya. Dah nama pun buffet, apa lagi, makan lah sampai muntah. muahahahhahahahahah!! Makanan kat situ tak ada lah super duper sedap nak mati ke apa, biasa2 je. Tapi variety dan buat kami berulang2 sepuluh kali pergi angkut makanan. hehe.






 haa..Ini penyeri majlis. Budak2 comel yang meriuhkan acara makan2 yang memang dah riuh, walaupun malam tu cuma kami2 je yang duk melantak kat situ..Hadif anak Kak Ros dan Iqy anak Kak Na. Hadif sangat malu meow2, sampai tak boleh nak cuit pun. huhu. Tapi sempat di culik oleh Wani dan Ita sampai tersenyum simpul2. hehe. Iqy pulak memang lah menjadi tumpuan, sampai berebut2 nak dukung. Memang berebut lah aunties and uncle2 nak gomol budak Iqy ni..

hai..saya Hadif. Bulatkan mata saya..:D

Saya pulak Iqy yang suka sengih2..hehe

eh2. Terselit ini gambar. Motif?? Ambil aura nak jadi mummy daddy. hahahahhakktuiiiii!

1 comment:

Unknown said...

ambik auraaaa nihhh!!!

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati