tekan jangan tak tekan!

Monday, January 17, 2011

Mata ku Bak Burung Hantu.

Ini kisah sadis yang meruntun jiwa. T_________T. Pasal bab mekap2. Sape suka mekap, sila angkat ketiak!! huhuhu. Saya ni spesis2 yang tak bersolek. Tak reti nak bersolek. Sebab rasa kulit tak cukup cantik. Sudah lah tak berapa nak cerah, ala2 legam gitu, pastu tak berapa nak gebu pulak. Walaupun tak ada masalah jerawat, tapi sangat kusam. Kiranya lengkap lah satu pakej kulit tak berapa nak cantik tulus mulus. Makanya untuk bersolek2 ni bukan satu keutamaan. Sebab kalau bermekap adalah sangat pelik muka haku. Cam jerangkung gamaknya. kuikuikui. Tapi masa zaman belajar dulu pernah lah beli satu set mekap yang banyak kaler tu. Sekali tu je beli. Ada hari buang tebiat, bermekaplah. Kalu tak ada perasaan, pakai bedak pun malas. Pergi kelas macam tu saja. huhuhu. Sekejap saja zaman buang tebiat tu, akhirnya set mekap tersebut tumbuh segala mak nenek kulat. Apa lagi, masuk tong sampah lah. 

Dan bila masuk zaman bekerja ni, saya masih lagi macam ni. Selamba badak berendam pergi kerja muka kosong polos tulus murni suci. ecececcece..Dan tak memiliki set alat solek langsung. Hanya bedak semata2. Tu pun pakai setengah tahun tak habis2. Lipstik? Sangat lah langsung tak pernah memiliki. Loser sungguh. Bukan tak minat bersolek, sebenarnya suka je. Tapi bahagian nak mengoles, menjaga dan membuang mekap sangatlah saya tak suka. Selalu terfikir2, kan mekap cantik2, time nak sembahyang, kena susah2 buang pulak. Nak2 kalau bahagian mata, selalu was-was takut tak bersih dengan betul. Pastu fikir pulak masa yang di ambil untuk mekap. Pastu satu lagi saya ni jenis ganas tak bertempat, tangan ni selalu lah aktif menggosok2 hidung dan mata. Kan tak pasal2 maskara yang melentik terpatah dua. kan haru tu. huhuhu.  

Satu lagi bahagian nak buang mekap ni. Sungguh fail jugak. selalu lupa nak buang mekap. ye lah, jarang guna, sekali guna tak ingat dah muka penuh berwarna. Terus mandi, sembahyang. Lepas tu baru sedar, eh apasal mata aku dah macam beruang panda ni? owhh, mekap tak buang lagi. Dah kena sembahyang balik. Penat tau. Saya ni memang sangat fail kalau tang nak jaga2 wajah ni..hehe

Tapi Sabtu lepas, ada program grooming kat kolej. Wahh, sangat teruja! Belajar2 mekap, cara bersih muka dan sebagainya. Guna produk Mary Kay. Walla!! Sangat best ini produk, tapi harga ya ampun....Sebatang lip liner pun dah mencecah RM 40. Mahal ke murah?? Bagi saya lah, tersedak juga tengok katalog tu. huhu. Tapi mungkin berbaloi kot dengan kualiti sebab barang2 memang best lah. Nak di jadi kan cerita, dah lepas grooming ni, semangat nak bermekap tu agak menggunung lah. Dah belajar kan, mesti lah mahu praktis. Tapi memandangkan kelas saya awal pagi, makanya tak ada lah beria2 mekap. Guna EyeLiner saja, dengan sedikit blusher. Namun disebabkan students saya ni tak pernah tengok Cik Mieyza dorang ni bermekap bagai, time saya ke kelas tu ada yang tersengih2 tengok saya. saya tanya, why?? Kenapa cik nampak lain hari ni.??Grrulpp. Ada tu yang tak segan silu sound saya depan2 ramai, ehh cik, kenapa cantik sangat hari ni? nampak lain lah. Adooiiii. ai baru letak eyeliner je pun. Tebal sungguh muka rasanya. 

Then hari ini pun sama. Masuk kelas je semua tersengih2. Ada lah seorang budak bertuah ni, dari tadi duk sengih2, bisik dengan kawan dia. saya tanya lah, kenapa ni? apa yang pelik sangat. Nak tahu dia jawap apa? " Cik letak apa kat mata? Comel sangat. Besar betul mata cik, macam BURUNG HANTU".... Apakah?????? Saya di samakan dengan burung hantu! Kurang asam jawa betul. Terus berikrar tak nak bermekap dah lepas ni. T_____________T

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati