tekan jangan tak tekan!

Tuesday, September 14, 2010

Masih berayakah anda?

Title hari ini berupa pertanyaan yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak yang dah mula tak beraya. haha:D

Ok, dah masuk raya ke-6, masih berayakah anda? Saya? of course masih beraya, kan baju raya tahun ni 7 pasang, cukup untuk seminggu. Muahahahaha. Angkuh dan takburnya aku. haha. Jangan lah menyimpan perasaan cemburu walaupun sekelumit kerana 4/7 daripada baju2 kurung tersebut hanyalah bernilai RM10 sepasang. Tak berbaloi pun nak berdengki, sebab baju yang di beli dengan belian hebat tersebut jauuhhhhhhhh lebih murah dari pakaian2 anda yang bling2 berkilat mahal2 tu. hehehe. Hari ni saya masih memenuhi jemputan rumah terbuka. Okeh, saya gigih gaining my weight di hari lebaran ini. Harus lah dah naik lagi 10 kilo. wahhh, seronoknya!! kahkahkah..!

Dalam kita bergembira enjoy2 beraya, jangan di lupa pada yang menangisi kehadiran Syawal tahun ini. Paling sensasi yang menjadi buah mulut satu Malaysia pada lebaran ini tentu lah kes berprofil tinggi, pembunuhan kejam Jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya bersama 3 lagi pembantu beliau. Ya Allah, sangat mengejutkan. Walaupun saya dah mengagak perkara ini yang berlaku, sejak mula2 lagi berita kehilangan mereka dilaporkan, namun berita yang di terima pada hari raya ke-3 itu memang mengejutkan. Mungkin arwah seorang wanita yang agak popular dan pernah mencipta sedikit kontroversi, maka kehilangan arwah menjadi satu isu yang menarik perhatian masyarakat. Berdasarkan laporan, mereka bukan mangsa pertama. Jadi mungkin penjenayah kejam ini tersilap percaturan, menjadikan seorang usahawan popular sebagai mangsa. Jadi terbongkar segala kerja jahat mereka selama ini. Hmmm. Tiba2 terasa bumi Malaysia sekarang tidak lagi selamat. Dah jadi macam negara barat pulak rasa, jenayah sana sini. Terfikir sejenak, bagaimana keluarga Arwah2 menghadapi semua dugaan Allah Taala ni. Semoga keluarga mereka tabah dan kuat. Walaupun bukan saudara kita, tapi sebagai saudara sesama Islam, wajiblah kita mendoakan kesejahteraan mereka.


Namun satu perkara yang patut kita renungkan, betapa kekayaan bukan menjamin segala kebahagiaan. Betapa manusia sanggup berbunuhan semata2 wang ringgit. Berbaloikah? Berbaloikah nilai jutaan wang ringgit jika nyawa yang jadi taruhan? Berbaloikan berbunuhan semata2 duit, namun akhirnya ke tali gantung? Manusia tetap manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada. Apa pun, semua yang berlaku semuanya ketentuan Allah Taala. Semuanya di tangan Allah Taala, sebagai hamba kita seharusnya redha saja. Kita pun belum tahu nasib kita macam mana. Bila masa kita? Bagaimana keadaan kita? Sempurnakah jasad kita nanti? Semuanya rahsia Allah S.W.T. Dia Maha Mengetahui.

Apa pun sama2 lah kita berdoa agar perkara2 buruk ni tak berlaku pada kita semua selepas ini. Terlalu fragile rasanya nyawa manusia ini. Semoga kita semua dalam lindungan Allah S.W.T sepanjang usia kita. Dan semoga keluarga semua mangsa tabah dan redha dengan ketentuan ilahi. amin.

No comments:

© The Colorfull of Mieyza's Life | Template By Blog Bingkisan Hati