Wahwah. Title berunsur pertanyaan yang berbaur medical gitu. UTI atau dalam melayu nya Jangkitan Salur Kencing merupakan jangkitan ini boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing. Ini termasuk ginjal, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan). Biasanya bahagian yang terlibat ialah lapisan pengalas pundi kencing. Keadaan ini dikenali sebagai sistisis.
Eh eh. Kenapa tiba2 berbicara ala2 doktor ni? haha. Sebab 2,3 hari lepas saya mula tunjuk simptom2 UTI ni. Tak pernah lagi kena macam ni. Patutlah demam 2,3 hari lepas. Lepas tu sakit sangat kat bahagian pinggang dan ari2. Then masa urinate, rasa sakit dan rasa urged to urinate dengan kerap. Yang paling teruk, pagi tadi dah mula tunjuk simptom hematuria (blood in urine). Wahh, seram kau. Tiba2 macam benda terbayang dalam kepala. Kidney rosak ke? Bladder kena infection ke? Terus pergi cakap kat kak Chik. Kak Chik suruh pergi klinik. Ni yang haku lemah. huhuhu. Bimbang punya pasal, ku gagahi jua. Tapi menghala ke petang, dia punya simptom dah berkurangan. Dah tak sakit masa urinate. Jadi terfikir2 macam tak nak pergi. hehehe. alasan. Tapi mak suruh pergi juga, takut ada penyakit lain. So tadi pukul 8, pergi Klinik Perubatan Intan. Doktor check urin. Alhamdulillah, UTI biasa je. Bakteria pun dah kurang dalam urin. Macam biasa, dapat lah setempek Antibiotik. Hambik kau. Sila telan secara berhemah.
UTI ni sebenarnya comman di kalangan wanita. Sebab kita punya urinary tract pendek, so senang bacteria nak menyelinap masuk bertandang berumah tangga di situ. Setiap wanita sekurang2nya akan dapat sekali jangkitan ini seumur hidup. Owhh, harapnya ini lah yang sekali itu dalam hidup saya. Sakit tau time weewee, ibaratnya sampai kena pejam2 mata menahan perit. gegeggegegege! Nak tahu lebih lanjut pasal UTI ni, google lah sendiri. Lebih jelas dan terang info nya.
:::Tadi saya kultur sendiri urine kat Mikrobiologi Lab. Tengok ada tak bacteria yang saya duk ajar selama ni kat students. See, i guna sample sendiri. huhuhuhu. Nak tengok, ada tak e.coli. Owhh, scary-nya ada e.coli dalam urine!
2 comments:
waaa...sngt sakit. akak dpt masa dlm pantang. sakit kemain sampai sekrng.dah setahun dah pun umur anak..makan ubat ok.pastu datang balik..eerrmm
a'aa kan..sakit gile. kalu2 di kenang2, harap2 tak kena dah. huhuhu
Post a Comment