Wahh. Entri kedua hari ini. Hebat.*clapclapclap* memuji diri sendiri. hehe:D.
Dah menjadi habit saya agaknya. Kalau tengah resah, tak keruan, serabut kepala, idea untuk menaip datang mencurah2. Biasa lah, nak memujuk hati. Nak mengalihkan perhatian. Cuba lari dari aktiviti biasa, menangis sorang2 dalam selimut. sobsob.
Dah tak reti sebenarnya nak meluahkan macam mana. Macam luaran dan dalaman tak bergerak selari. Dah tak seiring. Zahirnya tersenyum gembira, bergelak ketawa. Batin? terobek, terguris,tercalar. Menangis sendiri. Makanya, soalan yang sama berlegar di kepala, Sampai bila begini??
Hari demi hari, perubahan mula di rasa. Walaupun si empunya badan menafikan perubahan diri, namun saya yang menghadapi mula merasai bahangnya. Sudah tak lagi seperti dulu. Entah macam mana nak meluahkan, tapi mungkin saya saja agaknya yang merasai kelainan tersebut. Mungkin surut naik hubungan yang agak ketara kebelakangan ini membuatkan dia berubah sedikit demi sedikit.
Sepanjang tiga tahun ini, tahun ini cabarannya terlalu mencabar. terlalu menduga keteguhan jiwa. Terlalu banyak episod dan siri pertelingkahan yang menghiasi hidup. Sampai ke tahap saya memaksa dia meninggalkan saya. Memaksa dia meredhai dan merelai kepergian saya dari hidup dia. Memaksa dia melupakan semua kenangan dan segala impian yang pernah kami cipta bersama. Dan untuk merealitikan segala, saya sanggup ignore dia beberapa hari. Cacian dan makian bagai bertih di mulut. Semua saya lakukan untuk membuat dia berpaling dan melupakan saya. Namun satu pun tidak berjaya. Dia terlalu kental untuk di tundukkan. Dan saya pula terlalu rapuh. Biar sekukuh mana pun tembok yang saya bina diantara kami, dia tetap rempuh. Dan akhirnya tembok yang saya bina itu runtuh ranap menyembah bumi. Dengan sayang yang masih bersisa di hati, saya relakan dia kembali bertakhta di hati. Dan setiap kali itu juga saya seperti menyesali kelemahan sendiri, tak cukup kuat membina benteng pertahanan sendiri.
Namun kini saya mula merasai sedikit demi sedikit, doa saya sudah di dengari. Doa yang saya pohon setiap hari. Doa yang saya pohon agar Allah S.W.T menjauhkan dia, menghilangkan rasa cinta di hatinya jika memang bukan dia yang dicipta untuk saya. Sedikit demi sedikit saya perasan dia sudah tak lagi seperti yang saya kenal dulu. Tingkahnya menjadi serba tak kena di mata saya. Kelemahannya mula menjadi penyebab segala pertelingkahan. Tiba2 semua menjadi tawar. Ditambah dengan masalah yang sedia ada, menambah kepedihan di hati. Saya dah cuba sedaya upaya memejam mata, menerima segalanya agar kami kembali seperti biasa. Namun kesudahannya saya yang teresak keseorangan dalam tidur.
Dalam kemeriahan raya sekarang, terkadang saya terguris dengan pertanyaan dari orang sekeliling. Tidak sesekali menyalahkan mereka, tapi saya tak mampu menipu diri. Bila berseorangan, air mata juga yang menjadi teman setia. Kedewasaan ini rupanya saya lalui dengan berliku. Dalam kegembiraan sepupu terdekat yang bakal bertunang, saya terguris bila di bandingkan. Pertanyaan bertubi bernada gurauan bertanyakan bila lagi giliran saya mengundang rasa yang tak mudah untuk saya ungkapkan. Sesak dan sebak. Kalau lah mereka tahu betapa berdurinya jalan yang saya dan dia lalui. Betapa peritnya menelan sengsara. Syukur keperitan itu mampu saya imbangi dengan keceriaan keluarga dan teman sekeliling. Rasa sesak dan sebak itu masih mampu saya tutupi dengan gurauan2 bodoh, yang akhirnya membuatkan saya nampak begitu bodoh.
Dan kini, saya redha jika doa saya dimakbulkan. Maybe this is answer to my prayer. Benar, perkataan redha itu sudah begitu sebati dengan saya. Sudah lama tersemat dalam jiwa saya. Agar jika berlaku sesuatu yang di luar perancangan kami, saya tidak menyalah kan takdir. Dan jika ini takdir saya, dengan lapang dada saya menerima.
i have no ideas what will going to happen next. Masih bersama memegang janji membina impian. Atau tersungkur bersama menyembah bumi. Jujurnya jauh di sudut hati saya merasa kesepian yang mula menyelinap di segenap ruang. Jujurnya saya sudah tak kuasa nak merelakan diri disakiti lagi. Sudah tak larat nak tanggung semua ni lagi. Dan sekarang saya mula mencongak perjalanan secara solo yang mungkin saya lalui selepas ini. Mula memulakan impian baru seorang diri. Mula berkira2 untuk memenuhi kehendak sendiri, yang dah lama saya ketepikan semata2 impian palsu kami.
Ramadhan yang baru berlalu sudah saya panjat kan doa sebanyak yang mungkin, agar di tunjukkan jalan yang benar untuk saya lalui. Semoga saya masih dibekalkan kekuatan untuk terus melangkah. Apa pun berlaku, saya terima. Jika dia yang Allah cipta untuk saya, semoga dipermudahkan segalanya. Dan jika perubahan demi perubahan yang dia tunjukkan merupakan petanda sudah sampai masanya nokhtah diletakkan di penghujung hubungan, saya akan terima dengan senyuman.
mieyza..mieyza..mieyza..Terlalu mudah tunduk pada tekanan. Terlalu emosi dalam melayan perasaan. Bersyukurlah dengan kebahagian dan kasih sayang yang melimpah ruah yang Allah kurniakan melalui orang2 sekeliling. Kenapa perlu bersedih. Berhenti lah menangis. Masa tidak berputar ke belakang dengan titisan air mata itu. Just stop crying. Be strong!

No comments:
Post a Comment