aikk. belum habis bercerita pasal rayakah? Eh, raya kan sebulan. Pulun lah sebulan bercerita tentang raya. haha:D
Seminggu sudah berlalu 1 syawal. Dan semangat beraya pun mula berlalu seiring beredarnya waktu. Kuih2 raya pun dah mula menyusut. Bau2 kuah kacang, rendang, lontong dan soto juga dah tiada lagi terhidu. Maknanya? Raya dah nak berakhir. Maknanya? Dah nak masuk kerja balik. Uwaaa. Ini part yang kurang seronok ni. Haha. Tak sedar diri betul, tak tau diuntung. Dah dapat cuti punya lah lama, ada hati tak nak masuk kije lagi. haaaiiih!
Ehh, raya belum berakhir lah. Esok kan raya enam. aikk, ada pulak raya enam? Apakah? Raya lah, apa lagi. Saya tak pasti bagaimana sambutannya di negeri lain, tapi di Terengganu memang sambutan raya enam ni boleh tahan juga meriahnya. Bagi yang tak tahu, di sini raya enam di sambut sebagai meraikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Dekat bahagian Kuala Terengganu ni, start je 2 Syawal, bedil yang menandakan waktu berbuka seperti di bulan Ramadhan akan kembali berbunyi selama 6 hari. Cukup seminggu, kami pun beraya kembali. Hoyyya!!erkk, Banyaklah kau punya hoyyya! tu. Jarang sebenarnya kami anak2 beraya 6 sebab biasanya sekolah dah start kalau kebetulan waktu tu musim sekolah. Atau pun dah balik ke kolej dah waktu tu. Tak adanya nak beraya beria2. Cuma emak2 lah yang meriah sikit buat makanan2 macam 1 dan 2 Syawal. Jadi, masa ni lah jumpa balik dengan rendang, ketupat, nasi dagang, mee goreng dan macam2 lagi lah. Dan aktiviti wajib di raya enam biasanya adalah ke kubur. Kalau anda2 semua ke tanah perkuburan di Hari Raya Pertama, kami2 di Terengganu ber-aktiviti di Kubur pada raya enam ni. Waktu ni, memang penuh manusia di tanah2 perkuburan, menziarahi dan membersihkan kubur sanak saudara. Kebiasaannya juga, masing2 akan bawa makanan yang dah siap berbungkus untuk di bahagi2kan di tanah perkuburan. Tak kira siapa, makanan akan di bahagikan kepada yang hadir di sana. Secara tak langsung, mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Itu lah serba sedikit cerita pasal raya 6 ni di Terengganu.
Walaupun raya 6 sempena puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, manusia2 yang tak berpuasa enam juga gigih menyambutnya, termasuklah saya. hehe. Bukan saya tak berpuasa sunat, tapi biasanya saya tak buat 6 hari berturut2. Saya biasa puasa 6 hari ikut keadaan. Asalkan masih di bulan Syawal, saya akan cuba habiskan 6 hari secara berselang2. Bukan apa, awal2 raya kan open house agak hebat, kan puasa time2 macam tu boleh menyebabkan pahala puasa tak sampai separuh sebab terliur nak makan itu ini. hahaha:D
Dan tak lupa, raya enam juga biasanya aktiviti open house berlangsung dengan galaknya. Iye lah, siapa2 yang tak sempat nak ber-open house masa awal2 raya, raya 6 ni lah masa yang di ambil untuk membuka balik rumah2 yang tertutup tu. Dan tahun ni, di jangka sambutan raya 6 akan berlangsung meriah sebab jatuh pada hari jumaat, public holiday. So, nantikan lambakan makanan yang bakal memenuhkan meja esok.

No comments:
Post a Comment