Khamis yang redup. Seawal pagi hingga sekarang, 3.39 petang, hanya redup yang menemani hari. Redup itu umpama reflek pada hati.
Hari ini seperti biasa di Office, ceria sentiasa. Walaupun tanpa kehadiran beberapa rakan sekepala, yang terpaksa dan dipaksa melunaskan tugas jauh nun di Shah Alam. Semoga mereka tahu, betapa rakan2 di sini merasai kepergian yang sementara itu. Ada yang merindu kekasih hati yang tiada di mata. Ada yang tersasul2 menyebut nama 'kakak' yang jauh di nun di sana. Ada yang tertanya2 bilakah hari kepulangan anda2 semua. Emmm, ini lah yang di kata 'dekat bau t**i, jauh bau wangi. :D
Hari ini juga berlaku sesuatu yang saya sendiri kurang pasti, patutkah atau bodohkah tindakan itu. Yang pasti ia tetap mengundang air mata. Hari yang penuh tangisan mungkin. Setiap butir bicara pasti seiring dengan esakan tangis itu. Hari ini saya mendengar luahan seorang ibu. Bukan lagi melalui bualan telefon, tapi berdepan mata ke mata. Boleh juga dianggap tazkirah barangkali, kerana dalam titisan air mata itu, bersusun kata nasihat dan panduan isu agama segala terkeluar. Biar pun bukan itu yang saya ingin bicarakan, namun siapa saya untuk mencelah. Lagi pula segala intipati kata2nya itu panduan. Biarpun beribu kali sudah saya mendengar, tidak mengapa. Walau sungguh saya tidak mengerti mengapa perkara ini yang di bangkitkan, sekurang2nya ada kedamaian dan ketenteraman hati yang saya peroleh. Bagaikan satu petunjuk dari Allah mungkin. Panasnya tangisan yang mengalir tidak langsung mengundang gelodak jiwa, bahkan rasa lega yang tak terungkap oleh kata. Entah sebab apa kelegaan itu hadir, saya tiada mengerti, kerana apa yang saya cari belum lagi di temui. Anggap saja rasa itu satu nikmat. Nikmat yang patut saya syukuri. Sekurang2nya pertemuan itu tidak mengundang gundah dan hampa pada diri.
Dan segala puji juga di panjatkan pada yang Satu. Selepas di limpah nikmat kelegaan itu, berita gembira diterima lagi. Panggilan telefon dari seorang kakak mengkhabarkan gaji bulan ini sudah selamat dalam genggaman. Alhamdulillah. Itu saja yang mampu terucap. Di saat tahap kewangan di akhir bulan ini pada paras membimbangkan, rezeki ini Allah hadirkan. Bagi pekerja yang sering menghadapi masalah kelewatan gaji seperti saya, berita ini mengundang rahmat yang besar. It's really make my day. Settle sudah bil2 yang perlu di bayar. Terasa sedikit hebat bila mampu membayar bil lebih awal dari yang sepatutnya. oppss, No takbur2 :D. Khabarnya, punca kelewatan gaji setiap bulan selama ini adalah di sebabkan kecuaian pihak yang menguruskannya. Dan di khabarkan juga pihak terbabit di ganti yang lain. Owhh, patutlah cepat masuk gaji bulan ini. Harapnya kekal sampai ke sudah.
Ini saja cerita hari ini, setakat ini.
No comments:
Post a Comment