tekan jangan tak tekan!

Saturday, October 30, 2010

Siri Novel Bagaikan Puteri/

Anda suka novel? Peminat novel? Saya? Sangat lah tidak. hehe. Pernah dulu zaman sekolah rendah tersuka lah juga baca novel, lebih2 lagi karya Ahadiat Akasyah. Masa tu buku2 beliau kan tengah meletop, mantop gitu. Sebut je, Lagenda Budak Setan, Matilda, apa lagi, lupa sudah. hehe. Sekolah rendah lagi saya dah khatam novel2 segala ni. Semua mak saudara yang punya, saya tumpang baca je. Tapi masuk sekolah menengah, bab2 baca novel ni saya slow2 tinggal. Masa tu memang dunia saya hanya buku sekolah. Novel dah tolak tepi. Lagi pun masa tu saya rasa novel dah tak best. Semua cinta cintun yang entah apa2, dengan dunia korporat keparat, nama watak yang cam canggih manggih. So, terus tak minat dah. Bosan sangat pun, saya baca lah juga, tapi kebanyakkannya saya baca intro, tengah2 dan ending. Dah habis satu novel, tak sampai 30 minit pun. Muahahahaha.

Sampai lah masa saya belajar IPT, tergila lah saya pada satu siri novel ni. Masa tu tahun akhir, housemate saya sangat suka novel. And mostly English novel la. Terjoin lah sama baca. Best rupanya novel english ni. Dalam banyak2 novel english dia, ada satu novel melayu yang mula2 saya buat donno je. ecehh, gila berlagak engkau. Satu hari tu, saya terbosan yang melampau, saya ambik la novel ni. Tajuk, BAGAIKAN PUTERI, karya Ramlee Awang Murshid. belek2. Nak baca cam malas. Tapi baca jugalah. Lepas sehelai demi sehelai, akhirnya sampai ke muka surat terakhir. OMG, sangat sangat sangat menarik novel ni..! Best gile you. Muahahaha. Sejak itu sangat lah saya jatuh cinta sama hero novel ni, yang menjadi tonggak utama novel, Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin.Walaupun masih berkisar tentang cinta, tapi olahan memang superb! Cinta pada Allah dan Rasul tetap di junjung. Nak berdakwah pun sesuai sebab islamik habis. Dan ada juga unsur2 'Back to the Future' gitu. Pendek kata, kalu baca tu memang melekat. Novel ini berjaya buat saya setia membaca sampai habis. Gila terawang2 baca novel ni. Menyesal tak baca awal2. haha:D. Rupa2nya, buku ni dah lama terbit, dah ada trilogi pun. Betapa ketinggalannya saya masa tu. Tak berakhir di situ saja, bila dah balik Terengganu, sekitar Mac 2009 ada Pesta Buku. Ni wajib lah pergi, teruja sungguh kalau ada Pesta Buku. Tengok2 ada semua siri trilogi tersebut. Harus lah daku excited overdose, terus beli tiga2 novel ni, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, dan Hijab Sang Pencinta. Puas hati. hehe.


Hari ni pula, lepas pulang dari kenduri rumah Kak Ros, terus ke Pesta Novel di TTC. Dah hari terakhir rupanya, tak perasan langsung. Semangat lah kami (me, ziana, iwani, ita dan saibah) nak berpesta juga. Rupa2nya sangat lah hampeh. Pesta apakah seciput cam gini. hehe. Jahatnya daku. Tak apa lah, dah sampai, jalan je lah. Tengok2, belek2, akhirnya terjumpa satu buku.....Kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, CINTA SUFI. Walla, mesti beli! Dan akhirnya memang ku beli. hehehe. Sudah rindu sama itu Laksamana Sunan yang perkasa. SANGAT SUKA!!


Lepas sudah rindu pada itu laksamana Sunan. Kalau dalam Bagaikan Puteri ada Haryani, Cinta Sang Ratu ada Ratu Ratna, Hijab Sang Pencinta jumpa balik Haryani, Cinta Sufi pula ada Catalina dan Luna. Menarik kan. Yang paling saya kagum, macam mana penulis begitu teliti mengaitkan kesemua siri ni. Jalinan cerita yang sangat cantik. Senang cakap, kalau baca salah satu je novel ni, memang pening dan tak faham, lost sebab banyak 'flash back'. Nak tak nak memang kena baca semua, baru complete dan faham jalinan watak2 novel ni. Bagus betul startegi penulis ni mengikat pembaca. Hebatkan. Agak2 lepas ni ada lagi tak sambungan Bagaikan Puteri ni. Kalau ada, ada harapan tak wanita yang di sayangi Sunan bernama MIEYZA? Muahahahahahaha. Jom gelak kuat2 sama budak ferasan!!

'Sebagai Manusia, Aku Sayang Padamu - Laksamana Sunan'

November is coming..I like!

Lusa dah November 2010. Kejap je masa berlalu. Macam baru je lagi tengok kawan2 berumah tangga November 2009 hari tu, sekarang dah setahun. Ada yang dah bercahaya mata pun. Alhamdulillah. 

November itu indah bagi saya. Saya suka November kerana bulan ke-11, nombor yang saya suka. LOL! Istimewanya November pada saya adalah kerana kenangan manis tercipta di bulan November. Birthday ayah tersayang di bulan ini, bermulanya detik suka duka saya bersama dia juga di bulan ini. Tahun ini lagi bertambah suka kerana November ini bakal mengikat 3 rakan saya ke alam perkahwinan. Kawan kahwin, of course la suka. Dan tak lupa, Raya Haji juga bakal di sambut bulan ini. Seronokkan. 

Biasanya, masuk bulan November saya akan start dengan projek baru. Ecehh, macam kontraktor pulak engkau berprojek bagai. haha:D. Projek homemade Craft yang tak berapa nak jadi. huhu. Dah la tak kreatif, tangan pun keras kejung macam kayu pun ada hati nak ber-craft. Caiiss.:D. Memang lah tak kreatif, tangan keras, tapi saya sangat sangat suka buat benda-tak-ada-kije macam ni, instead of beli je kat kedai. Mungkin sesetengah orang lagi suka beli je kad ke, apa ke, tapi saya memang selalu je gatal tangan nak buat. Pada hal modal buat jauh lagi mahal dari beli yang siap. Tapi sentimental value tu yang penting. Since nak sambut ulang tahun perkahwinan-tak-jadi ke-3 kami 11 November ni, makanya gigih lah saya buat something untuk orang itu.

Jadi semalam jumaat, dalam hujan renyai2 merayap lah saya seorang diri ke Pustaka Sri Intan, cari lah barang yang patut, even tak tau lagi nak buat apa. Beli yang asas2 dulu. Kad warna berkeping2. Then cari wrapping paper yang cantik. Tak jumpa. Kuciwa sebab semua tak cantik di mata. Tak boleh jadi, kena cari juga. So, teruskan usaha cari kat kedai apa entah depan Stesen Bas. Nasib baik buka. Masuk je terus menuju ke tempat wrapping paper, terus tertangkap pada satu wrapping paper biru yang sangat menawan mata saya. Dan kertas tu tinggal sehelai saja. Apa lagi, terus sambar. Tak tengok dah harga. Masa nak bayar, adik cashier tu cakap kertas ni mahal sikit. Saya dah gulp, berapa ye? RM3. Owhh, tak ada lah mahal sangat. Terus bayar sambil bernyanyi2 dalam hati. Berbaloi saya pusing dua kali cari parking, pastu salah parking pulak tu. haha. Lantak lah. yang penting dapat.

Cantik tak? Teruja tak? ke saya sorang je yang terpana? haha

Sampai rumah terus duduk, merangka2 nak buat apa. Ermm, ok! dapat dah idea nak buat apa. Terus gigih menggunting kertas segala.Potong-potong, gunting2, akhirnya saya stop. Berehat jap. Makan2 sembahyang, tengok TV. Pastu cam malas pulak nak sambung. hahaha. Ini lah saya, semangat berkobar2 bukan main. Lama2 dah malap pula semangat. Tak apa, yang penting harus di siapkan sebelum 11 Nov. Erkk, tapi projek apa yang saya buat ni? Rahsia Kerajaan Malaysia. hehehe. Dah siap nanti saya akan kongsi. Baru siap 10%. mind u, saya seorang yang lembab. hehe. Sekarang tak nak bagitau lagi, takut tak jadi. hahaha:D

 Ni lah hasil yang baru 10% tu. Agak2 nya, apakah menatang ini? muahahaha.

Owhh, lupa. Saya sangat happy jumpa kain FELT merah kat PSI. Sangat lah tak sangka felt itu boleh ada kat PSI. Sanggup tu beli online, ingat tak ada kat sini. Sebab yang saya beli tak ada merah, jumpa yang merah menyalakan kat PSI haruslah daku happy. gegegege! Nanti saya akan entri-kan projek lama terbengkalai ; FELT CRAFT. :D

Friday, October 29, 2010

Fake Identity?

Beberapa hari yang lalu, rakan sepejabat yang agak tegar juga ber-blog a.k.a Mentor blog saya, Kak Chik buat satu entri pasal seorang blogger. First time dengar nama dia, dan saya tak pasti sama ada dia ni blogger yang tersohor mohor atau tidak. Kalu betul terkenal pun, memang saya ni tak pernah amik tahu sebab memang saya tak tahu. hehehe. Berdasarkan kekaguman kak chik terhadap perempuan ini, saya pun jenguk lah blog beliau. My first impression, Wahh kagumnya..Siapa tak kagum, siapa tak terkesima dengan kata2 puitis dan seni penulisan melayu tahap tinggi yang beliau rakamkan dalam setiap entri. Setiap inci perit luka suka tawa tangis beliau terjemahkan dalam blog tersebut. Lagi bertambah kagum, beliau ini merupakan anak kacukan melayu-omputih, warga Australia, yang juga merupakan cancer survival, juga bergelar hajah pada usia 19, berbakat besar dalam seni lukisan, pandai bermain gitar dan sangat arif bab agama. Kagum tak?? Kagum kan. Dan rupa2nya beliau ini sangat ramai peminat yang begitu terbuai2 dengan kata2 indah tersebut. Plus, gadis ini sangat cantik, berdasarkan gambar pada blognya. Semua tampak sempurna. Biarpun setiap entrinya sarat dengan duka dan melankolik, namun olahan cerita sangat menarik untuk di baca. Saya sempat follow beberapa hari blog beliau, sampai lah semalam last entry yang saya sempat baca adalah mengenai jawapan beliau terhadap beberapa persoalan yang saya tak pasti mengenai apa. Yang pasti, beliau menjawap tentang satu konspirasi dan tuduhan2 yang terlempar ke mukanya siap bersumpah guna nama Allah. Bagi saya, biasa lah tu, blogger popular pasti ada yang cemburu. then, lepas tu dah tak boleh masuk blog gadis ini, dah di-private. Owhh, teruk sangatkah? tak apa lah, saya tak ambil hal pun.

RUPA2NYA sesuatu sedang terbongkar. Tengah hari tadi sedang saya ber-blog walking, tak sengaja terterjah satu entri seorang blogger yang mungkin popular juga ( again, saya tak pasti) mengenai konspirasi yang dijawap oleh gadis tersebut. Sungguh benda ini betul atau tidak, tuhan saja yang tahu. Rupanya FIDA AISHAH adalah fake. Masa tu tiba2 saya ternganga. Biar betul? baru je beberapa hari duk baca blog beliau. Blogger terbabit siap bagi bukti. Rupa2nya semua gambar yang dia dakwa sebagai dirinya adalah tipu. Semua gambar diambil dari internet,website dari artis Korea mungkin, siap edit dan mengaku gambar dia. Dan petikan gitar yang di dakwa hasil 'tangan' nya juga fake. Cerita2nya juga juga di katakan tak betul dan hanya rekaan semata2. WTFun. Entah lah. Masa baca cerita2 beliau, pernah juga terlintas betul ke beliau ini. Macam sangat hebat dan begitu perfect. Tapi bila tengok bukti2 yang di tunjukkan, tak tahu nak react macam mana. Nak gelak pun ada. Malu pun ada. Malu ada manusia macam tu. Dan rupanya pembongkaran ini sangat hangat di perkatakan oleh blogger2 yang tahu kisah sebenar. Teori yang di buat, semua rekaan dan ciptaan ini di buat semata2 untuk menarik perhatian semua, sekali gus menaikkan rating blog, dan meraih RM yang banyak hasil pengiklanan. Kalau lah benar penipuan itu, memang benar2 satu penipuan, bayangkan betapa gadis ini menipu berapa ramai dah peminat2 dia, nak2 yang bantu dia mendapat hasil pengiklanan. Yang lagi menarik, ada yang mendakwa gadis ini sebenarnya seorang LELAKI. hahaha. Macam kelakar, tapi mungkin juga sebab boyfriend beliau yang juga blogger yang boleh tahan otai dalam dunia blog tiba2 mendiamkan diri dan blog dah di-'under contruction'. Kebenaran? Hanya Allah yang tahu. 

Realitinya, dunia maya memang tak dapat di jangka. kisah Fake Identity dan Slip personality ni memang dah terlalu banyak berlaku. Mengapa ye perlu menyamar menjadi orang lain. Tidak mendedahkan diri di alam maya mungkin boleh di terima, dan rasanya satu tindakan yang bagus. Tapi bila dah menyamar jadi orang lain, siap reka cerita segala, semata2 nak RM, sangat lah tak patut. Haiih, macam2 hal. Apa pun, jadi lah diri sendiri. Tak guna menipu. Dah terbongkar macam ni, siapa yang malu?? Tapi mungkin juga si polan ini ada sebab tersendiri. Ada masalah sendiri yang kita tak tahu. Entah lah..

Kepada sesiapa yang rasa berminat nak tahu, sila lah google cari FIDA AISHAH. Blog dia adifstory.blogspot.com. Tapi dah di-private. Dia ada invite sesiapa yang masih nak baca blog dia kat facebook. Silalah tinggalkan email anda di situ, kalu rasa ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Percayalah, anda pasti KAGUM!

Thursday, October 28, 2010

Cerita Hari ini.

Khamis yang redup. Seawal pagi hingga sekarang, 3.39 petang, hanya redup yang menemani hari. Redup itu umpama reflek pada hati. 

Hari ini seperti biasa di Office, ceria sentiasa. Walaupun tanpa kehadiran beberapa rakan sekepala, yang terpaksa dan dipaksa melunaskan tugas jauh nun di Shah Alam. Semoga mereka tahu, betapa rakan2 di sini merasai kepergian yang sementara itu. Ada yang merindu kekasih hati yang tiada di mata. Ada yang tersasul2 menyebut nama 'kakak' yang jauh di nun di sana. Ada yang tertanya2 bilakah hari kepulangan anda2 semua. Emmm, ini lah yang di kata 'dekat bau t**i, jauh bau wangi. :D

Hari ini juga berlaku sesuatu yang saya sendiri kurang pasti, patutkah atau bodohkah tindakan itu. Yang pasti ia tetap mengundang air mata. Hari yang penuh tangisan mungkin. Setiap butir bicara pasti seiring dengan esakan tangis itu. Hari ini saya mendengar luahan seorang ibu. Bukan lagi melalui bualan telefon, tapi berdepan mata ke mata. Boleh juga dianggap tazkirah barangkali, kerana dalam titisan air mata itu, bersusun kata nasihat dan panduan isu agama segala terkeluar. Biar pun bukan itu yang saya ingin bicarakan, namun siapa saya untuk mencelah. Lagi pula segala intipati kata2nya itu panduan. Biarpun beribu kali sudah saya mendengar, tidak mengapa. Walau sungguh saya tidak mengerti mengapa perkara ini yang di bangkitkan, sekurang2nya ada kedamaian dan ketenteraman hati yang saya peroleh. Bagaikan satu petunjuk dari Allah mungkin. Panasnya tangisan yang mengalir tidak langsung mengundang gelodak jiwa, bahkan rasa lega yang tak terungkap oleh kata. Entah sebab apa kelegaan itu hadir, saya tiada mengerti, kerana apa yang saya cari belum lagi di temui. Anggap saja rasa itu satu nikmat. Nikmat yang patut saya syukuri. Sekurang2nya pertemuan itu tidak mengundang gundah dan hampa pada diri. 

Dan segala puji juga di panjatkan pada yang Satu. Selepas di limpah nikmat kelegaan itu, berita gembira diterima lagi. Panggilan telefon dari seorang kakak mengkhabarkan gaji bulan ini sudah selamat dalam genggaman. Alhamdulillah. Itu saja yang mampu terucap. Di saat tahap kewangan di akhir bulan ini pada paras membimbangkan, rezeki ini Allah hadirkan. Bagi pekerja yang sering menghadapi masalah kelewatan gaji seperti saya, berita ini mengundang rahmat yang besar. It's really make my day. Settle sudah bil2 yang perlu di bayar. Terasa sedikit hebat bila mampu membayar bil lebih awal dari yang sepatutnya. oppss, No takbur2 :D. Khabarnya, punca kelewatan gaji setiap bulan selama ini adalah di sebabkan kecuaian pihak yang menguruskannya. Dan di khabarkan juga pihak terbabit di ganti yang lain. Owhh, patutlah cepat masuk gaji bulan ini. Harapnya kekal sampai ke sudah. 

Ini saja cerita hari ini, setakat ini.

Wednesday, October 27, 2010

Bagi aku Kau Bulan

Bagi aku Kau Bulan 
Aku puja cahayamu, biarku tahu ia pinjaman sang suria

Bagi aku Kau Bulan
Tak selalu Sempurna Penuh bercahaya, namun aku pasti cahaya sedikit itu aku yang punya

Bagi aku Kau bulan
Terkadang hilang ditelan gerhana, Namun aku tahu disebalik bayang, hadir mu hanya untuk aku

Bagi aku Kau Bulan
Terlalu dekat di mata, Terlalu rapat dihati, Namun hakikatnya kau tidak tergapai untuk aku rangkul.

Dan aku kini terus menjadi pungguk. Hanya mampu memandang dari jauh, tanpa mampu memiliki...

Rasa itu tak pernah mati


Sunday, October 24, 2010

Indahnya kesilapan itu

Sepanjang 25 tahun hidup ini, sudah banyak kali saya membuat pilihan yang salah. Pilihan yang akhirnya menyelitkan sedikit kesalan di hati. Tak kira apa lah. Dari zaman kecil yang tak tahu apa2, sampai lah sudah dewasa dan mampu buat keputusan sendiri. Saya sering merasakan saya membuat pilihan yang salah. Masa di zaman persekolahan, saya merasakan saya salah apabila memilih untuk bersekolah di situ. Masa di tingkatan 4, saya merasakan saya tersalah pilih bidang. Masa ke MRSM juga, saya merasakan itu satu kesilapan. Ketika melanjutkan pengajian ke MSU, juga satu kesilapan. Mengambil keputusan untuk berjumpa dan menyerahkan hati kepada orang itu juga bagaikan satu kesilapan bagi saya. Semuanya bagaikan satu KESILAPAN dalam hidup saya. Saya fikir saya silap kerana akhirnya apa yang saya target di situ, tidak saya capai sepenuhnya. Lantas, saya KECEWA. Kecewa dengan keadaan. Kecewa dengan persekitaran. Sampaikan saya pernah memohon agar tidak di beri pilihan. Letakkan saja di mana2. Takdirkan apa saja. Jangan bagi peluang untuk saya memilih. Sebab saya takut silap membuat perhitungan. Silap meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya. 

Namun tanpa saya sedar, KESILAPAN itu yang membawa saya ke sini. KESILAPAN itu yang menjadikan saya seperti hari ini. KESILAPAN itu yang menjemput bahagia dalam hidup saya. KESILAPAN itu juga yang menggembirakan ibu bapa saya. Jadi, adakah KESILAPAN itu satu kesilapan? Naifnya dulu diri menyalahkan keadaan. Sedangkan betapa banyaknya kenangan indah yang saya cipta di zaman persekolahan itu. Seronok nya di alam pengajian tinggi yang saya kenang sampai ke hari ini. Dan betapa cantik juga titipan bahagia yang pernah singgah di hati saya kerana si dia. Ini kah yang yang saya panggil KESILAPAN?

Benarlah, manusia itu sering lupa untuk bersyukur. Sering memandang kekurangan diri, tanpa mensyukuri 1001 nikmat yang Allah dah beri. Shame on me. Tersangat malu dengan Allah, bila sering terasa lemah jatuh tersungkur, di kala Allah menguji sedikit bahagia yang dikecapi. Terlalu kecil rasanya ujian itu, jika di bandingkan dengan selautan nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan selama hidup ini. Terima kasih ya Allah! Terlalu banyak dosa dan perkara sia2 yang sudah dilakukan selama ini. Terlalu banyak rungutan. Terlalu banyak syak wasangka. Sedar atau pun tak sedar. Tapi rahmat dan kasih sayang Allah terus mengalir tanpa henti. Dan di kala diri ini 'ditampar' dengan dugaan yang saya sangka berakhir sudah kehidupan, gelap sudah dunia, haruslah saya tahu itu adalah balasan dosa2 yang pernah saya lakukan sebelum ini. Berbahagialah, kerana itu terhapus sudah dosa. Semoga ringan semua urusan di akhirat kelak. 

Dan esok ada misi penting yang perlu saya uruskan. Apa pun yang berlaku esok, saya sedang cuba menyediakan diri untuk menerima segala apa pun. Mungkin esok juga salah satu KESILAPAN dalam hidup saya. Tapi saya mahu terima dengan lapang dada. Mungkin KESILAPAN ini akan membahagiakan saya akhirnya. Tak kira apa pun kesilapan itu, saya yakin itu rencana Allah yang terbaik untuk saya.

Saturday, October 23, 2010

Merabang di petang Sabtu

Petang sabtu yang panas. Panas macam nak hujan. Alhamdulillah, Allah turunkan hujan di bumi Terengganu ni agak kerap kebelakangan ini, selepas di uji dengan kepanasan yang agak di luar kebiasaan 2,3 bulan yang lalu. Biasalah, dah nak beralih musim. Dah semakin menghampiri musim tengkujuh. Haiik, macam duk oversea pulak ada musim2.haha.:D  Sana ada 4 musim, sini ada 2 musim. Musim panas, musim tengkujuh. Dah masuk musim tengkujuh nanti siap lah. Bak kata orang Terengganu, hujan tak celik mata. Maksudnya hujan je memanjang, langsung tak ada matahari dah. Tiba waktu tu, tak kering lah baju2 yang bersidai. Berlonggoklah baju2 kotor. Dan yang paling syok, BANJIR. huhu. Kat kampung saya ni memang dah bertahun2 tak rasa 'nikmat' banjir. Mungkin sebab sistem perparitan yang memang tip top, even thou' memang sangat berdekatan dengan sungai Terengganu. Tapi bagi kawasan2 yang selalu banjir tu pun bukan nikmat sebenarnya. Seksa dan sengsara bila terpaksa pindah barang2 ke tempat lain. Lumpur lagi yang mengotorkan kawasan. Plus, banjir juga boleh menjadi sangat bahaya yang boleh mengancam nyawa. Memang lumrah, masuk je musim tengkujuh, memang ada yang terkorban, especially anak2 kecil yang leka main air. So, tolong lah wahai ibu bapa sekalian, jaga anak2 masa musim banjir nanti. Ishh, macam iklan khidmat masyarakat pulak. Hahaha.

Punyalah panjang mukadimah. hehehe. Okeh, sebenarnya tak ada apa pun yang nak dibebelkan. Cuma ada sedikit terselit perasaan yang kurang seronok. Benci. Nak marah. Nak melenting. Pada siapa? Kerana apa? Biarlah rahsia. Malas nak fikir. Masing2 dah besar. Bila rasa bijak sikit, rasa cerdik sikit, mula lah hilang rasa hormat. Bajet engkau tu OK sangat ke. Menyampah betul. Rasa apa yang dia buat semua betul. Ahh, Lantak lah. Yang penting aku tak susahkan Engkau pun.

Itu saja. Sekian terima kasih.

Friday, October 22, 2010

Susah akhirnya Senang.

Minggu yang hectic! Ye, minggu ini minggu yang sangat sangat sangat SIBUK. Semua sibuk. Sibuk dengan ESD, Tagging, Minit mesyuarat. Mcm2 lah. Semua harus di hantar ke Shah Alam on time. Start dari gila-hantuk-kepala buat soalan exam, sambung pulak kerja yang datang gedebuk gedebak secara pukal, semuanya macam tak cukup nafas. Dan tiba hari khamis, semua dah beres. Semua terpinga2 macam, eh..tak ada kerja kah?? Makanya, aktiviti meronggeng kembali. muahahaha.

Biasa lah kerja office, ada masa rileks, ada masa nak makan pun tak sempat. Yang kesian pasti lah PM2 dan pihak2 yang berkenaan. Kena bereskan kerja sampai ke malam. Kesian. Nak buat macam mana, tuntutan tugas, kena lah ikhlas bekerja. Baru jadi ibadah. 

Owhh ye, semalam juga ada sedikit ribut melanda. Tak ada lah ribut sangat, tapi bikin kecoh juga la. Semua sebab seseorang yang meluahkan ketidakpuasan hati secara sedikit kurang keajaran di facebook. Menyebabkan terhiris dan tergurisnya perasaan banyak orang. Tapi itu lah, budak2 zaman sekarang. Manja tak bertempat. Tak puas hati sikit, memaki hamun. Langsung dah tak ada rasa hormat kan si penyampai Ilmu. Entah lah, tak faham juga sebenarnya. Rasanya saya baru lagi tamat zaman belajar.Baru dalam 2 tahun. Kalau lah saya yang buat perangai macam tu dulu, entah apa yang jadi agaknya sekarang. See, tak sampai 5 tahun pun beza zaman saya dan zaman budak2 skrg, tapi tahap hormatkan guru aka pengajar macam dah terhakis separuh. Lagi 10 tahun, apa agaknya yang berlaku? Seram pulak haku fikirkannya.

Memandangkan hari ini Jumaat, cuti macam biasa, sangat lah tak tahu nak buat apa. Banyak rancangan sebenarnya, tapi satu pun tak jalan. Then teruslah mengajak cik Ziana kita membuat aktiviti yang dah lama rancang tapi tak jadi2, JOGGING. haha:D. So tadi pukul 5 lebih, berangkatlah kami ke Taman Awam Batu Buruk. Ni tempat wajib untuk berjogging. Walaupun ada lagi tempat lain, tempat ini juga yang kami tuju. Akhirnya masing2 tertanya2, eh..kenapa kita tak gi sini je? eh..kenapa tak gi situ je? Persoalan yang tak terjawap. haha:D

Lepas penat2 berpeluh lari 200 2 pusingan, kami pun macam biasa ke Pantai bercanda ria berbikini mandi laut melayan perasaan sekejap ambil angin. Sangat menenangkan. Selalu rasa bertuah jadi rakyat Terengganu yang dekat dengan pantai ni. Stress je gi pantai. Tension je gi pantai. Putus cinta gi pantai. Happy gi Pantai. Pendek kata, apa2 acara pun nak gi Pantai. Seronok kan. hehehe. Tengah2 syok memandang laut, sambil mengacau orang sedang ber-dating, tiba2 seseorang menyuarakan rasa lapar. Nak makan. Nak ice blended. Haiih, penat saja ber-jogging.gegeggegeege. Lantasnya, berangkatlah kami mencari sumber makanan untuk menampung perut. Lokasi makan, food court baru kat Giant. Nampak meriah dan ramai orang. Not bad lah kat sini, banyak choice. Cuma sistem sedikit memening kan. Air kat sini perlu di-order atau kena layan diri? Pening betul. Tapi yang penting, Jogging tadi adakah tindakan yang sia-sia??? hahahahahahaha:D

Wednesday, October 20, 2010

Tiada Kepastian

Menterjemahkan rasa dalam hati ke dalam bentuk naskah penulisan bukan lah sesuatu yang mudah. Lebih2 lagi hati yang kusut dan jiwa yang makin larut dalam kegelisahan. Terlalu kusut sampai akal dan fikiran mula bertindak dalam mode yang perlahan. 


Tak tahu di mana harus diri di letakkan. Adakah hanya mendiamkan diri dan membiarkan semua perkara itu berlaku mengikut takdir, atau harus di suarakan hak diri yang makin hilang di pijak di hina di bawah kaki mereka? Buntu. Betul2 buntu. Hati sudah tak mampu memilih kebenaran. Tertanya sendiri, mungkin kah diri di pihak yang salah dan mereka di pihak yang benar.? Jujurnya, hati tidak lah terlalu ghairah mengejar apa yang diinginkan. Kata2 Allah tetap di pegang, "apa yang kamu sangka baik, tak semestinya baik untuk kamu. Dan apa yang kamu sangka buruk, tak semestinya buruk untuk kamu". Lantas, rasa bimbang tetap tersarang di hati. Takut apa yang di kejar rupanya bukan lah terbaik untuk diri. Takut pengakhirannya tidak lah seperti yang di impi. Akal dan fikiran tak pernah gagal mengingatkan diri, kebahagiaan tak mungkin datang jika tegar hidup atas kebencian orang. Makanya, diri semakin tersempit di himpit persoalan. Tindakan apa yang harus di lakukan?


"Ahh, mudah saja. Tinggalkan saja dia, dan teruskan hidup seperti biasa, jika sudah redha segala yang disuratkan". Tidak semudah itu. Tidak semudah itu jika hati dan jiwa masih utuh memegang janji dan kasih. Masih tebal dengan impian yang sudah lama di bina. Masih bertaut silaturahim antara keluarga. Walau pun berkali2 cuba untuk mengambil jalan mudah dengan berpaling pergi meninggalkannya sendiri, akhirnya diri tewas juga. Tewas dengan air mata yang tak pernah gagal berhenti. Tewas dengan remuk redam hati sendiri. Tewas dengan kedegilannya yang tak ingin pergi dari sisi. Hati tak mampu menipu, betapa tenangnya diri menatap senyumnya, suaranya, guraunya. Tapi di satu sudut, ada derita yang tak berpenghujung.


Hati juga tak pernah berhenti bersuara, mengapa tegarnya mereka cuba menyesakkan hidup kami yang sedaya upaya cuba untuk hidup dalam keredhaan tuhan? Mengapa sanggup menutup mata telinga untuk mendengar rintihan kami? Mengapa tegar melihat kami menderita? Terlalu payahkan membiarkan kami hidup mengenal dunia, belajar susah senang seperti orang lain? Kenapa perlu menganiaya kami? Apa yang kamu semua dapat di atas penganiayaan ini?


Entah pada siapa lagi yang boleh diluahkan. Hanya Allah sahaja menjadi tempat mengadu nasib. Dan syukur diri masih mampu memujuk hati untuk terima semua takdir Ilahi. Mungkin benar diri ini bukan di pihak yang benar. Mungkin apa yang berlaku sekarang, akan memberi senyuman di masa akan datang. Mungkin semua perbuatan kalian, akan membuatkan saya berterima kasih suatu hari nanti. Lantas, sebesar mana pun dosa kalian, saya mendoakan agar suatu masa nanti, saya mampu maafkan. Untuk waktu ini, sakitnya masih terasa. Luka masih berdarah. Saya masih menanti petunjuk yang jelas dari yang maha Esa. Yakin saya pada yang satu, Allah takkan menganiaya hambanya yang hina ini.

Monday, October 18, 2010

One Big Happy Family.


Okeh. Patutnya title berbunyi "One Big Sized Member Happy Family". haha:D. Apa yang happy sangat? Happy lah, sebab dapat makan. Siapa yang tak happy dapat makan? Lebih happy bila di belanja makan. haha. Itu haruss gembira. Malam semalam saya sekeluarga dibelanja makan oleh adik lelaki saya makan buffet supper di Permai Inn. Jarang sangat kami makan kat luar macam ni, kecuali special occasion macam birthday celebration or wedding anniversary mak ayah. Memandangkan adik lelaki saya yang no 2 tu jarang balik sebab belajar di Shah Alam, jadinya dia pun berbesar hati belanja kami. hehehe. 

Sebenarnya, 2 hari sebelum, saya dah pun di belanja makan oleh Bos Mohd, di tempat yang sama. So bila adik saya cakap dia nak belanja makan, saya pun cadangkan tempat yang sama. Lagi pun, harganya agak reasonable. Cuma RM 18.40 sekepala. Dan makan sepuasnya. Bagi kami adek beradek yang 'food-lover' ni, tempat makan buffet macam ni sangat sesuai sekali. Comfirm tak rugi kalau bayar mahal pun. hahaha. Owhh ye, dinner keluarga ni turut disertai Mohd. Walaupun bukan sebahagian keluarga, tetap di jemput menyertai aktiviti keluarga. Even mungkin tidak diserap secara permenant menjadi a part of family, si dia tetap di hati keluarga.*sayu*

Makan..jangan tak makan..

 My lovely parent..Sangat gembira bila mereka happy..



 Gambar kenangan..ke bakal jadi kenangan..??

 Ni apa motif ada lagi gambar? haihh.

Sebahagian makanan yang di sumbat ke perut. Diulangi, sebahagian ye..



Private Entry

Private entry. Memang dah lama nak mem-private kan sebahagian entri2 yang boleh di kategorikan sebagai PERIBADI dan BUKAN UNTUK BACAAN UMUM. Manusia Emo macam saya memang banyak benda yang perlu di luah. Dan penulisan memang menjadi medium untuk saya meluahkan segala macam benda yang terbuku dalam hati saya. Tapi meluahkan sesuatu yang tak bertapis dan menjadi bacaan umum sangat tidak menyenangkan bukan? Sepertinya membuka pekung di dada. Jadi ini cara terbaik untuk meluahkan, tanpa perlu memberitahu the whole world yang kamu stress, tertekan, marah, memaki hamun dan sebagainya. hehe. 

Tapi sebab tak tahu macam mana nak buat (or memang saya yang rabun IT ni tak jumpa aplikasi ni..hehe), saya pendamkan saja. Lagipun masa tak mengizinkan saya menggodek2 cari tutorial macam mana nak buat. Tapi hari ni, saya usahakan juga cari aplikasi ni, even mungkin kata saya ketinggalan zaman, atau eh, ada lagi cara yang senang dan canggih. Lantak lah, yang penting saya dah berjaya buat..hehehe. Lepas bertanya kepada beberapa orang, dan masing2 memang tak tahu macam mana, saya pun google lah. Jumpa satu blog ni, Rasa Antara Kita. So thanks to her.

so jom kita testing...KOD: 123456..untuk entri ini saja di beri KOD Rahsia secara tak berahsia. Next entry yang memang kena berahsia, harus lah saya tak akan bagi kamu2 semua..hehe

Thursday, October 14, 2010

*busy sampai lupa letak title..gegegege*


Kembali menSibukkan diri. Diri disibukkan dengan kerja yang "gedebuk" jatuh dari langit. Exagerate hehe. Dalam masa seminggu (or less) kena siapkan soalan final exam untuk di hantar ke Shah Alam. Due date on Saturday. Lebih menarik, untuk satu subjek kena buat 2 set soalan. Saya kena buat 2 subjek, Imunohematologi Klinikal I dan Parasitologi I. Maknanya 2 x 2 = 4 set soalan. erkkk, APAKAH??? Palingg menarik, saya baru siap 2 Set soalan. 2 more to go within 2 days. Arkhhh....!!Tiba2 tensi. Jujurnya saya sangat sangat sangat tak suka buat soalan exam. Macam nak pecah kepala fikir buat soalan. Ini kena buat 2 set pulak untuk satu subjek. Macam jatuh di timpa tangga eskelator.huh. Senak otak. Nak2 time mereka cipta soalan parasitologi, kena search gambar segala macam parasit lagi. Lepas tu kena fikir sesuai ke tidak. Tengok bloom taxonomi lagi. Aduhhh. Triple tensi!!Memang tensi untuk orang2 yang lembab macam saya ni. nak buat satu soalan pun terkial2. Kagum sungguh dengan mereka2 yang mampu buat soalan dalam satu malam je, macam Kak Na. Macam mana lah boleh buat soalan dengan senang, cepat dan bernas. Kalau saya? Lebih rela tidur dari tertekan sorang2 buat soalan. hehehe.

Tapi ini lah penangan lama sangat tak ada kerja. Lepas raya hari tu, budak2 exam. Kami lecturer2 yang xberhemah ni apa lagi, berfoya2 lah. Sekarang diaorang cuti sem, walaupun kami bekerja seperti biasa, tahap foya2 tu increase dengan tingginya.muahahaha. So, bila tiba2 kena buat kerja macam ni, terus rasa nak pitam. Lemah urat saraf. Padan muka. haha.

Okeh Mieyza. Tak baik merungut. Bersyukurlah ada kerja untuk di buat. At least masa tak terbuang sia2. Bukan selalu rasa tension rushing segala macam ni. Busy2 pun engkau sempat juga merayau huhahuha sana sini. Lagi pun ini kan sebahagian dari tanggungjawap. Kadang2 kan tekanan itu akan menjadikan kita lebih baik. Niat lah nak buat kerja ni kerana Allah Taala. dapat pahala,kerja pun jadi sebahagian ibadat. Okeh, tak payah nak merungut2. Cabaran ni. Kena sambut dengan hati yang terbuka. Dah, sambung buat soalan. Sibuk2 pun engkau sempat update blog??

It's Not An Option, It's Part of Your Job.

Sunday, October 10, 2010

Breast Cancer Campaign

Tahu kah anda, bulan Oktober merupakan bulan Kempen Kanser Payudara? Agak2 berapa ramai yang tahu? Saya pun sebenarnya tak cakna pun bila, walaupun sedar akan kewujudan kempen ni. Hinggalah di jemput untuk satu Talk Kempen Kesedaran Kanser Payudara ni di HSNZ Terengganu 6-7hb 10 2010 baru2 ini. Talk yang telah membuka mata saya seluas2nya tentang musuh no.1 kaum2 wanita ini. Dan ribon merah jambu merupakan simbolik kepada kempen ini. Sebagai seorang wanita, haruslah saya menyokong 100% kempen kesedaran ini.

Kanser payudara mungkin antara penyakit yang paling di takuti oleh semua wanita, namun berapa ramai yang mengambil langkah berjaga2? Ramai yang mengambil mudah perkara ini, tapi sedarkah ketulan sekecil biji kacang hijau mungkin akan merubah seluruh kehidupan kita selamanya. Seriau gila kan. Dalam2 tak sedar, dalam2 berjaga pun boleh terkena juga. Sesiapa pun boleh dapat kanser ni.

Ok, jom review sikit apa benda Kanser Payudara/ Breast Cancer ni. Semua sumber diambil dari google. Untuk perkongsian bersama.

Kanser Payudara
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


Tanda dan Gejala Kanser Payudara


Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.


Peringkat Kanser Payudara


Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara. Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.


Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.




Faktor risiko

Umur

Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang 25 tahun jarang sekali menghidap kanser payu dara.


Keluarga dan faktor genetik

Sekiranya seseorang wanita mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidap kanser payu dara pada usia yang agak muda, risiko wanita berkenaan menghidap kanser payu dara akan meningkat empat kali ganda, terutamanya jika dua atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payu dara.


Riwayat haid
Sekiranya seseorang wanita baligh pada usia 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko untuk menghidapi kanser meningkat dua atau tiga kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon estrogen.


Jumlah anak

Seseorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidap kanser payu dara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.


Pemakanan

Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walau bagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga dua kali ganda terhadap kanser payu dara.

Saiz badan

Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap kanser payu dara. Ini adalah kerana lemak mengandungi estrogen dan wanita berbadan gempal mempunyai paras estrogen lebih tinggi.


Penysuan badan

Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payu dara. Penyusuan tidak memberikan apa-apa perlindungan.

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)

Pengambilan pil perancang dalam jangka masa dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali ganda. Rawatan hormon gantian (THG) melibatkan campuran estrogen dan progestogen sering diberikan. Dos estrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali ganda hanya selepas penggunaan selama lima tahun. Selepas lima tahun, risiko meningkat lagi kepada 2.6 kali ganda.

Pendedahan radiasi

Pendedahan radiasi seperti sinar-x semasa usia muda atau sebelum umur 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payu dara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku.


Cara Pencegahan

PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA.


Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih. Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun. Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.




UJIAN MAMOGRAFI


Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut.


PEMAKANAN

Pastikan anda mengambil pemakanan sihat, mengikut piramid pemakanan dan jaga berat badan. hehe. Saya mengaku failed bahagian ini. Selain itu, hindarilah dari makan makanan yang karsinogenik, iaitu makanan yang boleh mencetuskan kanser seperti makanan yang di bakar sehingga hangus dan hitam. Contohnya ayam bakar atau sate yang agak hangus tu. Elakkan makan part yang hangus tu. Dan juga makanan yang di proses dalam tin. Banyak bahan kimia tu. Bahaya. Dan silalah belajar mengira BMI dan kalori yang patut anda ambil sehari. Saya ni nama je belajar sains bertahun2, tak reti2 nak kira pasal ni. Tapi don't worry, kalau nak faham, sila tengok kat sini. Ini merupakan entri cik Ziana kita yang begitu bersungguh2 memahami segala pasal kalori dan BMI ni.:D

***********************************************************

okeh, semoga entri yang panjang lebar berjela2 ni akan bagi manfaat kepada wanita2 di luar sana yang secara tak sengaja drop by kat sini. Juga untuk diri sendiri yang sering mengabaikan kesihatan diri. Makanya lepas ni harus lah menjaga kesihatan sendiri. Dapat pahala okeh jaga kesihatan ini. Kan tubuh badan ni pinjaman dari Allah Taala, haruslah menjaga badan kita dengan sedaya upaya. Paling penting, lakukan pemeriksaan sendiri. Sebab cuma kita yang tahu tentang perubahan diri sendiri. Dan jangan takut untuk dapatkan rawatan, sebelum menjadi lebih parah. Ingatlah sekecil mana pun ketulan yang dikesan, mungkin akan membahayakan nyawa.

Pengesanan Awal Mampu Menyelamatkan Nyawa.

Saturday, October 9, 2010

Homemade Chocolate vs Beef Lasagna

walla..title persis menu restoren Italia..haha

Okeh, hari ni adalah hari masak2 sedunia. hehe. Setelah beberapa lama tertangguh, akhirnya jalan juga project terbaru saya dan Ziana, Homemade Chocolate!. Mula menanam cita2 eceh-ceh nak buat coklat ni lepas makan coklat buatan kak yus masa raya kat rumah Kak Ros. Terus jatuh cinta. Terus plan2 nak buat. Tapi nya lama lah juga tempoh masa nak buat tu. Macam2 halangan. Asyik tertangguh2. So hari tu dengan penuh semangat pergi ke kedai bakery Mee Soya untuk dapatkan barang buat coklat.

Tapi memandangkan kami tidak mempunyai sebarang ilmu pun dalam pembuatan coklat ni, makanya gigihlah saya mencari ilmu segera di internet. Sampai juling mata cari kat Youtube dia punya method. Rupanya tak berapa nak senang juga nak buat coklat ni. Kena guna coklat Compund, bukan coklat masakan biasa. Lepas tu kena ada 'Tempering' teknik pulak. Kena check suhu lagi pakai termometer. Haiih.Sungguh rumit rasanya bagi kami yang tak dapat belajar secara formal ni.hukhukhuk!

potong dulu kecik2..see, coklat dah cair sebelum di panaskan sebab cuaca yang membahang.

Hai Love and Mr Bear..




So lepas berpenat lelah, hasilnya honestly tidak seperti yang kami mahukan. Tapi masih sedap untuk di makan. Cuma tak rasa macam coklat yang kami makan hari tu. Dan macam mudah cair. Tapi sedaplah sebab ada chunky almond yang mewah kat dalam. Cuma masih tak sama dengan coklat hari tu. Nampak? Ada unsur2 kecewa dalam perenggang ini. Tak apa lah, boleh cuba lagi. Moralnya, masuklah kelas dulu sebelum buat lagi kerja remeh temeh ni. Remeh temeh tapi menSeronokkan. hehehehe

Tengah2 syok buat coklat, haruslah kami kelaparan. Sebab balik dari office, tanpa makan minum terus gigih ber-kung fu di dapur. Jadi saya pun terfikirlah mahu buat Lasagna sebab daging kisar dan kepingan lasagna masih ada sikit berbaki. So sementara coklat keras dalam peti, saya pun memulakan operasi buat Beef Lasagna. Walaupun mungkin tak sesedap kat restoren, tapi saya memang suka buat sendiri ini makanan sebab boleh letak daging berkilo2..haiiip, tipu lah berkilo2. tapi lebih mewah daging lah berbanding kat secret recipe..hihihi

First step before lapis2 dengan lasagna

Dah selamat masuk oven..

Siap sudah..! Taraaa!!!

aikk..masuk ke pinggan jadi bersepah2. tiada lagi lapis2..

tinggal 2/3 lagi..

okeh, hampir habis..

Paling menarik, Lasagna yang saya masak dalam aluminium foil case tu di habiskan oleh hanya kami berdua. Hebat bukan perut kami. haha:D. Lapar punya pasal. Yang kelakar, sambil2 ziana mengira dah berapa ribu riban kalori yang masuk ke perut hari ini, sambil2 tu dia menyuap sampai 3X tambah. haha. Owhh lupa, dia sekarang sangat expert dalam mengira2 kalori ni, lepas dengar Talk kat HSNZ hari itu. gegegege.

kosong sudah..selamat masuk ke perut Ziana and Mieyza..burpppp..excuse me..:)

ini lah rakan persubahatan dan pe-lahap-an saya, Sharifah Norziana. hahaha!

Friday, October 8, 2010

Wajah Baru

Presenting my new blog's layout..................hehehe

Janggal lah pulak bila berwajah baru ini. Berhempas pulas juga sebenarnya nak bertukar ke wajah baru. sampai jadi tension. haha:D. Tutorial yang bermacam2 buat kepala saya pusing. Biasalah, orang yang rabun2 IT macam saya tiba2 jumpa ayat 'edit HTLM', download itu ini, gila mencabar rasanya. Tapi rupanya senang lah sangat nak BERTUKAR!! ni. Sangat kagum rasanya bila jumpa blog2 yang sediakan tutorial2 free untuk 'make-up' blog. Ada yang ajar step by step. Contohnya Shabby Blog ni. Cuma atas kita lah. Malas or Rajin. hehe

Semoga wajah baru ini akan meng-upgrade kan semangat saya untuk berblog..hehehe:D

Monday, October 4, 2010

Lesen oh Lesen..Antara terlupa dan Tak Cakna

Okeh. Ini cerita penuh dengan suspen. Mungkin tak suspen bagi anda, tapi sangatlah menjadi perkara yang boleh menggugurkan jantung, mengecutkan pancrease bagi saya.haha.

Kisahnya begini, 2 hari lepas, pagi Sabtu yang indah, tengah bersiap2 nak ke Kolej. Hari last exam, saya kena jaga exam hari tu. Tengah2 bersiap, ternampak lah dompet lama yang masih cantik bergetah yang dah lama tak pakai. Sebabnya, tercabut klip. Bahagian lain masih cantik jelita. So memandangkan dah lama tak berdompet, saya pun menggatalkan diri untuk guna dompet tersebut. Makanya, haruslah saya men-transfer semua kad2 bank, termasuklah i/c dan lesen memandu. Dua benda penting ni memang saya letak dalam card holder yang letak i/c tu. Memang jarang sangat buka. Entah kenapa hari tu terdetik rasa nak belek card holder tu. Sekali tengok, ALAMAK!! APAKAH???

LESEN MEMANDU DAH MATI!

Ya Rabbi, rupanya lesen kereta dah lama tamat!!Hari tu 2 hb Okt 2010, last date, 14 Julai 2010. Bayangkan saya dah memandu tanpa lesen hampir 3 bulan! Dan bayangkan dah berapa kali melintasi dengan penuh yakin dan takbur depan abang2 polis yang selalu buat road-block belakang bukit tu. Dan tak terlintas akal ku jika tiba2 abang2 polis tiba2 mau check saya punya lesen. Bayangkan!! Haha. Selama ni memang gila berani tak ada perasaan langsung kalau terserempak dengan mana2 road-block. Confident habis. Mana tak confident-nya, tak tahu lesen dah tamat tempoh. Bila je dapat tahu, terus saya jadi kecut perut nak pengsan. Terbayang macam mana lah kalau tiba2 ada abang polis yang TERcheck lesen saya masa tengah road block. Owhh, takutnya!! Jadinya, hari tu terus saya di hantar ayah ke tempat kerja. hukhukhuk! Nak sambung tak boleh sebab hari sabtu. Mujur esoknya, Ahad saya cuti. Pagi2 lagi terus ke JPJ sambung lesen. LEGA.

Memang biasa saya sambung setahun2, tak buat banyak2 tahun. Sebabnya takut lupa nak sambung. Tapi akhirnya, LUPA juga. Atau mungkin lebih tepat, TAK CAKNA. Ye lah, rasa macam baru je lagi sambung, rupa2nya dah setahun. Padahal hari2 ke hulu ke hilir duk bawa lesen tu. Alahai, nak buat macam mana. Terus saya sambung untuk 2 tahun. Agak2 nanti berapa bulan pulak saya terlupa ye. Hahaha:D

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati