tekan jangan tak tekan!

Tuesday, September 28, 2010

Jiwang-jiwangan menjadi kenang-kenangan..

Mood untuk ber-blog masih larut dalam duka. Masih dalam 'healing process'. Masih dalam fasa melalak-tak-sudah-sampai-sedu-sedan-bila2-masa-dimana2. Emosi masih tidak stabil. Gigih melayan lagu2 sendu, nak menambah jiwa melara..haih...rupanya sangat syok melayan lagu Fauziah Latif di saat berduka nestapa. Sangat menusuk ke jiwa, sampai terkoyak2 jantung rasa. Akhirnya diri sendiri berendam air mata sampai meleleh air hidung..sob sob sob..hulur tisu jap..



Batas Menanti

Mahu ku bawa saja hati ini
Dan pergi jauh dari sisi
Sangkar hidupmu
Kerna tak sanggup lagi ku berdepan
Dengan setiap cemuhan
Mata yang memandang

Andai benarlah apa yang diduga
Tak guna memendam rasa
Antara kita

Padam biarkan tak lagi bernyala
Api kebencian cuma
Tak menguntungkan sesiapa

Yang manakah satu
Pilihan buatku
Nampak berterusan
Sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempedu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian

Telah ku nekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua
Keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini
Ia berakhir

Thursday, September 23, 2010

Menangis lagi..


Sekadar luahan perasaan yang entah apa2. Luahan hati yang tak mampu lagi untuk di bendung. Tak mampu lagi untuk berlagak cool. Really need a shoulder to cry on but, i have no gut to sit and talk to anyone. Because it's only end up with bursting tears, & no words will expressed out.

I'm trying hard to just ignore this stupid feeling, trying hard to cheer up myself, but yet still felt so unease. Hal sudah menjadi semakin berlarutan, membawa bersama semangat. Energi yang sepatutnya di salurkan untuk menjana kembali semangat untuk bekerja,akhirnya menjadi begitu lemah. Lemah sampai semangat untuk bekerja tiada langsung dalam jiwa. Terasa nak menangis sepanjang hari. Sudah terlalu lama dan terlalu kerap perasaan kecewa ini singgah dalam diri. Rasanya dah tak tertanggung. Dah tak cukup kuat untuk bertahan.

Salah siapa? Salah saya? Salah dia? Salah orang sekeliling?

Bukan masanya nak salah kan sesiapa. Salah sendiri. Salah sendiri kerana terus membiarkan diri di sakiti. terus membiarkan diri di manipulasi. Tiba2 sesalan mula terbit di dada. Kesal kerana membiar diri begitu lemah bila berhadapan dengan nasib sendiri. Harusnya saya kuat melawan rasa sayang itu. Bukan kah sudah jelas dan terang tiada tempat pun di mana2 untuk meletakkan penyatuan jiwa itu mengikut kehendak semua.?Kenapa masih nak melawan arus? Kenapa masih memberi peluang yang akhirnya sakit untuk di telan?

Entah lah. Menulis segala di sini umpamanya membuka pekung di dada. Mendedahkan sisi gelap sendiri yang patutnya hanya di simpan jauh dalam diri. Mendedahkan aib sendiri. Namun di mana lagi harus saya singkirkan semua yang begitu berat terpendam dalam hati. Air mata yang tak pernah berhenti mengalir gagal memberikan satu ketenangan. Gagal melarutkan sebahagian beban jiwa.

Zahirnya masih mampu bergelak riang. Ketawa mengilai umpama dunia aku yang punya. Sedang dalam hati, begitu mendung. Sakit. Bernanah. Akhirnya, kembali menangis. Seorang diri. Mungkin ini cara Allah S.W.T mahu hambaNya yang hina ini agar tidak terlalu lalai hingga melupakanNya. Mungkin Allah S.W.T menghadiahkan saya kesakitan ini, supaya saya tidak terlalu leka dengan cinta dunia.

Pasrah.


Monday, September 20, 2010

Life After Raya..Back to work.

Okey, now i'm back to the normal life. Eh, sebelum ni abnormal kah life engkau? haha. Maksudnya rutin harian biasa seperti sebelum Puasa dan Raya hari tu. Biasa lah, dalam setahun, 2 bulan ini lah yang akan merubah sedikit rutin hidup kita. Hari ini sudah hari ke tiga mula bekerja balik setelah heavenly bercuti raya. Mood? sangat tak bersedia. haha. Kan saya ni tak sedar diri. Hari ni juga students dah start exam final. Ini part paling mendebarkan. Entah boleh jawap ke tak budak2 ni. Seriau sebenarnya sebab exam lepas raya, takut budak2 ni tak study. Ye lah, raya sakan kan. See, lecturer pulak yang berdebar separuh mati.hehe. PAper saya akan bermula 23 hb ni. Subjek yang agak tough, Biokimia Klinikal I. Seramnya rasa menanti nak marking paper. Takut2 lah saya menangis tak berlagu time tu. muahahaha. Apa pun, saya doa semua boleh jawap dengan jayanya.

Hari2 pertama bekerja bermula dengan tak berapa nak seronok. Tiba2 seorang mentee datang jumpa nak berenti belajar. Owhh, stress-nya. Dah begitu hampir dengan exam boleh nak berenti pulak. Kesnya, gara2 lambat dapat PTPTN dan dihasut oleh saudara mara time raya suruh berenti belajar, konon2nya program tak diiktiraf MQA. Aduhai, sempitnya pemikiran. Kalau tak diiktiraf, takkan lah PTPTN luluskan pinjaman? Dah berapa ratus students seluruh Malaysia yang grade dengan jayanya. Tapi itu lah segelintir pelajar zaman sekarang. Terlalu manja barangkali. Terlalu banyak songeh. Sampai dapat susah sedikit dah gelabah puyuh nak berenti. Dengan perangai yang tak berapa nak matang macam tu, ada hati nak bekerja pulak. Kan nanti kena jerkah dengan supervisor ke, bos ke, terus demam seminggu tak kebah2. Alahai budak2 zaman sekarang. Terlalu di-overprotected-kan oleh mak ayah dan pakcik makcik sekelian keluarga.


Okeh, dah habis cerita stress meress ni. Lepas settlekan kes budak 'bertuah' tu, saya dan rakan2 sepejabat meneruskan aktiviti yang dah lama rasanya di tinggalkan, MAKAN2. huhuhu. Rindunya nak keluar makan ramai2 macam ni. Dulu, lambat ada peluang, beronggeng lah kami pergi makan beramai2. Jadi semalam adalah aktiviti makan2 pertama, selepas cuti raya. Kali ini kami ke kopitiam First Station. Sebab ada yang baru first time jejak kaki ke sana makanya ada lah yang over excited bergambar di sana, terutama kak Maliana. Muahahahahha. Nak buat modal untuk update blog sebenarnya. :D. Tak percaya, sila tengok gambar...


kak na, ita & me

with kak na

with kak na..again??

kak na, kak ros, kak Di & me

menu-menu...


the boys..boys ke??Terdiri daripada bakal bapak orang, tunang orang dan bujangs trang tang tang..gegeggeege

aikk..macam tengah meeting gayanya..

makannnnnn!!! Makan tanpa toleh kiri kanan..nyum nyum nyum!!


Owhh, lepas ni rasanya banyak lagi siri makan2 akan ke udara. Bermula minggu ni, school kami, SHS akan mulakan sesi ber-open house sempena Aidilfitri. Bakal di ikuti oleh School2 lain pulak. Huhu. See, Raya belum berakhir rupanya. For the next 2 weeks, kenyanglah kami ber-open house sana sini. Alamak, macam mana nak puasa 6 ni. Toing2..

Friday, September 17, 2010

Watermark...!

Hoyyay!! Dah buat beli watermark! Suka2..! Dah lama nak beli sebab tengok selalu blogger2 letak kat pics. Cantik2. Makanya, teringin lah perempuan jakun ni nak ber-watermark juga. Then satu hari tu tersinggah kat blog sape ntah, lupa. Dia ada promote satu blog yang jual watermark cantik2 but at reasonable price, eybizzonline. Mula2 survey dia punya watermark tu agak lah frustrated juga sebab semua yang saya berkenan dah di-reserved, tak pun dah sold out. sobsob. Jadinya saya amik lah satu yang saya agak suka lah, di samping meninggalkan message yang saya kuciwa sangat2 sebab yang saya nak dah di ambil orang. Luckly tuan empunya blog melayan karenah saya dengan create satu watermark ala2 yang saya berkenan tadi. hehehehe:D..Suka suka suka! Lepas berbalas email, tukar2 front, akhirnya siap..!Thanks to akak yang empunya blog. Tak tau pulak nama apa. Sangat suka! So pada siapa2 yang nak order watermark cantik2 boleh visit blog akak tu di eybizzonline.blogspot.com.

sengaja nak mengada2 sebenarnya, bajet ada orang nak churik gambar haku, muahahahha. Nak buat sendiri setakat yang biasa2 tulis nama tu pandai lah. Tapi nak buat yang ada boonga2 ada butterfly segala mana lah haku pandai. Kalu ada software pun reti kah saya guna. hahaha.Jadi baik beli saja. Bukan mahal pun. Yang penting saya sukeeeeee. Cuma lupa nak mintak akak tu edit bunga yang besar tu. Nampak besau sangat lah pulak. Tak apa lah, asalkan cute..hehheheh

Mempersembahkan foto2 gedik yang tak berapa cantik ber-watermark comel saya..hehhehee! Contoh saja ni. Dapat 2 jenis, yang hitam dan putih. So boleh guna untuk gambar yang berwarna dan gambar gelap..



Thursday, September 16, 2010

Esok Raya Enam!!

aikk. belum habis bercerita pasal rayakah? Eh, raya kan sebulan. Pulun lah sebulan bercerita tentang raya. haha:D

Seminggu sudah berlalu 1 syawal. Dan semangat beraya pun mula berlalu seiring beredarnya waktu. Kuih2 raya pun dah mula menyusut. Bau2 kuah kacang, rendang, lontong dan soto juga dah tiada lagi terhidu. Maknanya? Raya dah nak berakhir. Maknanya? Dah nak masuk kerja balik. Uwaaa. Ini part yang kurang seronok ni. Haha. Tak sedar diri betul, tak tau diuntung. Dah dapat cuti punya lah lama, ada hati tak nak masuk kije lagi. haaaiiih!

Ehh, raya belum berakhir lah. Esok kan raya enam. aikk, ada pulak raya enam? Apakah? Raya lah, apa lagi. Saya tak pasti bagaimana sambutannya di negeri lain, tapi di Terengganu memang sambutan raya enam ni boleh tahan juga meriahnya. Bagi yang tak tahu, di sini raya enam di sambut sebagai meraikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Dekat bahagian Kuala Terengganu ni, start je 2 Syawal, bedil yang menandakan waktu berbuka seperti di bulan Ramadhan akan kembali berbunyi selama 6 hari. Cukup seminggu, kami pun beraya kembali. Hoyyya!!erkk, Banyaklah kau punya hoyyya! tu. Jarang sebenarnya kami anak2 beraya 6 sebab biasanya sekolah dah start kalau kebetulan waktu tu musim sekolah. Atau pun dah balik ke kolej dah waktu tu. Tak adanya nak beraya beria2. Cuma emak2 lah yang meriah sikit buat makanan2 macam 1 dan 2 Syawal. Jadi, masa ni lah jumpa balik dengan rendang, ketupat, nasi dagang, mee goreng dan macam2 lagi lah. Dan aktiviti wajib di raya enam biasanya adalah ke kubur. Kalau anda2 semua ke tanah perkuburan di Hari Raya Pertama, kami2 di Terengganu ber-aktiviti di Kubur pada raya enam ni. Waktu ni, memang penuh manusia di tanah2 perkuburan, menziarahi dan membersihkan kubur sanak saudara. Kebiasaannya juga, masing2 akan bawa makanan yang dah siap berbungkus untuk di bahagi2kan di tanah perkuburan. Tak kira siapa, makanan akan di bahagikan kepada yang hadir di sana. Secara tak langsung, mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Itu lah serba sedikit cerita pasal raya 6 ni di Terengganu.

Walaupun raya 6 sempena puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, manusia2 yang tak berpuasa enam juga gigih menyambutnya, termasuklah saya. hehe. Bukan saya tak berpuasa sunat, tapi biasanya saya tak buat 6 hari berturut2. Saya biasa puasa 6 hari ikut keadaan. Asalkan masih di bulan Syawal, saya akan cuba habiskan 6 hari secara berselang2. Bukan apa, awal2 raya kan open house agak hebat, kan puasa time2 macam tu boleh menyebabkan pahala puasa tak sampai separuh sebab terliur nak makan itu ini. hahaha:D

Dan tak lupa, raya enam juga biasanya aktiviti open house berlangsung dengan galaknya. Iye lah, siapa2 yang tak sempat nak ber-open house masa awal2 raya, raya 6 ni lah masa yang di ambil untuk membuka balik rumah2 yang tertutup tu. Dan tahun ni, di jangka sambutan raya 6 akan berlangsung meriah sebab jatuh pada hari jumaat, public holiday. So, nantikan lambakan makanan yang bakal memenuhkan meja esok.

Tuesday, September 14, 2010

Sepi Dalam Happy

Wahh. Entri kedua hari ini. Hebat.*clapclapclap* memuji diri sendiri. hehe:D.

Dah menjadi habit saya agaknya. Kalau tengah resah, tak keruan, serabut kepala, idea untuk menaip datang mencurah2. Biasa lah, nak memujuk hati. Nak mengalihkan perhatian. Cuba lari dari aktiviti biasa, menangis sorang2 dalam selimut. sobsob.

Dah tak reti sebenarnya nak meluahkan macam mana. Macam luaran dan dalaman tak bergerak selari. Dah tak seiring. Zahirnya tersenyum gembira, bergelak ketawa. Batin? terobek, terguris,tercalar. Menangis sendiri. Makanya, soalan yang sama berlegar di kepala, Sampai bila begini??

Hari demi hari, perubahan mula di rasa. Walaupun si empunya badan menafikan perubahan diri, namun saya yang menghadapi mula merasai bahangnya. Sudah tak lagi seperti dulu. Entah macam mana nak meluahkan, tapi mungkin saya saja agaknya yang merasai kelainan tersebut. Mungkin surut naik hubungan yang agak ketara kebelakangan ini membuatkan dia berubah sedikit demi sedikit.

Sepanjang tiga tahun ini, tahun ini cabarannya terlalu mencabar. terlalu menduga keteguhan jiwa. Terlalu banyak episod dan siri pertelingkahan yang menghiasi hidup. Sampai ke tahap saya memaksa dia meninggalkan saya. Memaksa dia meredhai dan merelai kepergian saya dari hidup dia. Memaksa dia melupakan semua kenangan dan segala impian yang pernah kami cipta bersama. Dan untuk merealitikan segala, saya sanggup ignore dia beberapa hari. Cacian dan makian bagai bertih di mulut. Semua saya lakukan untuk membuat dia berpaling dan melupakan saya. Namun satu pun tidak berjaya. Dia terlalu kental untuk di tundukkan. Dan saya pula terlalu rapuh. Biar sekukuh mana pun tembok yang saya bina diantara kami, dia tetap rempuh. Dan akhirnya tembok yang saya bina itu runtuh ranap menyembah bumi. Dengan sayang yang masih bersisa di hati, saya relakan dia kembali bertakhta di hati. Dan setiap kali itu juga saya seperti menyesali kelemahan sendiri, tak cukup kuat membina benteng pertahanan sendiri.

Namun kini saya mula merasai sedikit demi sedikit, doa saya sudah di dengari. Doa yang saya pohon setiap hari. Doa yang saya pohon agar Allah S.W.T menjauhkan dia, menghilangkan rasa cinta di hatinya jika memang bukan dia yang dicipta untuk saya. Sedikit demi sedikit saya perasan dia sudah tak lagi seperti yang saya kenal dulu. Tingkahnya menjadi serba tak kena di mata saya. Kelemahannya mula menjadi penyebab segala pertelingkahan. Tiba2 semua menjadi tawar. Ditambah dengan masalah yang sedia ada, menambah kepedihan di hati. Saya dah cuba sedaya upaya memejam mata, menerima segalanya agar kami kembali seperti biasa. Namun kesudahannya saya yang teresak keseorangan dalam tidur.

Dalam kemeriahan raya sekarang, terkadang saya terguris dengan pertanyaan dari orang sekeliling. Tidak sesekali menyalahkan mereka, tapi saya tak mampu menipu diri. Bila berseorangan, air mata juga yang menjadi teman setia. Kedewasaan ini rupanya saya lalui dengan berliku. Dalam kegembiraan sepupu terdekat yang bakal bertunang, saya terguris bila di bandingkan. Pertanyaan bertubi bernada gurauan bertanyakan bila lagi giliran saya mengundang rasa yang tak mudah untuk saya ungkapkan. Sesak dan sebak. Kalau lah mereka tahu betapa berdurinya jalan yang saya dan dia lalui. Betapa peritnya menelan sengsara. Syukur keperitan itu mampu saya imbangi dengan keceriaan keluarga dan teman sekeliling. Rasa sesak dan sebak itu masih mampu saya tutupi dengan gurauan2 bodoh, yang akhirnya membuatkan saya nampak begitu bodoh.

Dan kini, saya redha jika doa saya dimakbulkan. Maybe this is answer to my prayer. Benar, perkataan redha itu sudah begitu sebati dengan saya. Sudah lama tersemat dalam jiwa saya. Agar jika berlaku sesuatu yang di luar perancangan kami, saya tidak menyalah kan takdir. Dan jika ini takdir saya, dengan lapang dada saya menerima.

i have no ideas what will going to happen next. Masih bersama memegang janji membina impian. Atau tersungkur bersama menyembah bumi. Jujurnya jauh di sudut hati saya merasa kesepian yang mula menyelinap di segenap ruang. Jujurnya saya sudah tak kuasa nak merelakan diri disakiti lagi. Sudah tak larat nak tanggung semua ni lagi. Dan sekarang saya mula mencongak perjalanan secara solo yang mungkin saya lalui selepas ini. Mula memulakan impian baru seorang diri. Mula berkira2 untuk memenuhi kehendak sendiri, yang dah lama saya ketepikan semata2 impian palsu kami.

Ramadhan yang baru berlalu sudah saya panjat kan doa sebanyak yang mungkin, agar di tunjukkan jalan yang benar untuk saya lalui. Semoga saya masih dibekalkan kekuatan untuk terus melangkah. Apa pun berlaku, saya terima. Jika dia yang Allah cipta untuk saya, semoga dipermudahkan segalanya. Dan jika perubahan demi perubahan yang dia tunjukkan merupakan petanda sudah sampai masanya nokhtah diletakkan di penghujung hubungan, saya akan terima dengan senyuman.

mieyza..mieyza..mieyza..Terlalu mudah tunduk pada tekanan. Terlalu emosi dalam melayan perasaan. Bersyukurlah dengan kebahagian dan kasih sayang yang melimpah ruah yang Allah kurniakan melalui orang2 sekeliling. Kenapa perlu bersedih. Berhenti lah menangis. Masa tidak berputar ke belakang dengan titisan air mata itu. Just stop crying. Be strong!

Masih berayakah anda?

Title hari ini berupa pertanyaan yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak yang dah mula tak beraya. haha:D

Ok, dah masuk raya ke-6, masih berayakah anda? Saya? of course masih beraya, kan baju raya tahun ni 7 pasang, cukup untuk seminggu. Muahahahaha. Angkuh dan takburnya aku. haha. Jangan lah menyimpan perasaan cemburu walaupun sekelumit kerana 4/7 daripada baju2 kurung tersebut hanyalah bernilai RM10 sepasang. Tak berbaloi pun nak berdengki, sebab baju yang di beli dengan belian hebat tersebut jauuhhhhhhhh lebih murah dari pakaian2 anda yang bling2 berkilat mahal2 tu. hehehe. Hari ni saya masih memenuhi jemputan rumah terbuka. Okeh, saya gigih gaining my weight di hari lebaran ini. Harus lah dah naik lagi 10 kilo. wahhh, seronoknya!! kahkahkah..!

Dalam kita bergembira enjoy2 beraya, jangan di lupa pada yang menangisi kehadiran Syawal tahun ini. Paling sensasi yang menjadi buah mulut satu Malaysia pada lebaran ini tentu lah kes berprofil tinggi, pembunuhan kejam Jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya bersama 3 lagi pembantu beliau. Ya Allah, sangat mengejutkan. Walaupun saya dah mengagak perkara ini yang berlaku, sejak mula2 lagi berita kehilangan mereka dilaporkan, namun berita yang di terima pada hari raya ke-3 itu memang mengejutkan. Mungkin arwah seorang wanita yang agak popular dan pernah mencipta sedikit kontroversi, maka kehilangan arwah menjadi satu isu yang menarik perhatian masyarakat. Berdasarkan laporan, mereka bukan mangsa pertama. Jadi mungkin penjenayah kejam ini tersilap percaturan, menjadikan seorang usahawan popular sebagai mangsa. Jadi terbongkar segala kerja jahat mereka selama ini. Hmmm. Tiba2 terasa bumi Malaysia sekarang tidak lagi selamat. Dah jadi macam negara barat pulak rasa, jenayah sana sini. Terfikir sejenak, bagaimana keluarga Arwah2 menghadapi semua dugaan Allah Taala ni. Semoga keluarga mereka tabah dan kuat. Walaupun bukan saudara kita, tapi sebagai saudara sesama Islam, wajiblah kita mendoakan kesejahteraan mereka.


Namun satu perkara yang patut kita renungkan, betapa kekayaan bukan menjamin segala kebahagiaan. Betapa manusia sanggup berbunuhan semata2 wang ringgit. Berbaloikah? Berbaloikah nilai jutaan wang ringgit jika nyawa yang jadi taruhan? Berbaloikan berbunuhan semata2 duit, namun akhirnya ke tali gantung? Manusia tetap manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada. Apa pun, semua yang berlaku semuanya ketentuan Allah Taala. Semuanya di tangan Allah Taala, sebagai hamba kita seharusnya redha saja. Kita pun belum tahu nasib kita macam mana. Bila masa kita? Bagaimana keadaan kita? Sempurnakah jasad kita nanti? Semuanya rahsia Allah S.W.T. Dia Maha Mengetahui.

Apa pun sama2 lah kita berdoa agar perkara2 buruk ni tak berlaku pada kita semua selepas ini. Terlalu fragile rasanya nyawa manusia ini. Semoga kita semua dalam lindungan Allah S.W.T sepanjang usia kita. Dan semoga keluarga semua mangsa tabah dan redha dengan ketentuan ilahi. amin.

Monday, September 13, 2010

Eid Mubarak: Episode 3 (Last Episode)

3 Syawal 1431. 12 September 2010. Hari Raya Ketiga

Hari berjalan raya sedunia. Memang betul2 berjalan raya dalam erti kata sebenar. Sebabnya?? Sebab betul2 beraya berjalan berkereta dari satu rumah ke satu rumah, hampir ke 12 buah rumah. Haha:D. Hebatkan. A very long journey. & also a very tired yet excited journey too.:)

Rakan2 sekongkol dalam program jalan2 ni adalah Kak Dira, Ziana dan Mohd. Perjalanan bermula dari rumah saya pada jam 12 tengahari. Dah lewat sebenarnya, salahkan Kak Dira.haha. Sempat makan nasi lemak dulu kat sini. Iye lah, Kak Dira dan Ziana belum beraya di rumah saya, harus lah makan minum di sini dulu. Lepas tu tunggu Mohd Fauzi pulak makan. Kan dah menambahkan kelewatan di situ. hisshh.

Next, kami ke rumah kawan2 Kak Dira dan Ziana. Staff lama PTPL sebenarnya. Tapi tak sempat bersama saya sebab mereka dah resigned dulu. Tapi still kenallah sebab selalu jumpa juga sebelum ni. Lepas tu ke beberapa rumah terbuka. Wahh, sangat ramai manusia, sampai bersesak2. Memandangkan dah makan kat rumah saya, dan dah meneguk air 2,3 gelas, perut mula full dan berkocak dengan air. Jadinya, rumah2 terbuka yang penuh dengan hidangan lazat hanya kami pandang sepi. Bukan menyombong dan tak sudi, tapi perut pada waktu itu betul2 dah tak boleh terima makanan. Pada hal baru berjalan ke 2,3 rumah.

Tapi perjalanan agak mencabar juga sebenarnya. Cuaca sangat panas. Terlampau panas sebenarnya. Dengan jalan raya yang sesak dengan kenderaan. haiih, mencabar sungguh! Tapi nak beraya punya pasal, redah juga kami dengan kebijaksanaan Kak Dira mencilok2, di bantu oleh sokongan moral dari Mohd Fauzi. huh, kecut perut si penumpang2 ni.haha:D. Dah lah nak berjalan ke rumah orang gamble2 je. Dah hampir sampai baru call bagitau nak datang. gegegegge. Teruk betulkan. Itu pun kalau ikut perancangan mahu berjalan raya sampai ke Kuala Berang. Nasib baik call awal2 tuan rumah yang tak ada kat rumah itu. Kalau tak bayangkan terpaksa meredah jam yang teruk tapi bila sampai tak ada orang. Boleh mencetuskan amuk di situ. hahaha:D

Tapi yang teruknya, kami hampir2 terbabas solat zohor. Sibuk beraya, ditambah dengan jam yang teruk,dengan muka bermekap lagi, hampir2 tak sempat bersolat. Nasib baik sampai ke Giant tepat pada masanya. Buang2 mekap, terus wuduk dan solat. Beberapa minit lepas tu, terus masuk waktu Asar. Ya Allah, ampun kan hamba2 MU yang tak sedar diri ni. Lepas solat Asar, perjalanan di teruskan lagi ke beberapa buah rumah. Bersemangat betulkan kami. hehe. Satu yang istimewa pada hari raya, betapa kita tak segan nak berjalan2 kat rumah orang. Macam kami, dari satu rumah ke satu rumah tanpa rasa malu dan segan terus saja beraya. Dan tuan rumah memang dengan terbuka menerima tetamu. Cuba buat kat bulan lain, ada yang sanggup buat, mengukur jalan singgah ke rumah orang bertandang tanpa sebab?

Dan setiap rumah yang kami singgah sebenarnya kami plan nak bergambar, sebagai bukti perjalanan tu. ecehh. Tapi sebab dah penat dan tak larat, adalah dalam 5 buah rumah je sempat berposing. Yang lain macam dah tak kuasa nak bergambar2 ni. hehe:D. Ye lah, tadi punya lah menyombong orang ajak makan tak nak. Dah menghala ke petang, perut mula berdondang sayang minta di isi makanan berat. Dari tengahari sampai petang asyik minum dan makan biskut. Kembung perut duk teguk air bergelas2. haiiih. Disebabkan dah tak larat dan lapar sangat, dan cari kedai makan pun yak ada yang buka, kami pun ke McD je. Makan burger. Alhamdulillah. Kenyang akhirnya. Dan perjalan kami berakhir di situ, pada pukul 8 malam. Penat teramat sangat mula terasa. Bayanglah, dari pukul 12 tengahari sampai ke 8 malam. Memang dah terbayang katil je rasa. haha.

Apa pun sangat berbaloi perjalanan kami. Biar pun penat, biar pun tak larat,biar pun berdepan pelbagai karenah, kami tetap beraya dengan happy!hehehe. Ok,ini entri last lah pasal raya. Lepas ni malas dah nak cerita pasal raya. Cukup lah sampai raya ke3. Even lepas ni banyak lagi Rumah Terbuka yang bakal di kunjungi, cukup lah cerita pasal raya. Karang ada yang muntah hijau baca cerita raya ni.kihkihkih!


photo gedik kami..huhuhu


Eid Mubarak: Episode 2

2 Syawal 1431. 11 September 2010. Hari Raya Kedua
Ok, dah masuk raya kedua. Episod kedua ni pasal rumah terbuka. Macam biasa, sudah menjadi tradisi setiap tahun, raya kedua merupakan hari Rumah Terbuka di rumah saya. So, hari ni bonda saya masak banyak, macam buat kenduri. Juga seperti yang di ceritakan pada entri sebelum ni, Menu setiap tahun tak pernah berubah. Lontong dan soto. Dan biasanya ada rendang daging, tapi tahun ni macam sibuk sangat. Tak sempat nak berendang. Dua hidangan wajib ni memang menjadi kegemaran mak2 saudara dan sepupu sepapat saya yang memang ternanti2 hidangan ni. Dari hari pertama lagi duk tunggu dah kat rumah Mak Long nak makan lontong dan soto. Mak long tu, mak saya lah. Pagi raya kedua tu dah sampai bertandang ke rumah sebab nak makan. Makan pula sampai 2,3 kali bertambah. haha. Tapi rumah terbuka kami hanya dalam skala kecil saja. Berpadanan dengan bajet lah. Tak macam rumah terbuka orang lain yang mewah dengan makanan berbagai jenis, rumah saya hanya ada dua menu ni saja, di tambah dengan beberapa hidangan lain sebagai pencuci mulut. Nanti tahun2 depan ada bajet lebih kami tambah lagi. hehe:D

Malam raya pertama tu memang kami adik beradik sibuk tolong mak kat dapur. Nasib baik ada 2 dapur. Satu saya conquer untuk buat soto. Satu lagi mak saya conquer buat lontong. Sangat penat okey. Nak2 masa buat bergedil. Sampai lenguh tangan nak bentukkan sang bergedil tu jadi kecik2 comel. Lepas tu pagi2 lagi kena bangun awal nak goreng pulak. Siap2 kan meja lagi. Buat koktel lagi.
Alhamdulillah, makanan cukup. ada yang bertambah sampai 3 kali. Tetamu juga tak putus2 datang, sampai malam pun ada lagi. Sampaikan satu masa tu, ada yang tak ada tempat duduk sebab ramai sangat. Maklum lah, rumah kecik dan tak berapa nak luas. Mohon ampun di atas segala kekurangan,kami dah cuba yang terbaik untuk membuatkan anda semua selesa.

Jutaan terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang. Yang tak dapat hadir tak apa lah, mungkin jalan jam. Faham2 saja lah Terengganu ni time2 raya, silap2 hari bulan beraya atas jalan lah jawapnya. Cuba lagi tahun depan. haha.





Eid Mubarak: Episode 1

1 Syawal 1431. 10 September 2010. Hari Raya Pertama.

Hari ni dah masuk 1 Syawal. Syukur Alhamdulillah, di beri kesempatan oleh Allah Taala untuk menyambut hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia. Juga sangat bersyukur di beri kesempatan untuk menunaikan solat sunat Aidulfitri, setelah beberapa tahun diberi 'cuti' pada 1 Syawal. Setinggi2 kesyukuran juga di panjat ke hadrat Ilahi di atas peluang menyambut perayaan mulia ini bersama2 keluarga dan orang2 tersayang dalam hidup. Terlalu banyak nikmat yang Allah taala kurniakan untuk saya di hari mulia ini. Terima kasih ya Allah. Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan.

Raya pertama bermula dengan hujan rahmat yang turun merintik di pagi Syawal. Tiada juadah istimewa yang di sediakan bonda pagi ni, kerana keluarga sebelah mak dan ayah sudah begitu hebat dengan makanan di pagi Syawal ni. Kalau buat juga, alamatnya berlaku lah lambakan makanan secara besar-besaran kat rumah ni. ecehh. Kan membazir tu. Jadinya kami melantak sambil menziarahi keluarga kedua2 belah pihak. Seperti yang di ceritakan di entry sebelum ni, both of my parent adalalah jiran sekampung. So, sangat lah dekat jarak antara kedua2 rumah keluarga diaorang. Hari raya pertama lazimnya di habiskan dengan menziarahi keluarga terdekat dan jiran2 sekampung. Lepas Solat raya, aktiviti biasa sebelum ke rumah atok nenek adalah sessi bersalaman mencium tangan ibu bapa mohon ampun dan maaf. Syahdu. Dan tahun ni merupakan tahun kedua saya memberikan duit raya kepada ibu bapa dan nenek serta atok. Juga merupakan tahun kedua tak dapat duit raya. uwaaaaa!

the small family with the big-sized members. haha:D

muka happy jumpa makanan..ngehhh

mom and dad.

Tahun ni juga tahun ketiga saya dan Mohd beraya bersama. Dan seperti biasa diajukan pertanyaan yang bertubi2 bila lagi nak makan nasi minyak. aikk? berlambak2 nasi minyak hari raya ni, tak puas lagi nak makan? Nak makan nasi minyak saya jugak? Esok saya masak segantang, bagi korang semua makan sampai muntah. nak?? Suka tau bertanya soalan cepu cemas macam tu. Kan saya beremosi di hari raya kan, tak manis tu. Tapi tak boleh salahkan pada yang bertanya. Diorang tak tahu hal, so laju je bertanya soalan sensitif tu. haha:D. Nak jawap macam mana, saya pun tiada jawapan. InsyaAllah, ada jodoh, ada lah. Sampai ada kawan2 yang hairan, aihh, kata dah tak ada apa2, kenapa masih setia di sisi kemana saja? Pun tiada jawapan. ermm, bayangkan saya magnet, dia besi. Saya pergi jauh mana pun, si besi tetap akan tertarik ke magnet. Ada paham? Tak paham? Abaikan. Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin. or may i used the short form? S.H.R.M.Z.B..Kak Maliana, ada paham?

with Mohd.

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran 1431


1 Syawal 1431

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin saya ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutamanya sahabat2 yang saya kasihi semenjak dari SK Losong (1992-1997), SM(A) Khairiah (1998-2000), MRSM JELI(2001-2002), SMK Tengku Bariah(2003-2004), MSU (2005-2009), dan juga rakan2 sekerja di PTPL Terengganu. Haa, siap letak tahun tu. Jadi mana2 rakan yang terbaca blog saya dan tiba2 ter-notice yang saya satu batch dengan anda di zaman kanak2 rebina kita, mohon ampun dan maaf di atas semua kesilapan yang pernah saya buat. Saya ni kan garang sejak dari azali. Manalah tahu kot2 ada yang sampai sekarang masih berdendam dengan saya. Mohon ampun seikhlas hati ye.

Salam lebaran juga di tuju kepada rakan2 blogger, kalau ada lah. haha:D. Mana2 yang menjadi silent reader blog saya atau yang tiba2 terjengah blog saya, juga saya mohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya yang menyinggung mana2 pihak. Bukan niat saya, cuma luahan dari hati. Harap2 kita semua zero2. :D Juga buat rakan2 FB, kenal atau pun tidak, lama atau pun baru. Tidak di lupa buat Students tersayang yang bakal menghadapi exam seminggu selepas raya. Saya mohon maaf andai terkasar bahasa ketika mengajar kamu semua. Jangan beraya sakan sangat, ingat exam tu juga. Jangan sampai tak boleh jawap exam, especially paper saya ye. hehe. Juga dituju untuk ketua Kampung, JKKK, tok penghulu....eh eh, dah2. berapa banyak mau di tujukan ini. haiih.


Semoga Lebaran kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik dan semoga lebih banyak kemaafan yang di raih pada Syawal ini. Bukan kah saling bermaafan itu satu amalan mulia? Ecehh sudah gaharu cendana pula.:) Sambut lah Syawal kali ini dengan berpada dan sederhana. Ingatlah pada yang kurang berkemampuan. Dan semoga lebaran kali ini juga menjadi kenangan terindah buat kami sekeluarga.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DARI SAYA, HAMIZA ROSLAN & KELUARGA.

Thursday, September 9, 2010

The Last Day of Ramadhan.

30 Ramadhan 1431

Align Center
Hari Terakhir Ramadhan. Sebulan sudah berlalu. Berakhir sudah nikmat puasa ramadhan, berakhir sudah iftar yang penuh keberkatan, tiada lagi solat sunat Terawih yang di nanti. Semoga di panjangkan umur agar bertemu lagi Ramadhan seterusnya. Ahlan ya Syawal. Selamat menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran.

Owh, esok dah raya. Hari ni baru bercuti. Ramai yang dah bercuti sejak rabu, tapi saya baru hari ni start. Cuaca petang tadi membahang, selepas 2,3 hari Allah turunkan hujan rahmat di bumi Terengganu ni. Alhamdulillah, biar pun panas terik harus bersyukur. Sebab boleh bereskan kain baju kotor yang bertimbun belum basuh..hehe:D. Memandangkan esok dah raya, harus lah seluruh umat manusia yang berkobar2 nak raya tengah sibuk buat persiapan terakhir. Malam semalam, saya menyertai manusia2 'gila' yang keluar ber-shopping di malam2 terakhir Ramadhan. Memang wajar di katakan 'gila' sebab keluar ber-shopping waktu2 macam ni, umpamanya keluar berperang. Seolah2 seluruh rakyat Terengganu berkumpul satu tempat nak ber-shopping. Sesak dan sarat dengan manusia. Ikut hati, tak ada nya saya teringin nak join bersesak2 sama, tapi memandangkan di-request oleh Mohd untuk mencari selipar dan seluar raya, saya turutkan saja. Kami ke Hock Kee Seng, Pasar Raya besar kat Terengganu ni. Dari kecik lagi, sini lah tempat kami ber-shopping. Dulu2 ni lah pasar raya terbesar di Kuala Terengganu, sebelum munculnya Mydin Mall dan Giant. Dan Hock Kee Seng masih kekal di minati dan di kunjungi oleh warga2 kuala Terengganu.:D..Tapi yang tak bestnya, parking yang sempit dan kecik. Sangat susah nak parking. haiihhh. Ok, Dah lemas2 bersesak kat HKS, dapat lah sehelai seluar. Destinasi ke dua, ke Mydin Mall. Time nak pergi tu, fikir 40X juga. Maklum saja, Giant dan Mydin Mall pasti lah sangat sangat sangat penuh dengan manusia yang ber-shopping di saat2 akhir ni. Dah lah berdekatan, di tambah pula dengan hot spot untuk shopping raya di Terengganu Trade Centre (TTC) di tengah2 Mydin dan Giant ni. Tapi bila fikir selipar dia belum di beli, kami redah saja. Sampai2 saja terus rasa nak pengsan. Dengan jalan yang jam teramat sangat, dengan selautan manusia yang tengah rakus bershopping. Rakus? kejam pulak ayat aku. haha. Dah sambar selipar kat Mydin Mall, terus balik. Tak larat dah nak berjalan2 makan angin kat situ. Macam cari nahas je rasa..

Hari ini pula, pagi2 lagi bonda`dah ajak beli barang makanan untuk raya. Macam biasa, setiap tahun kami akan buat 'open house' pada raya ke2. Hari2 lain pun open juga, tapi tak de lah meriah dengan timbunan makanan macam raya ke2. Dan macam biasa juga, tiap2 tahun menu sama yang akan bonda buat, Lontong dan Soto. aikk? Terengganu ke Johor ni? haha. Anda tetap di Terengganu ye. Memang rumah saya menu untuk 'open house' agak berbeza sikit dengan typical Terengganu yang lain, yang lazimnya akan buat Nasi Dagang dan Nasi Minyak di hari raya. Dah bertahun2, itu lah menu 'open house' kami. Bukan tak nak ubah ke menu lain, tapi request dari famili2 mak dan ayah. Maklumlah, hanya kat rumah kami je dia orang boleh makan Lontong dan Soto ni, sebab kebanyakkan rumah akan hidangkan Nasi Dagang dan Nasi Minyak. Itu kan trademark Terengganu. Tapi saya dan adik-beradik kurang sikit dengan nasi dagang. Sedap tapi kurang menepati citarasa. haiih, menderhaka kat makanan Terengganu ni. Sia2 jadi rakyat Terengganu. haha:D

Esok macam biasa akan beraya dengan keluarga sebelah mak dan ayah. Kami memang tak pernah ada masalah nak balik rumah siapa2 sebab mak dan ayah sekampung. Ibaratnya, rumah nenek dan atok kedua2 belah sejengkal saja. Ibarat saja ye. Kalau ikut skala, kira sendiri lah. Yang penting dekat saja. Tak payah berkereta, bermotor, jalan kaki saja dah sampai. Seronokkan?haha. ada statement yang berbaur angkuh dan takbur nampak..:)

Owh, lupa nak bagitau, beading project yang saya laksanakan sejak minggu ke-3 Ramadhan almost done. See, diam2 saja saya buat kerja. Malu nak heboh2, takut tak jadi. haha:D. So, ini first time jahit manik sendiri kat baju raya. Jahitan yang cukup ringkas, tapi mengambil masa hampir seminggu. haha. teruk betul, punya lah lembab buat kerja. Walau pun mungkin tak cantik kat mata orang lain, saya tetap bangga dengan hasil tangan sendiri. huhuhu, tak sabar nak pakai baju raya sedondon sambil berbondong2 beraya esok. hahaha:D



p/s: owhh, syahdunya dengar takbir bergema. spirit of raya mula berkobar2.

Saturday, September 4, 2010

Raya Dah Dekat????

28 Ramadhan 1431

Pejam celik pejam celik, lagi 2 hari nak beraya.Erkk, cepatnya..terlalu cepat masa berlalu. Saya terlalu sibuk. Sibuk menyiapkan assessment students yang belum complete lagi. Sibuk sampai tak sedar masa berlalu. Sedar2, Ramadhan dah begitu hampir ke penghujung. Owh, belum puas rasanya menikmati ibadah puasa, walaupun di penghujung Ramadhan ni, kondisi badan agak ketara letih dan dehidrat. Ibadah juga rasa masih serba kekurangan, walaupun cuba sedaya upaya mempertingkatkan segala amalan harian. Semoga semua ibadat yang kita jalani sepanjang bulan mulia ini di terima Allah Taala. Kesibukan ini juga membuatkan saya terlepas peluang nak buat kuih raya. Barang2 nak buat biskut bagai nak rak dibeli, sampai masa hampeh. Satu pun tak buat. Sudahnya kejung dalam beg plastik kat dapur. hahaha. Ikut kan perancangan, nak buat lah 2,3 jenis kuih yang mudah, senang dan cepat. Tapi secepat mana dan seringkas mana pun kuih2 raya tersebut, masih belum mampu menandingi kesibukan saya menanda assessment students yang membukit. muahaha. Kesilapan sendiri sebenarnya. Tak buat awal2. Kan dah kelam kabut saat2 akhir macam ni. Memandangkan minggu ni minggu terakhir kena key-in semua markah, harus lah saya struggle separuh mati menyiapkan semua benda ni. Sampaikan nak ber-FB pun kena curi2 masa. Nak ber-blog lagi lah tiada masa. Sempat jenguk gitu2 je. Tapi dalam sibuk2 tahap gaban ni, sempat tu luang masa ikut kak Ros menapak mengukur tanah ber-shopping baju raya. Caiissss!

hoh??Apakah? Cuba teka gambar di atas?
A. Sarang Tikus
B. Tempat Kucing Beranak
C. Meja Cik Mieyza
muahahaha..bukti kesibukan.

Dalam minggu terakhir ni juga ada dua majlis berbuka puasa diadakan di Kolej. Semalam dan hari ini. Anjuran department kami, School of Health & Science (SHS) dan Family Club. And guess what, makanan berbuka adalah menu yang sama untuk kedua2 hari; Nasi Minyak. haha. Dah lah tempah dari orang sama. Nasib baik nasi minyak itu sangat sedap. Kalu tak, mungkin esok lusa dah tak boleh tengok nasi minyak dah, sebab muak..:D. Minggu terakhir sebelum cuti ni juga banyak perkara dah berjaya diselesaikan. Alhamdulillah. Silibus sempat habis, kuiz dan amali pun sempat dibereskan, walaupun terpaksa mengganti beberapa kelas. Tips2 untuk exam final pun dah di beri kepada semua. Cuma faham2 lah students ni, minggu terakhir ni dah ramai cabut balik kampung. Ramai yang ponteng kelas. Haiih, tak faham betul budak2 zaman sekarang. Sanggup korban pelajaran sebab nak balik kampung. Pada hal dah tiap2 minggu balik. Sepatutnya masa ni lah ambil peluang tanya soalan ke, nak bersoal jawap ke..Ni tidak, dalam kepala otak cuma nak balik je. Dah lah seminggu lepas raya terus exam. Comfirmlah buku2 letak ke tepi masa raya nanti. Habis tu apa lah nak di jawap masa exam nanti. huh, budak2 yang nak exam, lecturer pulak yang bimbang bagai nak rak. Susahkan nak jaga budak2 zaman sekarang. Lebih 'pandai' dari cikgu. Saya doa banyak2 agar anak2 saya nanti tiada yang berperangai macam ni. Kalau ada juga, memang nak kena pulas telinga sampai merah.haha. Nasib baik lah ada juga yang tunjukkan kesungguhan nak belajar. Sejuk hati tengok students yang macam ni. :)


Ermm, dah dekat nak raya ni, persiapan makin rancak. Kalau ke Bandar Terengganu sekarang, sebijik macam KL. Jalan Jam terlampau2. Hah, kalau nak tahu, kat Terengganu nan permai ni, setahun sekali je boleh merasa hidup macam kat KL. Time2 nak raya macam ni lah, sebab semua keluar nak buat persiapan raya. Parking tak payah cerita lah. Macam mencari jarum dalam rumput. Eceh..gila hiperbola ayat. Nak menggambarkan betapa susahnya mencari parking di saat2 ini. Faham2 lah parking kat bandar Kuala Terengganu ni. Payah yang amat. huh. Sangat tertekan kalau terpaksa meredah jam ni. Di kala itu sangat bersyukur sebab dapat kerja di Terengganu tercinta. Buatnya kerja kat KL, harus lah saya melalui tekanan berjam2 dalam Jam macam ni setiap hari. arkkhh..Tak sanggup mak, nyah..!


Harapnya saya mampu bereskan semua kerja sebelum bercuti raya ni. Esok mesti beres. Supaya dapat beraya sakan dengan hati yang gumbira.hehe.


p/s: Good news, baru tahu tadi. KEy-in coursework students last boleh buat sabtu lepas cuti raya.Hoyya!!!
© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati