Bila sesuatu yang kita usahakan, tak nampak hasil, semakin payah, semakin susah, haruslah rasa give up itu muncul dengan tak semena2 nya. Umpamanya, jalan beronak duri, dah penat membanting tulang menebas duri2 tajam tu, dah bersih, dah boleh lalu tanpa susah payah, tiba2 duri2 itu tumbuh balik. Kali ini lebih tajam dan lebih beronak. Sanggup nak redah lagi? Sanggup ke nak berkorban lagi itu terus tertikam duri, demi mencapai sesuatu yang kelihatannya dekat tapi terlalu sukar untuk digapai? Yang ingin di capai itu bagaikan terlihat2 di depan mata. Bagaikan terngiang2 di telinga. Bagai sudah dalam dakapan hati. Realiti? Tiada apa pun mampu di capai. Perjalanan yang jauh itu sudah menjadi makin jauh. Semakin di kejar, semakin di hampiri, semakin jauh untuk sampai. Yang tinggal hanya penat dan lelah.
Sayang, kita ini manusia biasa. Tiada sempurna di mana2. Kerana tak sempurnalah, aku bertanya berapa kuatkah sisa kekuatan ini mampu dipertahankan? Sedang kesakitan itu bagaikan tiada lagi hujung pangkal. Bagaikan tiada kesudahan. Bila mana kesenangan dan kebahagiaan itu perlahan2 bertukar menjadi kesedihan yang panjang, harus bagaimana lagi kita nak teruskan? Perlu kah kita masih utuh menggenggam impian itu, sedangkan mereka tiada jemu membina tembok menghalang perjalanan kita? Aku takut. Sungguh aku takut. Aku takut untuk merempuh tembok itu. Kalau pun tak runtuh, tembok itu bisa memberi kita kesakitan yang teramat sangat. Aku takut, kesakitan itu buat aku bangkit memuntahkan lahar api yang mungkin tidak padam. Bangkit aku nanti mungkin menambah cela yang sudah sedia diludah ke muka.
Makanya, tegar lagi kah bertahan, sayang? Bertahan aku selama ini atas nama ikhlasnya sayang aku pada mu. Aku butakan mata, aku pekak kan telinga, aku tebalkan muka, semata2 mendukung mulia sifatmu yang penuh sabar menahan baran aku. Aku mencari dari mana datangnya kekuatan mu, tanpa jemu masih kuat menggenggam tangan aku mencari jalan keluar dari sesatnya kita dalam kebencian mereka yang menghina. Sedang aku terlalu lelah, terlalu lemah untuk menerus langkah. Masih berteman tangis hiba. Masih berteman duka.
Bila sesekali yang dilaknat itu bertandang di hati, mudah saja aku persoalkan, dosa apakah aku sampai sebegini susah jalan yang harus aku lalui? Lalu bila tersedar, mahu saja menampar diri. Kenapa harus dipersoalkan sebegitu, sedang ujian itu diberi tanda cinta Maha Pencipta pada hamba yang hina ini. Hamba yang sering lupa pada janji, pada cinta yang hakiki. Menagih cinta pada yang belum tentu membawa ke syurga. Maka kekasih, jika susah payah kita ini tidak membawa kita ke mana2, longgarkan lah genggaman tangan mu, agar aku bisa meloloskan diri. Jika Yang Esa tunjukkan bukan kau yang membawa aku ke syurgaNya, maka aku mohon letakkan lah nokhtah dalam perjalanan ini. Impian kita mungkin sekadar mimpi yang tak pernah berkesudahan.
No comments:
Post a Comment