tekan jangan tak tekan!

Tuesday, January 11, 2011

110111...And now i'm 26.


Akhirnya tiba jua. Punya lah berharap biarlah lambat lagi, akhirnya detik ini tiba juga. HAHA. Okeh, serius. Hari ini dah 11 January 2011. Maknanya hari ini genap lah saya berusia 26 tahun. auwwccchhh, saya sudah tua! Happy Birthday to me!!

Pertama2nya haruslah saya sujud mensyukuri 26 tahun rahmat dan limpahan kasih sayang dari Yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T yang tak putus2 dicurahkan kepada saya, semenjak mula2 saya menghirup udara di bumi ini sehingga lah saat ini. Syukur yang teramat. Alhamdulillah, selama 26 tahun saya hidup dalam kebahagiaan dan penuh kecintaan dari manusia sekeliling. Alhamdulillah diberi peluang untuk hidup 26 tahun dalam jagaan Ibu Bapa tercinta. Dan syukur juga di atas semua ujian dan dugaan yang di percikkan sepanjang liku2 hidup selama 26 tahun ini. Kerana percikan yang sedikit itu cukup untuk mematangkan jiwa saya, dan menguatkan semangat untuk terus bertahan menelan perit jerih hidup pada masa akan datang. 

Jujurnya, semakin meningkat usia ni, semakin tak seronok nak tunggu 11 Januari. Selalu berharap detik itu lambat lagi, sedangkan masa berlalu terlalu pantas. Sangat tak percaya saya sudah berusia 26. Rasa mahu tampar pipi kuat2. Haha. Tak tahu lah, kes tak sedar diri ke atau memang tak bersedia lagi menginjak usia. 26 beerti 4 tahun lagi saya bakal berusia 30. gegegegegegeggege!! Takut! Eh, apa pasal kau takut?? Entah, rasa sangat belum bersedia nak bergelar WANITA. I kan not-a-girl-but-not-yet-a-women. Haha. Namun yang pasti, memang saya tak rasa pun saya dah 26 tahun. Sangat2 tak sangka sudah sebegini tua. Owhh, masih teringat dengan jelas sejelasnya hari pertama melangkah ke sekolah, 21 tahun yang lalu. Masih terasa manisnya dunia persekolahan. Dan tiba2 je kau dah besar gedabak macam ni?? haha. Tak. Tak. Bukan membesar secara tiba2. Cumanya, di usia sebegini, saya belum mampu melepaskan zaman tak matured saya ni sepenuh hati. Kalaulah dapat jadi 18 sampai bila2. huhuhuhu.

Di kala menginjak 26, saya masih belum mempunyai apa2 pun yang boleh di banggakan. Belum punya aset yang boleh menampung hidup di hari tua. Masih belum mempunyai kenderaan sendiri, yang dibeli dengan duit sendiri. Masih belum mempunyai suami. Masih belum berkeluarga sendiri. Masih belum mempunyai anak. T__T. Sedikit emo di sini, sebab mak saya masa umur 25 dah beranak bongsu. Saya??Harammm tak ada apa. Tapi Tapi Tapi..Apalah sangat dengan apa yang saya TAK ADA tu dengan semua nikmat dan rahmat Allah yang telah beri kepada saya selama ini. Jadi, saya ada seribu sebab untuk bersyukur, daripada memikirkan apa yang saya belum miliki hingga ke saat ini. Syukran Ya Allah!

Di hari lahir ini, tak ada apa yang saya mahukan selain berharap agar kehidupan saya akan bertambah baik dan sentiasa di limpahi rahmat Allah. Saya berharap moga2 doa saya diperkenankan. Moga2 saya terus hidup dalam kecintaan. Moga2 saya menjadi lebih bertanggungjawap. Moga2 semua impian menjadi nyata. Dan semoga pengakhiran hidup, Husnul Khatimah.

2 comments:

cik dah ganu kiter said...

slmt ulangthn mieyza
moga dipanjangkan usia,murah rezeki....

mieyza said...

Thank you Cik dah..aminnn..hehe

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati