Sepanjang 25 tahun hidup ini, sudah banyak kali saya membuat pilihan yang salah. Pilihan yang akhirnya menyelitkan sedikit kesalan di hati. Tak kira apa lah. Dari zaman kecil yang tak tahu apa2, sampai lah sudah dewasa dan mampu buat keputusan sendiri. Saya sering merasakan saya membuat pilihan yang salah. Masa di zaman persekolahan, saya merasakan saya salah apabila memilih untuk bersekolah di situ. Masa di tingkatan 4, saya merasakan saya tersalah pilih bidang. Masa ke MRSM juga, saya merasakan itu satu kesilapan. Ketika melanjutkan pengajian ke MSU, juga satu kesilapan. Mengambil keputusan untuk berjumpa dan menyerahkan hati kepada orang itu juga bagaikan satu kesilapan bagi saya. Semuanya bagaikan satu KESILAPAN dalam hidup saya. Saya fikir saya silap kerana akhirnya apa yang saya target di situ, tidak saya capai sepenuhnya. Lantas, saya KECEWA. Kecewa dengan keadaan. Kecewa dengan persekitaran. Sampaikan saya pernah memohon agar tidak di beri pilihan. Letakkan saja di mana2. Takdirkan apa saja. Jangan bagi peluang untuk saya memilih. Sebab saya takut silap membuat perhitungan. Silap meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya.
Namun tanpa saya sedar, KESILAPAN itu yang membawa saya ke sini. KESILAPAN itu yang menjadikan saya seperti hari ini. KESILAPAN itu yang menjemput bahagia dalam hidup saya. KESILAPAN itu juga yang menggembirakan ibu bapa saya. Jadi, adakah KESILAPAN itu satu kesilapan? Naifnya dulu diri menyalahkan keadaan. Sedangkan betapa banyaknya kenangan indah yang saya cipta di zaman persekolahan itu. Seronok nya di alam pengajian tinggi yang saya kenang sampai ke hari ini. Dan betapa cantik juga titipan bahagia yang pernah singgah di hati saya kerana si dia. Ini kah yang yang saya panggil KESILAPAN?
Benarlah, manusia itu sering lupa untuk bersyukur. Sering memandang kekurangan diri, tanpa mensyukuri 1001 nikmat yang Allah dah beri. Shame on me. Tersangat malu dengan Allah, bila sering terasa lemah jatuh tersungkur, di kala Allah menguji sedikit bahagia yang dikecapi. Terlalu kecil rasanya ujian itu, jika di bandingkan dengan selautan nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan selama hidup ini. Terima kasih ya Allah! Terlalu banyak dosa dan perkara sia2 yang sudah dilakukan selama ini. Terlalu banyak rungutan. Terlalu banyak syak wasangka. Sedar atau pun tak sedar. Tapi rahmat dan kasih sayang Allah terus mengalir tanpa henti. Dan di kala diri ini 'ditampar' dengan dugaan yang saya sangka berakhir sudah kehidupan, gelap sudah dunia, haruslah saya tahu itu adalah balasan dosa2 yang pernah saya lakukan sebelum ini. Berbahagialah, kerana itu terhapus sudah dosa. Semoga ringan semua urusan di akhirat kelak.
Dan esok ada misi penting yang perlu saya uruskan. Apa pun yang berlaku esok, saya sedang cuba menyediakan diri untuk menerima segala apa pun. Mungkin esok juga salah satu KESILAPAN dalam hidup saya. Tapi saya mahu terima dengan lapang dada. Mungkin KESILAPAN ini akan membahagiakan saya akhirnya. Tak kira apa pun kesilapan itu, saya yakin itu rencana Allah yang terbaik untuk saya.
2 comments:
Tak salah kalau kita buat kesilapan sebab kita akan belajar macamana nak baiki kesilapan tu dan menjadi insan yang lebih baik... (peringatan untuk diri sendiri juge!)
kesilapan mematangkan kita... orang yang tak pernah buat silap tak pernah belajar apa-apa. budak kecik yang nak pandai berjalan pun jatuh berkali-kali sebelum dia tahu berjalan kerana tiap kali dia jatuh tu laa dia belajar dari kesilapan dia lalu memperbaiki diri sendiri...
Post a Comment