amaran: entri ini kaya dengan timbunan gambar. Jangan sampai muntah hijau pulak tengok gambar yang bertimbunan..:)
Akhirnya mood kembali datang untuk ber-blog. Dah hampir 2 minggu mood berterbangan hilang entah kemana. Sampai kan entri pasal Open House SHS pun tak ter-update. Contest raya kak Na pun sudah di-decided untuk tidak dijoined. Even saya lah paling excited request Kak Na untuk anjurkan contest yang boleh saya join. Akhirnya langsung di pandang sepi. Semua gara2 mood yang tak menentu. Bukan di sebabkah oleh Miss P. Cuma memang jiwa tak berapa nak tenteram akhir2 ni. Jiwa yang tak berapa nak sudah ni juga telah membawa saya ke percutian yang amat mengujakan. Walaupun tidak sepenuhnya mengubat jiwa, sekurang2nya perhatian saya mula teralih, dari asyik memikirkan tentang yang satu itu.
Akhirnya mood kembali datang untuk ber-blog. Dah hampir 2 minggu mood berterbangan hilang entah kemana. Sampai kan entri pasal Open House SHS pun tak ter-update. Contest raya kak Na pun sudah di-decided untuk tidak dijoined. Even saya lah paling excited request Kak Na untuk anjurkan contest yang boleh saya join. Akhirnya langsung di pandang sepi. Semua gara2 mood yang tak menentu. Bukan di sebabkah oleh Miss P. Cuma memang jiwa tak berapa nak tenteram akhir2 ni. Jiwa yang tak berapa nak sudah ni juga telah membawa saya ke percutian yang amat mengujakan. Walaupun tidak sepenuhnya mengubat jiwa, sekurang2nya perhatian saya mula teralih, dari asyik memikirkan tentang yang satu itu.
Setelah berkali2 plan jadi-tak jadi, akhirnya saya, kak Yana, Kak Cik dan Ziana berjaya mencutikan diri di KOTA BHARU, Sabtu dan Ahad minggu lepas. Seronok teramat!Percutian yang sangat sesuai kerana keadaan diri yang agak rapuh, stressed sangat2.
Perjalanan bermula di Kolej, sebab tengah musim exam. See, orang lain bercuti saat2 tak ada kerja santai mantai. Kami bercuti waktu tengah2 busy budak2 duk exam. hehehe. Asalnya nak bertolak awal, dalam tengah hari. Tapi sebab ada mentee ada paper petang, kena bereskan diaorang dulu. Sampai ke KB dalam pukul 6 lebih. Meronda2 jap ke kawasan pantai, try intai resort2 tepi pantai, tapi macam tak menarik. Yang best, jumpa orang jual sate ikan, beli. Jumpa juga pokok2 tembakau yang cantik je menghijau. Serius tak pernah tengok tembakau belum di proses macam ni. Lepas tu cari2 tempat penginapan sebab memang dah super letih teramat. Then jumpa tempat yang macam affordable dan menarik, Sutera Inn. Check in. Rehat2. Mandi2. And Makan Time!!
Ini mungkin antara part paling best. Ye lah, ada ke part makan yang tak best??hehe. Untuk dinner, kami decided nak makan Steamboat di ChimChum, Pengkalan Chepa. Tempat ini antara yang wajib di singgah kalau kami2 ini bertandang ke KB. Mana2 staff PTPL Terengganu yang dipaksa-rela berkursus CTS akhir tahun lalu, memang sangat familiar dengan tempat makan ni. Mana tak familiarnya, tiap2 minggu ber-steamboat kat sini. Jadi kak Yana yang selama ni duk dengar kami bercerita tentang chimchum segala ni pun teringin lah mahu ber-steamboat juga di situ. Makanya lepas maghrib, berbondong2 lah kami ke sana. Hasil pemetaan dari Eidham dan keakraban Kak Chik dengan jalan2 di KB ni, selamat lah sampai di situ. Nak harap kan saya untuk tunjuk jalan? Hampeh. Sumpah tak ingat. Dah memang stok2 yang jenis Short- term- Loss- memories. Haha:D. Dah pergi banyak kali pun masih tak ingat2 jalan. So, Makan lah kami dengan hebatnya. Sangat kenyang sampai tak larat nak berjalan. Okey, dah makan kenyang2, nak buat apa lagi? Teruskan misi berjalan2 ke Wakaf Che Yeh..Owhh Yeahhh!
Tiba di pasar Che Yeh dengan membawa perut yang hampir penuh. Tapi sebab ke Pasar Che Yeh, tetap menggagahkan diri. Haha:D. Demi ber-shopping, tetap larat. Berada di pasar ini juga satu perkara yang mengujakan. Indeed. Macam segalanya menarik untuk di beli. Tinggal cuma bertanya pada poket, masih berisikah, atau sudah kering. Kalau ikut hati, semua benda pun akan di angkut beli. Semua menarik hati, dari baju2 sampailah ke tudung. Tapi dalam2 teruja tengok itu ini, kami tidak lah berbelanja dengan hebat. Setakat beli baju 2,3 helai dan tudung2 yang menarik. Maklum saja, kami ni tak berapa nak waras bercuti di saat2 akhir bulan. Poket tengah ringan tak berisi. hehe. Lepas spent 2,3 jam kat sini, sampai penat dan mengantuk teramat, pulang lah kami ke Sutera Inn untuk me-landing kan diri di atas tilam empuk. ZZzzzzz..
Esoknya, bangun awal2 untuk meneruskan misi. Tapi sebelum tu haruslah bersarapan dulu di hotel. Rugi lah kalau mengabaikan coupon breakfast yang di beri. Tepat 7.30 pagi, kami memulakan acara bersarapan secara besar-besaran. Memang betul2 BIG breakfast. haha. Hampir sejam kami melantak di sana. Bukan kah tadi sudah di sebut, makan adalah part paling mengujakan. Yang penting makan2 is still the best.hehe
Dah habis makan? Okeh kita sambung berjalan lagi. Memandangkan nafsu berjalan2 mengukur tanah adalah melebihi segala-gala, makanya kami terus check out pagi tu juga. Malas dah nak balik tengahari untuk check out. So, destinasi pertama pagi ini, adalah ke PASAR SITI KHADIJAH. Beli lah apa2 yang patut kat sini seperti Dodol, kain batik, kain pasang dan macam2 lagi lah. Satu perkara yang menarik untuk di kongsi adalah ke-friendly-an yang cukup menonjol oleh peniaga2 di sini. Sangat friendly dan pandai mengambil hati pelanggan, sampai rasa tak sayang pun nak keluarkan duit untuk beli barang diaorang. 'Seller-customer bonding' yang agak susah nak jumpa kat mana2, especially kat Terengganu ni. Memang berbeza. Peniaga2 Terengganu sepatutnya mengambil ini sebagai contoh. Ini tidak. Ada sebahagian yang langsung tak melayan pelanggan. Huh, ada hati nak berniaga tu..
After ronggeng2 di Pasar Siti Khadijah, off to KB MALL. Ini pun antara tempat yang wajib pergi kalau ke KB. Tujuan utama sebenarnya adalah untuk menyambar sepasang baju Dinner. Tapi macam biasa lah, bila dah terlalu banyak pilihan, akhirnya satu pun tak di beli. Caisss! Yang di beli adalah benda lain berupa baju yang tak sesuai untuk ber-dinner2. hehe. Tak apa lah, dinner lambat lagi. Sempat lagi kot beli. Biasa lah buat kije last minit ni.Yang penting sangat seronok berjalan2 di KB. huhuhu.
Okeh, dah nak balik ke Terengganu. Dah penat2 berjalan bershopping beronggeng2, kami pun bertolak balik ke negeri tercinta. Sempat lagi berkira2 untuk singgah makan Satey best di Jabi. see, makan lagi.haha:D. Malangnya saat sampai di kedai satey tu, saya macam dah nak collapse je. Penat teramat sangat. Makanya, satey yang memang best tu, akhirnya jadi tak best kat mulut saya. Tapi sempatlah jamah 4 batang satey, selebihnya, tengok saja satey itu dimakan dengan lahapnya oleh Kak yana dan Kak Chik.gegeggegege.
Kesimpulannya, percutian ini sangat best. Dan saya baru sedar sesuatu, yang saya sukeee dengan KB. Owhh, terjatuh hati sudah. hehe. Tapi yang tak best, balik2 je terus jadi stress balik. Apakah?? Ingat bercuti boleh hilang terus masalah, rupanya datang balik bertandang. haiiih. Kena extend cuti ni, nak cuti 2 minggu, boleh?? Banyak cantik muka kau!
p/s: i love u..ehhh bukan2..Next trip saya request nak bersantai di tepi pantai sambil berbikini berjemur macam sotong, okeh kakak2 sekalian. huhuhuhu
1 comment:
bukan pasar che yeh hoke....
wakaf che yeh
Post a Comment