Okey, now i'm back to the normal life. Eh, sebelum ni abnormal kah life engkau? haha. Maksudnya rutin harian biasa seperti sebelum Puasa dan Raya hari tu. Biasa lah, dalam setahun, 2 bulan ini lah yang akan merubah sedikit rutin hidup kita. Hari ini sudah hari ke tiga mula bekerja balik setelah heavenly bercuti raya. Mood? sangat tak bersedia. haha. Kan saya ni tak sedar diri. Hari ni juga students dah start exam final. Ini part paling mendebarkan. Entah boleh jawap ke tak budak2 ni. Seriau sebenarnya sebab exam lepas raya, takut budak2 ni tak study. Ye lah, raya sakan kan. See, lecturer pulak yang berdebar separuh mati.hehe. PAper saya akan bermula 23 hb ni. Subjek yang agak tough, Biokimia Klinikal I. Seramnya rasa menanti nak marking paper. Takut2 lah saya menangis tak berlagu time tu. muahahaha. Apa pun, saya doa semua boleh jawap dengan jayanya.
Hari2 pertama bekerja bermula dengan tak berapa nak seronok. Tiba2 seorang mentee datang jumpa nak berenti belajar. Owhh, stress-nya. Dah begitu hampir dengan exam boleh nak berenti pulak. Kesnya, gara2 lambat dapat PTPTN dan dihasut oleh saudara mara time raya suruh berenti belajar, konon2nya program tak diiktiraf MQA. Aduhai, sempitnya pemikiran. Kalau tak diiktiraf, takkan lah PTPTN luluskan pinjaman? Dah berapa ratus students seluruh Malaysia yang grade dengan jayanya. Tapi itu lah segelintir pelajar zaman sekarang. Terlalu manja barangkali. Terlalu banyak songeh. Sampai dapat susah sedikit dah gelabah puyuh nak berenti. Dengan perangai yang tak berapa nak matang macam tu, ada hati nak bekerja pulak. Kan nanti kena jerkah dengan supervisor ke, bos ke, terus demam seminggu tak kebah2. Alahai budak2 zaman sekarang. Terlalu di-overprotected-kan oleh mak ayah dan pakcik makcik sekelian keluarga.
Okeh, dah habis cerita stress meress ni. Lepas settlekan kes budak 'bertuah' tu, saya dan rakan2 sepejabat meneruskan aktiviti yang dah lama rasanya di tinggalkan, MAKAN2. huhuhu. Rindunya nak keluar makan ramai2 macam ni. Dulu, lambat ada peluang, beronggeng lah kami pergi makan beramai2. Jadi semalam adalah aktiviti makan2 pertama, selepas cuti raya. Kali ini kami ke kopitiam First Station. Sebab ada yang baru first time jejak kaki ke sana makanya ada lah yang over excited bergambar di sana, terutama kak Maliana. Muahahahahha. Nak buat modal untuk update blog sebenarnya. :D. Tak percaya, sila tengok gambar...
1 comment:
wah..ensemnye mohd haiqal..ngehngeh..=p
Post a Comment